Kesedaran Kanser & Seminar Terapi MiFiRo

Bismillahirrahmanirrahim…

 

SEMALAM YANG BERHARGA...

Alhamdulillah bertemu lagi, insyaallah hari ini saya bakal berkongsi sebahagian lagi hamparan KASIH ILAHI yang dinamakan Terapi MiFiRo. Kasih dan ingatan Allah datang dalam pelbagai bentuk ada insan diuji dengan perpisahan, kematian, masalah kewangan, kegagalan dan tidak kurang juga yang diuji dengan musibah ujian penyakit. Dan pastinya dalam banyak-banyak penyakit itu ; kanser merupakan salah satu penyakit yang cukup digeruni ramai di antara kita. Saya juga sama seperti sebahagian daripada para sahabat di luar sana ; dahulu saya sendiri tidak pernah tahu dan AMBIL TAHU sehingga ujian demi ujian yang hadir dalam keluarga kami dan antara yang PALING SIGNIFIKAN menyuntik kesedaran dan MINAT untuk mengetahui dan menerokai tentang penyakit ini adalah Almarhummah Bonda saya yang tercinta ; beliau pergi menyahut panggilan Ilahi akibat lung kanser. Tapi sayang bersamanya saya yang masa itu masih jahil dan tidak tahu apa-apa tentang kaedah dan rawatan2 komplimentari yang sedia ada tidak banyak yang dapat saya membantu. Hanyalah  dorongan, kata-kata semangat, doa dan penjagaan rapi dari segi kebersihan diri dan pemakanan yang lebih sihat mampu saya kongsikan ketika itu. Sedangkan ada ELEMEN yang lebih hebat sebenarnya boleh membantu pesakit-pesakit seperti ini iaitu dengan memberi mereka sumber AIR HIDUP dan BERPENAWAR yang tepat.

 

AIR HIDUP, RUH dan TENAGA

70% daripada komposisi tubuh manusia adalah AIR makanya cara yang TERBAIK untuk penyembuhan dan kesejahteraa diri adalah kembali kepada FITRAH manusia itu sendiri. Bagaimana CARANYA???Dengan mengamalkan sumber AIR HIDUP yang bukan bersih tetapi MENYUCIKAN, insyaallah…bukan juga sekadar bersih tetapi dilengkapi dengan teknologi penawar yang hebat di dalamnya. Emm seronok sebenarnya bila meneroka tentang teknologi air ini ; dan PALING PENTING juga AMBIL PEDULI untuk memperolehi AIR YANG MEMILIKI AURA & GETARAN TENAGA YANG TINGGI @ KUAT. Ini kerana sifat air dijadikan Allah berfungsi untuk MERAKAM, MENYIMPAN DOA dan MEMINDAHKAN DOA namun hanya AIR yang memiliki AURA YANG TINGGI sahaja dapat melakukan kefungsian ini dengan cemerlang! Ingatkan semua air sama ya??Tidak para sahabat ku…hu hu hu dulu saya juga berfikiran sedemikian namun apabila meneroka Allahuakbar terasa SANGAT TAKJUB dengan KEBESARAN ALLAH. Di dalam air yang kita nampak macam takde apa-apa sebenarnya ada banyak “apa-apa” yang murni juga hebat untuk membantu kesejahteraan insan. Dan insyaAllah untuk tujuan mengenalpasti tenaga positif serta GETARAN AURA yang ada di dalam air kita boleh melakukan ujikaji mudah ini dengan menggunakan teknologi dowsing rod. Demostrasi ujian air & aura sepintas lalu ini boleh di layari ~ http://rxwater.net  (Bagi mereka yang BERMINAT untuk mengetahui RAHSIA lanjut tentang AIR dan AURA malah ingin melihat sendiri ujian ini dilakukan boleh menghubungi kami Puan Aniz di 012 3915362  atau Faisal 019 2603033)

INSPIRASI KASIH IBU

Ok kembali kepada perbincangan kanser ; lantaran pengalaman silam insan tersayang yang diuji dengan kanser telah memberikan INSPIRASI yang mendalam untuk membantu lebih ramai insan di luar sana. Sangat mengerti GELORA yang dilalui oleh ahli keluarga yang teruji dengan penyakit yang disinonimkan dengan MAUT atau KEMATIAN.Setiap hari merupakan hari-hari yang mendebarkan apatah lagi bila “ramalan doktor’ terngiang-ngiang di telinga dan hanya pada Allah tempat disandarkan segalanya. Siapa tahukan DOA sahabat di luar sana yang teruji mampu dimakbulkan Allah menerusi saya ; insyaallah mudah-mudahan TITIPAN Ilahi pada saya ini mampu mengubah sendu, duka, ragu, bimbang dan gelisah menjadi SENYUMAN dan HARAPAN yang memekarkan haruman, keindahan dan bunga kesyukuran dan kebahagian yang sangat mendalam maknanya di dalam perjalanan.insan. Doakan saya para sahabat semua mudah-mudahan dengan ILMU dan PENGALAMAN yang dititipkan Ilahi ini saya dapat MEMBERI dengan lebih gemilang lagi di dalam perjalanan ini membawa berita kesembuhan dan KESAKSIANNYA yang menggembirakan! InsyaAllah setiap nawaitu yang baik itu Allah akan selalu melengkapi begitulah RENCANA yang saya dilewati , GURU yang hebat, luhur, humble and yet sangat tinggi ilmunya saya temui. Alhamdulillah sejak 2010 saya berpeluang untuk mempelajari TEKNIK dan TERTIB CARA RAWATAN yang lebih kemas, teratur dan terperinci apabila berguru dengan seorang Pakar Sel dan juga Pakar Kesejahteraan yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau baru-baru ini telah dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) dalam bidang Health & Wellness yg membawa kepada gelaran Profesor kepada Dato Dr Noordin Darus. Sumbangan besar beliau di dalam bidang kesejahteraan dan kesihatan tidak dinafikan lagi ; dengan kaedah TERAPI MIFIRO yang diasaskannya telah berjaya merawat puluhan ribu saya kira pesakit kanser sejak World Wellness Network diasaskan.

INSPIRASI KANSER DARAH

Terapi Mifiro diinspirasikan daripada ujian kanser darah yang dialami oleh beliau.Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan Prof Dato Dr Noordin Darus. Beliau merupakan seorang pakar perubatan yang juga bekas Pengarah Majlis Sukan Negara; bertanggungjawab menjaga tahap kesihatan dan kecergasan atlit tetapi MASIH tetap teruji  dengan masalah kesihatan. Begitulah fitrah kehidupan dan namanya hamba Allah setiap RENCANANYA pasti tersingkap seribu HIKMAH yang cukup indah dan luar biasa.  Prof Dato Dr Noordin Darus ,  cukup terkenal sekitar tahun 1990-an di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 dengan aktiviti senamannya di awal pagi. Saya masih ingat lagi waktutu saya masih di sekolah menengah rendah lagi tidak disangka selepas lebih 20 tahun saya diberikan kesempatan pula menjadi anak muridnya mempelejari kaedah dan tertibcara penyembuhan diri dan kesihatan dengan Terapi Mifiro.

Ucap syukur saya pada Ilahi sebenarnya ilmu Terapi Mifiro ini juga banyak membantu proses penyembuhan diri saya apabila teruji dengan ujian yang tidak kurang hebat khususnya masalah kesihatan denggi berdarah, pneumonia, migrane dan lain-lain. Semua ini saya NIKMATI dalam tahun yang sama he he he dalam tahun yang sama saya berguru dan belajar bersama Prof Dato Dr Noordin Darus dalam tahun yang sama juga Allah kirimkan TEST memberi peluang bagi saya MEMPRATIKKAN ilmu terapi mifiro yang dipelajari. Mac 2010 saya diuji dengan denggi berdarah, Julai 2010 pula pneumonia.Hasilnya memang menakjubkan JUJUR lebih pantas kesembuhan yang saya nikmati berbanding hanya tertumpu dengan dadah berlesen yang diperolehi daripada pakar.

Alhamdulillah pengalaman teruji dan sembuh memberikan KEYAKINAN dan INSPIRASI untuk saya terus berkongsi khususnya buat mereka yang memerlukan. Pelbagai kes juga saya ditemukan daripada masalah eczema, migrane, morning sickness, breast lump, stress, kemurungan, gastric, constipation, astma, thyroid, kencing manis, darah tinggi, ghout, kanser , gangguan sihir , insomnia dan pelbagai lagi semuanya memberikan PENGALAMAN baru yang sangat menarik buat saya selain membantu para klien di klinik kaunseling saya. Subhanallah! Lebih hebat lagi kita MEMBERI lebih hebat lagi juga kita “DIBERI” Allah . Syukur undangan umrah saya perolehi disusuli pula insyaAllah Haji tahun ini…Allahuakbar!

Alhamdulillah juga sedikit sebanyak ilmu yang saya pelajari dari ayahanda yang hebat pengalamannya dalam perubatan Islam saya gabungkan dengan Terapi Mifiro hasilnya Subhanallah! Speechless…saya sendiri KAGUM, KAGET…terkejut ; kadang tidak menduga begitu HEBAT jika Allah ingin makbulkan …sepantas kilat sahaja diberikan hadiah dan kesembuhan macam MAGIK tetapi bukan MAGIK itulah kehebatan pemilik PENAWAR ISI ALAM ini…di sebalik teknologi air yang hidup memiliki RUH/TENAGA & terapi MiFiRo…Allahukabar…

Rasanya cukuplaakan…kita sambung sedikit tentang Terapi Mifiro, pastinya RAMAI yang nak tahukan??Apatu Terapi MiFiRo…

Definasi Terapi MiFiRo:

MiFiRo adalah singkatan dari Minda,Fizikal,Rohani.
Ia merupakan suatu gabungan bersepadu ‘Wellness Medication’ yang mana tujuan utamanya untuk membangkitkan ‘Self Healing System’ dari 3 element Fizikal – Air ‘Hidup’ berpenawar serta Mineral (dari bahan purba iaitu Shilajit) & Garam Terapi serta ‘Self inner strength’ dari sudut Minda (separa sedar & vibrational Mind healing properties), dengan gabungan unsur penyembuhan dari Alam dan kekuatan kerohanian (pemusatan fikiran & keyakinan kepada Kuasa Tertinggi iaitu Allah S.W.T) yang merupakan tahap penyembuhan tertinggi anugerah Ilahi kepada kita semua.

7 Langkah Asas Terapi MiFiRo ialah:

1) Air – Air RxWater/Rx17
2) Mineral (RxTra – dari bahan Shilajit)
3) Garam (RxSalt)
** Kaedah umum cara minum/penggunaan 3 bahan asas di atas ialah dengan meminum sekitar 2.5L air RxWater/Rx17. Bahagikan kepada 5 bahagian (500ml utk setiap bahagian). Bahagian pertama, dititiskan 10 titis RxTra pada air (atau jumlah titis mengikut umur utk kanak2 sehingga berumur 10 tahun) dan diminum bersama2 air liur basi dalaman pada waktu pagi dengan berkumur2 terlebih dahulu. 4 bahagian berikutnya dimulai dengan secalit garam RxTra diletakkan di atas Lidah sebelum minum. Bahagian terakhir pula ditambah lagi dengan 10 titis RxTra lagi. Setiap kali sebelum minum. hendaklah dimulakan dengan doa kepada Ilahi yang dilafazkan (seumpama menawar air), selawat ke atas Nabi & Basmallah.
Detail kaedah minum ini boleh dirujuk pada upline. Saya akan buat 1 post khas tentang cara pengambilan 3 bahan asas di atas
4) Air Kelapa Muda
5) Cahaya Matahari pagi & Embun pagi
6) Bulan Purnama
7) Zikir Sihat / Terapi Minda

 

Menarikkan? Tak sangka seorang Doktor Perubatan mengaplikasikan unsur alam juga nilaian spiritual dalam terapi yang dibawakan dan paling BEST bersama Prof semua JAWAPAN sudut sains diperjelaskan…tu yang LEBIH BEST! Bagi yang DAH TERUJA INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG TERAPI MIFIRO ; Seminar Terapi Mifiro akan diadakan waktu terdekat ini pada tarikh 13hb Mei 2012 (Ahad) bertempat di De Palma Ampang  ( Jam 2pm – 5pm).Untuk mendapatkan tiket yang berharga RM10 sila SMS [MIFIRO & NAMA PENUH ] ke 012 3915362 atau 019 2603033 , insyaallah jumpa kalian di sana! Sama-sama kita terokai keindahan Kasih Ilahi bersama Prof Dato Dr Noordin Darus & Terapi MiFiRo.

Facebook comments:

comments

Leave a Reply