Zina Dan Jalan Taubat ~ Bagaimana Kaunselor Boleh Membantu?

Bismillahirrahmanirrahim…

Mengutip Hikmah Dan Telusuri Kehebatan Kasih Sayang Allah swt…

Tidak seorang pun yang waras menginginkan jalanan hidup yang sukar, kotor dan ternoda namun itulah juga sebahagian daripada ketentuan takdir yang berlaku dalam kehidupan segelintir insan di dunia ini. Perkongsian saya kali ini sama sekali tidak bermaksud untuk membuka aib jauh sekali untuk memandang hina nasib insan yang teruji dan terpilih menempuhi jalanan ini.Tetapi LEBIH ISTIMEWA dari itu saya ingin mengajak pembaca dan masyarakat untuk mengutip HIKMAH dan pengajaran bagaimana, sebab apa terkadang peristiwa-peristiwa  seperti ini berlaku dan telusuri kasih sayang Ilahi di dalam kisah-kisah masyarakat ini.

Menjemput Kesembuhan Dan Jalan Taubat…Yang Sangat Saya Senangi

Ya , bukan sekali dua malah tidak mampu lagi saya untuk menghitung dan mengingat ribuan kes-kes yang  hadir termasuklah yang membawa harapan yang besar memilih JALAN TAUBAT dan ingin menyembuhkan diri dari kesalan semalam.Alhamdulillah, disisi saya inilah sebahagian kes yang saya senang sekali bekerjasama kerana bukan apa …sesuatu yang sangat luar biasa…sering mengiringi keindahan dan keterujaan memburu kembali redha Ilahi. Saya sendiri tidak tahu untuk menceritakan bagaimana tetapi membantu golongan ini menemukan saya kebenaran Janji-janji Allah dan kebesaran kasih sayangNya.

Nina…Konflik keluarga, Tuntutan hidup,  Umrah Dan Jalan Taubat…

Kisah Nina (bukan nama sebenar) ~ Anak gadis yang lahir di kota metropolitan, tuntutan kewangan dan desakan hidup pada usia yangmuda lagi Nina sudah bijak mencari wang sakunya sendiri tanpa memberatkan ibubapanya. Lantaran kebijaksanan Nina itu juga dia sering didesak untuk mengadakan perbelanjaan isi rumah oleh ibunya kerana bapanya kurangbertanggungjawab. Tidak dinafikan juga sejak dari kecil lagi Nina dibesarkan dalam keadaan perkahwinan ibubapanya yang bergolak. Nina mengakui beliau dibesarkan tanpa pimpinan dan bimbingan serta asuhan hidup beragama, ibubapanya tidak menunaikan solat turut terjebak dengan perbuatan yang terlarang membuatkan keluarga lebih berantakan. Untuk melarikan diri dari konflik yang tidak berpenghujung ini Nina belajar bersungguh-sungguh dan alhamdulillah beliau berjaya melanjutkan pengajian tetapi sayang disinilah juga segala permulaan kisah pahit  hidupnya bermula. Tanpa perbelanjaan wang saku yang cukup dan gelora remaja  beliau terjebak dengan cinta , kekasihnya yang berada di dalam golongan kelas atasan menjadi penaja perbelanjaan Nina di pusat pengajian tinggi. Bukan berhenti setakat itu juga bila sudah terhutang budi pastinya juga ada harga yang menjadi taruhan mahkota wanita diserahkan kepada lelaki ini dan hiduplah mereka semacam suami isteri walau tanpa ikatan yang sah. Bukan itusahaja Nina juga tersepit apabila susuk tubuhnya juga menjadi bahan sepak terajang apabila kekasihnya berada di dalam keadaan tertekan , tidak cukup dengan itu juga ada kalanya Nina turut dihina , dimaki , dicerca sehinggalah akhirnya Nina mengambil keputusan yang sangat berat dan berani meninggalkan lelaki ini. Setelah tamat pengajian dan mengubat luka lara yang masih berdarah, Nina berkenalan dengan rakan baru di pejabat beliau bekerja. Kebaikan budi pekerti kenalan baru ini membuatkan Nina merasa sangat selesa sehinggalah mereka bersetuju mengikat tali pertunangan walau ketika itu baru 4  bulan mereka berkenalan.  Namun sekali lagi Nina tersedar dia sebenarnya bukanlah cintakan lelaki yang baru dikenal ini tetapi sebenarnya dia kehilangan dan kesunyian menyedari cinta yang tidak hadir di hati beliau sekali lagi tekad untuk memutuskan pertunangan.

Dan hiduplah Nina kembali solo tanpa kehadiran lelaki yang istimewa di hatinya sehinggalah sesuatu yang sama tidak terduga berlaku. Beliau jatuh cinta dengan majikannya yang juga mempunyai isteri dan anak yang hampir sebaya dengan usia Nina sendiri. Bukan mudah untuk meleraikan hubungan yang mula terbit kasih dan sayang tetapi disebabkan hanya satu pihak sahaja yang beria tiada gunanya juga Nina menyimpan hasrat untuk menjadi isteri majikannya yang sah. Memang tidak dinafikan hidup majikan Nina yang berjauhan dar iisterinya Nina dijadikan tempat untuk beliau melampiaskan nafsunya, memang betullah biang keladi makin tua makin gatal getus hati Nina. Nina  rasa dipergunakan dan kali ini sekali lagi Nina tekad untuk membuang jauh-jauh semua memori cintanya. Diuji berkali-kali akhirnya membuatkan Nina tersedar dalam hidup ini jiwanya kosong, kehidupannya jauh terpesong dari landasan hidup Islam yang sebenar perlahan-lahan Nina mengutip kekuatan, mencari Allah swt dalam luka yang sarat membungkam di dalam dirinya. Jika dahulu Nina jauh dari tikar sejadah, memegang Al Qur’an jauh sekali kini beliau mencari ketenangan dan kekuatan di situ.Dan kasih Allah Maha Mendengar, kemurnian hati dan keikhlasan hati Nina kembali ke jalan Allah, beliau digerakkan hati untuk menunaikan ibadah umrah. Bila dikhabarkan berita gembira ini, sayalah antara orang yang paling bahagia dan bersyukur.  Alhamdulillah!…Allahu Akbar…sungguh benar ketenangan dan kebahagian itu sememangnya MILIK ALLAH swt, bila kita buru cintanya Ilahi In shaa Allah hati yang terluka akan terhibur..tersembuh dan tersenyum. Jika dahulu penampilan Nina yang seksi tapi kini tiada lagi kehidupannya lebih selesa , rasa bahagia dan selamat di sebalik hijab. Sekembali beliau dari umrah, beliau sempat berkongsi pengalaman beliau di sana, dapat bersolat di Hijr Ismail dan mencium Hajar Aswad dan mengkhabar cinta terbarunya Nina kini sedang melanjutkan pengajian untuk peringkat yang lebih tinggi sambil bekerja.

Semoga syukurku bertambah menemukan Jalan Pulang Yang Sangat Membahagiakan…

Apalagi yang mampu saya ucapkan sujud syukur Ya Rabb! Sangat bahagia diberikan kesempatan untuk membantu perjalanan hambaMu yang teruji, keliru, buntu danhilang arah jalan pulang. Inilah kebahagian yang saya cari, saya buru…Hands Together To Jannah!! Kasih Allah memang luar biasa, bila kita TEKAD MEMILIH Allah…Superb …Amazing…jalan keluar, penawar, penghibur, bantuan Allah hadir melengkapi perjalanan ini.Subhanallah! Allahu Akbar…

Penilaian Orang Lain Usah Gusar…Tapi Gusarlah Dengan Penilaian Allah.

Pesanan saya untuk adik-adik yang terlanjur , dizalimi yang turut sama melahirkan isi hatinya yang bimbang akan penilaian manusia lain mudah sahaja. “Bagaimana cara kita ingin orang lain melihat dan menilai juga menghormati diri kita, kita sendiri harus memulainya dengan MENGHORMATI diri kita sendiri. Setiap batas laku , pergaulan dan tutur bicara harus dijaga kerana Allah…kerana Allah…kerana Allah. HADIAH…keberanian, kejujuran dankeikhlasan diri untuk berubah ini adalah sangat-sangat beharga, jangan dicemari dengan pengkhianatan kita dengan penghargaan dan HADIAH ISTIMEWA dari Allah swt ini. Bertaubat dan istiqamahlah dalam memburu redha Ilahi, In shaa Allah ia pastinya tidak sia-sia”

Untuk ingatan saya juga sebagai ibubapa , berusahalah dengan kerendahan hati kerana Allah swt untuk menjadi pemimpin, pembimbing yang hebat  yang mampu diteladani anak-anak dalam mencapai kecemerlangan akhlak, peribadi, agama dan akademik sehingga mereka sedar yang kehidupan ini bukan sekadar PERCUMA untuk keseronokan semata tetapi untuk kita MEMBERI, BERBAKTI , MENTAATI dan MEMBAHAGIAKAN ALLAH swt penuh hadir, syukur dan bahagia. Hidup bukan sekadar untuk memuaskan tembolok sendiri tanpa ada hati dan perasaan untuk melihat orang lain lebih bahagia, lebih berjaya dan sejahtera ada hak kita sebagai khalifah yang perlu diisi di situ.

Everything Is Pre-Written But With Duaa It Can Be Re-Written…

Dan jangan dilupakan juga berdoalah selalu untuk kesejahteraan, kebaikan dan keselamatan anak-anak kita , keluarga kita, para sahabat kita daripada dicemari gangguan dan kezaliman tangan-tangan manusia-manusia yang zalim. Bahagiakan diri kita, pasangan kita, anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita mendekati Al Qur’an dan Sunnah kerana disitulah GPS , PENAWAR, PENGHIBUR, SOLUSI dan PETUNJUK yang tidak sesekali mengecewakan kita. Didoakan semoga dengan perkongsian kecil akan juga menjawab sebahagian daripada takut-takut yang hadir saya ingin menunaikan umrah tapi takut dibayangi balasan akan diduga di Tanah Suci…hentikan kepercayaan karut marut itu!!! Allah itu penuh dengan kasih sayang…pengampunan pastinya DIA tidak sebegitu alasan ini hanyalah bisikan syaitan yang ingin melengah-lengahkan lagi kepantasan kita meraih kasih sayang dan kebahagian juga kejayaan serta kemenangan di sisiNya.

 

Hentikan sindrom dosa ibubapa mendahului dosa anak.

In shaa Allah di kesempatan lain saya akan cuba mengupas pula dari sudut keharmonian rumahtangga dan IMPAK kepada anak-anak. Ia memainkan peranan yang besar sebenarnya jangan pandang remeh konflik yang hadir, kekalutan dan tekanan boleh mengakibat kecederaan emosi yang lebih parah lebih-lebih lagi bila ‘tekanan’ itu dilemparkan , dilepaskan kepada pasangan dan anak-anak yang sama sekali kadang tidak bersalah. Kegagalan menjadi ketua keluarga, pemimpin ibu dan ayah bukan satu ALASAN untuk memarahi anak-anak sesuka hati. Kesannya jangan terkejut apabila usia meningkat dewasa membentuk ciri personaliti yang pendendam, memberontak, pendiam dan memeningkan ibubapa. Ketahuilah sebenarnya dosa ibubapa seringkali mendahului dosa anak.

Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Semoga paparan ini mampu dijadikan ikhtibar dan pedoman.

~~~~~~~~~~~~~~

KEUTAMAAN BERTAUBAT
======================
Allah SWT berfirman:
“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan api neraka yang menyala-nyala. Wahai Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapak -bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah Ghaafir: 7-9).

“Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian dia bertaubat setelah mengerjakannya, dan melakukan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-An’aam: 54)“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki (dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nahl: 119)
Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:
“Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya diri mereka datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa: 64)

==============================
Khidmat Konsultasi Dan Temujanji
==============================

+ Untuk temujanji konsultasi dan khidmat kaunseling boleh SMS / Whatsapp ke 012.391.5362 utk respon yang lebih pantas.

Salam Inspirasi,
Hjh Aniz Hj Anwar
Kaunselor / Life Coach

Facebook comments:

comments

Leave a Reply