Bismillah…
Masih ramai yang keliru bagaimana ingin bangkit dari kesedihan dan kekecewaan. Masih ramai juga ditemukan terperangkap dalam TOXIC POSIVITY. Sungguh tidak salah untuk kita belajar, mendengar dan mempraktikkan ilmu dan pengajaran juga perkongsian di kalangan motivator, Ustaz mahupun Ustazah yang terkenal dan tinggi ilmu pengetahuannya namun berhati-hati jangan sampai kita menafikan HAK DIRI untuk mendapatkan pertolongan ya. Tidak semua isu mahupun cabaran yang hadir itu mampu ditangani hanya dengan mendengar ceramah, menonton you tube, membaca buku dan seumpamanya. Trauma, kesedihan, kekecewaan mahupun kesal dan sakit hati dicurangi, dikhianati , dizalimi , diabaikan, difitnah, diaibkan dan seumpamanya meninggalkan parut luka yang amat dalam. Jika tidak dirawat dengan sempurna itu yang terkadang apabila di kemudian hari akan mencetuskan ‘kesakitan’ yang lebih perit dan dalam lagi.
Dan pada masa yang sama juga kita tidak menafikan tentang AJAIBNYA peranan doa, solat memperbaiki hubungan dengan Allah swt sememangnya In sha Alah ini semua jalan terindah untuk memperkukuhkan perjalanan kesembuhan dan kehidupan seluruhnya. Tapi WASPADA…HATI-HATI jangan terkeliru seringkali yang tersakiti itu aspek emosinya, mindanya …psikologi makanya tidak hairanlaa sering juga saya ditemukan dengan luahan-luahan pihak klien
Puan Hajjah …”Saya sudah berdoa, bangun malam, mengaji, berzikir namun rasa sakit masih ada…redalah sedikit tapi kemudian datang dan pergi sesuka hati…saya tak sanggup lagi, terseksa rasanya dibelenggu sebegini”.
Perlu diingatkan apabila kita diuji di fasa krisis ini banyak FAKTOR lain yang sama turut terkesan khususnya gaya hidup yang sihat, tidur yang berkualiti, nutrisi juga minum air yang mencukupi, support system yang ada dan pelbagai lagi. Semua ini ada KESAN dan impaknya kepada kesejahteraan tubuh dan keharmonian hidup kita. Makanya peranan ilmu dan kefahaman diri sangat penting untuk menjemput kesembuhan dan keharmonian diri kembali. Ianya menuntut komitmen diri dan satu proses holistik untuk bangkit lebih bergaya dan bahagia In sha Allah.
Intervensi dan pencerahan juga terapeutik proses di jalani menerusi sesi kaunseling dari masa ke semasa itu mudah-mudahan dapat membantu. Malah sekiranya symptom tekanan, over thinking @ rumination tidak terkawal , mulai terbit lintasan juga idea-idea mencederakan diri, terjun bangunan, pandu kereta laju-laju dengan harapan mengalami kemalangan dan pelbagai lagi ini disarankan dapatkan rawatan dan rujukan ke hospital dan pakar psikiatris. In sha Allah dengan preskripsi Doktor semoga ia dapat membantu untuk klien berasa lebih tenang dan terkawal.
Dapatkanlah bantuan pakar yang lebih arif dalam bidangnya ; sekiranya melibatkan isu-isu personaliti disorder rujuk ke psikiatris. Manakala melibatkan isu-isu transition in life putus cinta tak mampu nak move on, kehilangan insan tersayang, trauma silam , marah yang tidak terkawal , stress rujuklah kepada kaunselor. Begitu juga dengan isu isu berkaitan keluarga dan perkahwinan…jangan letihkan diri zalimi diri berjuang sendirian. Penat nanti…kasihan pada diri. PERCAYALAH Rahmat dan Penawar Allah swt sesungguhnya teramat luas…jangan putus asa In sha Allah bila kita berdoa dan Allah swt isyarat jalan kesembuhan diri sambutlah jangan pula kita pinggir serta nafikan…Sayang Diri.
Allah tidak akan menguji di luar batas kemampuan hambaNya…dan Allah menguji bukan maksud Allah ingin menjatuh ataupun menghukum tetapi melainkan untuk bangkit dan mempersiapkan diri menjadi hambaNya yang lebih baik…In sha Allah…dengan satu syarat KITA YANG MEMILIH dan MEMBENARKANNYA jua…Makanya pilihlah dengan bijaksana dan adil untuk kebahagian dunia dan akhirat kita kerana Allah swt. In sha Allah mudah-mudahan disitu dengan membawa rasa bahagia Allah bersama kita…Allah akan mempermudahkan segalanya dengan jalan terindah dan terbaik…
Ingat ya STRESS yang tidak terkawal boleh mmebawa kemurungan..
KEMURUNGAN yang tidak terkawal boleh membawa kepada isu kesihatan mental untuk jangka masa yang panjang…kita berhak untuk bangkit hidup lebih bahagia! Jangan benarkan memori semalam terus menghantui dan menyelubungi diri…BE NICE TO YOURSELF, please! #Selflove #selfcare
Leave a Reply