Bismillah…
Terima kasih kerana setia menanti. Semoga perkongsian yang dibawakan dapat membantu menjayakan impian hati menjadi wanita dan insan terbahagia di dunia dan akhirat In sha Allah. Tidak perlu minta izin ya silalah dengan bahagianya berkongsi tips ringkas ini.
Tidak dinafikan melewati kehidupan alam perkahwinan, kehidupan berkeluarga juga kerjaya amat menuntut kecekalan, ketangkasan, kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Ada ketika beban sarat cabaran yang hadir membuatkan kita terkadang terbawa dan tertewas jua. Tuntutan, harapan dan berkejaran dalam rutin yang ketat memenuhi tanggungjawab membuatkan kita bertindak menyakiti mahupun melepaskan tekanan yang dialami kepada insan di sekeliling kita, lebih menyedihkan insan itulah adalah orang yang paling dekat dengan kita anak-anak, pasangan dan seumpamanya. Inilah “isyarat” yang jelas insan yang tidak bersalah yang sepatutnya kita sayangi dan kita jaga hatinya tetapi berlaku sebaliknya. Menyedihkan sekali jika anak kecil yang juga tidak mengerti apa-apa dan tidak berdosa menjadi bahan atau tempat suami isteri juga ibubapa melepaska geram dan tekanan.
Oh oh oh….time to take a break!! Anak , suami , isteri juga orang sekeliling bukanlah masalah sebenarnya yang bermasalah perlu dirawat dan dibantu adalah diri sendiri yang barangkali sedang berperang. Kena jujur dan berani untuk kembali melihat ke dalam diri dan mencari apakah punca atau “root cause” kepada ketidakharmonian, panas baran, kebencian dan rasa tidak puas hati yang berlegar di dalam diri.
Terdapat beberapa TIPS untuk mengatasi cabaran ini :
1. Lihat faktor dalaman diri – apakah punca diri rasa tidak tenteram, runsing, rimas dan tertekan.
2. Perhatikan “mode” kesejahteraan diri yang dilalui dalam tempoh waktu terdekat.
3. Bagaimana POLA kehidupan yang dilalui sejak akhir akhir ini…diri berada fasa yang bagaimana sama ada fasa tertekan, sejahtera atau cemerlang? Adakalanya kejutan mahupun suasana juga cabaran baru boleh jadi diri merasa tertekan, untuk yang mengalami situasi ini usah bimbang ataupun sedih In sha Allah kebijaksanaan dan pengendalian dari proses pengalaman dapat membantu mengatasi cabaran yang dilalui. Keep positive and move forward! And trust Allah swt…have faith with Him!
4. Kenalpasti apakah peristiwa terkini dan PUNCA yang menyebabkan diri merasa tertekan, marah, runsing, sedih ataupun tidak harmoni.
5. Adakalanya terkadang tekanan ataupun isu yang sedang dialami tidaklah seberat mana cuma barangkali keadaan berlanjutan dan diri merasa terperangkap dalam lelah, penat, sedih, hampa dan kecewa yang berulang-ulang sama. Stress yang dikumpul dan tidak dilepaskan inilah yang boleh menjadi faktor tekanan kadang kala. Inilah yang perlukan ILMU, SKIL dan KEPAKARAN untuk lebih bijaksana membawa diri keluar dari kepompong dan cabaran juga fasa krisis yang sama.
6. Bagi golongan isteri atau ibu yang bekerjaya pula di kebanyakan keadaan apa yang selalu diperdengarkan oleh saya mereka ini sangat mendambakan sokongan, kerjasama juga kefahaman serta perhatian daripada pasangan. Hubungan yang akrab yang mampu memainkan peranan dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga menjadi sahabat, kekasih juga isteri serta suami menurut ‘suasana’ dan kepekaan yang bersesuaian dengan MENGHADIAHKAN sepasang telinga yang setia mendnegar dan bahu yang selalu tersedia untuk disandarkan pergantungan dan rasa lelah menguruskan kerjaya dan keluarga itu sudah cukup memberi bahagia buat seorang isteri. Istimewanya seorang wanita yang bergelar isteri juga ibu ini hatinya begitu luas dengan kasih sayang tidak gentar untuk berkorban demi insan yang dikasihi namun apabila berterusan ‘kehadiran’ mahupun pengorbanan tidak diendahkan jauh lagi untuk dihargai itu yang terkadang hati kecilnya sedih, menangis dan lantas menimbulkan kemarahan yang dipendamkan. Dan fitrahnya wanita itu kekuatannya emosi, bila terlalu banyak yang dipendamkan maka itu yang kadang terbawa di luar kawalan hakikat yang sebenarnya peribadinya dia bukan begitu. Suamilah pula kena memainkan peranan lebih bijaksana untuk menangani, menyembuh dan melembutkan hati isteri tidaklah pantas untuk beraksi dengan keegoan dan KUASA yang ada di tangan seorang suami yang selayaknya membimbing, menjaga dan menyediakan rasa aman yang selamat untuk isteri..
7. Tapi sayangnya realiti yang berlaku dewasa ini rata-rata memberi LUAHAN JUGA SUARA HATI yang sama cabaran isteri hari ini bermadu dengan “smartphone” Tuan Suami…hu hu hu pesempadan atau boundary dan pemberian perhatian, tanggungjawab dan kasih sayang menjadi carca marba jadinya. Mungkin juga ada segelintir keadaan sama sahaja suami pun bermadu dengan “smartphone” isteri…yang di depan mata tak nampak yang tidak ada di depan mata ngalit dan leka asyik melayannya…ho ho ho haknie sajalahnie takde penyakit jemput mari penyakit jika dijadikan habit.
8. Itu belum lagi perihal sikap pasangan yang adakalanya mengutamakan kehidupan sosial dengan teman-teman, hobi, minat serta kesukaannya dari isteri juga anak-anak. Lagi stress si isteri mana nak handle makan minum anak, pakaian mereka, mengemas rumah, yang sekolah nak juga diintai pembelajaran dan penguasaan akademik mereka, solat anak-anak, megaji mereka…Aduhhh! Tiba-tiba rasa nak pitam kan..mengingatkan LIST Task To Do Today dan hari-hari seterusnya…
9. Inilah terkadang antara FAKTOR yang dominan yang boleh menganggu kesejahteraan dan keharmonian dalam rumhatangga dan akibatnya juga anak-anak yang tidak bersalah terheret sama dan menjadi tempat melepaskan kemarahan dan ketidakpuasan hati yang hadir.
10. Di sisi kelemahan isteri pula kadang ada yang bersikap terlebih emosinya boleh membuatkan suami merasa rimas, tidak selesa dan runsing. Di dalam hal ini masing-masing ada kelemahan dan kelebihan sebab itulah perlunya kesabaran yang lebih, toleransi dan kerjasama untuk saling menyedari dan mengakui kelemahan diri dan berusaha memperbaiki diri dan menjadi pasangan yang lebih baik demi kelangsungan mahligai cinta dan perjalanan kehidupan seluruhnya yang lebih bahagia.
11. Tidaklah salah untuk menegur, membimbing dan menasihati tetapi lakukanlah dengan cara yang berhikmah bukan dengan emosi, muka yang kelat, menyindir, menyakiti mahupun lisan yang cenderung mencederakan perasaan pasangan masing-masing. Ini yang membuatkan konflik hubungan menjadi lebih rumit lagi sehingga ada yang mengambil jalan singkat keluar mencari keseronokan, kebahagian dan ketenangan di luar perkahwinan untuk menghiburkan hati katanya. Yang makan hatinya nanti si isteri dahlah penat bekerja di rumah pula melayani kerenah anak-anak , mengurus rumahtangga …Ohhh! Mana tidaknya naik darah…itu yang hi hi hi mudahjer mama, ummi, ibu…tukar mode i.ja.u…jadi tarzan …jadi dinausor…garang kemain hu hu hu…sampai terlupa dengan Encik Suami pun sapu bersih tergarang sama…hikss…ampuuun! Bukan kemahuan fikiran tapi tekanan yang tidak keruan terurus dengan baik maka tegurlah isteri itu, bimbinglah dia dengan penuh kasih dan sayang katanya tapi harapanlah jugakan jika tiada ilmu, kemahiran dan kompetensinya maka di sini JANGANLAH MALU-MALU atau TANGGUH-TANGGUH untuk dapatkan khidmat profesional membantu…cegahlah sebelum ia sebelum menjadi lebih parah lagi.
12. Bagi pasangan yang barangkali teruji dalam “zon berjaga-jaga” dan telah muncul isyarat atau benih benih ketidakharmonian jangan biarkan masalah yang hadir berleluasa ambil pilihan dan tindakan yang bijak untuk mengharmonikan diri dan rumahtangga. Lebih dalam kesakitan yang dipendam, ketidakharmonian yang dibiarkan dan kekalutan yang tidak diendahkan nanti lagi sulit untuk memperbetulkannya ibarat BARAH jika sudah sampai ke peringkat terminal stage agak mencabar dan mustahil untuk diselamatkan.
13. Sauatu perkara yang AJAIB ~ Jangan terkejut jika berlangsung dalam rumahtangga komunikasi yang harmoni, berkasih sayang , mengambilberat, memberi perhatian, saling memaafkan , menguatkan dan mendoakan antara satu sama lain In sha Allah anak-anak yang berkelakuan ribut-ribut, degil, tidak mendengar kata, sukar dikawal dengan sendirinya akan dan mudah terikut harmoni kembali dan berkelakuan baik.
14. Seringkali anak-anak bertindak ataupun berkelakuan menduga ibubapa bercakaran sana sini, sukar dikawal, tidak mendengar kata adalah kerana mereka inginkan “perhatian dan kasih sayang”. Lebih istimewa anak-anak kecil yang tidak pandai lagi berbicara bila energi ibubapanya tidak harmoni, bergaduh sana sini , nak berperangjer pantang silap sedikit anak-anak pun merasai ancaman tersebut lantas cara anak tadi meluahkan ketakutan, ketidakharmonian hadir adalah dengan menangis, itulah bahasa mereka meluahkan rasa tapi kadang ibu ayah tak perasan inilah yang kadang anak kecil tu pula yang ditengking, dimarah lagak macam orang dewasa anak kecil itu. Dalam arus dan cabaran hidup hari ini yang mana ibubapa terpaksa berhempas pulas untuk menguatkan ekonomi dan kelangsungan kehidupan anak-anak terpinggir dengan sentuhan, belaian, bimbingan dan tunjuk ajar.
15. Dan cara ataupun BAHASA TERBAIK untuk anak-anak yang agak lebih dewasa mendapatkan apa yang “terlepas” dari mereka adalah dengan memberontak , melawan, kadang juga menipu , cari pasal menimbulkan masalah dan sebagainya sebabnya inilah sahaja cara aku ingin mendapatkan PERHATIAN orang tua aku. Jika tidak kewujudan aku dalam rumah nie macam tak wujud …sedih, marah, benci, dendam, kecewa apabila apabila disisihkan dan apabila tidak dipedulikan oleh kedua ibubapa. Maka mengertilah para suami isteri yang juga bergelar ibu dan ayah sesibuk mana sekalipun kehidupan ini untuk memenuhi tuntutan ekonomi dan keperluan hidup untukkan masa dan kehadiran kalian di sisi anak-anak lebih-lebih lagi di saat mereka memerlukan sokongan, kasih sayang dan bimbingan daripada anda berdua. Jangan sampai kalian terpaksa membayar HARGA yang sangat mahal untuk mendapatkan dan membetulkan kesilapan dan kerosakan yang telah berlaku.
In sha allah menyusul nanti tips yang lebih khusus untuk menjemput keharmonian dan kasih sayang. Ada “rahsianya”…secret orang Jawa cakap…nak menegur…nak mendengar…nak menjemput semula ketenangan dan keharmonian tu kena ada seni dan tertibnya ia kena datang dari hati …hati yang bersih, murni dan tulus melihat syurga dan ingin ke sana…yang akan memancarkan SINERGI LUAR DARI BIASA yang mampu menjemput kelancaran.. ketenangan…kelapangan….kebahagian dan ketenangan serta kedamaian hati yang membuatkan kehidupan terasa indah dan bersyukur.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kekurangan diri saya…Sehingga berjumpa lagi tunggu untuk TIPS akan datang!!
Salam Inspirasi Bahagia ,
Hjh Aniz Hj Anwar
Leave a Reply