Bismillahirrahmanirrahim…
Terpanggil untuk berkongsi hari ini tentang ISU yang pernah saya sentuh di dalam program Assalamualaikum TV Al Hijrah beberapa ketika yang lalu. Bagaimana untuk menangani permasalahan personaliti yang antaranya termasuklah panas baran, suka menipu dalam erti kata lain tidak jujur, keliru, buntu, rasa rendah diri, mempunyai kecenderungan kritik diri yang tinggi, kurang berkeyakinan, mudah putus asa dan tidak fokus juga pelbagai lagi pendaman emosi serta pemikiran negatif yang hadir apabila berhadapan dengan tekanan.
ADAKAH JALAN PENYELESAIAN ATAU PENAWAR UNTUK SEMUA INI???
Soalan yang sangat bijak!! Subhanallah…Allahu Akbar…manakan tiada, ADA rahmat penawar, kasih sayang dan ilmu Allah swt itu sangat luas. Yang Paling Penting rahsia untuk ‘mengubat diri’ yang teruji dalam isu kesakitan yang tidak kelihatan secara zahir ini adalah stop giving excuses…take in charge…bertanggungjawab…amanah…ikhlas dan berani berhadapan dengan konflik atau cabaran yang dihadapi bukan sekadar membenarkan diri terus bergolak, berperang dengan takdir diri, terperangkap dalam FASA KRISIS dan PENAFIAN (denial stage) yang memudarat serta memakan diri.Menolak atau menangguh-nangguh “HADIAH” Ilahi yang sedia menghamparkan seluas-luasnya penawar, petunjuk dan kebahagian serta kesembuhan di depan mata bukanlah sesuatu tindakan yang bijaksana dan adil untuk diri sebenarnya konsekuen yang berlaku lebih lama ‘peperangan dan kesakitan’ dibenarkan lebih meriahlah syaitan-syaitan membisik dan memporak-perandakan hidup.
Ketahuilah barangkali siapa tahu saat membaca entri ini sebenarnya SEDANG DISIGNAL “ISYARAT” DOA YANG TERJAWAB DARI ILAHI untuk diri bertindak lebih yakin, berani dan bertanggungjawab menjemput transformasi diri, impian, kebahagian, kejayaan dan keharmonian yang diimpikan. Mengertilah rahmat Allah swt juga tidak akan mampu dinikmati keindahannya andai sahaja kita memilih untuk menolaknya….TIADA SIAPA BOLEH TOLONG DIRI KITA seandainya diri sendiri tidak mahu memilih, membenar dan bertindak lantas selamat meneruskan permainan untuk hidup dalam kebencian pada diri sendiri, dendam, sakit hati, terkilan, menuding jari, menyalahkan takdir, mengeluh dan lempar salah pada orang lain. Maka tidak hairanlah mengapa dan kenapa terkadang kebahagian sukar hadir menghadiahkan senyuman, kejayaan cukup sukar berada di dalam genggaman dan rezeki begitu mahal untuk dikecapi.
Untuk MEMBANTU individu ataupun klien yang terperangkap , teruji dalam gelombang fasa kehidupan yang sukar ini salah satu teknik yang diapplikasikan adalah TLT atau lebih dikenali dengan Time Line Theraphy. Ia diasaskan oleh seorang pakar psikologis yang juga arif dalam bidang pembangunan manusia serta NLP.
Time Line Therapy™ (TLT) is a powerful therapeutic process that has evolved from hypnosis and NLP, developed by Tad James, Ph.D. in the 1980s. It was developed by applying a therapeutic process to the concept that we store our memories in a linear manner in an internal memory storage system.
TLT provides one of the most powerful processes and techniques for personal change and growth by facilitating the elimination of the painful emotions attached to memories or events in the past. TLT also focuses on what we can learn from those events and use what we learn as a resource for the future. Time Line Therapy™ techniques and practical processes produce long lasting transformation much quicker than what is currently called “brief therapy”, with a minimum of discomfort to the client.
Some examples of painful emotions are: anger, rage, sadness, hurt, regret, fear, guilt, remorse. TLT also enables you to clear limiting beliefs that can leave you stuck in the past and stops you from creating what you want in your life. Both unwanted negative emotions and limiting beliefs influence every area of our lives.
Menyentuh pengalaman peribadi saya sebagai seorang kaunselor profesional yang turut memainkan peranan sebagai Life Coach dalam ruang dan waktu yang tertentu ; pengalaman saya mengapplikasikan terapeutik teknik TLT sangat-sangat membantu para klien untuk LEBIH FOKUS dan MENYEDARI apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada isu ataupun permasalahan yang dihadapi. Tanpa bantuan TLT di kebanyakan waktu klien mempunyai kecenderungan untuk bercerita tanpa melihat ke dalam diri dan punca permasalahan secara holistik tetapi dengan pendekatan ini bukan sahaja proses penyembuhan dan matlamat kaunseling atau life coaching itu sendiri bahkan LEBIH MENARIK dan MENAKJUBKAN kejayaan dapat dicapai dalam kadar masa yang lebih pantas juga istimewanya ia lebih berkekalan…Subhanallah…Allahu Akbar!
BAGAIMANA TLT BOLEH MEMBANTU ANDA MEMBEBASKAN BEBANAN EMOSI, KEKANGAN KEPERCAYAAN DIRI DAN MENDESAIN IMPIAN HIDUP MASA DEPAN YANG DIINGINI???
- TLT berupaya mengenal pasti event atau peristiwa yang menghambat POTENSI DIRI
- TLT juga berupaya mengenal pasti lekatan silam negatif yang membentuk kepercayaan diri yang negatif
- TLT mampu mengakses pendaman emosi silam daripada peristiwa lampau yang mana adakalanya individu tidak sedar beliau membawanya sehingga ke hari ini. Ia diistilahkan sebagai ‘excess baggage” yang sewajarnya dilepaskan untuk lebih mara ke hadapan dan hidup dalam dunia hari ini
- TLT juga berupaya mengakses PUNCA bawaan personaliti yang tidak harmoni di dalam diri sbg cth sifat panas baran, suka berpoya-poya, menipu, tidak jujur, kurang bertanggungjawab, pemendam, mempunyai kritik diri yang tinggi, kurang keyakinan diri, suka mengeluh, lari daripada masalah dan sebagainya yang mana sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan pudar MAKNA dan SERI kehidupan yang dijalani.
- TLT juga mampu menjadi TOOL atau medium untuk menjemput kesembuhan, transformasi serta kebahagian juga MAKNA kehidupan yang dicari selama ini.
- TLT juga mampu menjernihkan dan membersihkan segala bentuk kekangan dan halangan juga sempadan yang selama ini menyekat kemajuan diri sama ada dari sudut kehidupan peribadi, perkahwinan, keluarga, kerjaya, perniagaan dan kehidupan seluruhnya.
- Dan paling istimewa dan menakjubkan dengan PENDEKATAN yang begitu mudah, simple dan terancang In shaa Allah apa juga IMPIAN, CITA-CITA dan HARAPAN mampu dinikmati dengan cara dan kadar yang sangat luar biasa dengan method ataupun terapeutik teknik ini. Semestinya TLT ‘TOOL AJAIB’ Menjemput Impian In shaa Allah
Disusuli dan diperkemas beberapa sudut ilmu berkaitan pengurusan tekanan, Emotional Freedom Technique, Rahsia Menjemput Doa juga Impian Yang Makbul , In shaa Allah jejak impian dan harapan sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Semua eksplorasi indah, penemuan diri dan Kebesaran Rahmat juga Kasih Sayang Ilahi diadun kemas , teliti dan teratur di dalam Module Life Coaching Klinik Sukses. In shaa Allah bagi yang bersedia dan memilih ketenangan, keharmonian, kebahagian dan kejayaan hadir memberikan senyuman yang luhur dari hati yang membenarkan BAHAGIA dijemput untuk MENGHADIAHKAN DIRI ANDA …ILMU…CAHAYA yang In shaa Allah bakal memberikan sinar, keyakinan, keberanian, kecekalan dan kebahagian untuk melangkah mendepani cabaran dan menggenggam IMPIAN, semuanya kerana Allah swt untuk dunia yang lebih bahagia dan akhirat yang lebih sejahtera sama saling kita melengkapi…sama saling kita bergandingan untuk syurga Ilahi yang dicari…dunia yang lebih bahagia didiami dan hidup yang LEBIH BERMAKNA dikecapi.
“Ada yang berkata lelah lantas dia mengalah…namun ada yang memilih LILLAH lantas dia melangkah…ketahuilah ujian dan takdir Allah bukan bermaksud melemah jauh sekali untuk menjatuh mahupun memusnahkan kita tetapi untuk “mengangkat”, membina dan menyedarkan kita bahawa kita ini MILIK DIA…tiada apa-apa tanpa kekuatan dan daya melainkan dengan bantuan dan kasih sayang serta rahmat AgungNya yang tidak bertepi menemani diri…”
Selamat Menjemput Impian…Selamat Menjemput Bahagia…Selamat Menjemput Syurga!
Sehingga bertemu lagi…
Salam Inspirasi Jannah ;
Hjh Aniz Hj Anwar
1 Rejab 1436H @ 20hb April 2015…Ramadhan Is Loading
======================================================
Untuk sebarang temujanji khidmat kaunseling individu, perkahwinan atau Personal Coaching sila SMS/Whatsapp ke 012-3915362 untuk respon yang lebih pantas.
Leave a Reply