Testimoni

Salam Rahmat!

Berikut adalah SEBAHAGIAN daripada refleksi dan catatan testimoni yang menjalani sesi theraphy dan life coaching program Klinik Sukses. Ditegaskan segala PAPARAN ADALAH DENGAN KEIZINAN DAN PERSETUJUAN daripada pihak klien sahaja untuk tujuan ikhtibar dan inspirasi kehidupan. Segala paparan, nama, tempat adalah menggunakan nama samara semata-mata bagi melindungi KERAHSIAAN, DIGNITY dan MEMBERI RASA SELAMAT kepada pihak klien. Maka bagi bakal-bakal klien yang mungkin KHUATIR atau BIMBANG tentang isu kerahsian ini…TAK PERLU KHUATIR sebenarnya, mudah sahaja saat mengisi borang dan kontrak untuk temujanji nanti sila tandakan ruang “TIDAK MENGIZINKAN UNTUK PERKONGSIAN”…mudah bukan???Jadi sekarang tiada alasan lagi sebenarnya UNTUK MENIKMATI “PENYEMBUHAN” yang diidamkan…ketenangan, kebahagian, kesejahteraan dan kejayaan yang keberkatan dalam rahmat & redha Allah, insyaAllah mudah-mudahan kita dipertemukan untuk berkongsi RAHMAT & KEAJAIABAN yang serupa seperti yang telah dinikmati oleh sahabat-sahabat ini.

KOLEKSI TESTIMONIAL

a) Isu Rumahtangga

Testimonial 1 (Cik Seri…Konflik Rumahtangga Diuji Saat Meneruskan Perjuangan PhD di perantauan, sempat lagik menghadirkan diri utk Klinik Sukses ketika pulang bercuti)
Petikan drpd Forum KMC (April 2008)
Alhamdulillah, minggu lepas saya berkesempatan mealui sesi bersama mapple & suami (from Japan…student gaks smbg PhD diuji konflik rumahtangga) DOA saya moga rumahtangga beliau pulih spt sediakala…

Cik Seri pun sempat juga hadir KLINIK SUKSES…manis, ayu orangnya…kuat semangat…cekal dan determin…semoga kejayaan dan kesejahteran mengiringi perjalanan mereka…

Setiap yg hidup pasti diuji cuma bezanya bentuk ujian, mcm CIk Seri bertahun juga menahan sabar…ruang & peluang diberikan namun tiada hasilnya…tibalaa WAKTU beliau sendiri membuat KEPUTUSAN…istiharah…beliau AKUR…walaupun ujian HEBAT tapi jiwanya lebih tenang…buat rakan-rakan melewati ujian yg sama…boleh minta tips dr dia…salah seorang ibu tunggal yang kental semangat juang…dan berjiwa merdeka…HAPPYJER orangnya…dah puas menangis katanya…tapi saya tahu HAPPY beliau adalah JUJUR dr hati…yang kini PASRAH & REDHA atas ketentuan Ilahi….(sebabtulaa dia boleh gembira & ceria)…

Waktu ingin menghadiri KLINIK SUKSES pun bekas suami beliau yang menghantarnya ke Nur Qudrah…siap komennya you don’t seem need to be counselling…OKjek nampak..Jawab beliau…haa ah,tapi saya perlukan booster utk mind saya nie…Syukur alhamdulillah secebis ilmu yg dikongsikan…KEMBALI MEMOHON PETUNJUK ILAHi memberi sinar baru buat perjalanan beliau…

Respon Cik Seri :
kak aniz…
amboii…bagi kredit bukan main melambung kak..! gayat saya… hehehe..
Allah nak menguji, tak kira masa dan ketika… ujian demi ujian saya dapat kak… ingat boleh tarik nafas sikit buat sementara waktu, rupanya ada lagi sesi ujian seterusnya… begitulah kehidupan ye tak… saya sedih dan kebuntuan sebenarnya.. tapi saya juga bersyukur… saya tahu Allah sayang saya… maka setiap satu yang datang… layannn….!! Insyaallah, ada hikmah tersembunyi… saya tungguu..

Petikan Forum KMC May 2009 ~ Selepas setahun
salam kak aniz,
masih ingat saya lagi..??
Just to let you know, my life is getting better. perjalanan hidup saya terasa semakin hari semakin menggembirakan. Saya masih belum bertemu pengganti, sunyi mmg sunyi… tetapi saya menikmati hari2 yang berlalu dgn limpahan kasih sayang anak2 dan keluarga… syukur atas apa yg ALLAH beri.. study saya juga semakin ok sekarang.. air mata pun dah semakin susah nak keluar kecuali kalau terlebih gelak…hehehe..
Terima kasih atas ukhwah yg terjalin antara kita. walau tak serapat mana namun saya sgt menghargai kehadiran kak aniz dlm hidup saya. Semoga usaha kak aniz terus-terusan success.

Cikseri,
Leeds, United Kingdom.

Respon Saya :

Ingat mau tak ingat…cik seri…dari jauh balik Malaysia join Klinik Sukseskan…Wahh! Nampaknya bertambah serilaa yer…Setiap yg berlaku ada HIKMAHNYAkan….syukur alhamdulillah, kak aniz tumpang gembira…dgn perkembangan terkini…Bab penggantitu, insyaAllah …MINTAK JER SELALU PADA ALLAH MOGA DIKETEMUKAN DGN PASANGAN YG TEPAT KALINIE…Not too worrylaa! Dgn penampilan cik seri yg ayu & lagi berseri kalahh beb anak dara tau…he…he…he…cuma beri ruang & masa…kalau semua pinta kita DIJAWAB ALLAH MAHU JUGAK KITA SENDIRI PUN TERGEZUTTT…Masa akan menjawab segalanya…
Ok Seri! Take Care…Jaga diri & anak baik-baik …moga mereka menjadi insan HEBAT MACAM IBUNYA…
Salam…
Kak ANiz

Testimonial 2 ( Kak Celine ~ Dilema Rumahtangga & Stress Yang Terpendam)

aniz anwar: seblm aniz akhiri mungkin Celine ingin berkongsi tentang pengalaman Celine..secara kesimpulannya..silakan!
Kak Celine nor: K.Celine rasa cukup tenang dan hilang segala kemarahan yg akak simpan 3 hari yg lalu aniz…Sebenarnya dah lama akak sabar dan bertahan hamper 11 tahun sudah dengan harapan abang akan berubah tapi takperlah ini bahagian akak…akak pasrah kini dah tak tertanggung rasanya.Mudah2an istiharah dgn Al-Quran nanti akan menjawab arah tuju kami.
Kak Celine nor: maha suci allah…..dia beri jln…akak rasa lega..Allah maha hebat…dan aniz perantaraannya
Kak Celine nor: aniz jadik penyampainya
aniz anwar: Subhanallah!
Kak Celine nor: Rasa bersyukur tak terucap aniz
Kak Celine nor: betapa indah dan betapa pengasih dan penyayang
Kak Celine nor: allah pada hambanya
Kak Celine nor: alhamdulillah
Kak Celine nor: terimakasih yg tak terhingga aniz
Kak Celine nor: memberi dan menemukan jln pada akak
Kak Celine nor: itu baru sikit yg akak rasa
Kak Celine nor: belum yg lain lagik
aniz anwar: hemm…so much to discover…new life begin..insyaAllah..perjalanan yg sungguh indah sesuunguhnya…
aniz anwar: aniz juga ucap syukur pd Allah atas izinNYA aniz dpt membantu sahabat yg memerlukan…this is WHAT I’ve been looking for..the JOY of giving!
aniz anwar: insyaAllah kita akan bertemu lagi
Kak Celine nor: alhamdulillah
Kak Celine nor: insyallah
aniz anwar: do update me when akak ready…
Kak Celine nor: so sebelum aniz pegi
..
Kak Celine nor: ada tip nak bagi ketika nak buat istikharah
Kak Celine nor: adab berdoa dan memohon kpd allah
aniz anwar: relaz…
aniz anwar: pilih satu kecenderungan hati
aniz anwar: dan PASRAHKAN SEGALANYA PD ALLAH…
Kak Celine nor: baik lah
aniz anwar: dr keputusan ini nanti barulah DIATURKAN STRATEGYnya…
Kak Celine nor: insyallah
aniz anwar: insyaAllah yg kita BURU ADALAH REDHANYA…
Kak Celine nor: amin
aniz anwar: jodoh kalian sgt tepat sebenarnya saling lengkap melengkapi
aniz anwar: namun kehidupan juga harus adil utk diri sendirikan..
Kak Celine nor: benar aniz
aniz anwar: moga KEPUTUSAN ini akan membuka tabir rahsia & HIKMAHnya
Kak Celine nor: amin…Terima kasih sekali lagi aniz..

Testimonial 4 (Amirah ~ Konflik rumahtangga dan suami terjebak dengan skandal)

Tuntutan kerjaya bergelar usahawan yang berjaya banyak menuntut Akhtar menghabiskan waktu di luar rumah bersosial dan menguruskan perniagaannya. Keadaan ini sedikit sebanyak telah membuatkan iklim rumahtangga Amirah dan Akhtar semakin hari semakin hambar. Perubahan tingkahlaku dan layanan suami akhirnya terjawab rupa-rupanya kini Akhtar sedang mabuk dilamun cinta dan kerana sayang…Akhtar telah membelikan kereta baru untuk buah hatinya. Hati isteri mana yang tidak luluh bila pengorbanan dan kesetiaan sebegini dicemari. Alhamdulillah mendapatkan rawatan , mahligai mereka berjaya diselamatkan.

b) Isu Gaya Asuhan ~ Childhood isu, Putus Cinta & Ikhtiar Jodoh

Testimonial 5 (Childhood Isu, Putus Cinta & Ikhtiar Jodoh)

Nina bukan nama sebenar…puteri sulung daripada 4 orang adik beradik. Kehidupan beliau diuji apabila ayah yang tersayang mengalami masalah kesihatan dimana sukar bergerak…masalah sendi & tulang ~ paralysed. Tugas mencari rezeki digalas oleh ibu…tekanan hidup secara tidak langsung memberi kesan terhadap Nina…walaupun masih kecil tetapi tanggungjawab yg diberikan seringkali membuatkan beliau rasa tertekan, kehidupan kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak lain.

Adaketikanya beliau mengambil-alih tugas ibu menjaga ayah dan hal ehwal kebajikan adik-adik NAMUN SEMANGAT puteri ini kental…tekanan ini membuatkan beliau BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH dan akhirnya BERJAYA menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Namun ‘rasa kecil hati’, geram, marah pada ibu (1 perkara yg tidak bisa DINAFIKAN apabila iseseorg ndividu itu berada di dalam keadaan tertekan mereka LEBIH CENDERUNG MENGALIHKAN TEKANAN ITU KPD ORANG LAIN….dan selalu yang menjadi mangsanya adalah INSAN-INSAN YANG DEKAT DGN MEREKA…tekanan ibu mengharungi hidup ujian getir ini dilepaskan pd puteri sulung ini).

Masih belum beres rupanya silam Nina & ibunya – kecil hati ini dipendam rupanya…~ boleh bercakap tetapi tak boleh kamcing @ NGAM macam ibu & anak2 yg lain mudah sungguh hatitu nak tercalar…Sehinggalaa usianya mencecah 28 tahun…dalam SESI 1 ~ konsultasi & kaunseling putus cintanya tanpa disangka ISU PENDAMAN bersama ibu berjaya dibereskan dengan cemerlang….Alhamdulillah masuk sesi December 2007 kini July 2009…(nampak gaya memang KONTRAK seumur hidup dgn klien sorangnie…I’VE SEEN THE MIRACLES IN HER SINCE OUR FIRST MET IN SESSION..tremendous actually dari yang bersedih,kecewa, buntu,keliru but now…Subhanallah)…

Guess what???Alhamdulillah she is also menghitung hari now…nak makan nasik minyak! LOVE IS IN THE AIRRR!!!Belajar mind power & MIRACLE DOA…bagaimana menjayakan MISI MENAMATKAN ZAMAN BUJANG…Cayalaa ! Adik sorangnie…she’s survivor! Pejuang jatuh bangun bercinta dan bercinta lagi tidak mudah mengalah…~ pendek kata kalau masuk sesi dan menangisnie..memang dialaa orangnya, salah seorg klienku yang menyebabkan permintaan tisu di Giant Shah Alam meningkat…wakaka….jangan marah dek nun akak guraujer….

Rahsia BELIAU MUDAH…sabar, ikhlas, istiqamah & komitmen menghadiri sesi (upon her request akak tak tetapkan pun kecuali utk 3 sesi pertamatu ~ ini yang lagi BERKAT ilmu dikongsikan atas permintaan yg BERHAJAT) + JANGAN LUPA MINTAK PADA ALLAH…pasti Allah hadirkan “HADIAHNYA”…Rajin, displin & menurut kata tok guru…jujur!Kami memang rapat…namun when it comes to consultation, she has respect for others profesion…sama gaks mcm klien lain kena beratur, set apmt & pay the fees…taklaa macam sebhgn2 suker ati mengambil kesempatan…nak free…saborjerklaa (memacam adaaa…)

Testimonial 6 (Kekesalan Cinta Akibat Kesibukan Kerjaya & Sikap Acuh Tidak Acuh)

Zaman anak muda yang gigih, kuat bekerja dan sangat komited dalam kerjaya. Kegagalan CINTA PERTAMA akibat sikap tidak acuhnya terhadap insan yang tersayang akhirnya meleraikan sebuah ikatan pertunangan mereka. Walaupun peristiwa itu sudah hampir 9 tahun berlalu dan pasa usia 32 tahun ini sejujurnya beliau masih TIDAK BOLEH melupakan CINTA PERTAMA ini. Akibat kekhuatiran dan dibayangi oleh penyesalan serta kesilapan silam Zaman seringkali bersikap acuh tak acuh dalam hubungan sehinggalah buat kali ketiganya masalah yang serupa juga hadir.

Menjalani SESI KAUNSELING & THERAPHY akhirnya Berjaya membantu Zaman kembali melihat masalah sebenarnya dan menyembuhkan KELUKAAN dan MEMORI SILAMNYA…akhirnya Zaman sedar 9 tahun yang berlalu sebenarnya dia hidup dalam memori yang telah runtuh…dan banyak peluang dan masa yang disia-siakan. Tambahan pula pada usia yang menjengah 30-an dengan kerjaya yang lebih stabil serta ingatan orang tua yang sibuk menyarankan beliau berkahwin Zaman akur…untuk memberi RUANG DAN PELUANG YANG LEBIH ADIL pada dirinya, dia akur untuk memperbaiki kelemahan diri agar bersikap lebih terbuka, sensitif dan berani untuk meluahkan perasaan agar tidak terlewat mahupun terlepas lagi. Komen beliau, baru kini DIA DAPAT MERASAKAN beliau melihat ‘dunia’…tiada gunanya dia menaruh harapan dan berpijak pada istana yang telah runtuh.

Hidup perlu diteruskan…dan dia perlu untuk mencari tapak baru…Itulah KEINDAHAN EFT..hanya dalam beberapa minit BEBAN EMOSI, KESAKITAN…KEPAHITAN kelukaan yang dalam yang membelenggu selama hamper 9 tahun berjaya dibereskan sekelip mata!

Testimonial 7 (Putus Cinta Akibat Kecurangan)

Lisa seorang anak gadis yang lembut, bijak dan simple. Perkenalan di university dangan seniornya membuka lembaran cinta dalam perjalanan hidupnya. Hubungan yang diharapkan berakhir ke jinjang pelamin akhirnya putus di tengah jalan apabila factor jarak , masa dan kerjaya  menjadi pemisah…kesibukan kerjaya dijadikan alasan untuk tidak berhubung dengannya malah di kebanyakan waktu Lisalah yang berusaha untuk merapatkan hubungan. Rupa-rupanya ada kisah di sebalik semua ini, teman lelakinya Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur dia ada menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain dan lebih hebat lagi impak yang Lisa terima hubungan tersebut sudahpun ke peringkat berzina.

Mujurlah Allah itu Maha Kaya , Lisa cekal dan tabah menghadapi berita ini dan beliau TEKAD untuk memutuskan hubungan dengan Izham walaupun rasa kasih sayang dan cinta masih tersisa…Alhamdulillah kami dipertemukan dan SYUKUR KE HADRAT ILAHI dengan keajaiban EFT…dalam tempoh 3 minggu sahaja Lisa kembali pulih seperti biasa…Kenangan, memori bersama Hanif seolah-olah tidak memberi kesan yang memudaratkan dirinya…malah katanya kehidupan kini LEBIH SEJAHTERA, BAHAGIA dan CERIA tanpa perlu gusar atau bimbang lagi. Hatinya sudah SEMBUH dan kini dalam proses menemukan cinta baru…life must go on, let bygone be bygone…

Testimonial 8 (Cik Delaila ~ Putus Cinta & Ikhtiar Jodoh )

if akak ingat lagi…sy Delaila..ur klien dulu..
dulu ada dtg jmp kak aniz..
individual consultation masalah cinta..
sy smbg master kat utm ni..
bz sgt…so fokus kat blaja dulu…
hmm…tak lama lg nk abis la ni…

apa yg akak ajar dulu sy praktikkan..alhamdulillah…
perjalanan hidup jd mudah dgn bantuan Allah…
dpt keluar dr kesedihan…rasa hidup lebih bermakna…
kdg2 mende simple kite visualise kan dlm minda..
insyaAllah akan dpt…alhamdulillah…:))

baru2 ni…sy jmp seseorang yg ada ciri2 suami yg sy nak…
but now stil level kwn2 je dulu…
so b4 going further…kite mestilah nk tnya Allah kan?
solat istikharah..
sy ada catat nota dgn akak dulu..
seeloknya pose 7 hari dan mlm nye solat istikharah..
mlm terakhir bukak Al-Quran…kira huruf syim & kho
saya lupa…yg mana elok ngan tak elok utk teruskan ye??.
harap akak dpt ingatkan sy…
tima kaseh byk2…

~ hee insyaAllah makan nasik minyaklaa tak lama lagi…akak doakan yer!!!

c) Isu Grieving ~ Kematian ibu dan Childhood Isu

Testimonial 9 ( Pn Syaifiza ~ Loss & Grief dimana baru kehilangan ibu tercinta akibat kanser rahim, Childhood Isu ~ rasa terpinggir & kurang kasih sayang serta perhatian ibubapa & konflik keluarga)

Pn Syaifiza dibesar oleh datuk & nenek di kampung sehinggalah datuk & nenek meninggal. Alhamdulillah kecemerlangan akademik setelah tamat SPM,beliau meneruskan pengajian di IPTA. Namun rasa kecil hati & terpinggir disimpan dalam diam…rupanya sangkaan beliau selama ini ada kebenarannya apabila semua ini tersingkap menjelang hari bersejarah dalam hidupnya yang bakal bergelar isteri. Namun, Allah MAHA Adil….diturunkan ujian Allah juga turunkan perencanaan yang cukup indah & teratur melengkapi ketidaksempurnaan yang hadir. Setelah berumahtangga & tambah pula menyaksikan sendri perjuangan hebat arwah ibu berdepan dengan penyakit kanser, beliau akur…sesungguhNYA kasih sayang & perngorbanan ibu tidak ternilai…..terdapat sedikit kesal krn tidak sempat menikmati saat-saat indah lebih lama dengan ibu untuk membalas segala jasa & pengorbanan ibu selama ini.

Kini Syaifiza lebih mengerti mengerti setelah bergelar isteri & ibui…rupa-rupanya selama ini dalam diam ibu banyak menyimpan rahsia…dalam diam hati ibu terguris bila ibu bukanlah calon menantu pilihan. Namun kasih & jodoh ibu kuat dgn ayahnya…Cuma sedikit kecil hati,apabila isu pembahagian harta arwah ibu yang meninggal menimbulkan kerenggangan dalam hubungan adik-beradik & ayah. Walaubagaimanapun…Alhamdulillah, sbg therapist saya sangat bersyukur…krn dapat membantu Syaifiza bangkit dari kesedihan kehilangan ibu tercinta & kecil hati yang selama ini berpuluh tahun terpendam.

Berkenaan pembahagian harta…kecil hati…itu merupakan ujian Allah. SABAR, TULUS, IKHLAS…insyaAllah Allah akan berikan penyelesaian yang terindah. Banyakkan berdoa, munajat…moga ADIL & EHSAN juga syariat Allah menjadi panduan bukan sifat tamak menguasai diri. (Kasihan arwah ibu…daripada membenarkan syaitan terus menghuru-harakan diri disebabkan harta peninggalan arwah ada murninya banyakkan doa & sedekah atas nama ibu…mendoakan kesejahteraan beliau yg telah kembali…doa dari anak-anak yang soleh itulah antara bekal yg dibawa pulang) Saya mendoakan semoga kehidupan beliau sekeluarga lebih HARMONI & SEJAHTERA hendaknya…semoga rahmat Allah mengiringi perjalanannya…

Testimonial 10 ( Cik Elisha ~ Kematian Ibu Yang Dikasihi, Putus Cinta, Pendaman dan Masalah Kerjaya)

Elisha puteri sulung daripada 4 orang adik-beradik, sebagai kakak beliau dikenali sebagai kakak yang kuat, cekal dan boleh diharapkan dalam membimbing adik-adiknya. Namun sebagai manusia Elisha juga tidak terlepas dari melalui ujian getir . Pada usia 28 tahun dugaan demi dugaan hebat datang bertimpa-timpa, baru seminggu melepaskan kerjayanya untuk menjaga ibu yang terlantar sakit Elisha dikejutkan dengan berita kematian ibu yang dikasihi.

Dan masa yang sama, dugaan bertimpa cinta bersama seorang duda beranak 2 terlerai di pertengahan jalan. Dua ujian hebat bagi Elisha telah menyebabkan semangat Elisha hilang, tahap kesihatannya menurun…potensi dirinya juga turut merosot. Dalam keadaan emosi dan fikiran yang berserabut temuduga demi temuduga yang dihadiri tidak mendapatkan jawapan yang diharapkan…berani untuk melakukan perubahan diri dan lemas di dalam emosi kesedihan beliau mendapatkan rawatan dan sesi kaunseling…alhamdulillah kesungguhan beliau untuk merawat diri akhirnya dimakbulkan Allah.

Setelah beberapa sesi menjalani sesi kaunseling saya dapat melihat perubahannya…syukur ke hadrat Ilahi sekali lagi DIA bersama membantu penyembuhan seorang lagi klien dan sahabat yang saya kasihi.

Testimonial 11 ( Cik Liya ~ Childhood Isu – kesal tak belajar sungguh & PILIH KASIH, Stress Kerja, Berat Badan & Bisnes)

Seorang yang optimis, semangat kental…happy go lucky dan BAIK HATI. Puteri tunggal dalam keluarga…tempat mengadu, tempat melepas marah…semuapun dia, seorang anak yang baik. Cuma kesan sering dimarahi ibu yg diuji dengan konflik rumahtangga membentuk pemberontakan dalam diri Liya, sbg protes beliau tidak bersungguh dalam pelajaran walapun hakikatnya memang anak yang pintar. Kecil hati…rimas dan sememangnya tidak dinafikan perasaan marah itu memang hadir dalam hubungan dengan ibu.Mendapat khidmat runding utk masalah berat badan namun alhamdulillah dengan yang lain pun berjaya dibereskan. PALING SIGNIFIKAN kesan rawatan dengan EFT ~ selama 39 tahun hidup baru kini Liya MENIKMATI rasa hadir & kusyuk dalam solat dan berdoa…

Sememangnya PENGISIAN MODULE 1(Bengkel EFT, Sains Minda & Kuasa Doa) sangat-sangat memberi kesan pd beliau…semoga Allah kekalkan hikmah & nikmat ini…katanya. Mengenai masalah berat badan, alhamdulillah sgt mengujakan…she lost 6kg within 1 month…Oklaatu…Bisnes pula beliau mengharapkan dgn ilmu baru ini dapat membantu beliau menjayakan bidang perniagaan yang baru diceburi bagi mengisi waktu yang kebetulannya masih single…apapun SHE’S HAPPY itu yg penting. Bertuah! Bagus sekali…Liya menikmati hidup…kerana apa di saat usia menginjak 40 tahun kalau single TAK BERES DENGAN KENANGAN & MEMORI SILAM…bahaya lorrr….itu yang memacam sakit boleh singgah…kanser, masalah buah pinggang, ketumbuhan dsbgnya…(Inilah sebhgn RAHSIA STRESS, PENDAMAN EMOSI & SIGNAL TUBUH)…Kesannya makan tahun…makan dalam…Nauzubillahminzalik…tambah pula gaya hidup, pemakanan & alam sekitar…lagikkklaaa…

Testimonial 12 (Childhood Isu ~ Trauma Mangsa Pencabulan Ayah Kandung & Abg Ipar )

Mungkin kes-kes sebegini agak terpencil tetapi tidak dinafikan ianya ada dalam masyarakat kita dan hanya insan yang melaluinya sahaja yang tahu betapa hebatnya TEKANAN & BEBANAN emosi dan ketakutan yang dilalui apabila insan yang sepatutnya melindungi berbuat sebaliknya. Begitulaa trauma yang dilalui oleh Lily, tambah membebankan lagi beliau hampir sahaja menjadi mangsa penculikan dan rogol semasa kolej. Walaupun peristiwa sudah hampir berbelas tahun berlalu tetapi ketakutan bayangan silam, marah, benci, kesal masih menghantuinya.

Namun alhamdulillah dengan menjalani sesi kaunseling dan theraphy beban yang ditanggung selama akhirnya mampu dibereskan dengan baik…Semalam sudah berlalu, kini telah tiba detik bahagia dalam hidup Lily dia bakal bergelar isteri tidak lama lagi dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil…di sebalik ujian dan bebanan silam ini Allah hadirkan Izzudin sebagai pendamping bergelar suami yang akan melindungi dan mengiringi perjalanan Lily seterusnya. Beliau melahirkan rasa kesyukrannya kerana Allah mempertemukan kami, dia sama sekali tidak menyangka bahawasanya dengan SEKELIP MATA..ketakutan, trauma dan bayangan silam mampu lenyap dengan kemas bersama sesi theraphy EFT.

d) Isu Kerjaya dan Hubungan Sosial Rakan Sekerja

Testimonial 13 (Pn Jiha ~ Masalah Kerjaya darisegi hubungan rakan sekerja & boss, melayan kerenah ibu di usia emas serta anak )

Salam…
Sorry senyap lepas jumpa anis tempoh hari bukannya apa, nak menikmati
Apa yang aniz ajarkan tu. EFT tu memang berkesan, alhamdullilah…
Syukur sekarang kalau tension je saya buat itu sahaja.
Yang lebih terharu tentang munirah, saya terlupa yg aniz ajarkan doa tu, baru
2 hari lepas saya amalkan selepas dia tidur, alhamdullillah syukur berkesan
taklah seperti selalu , dia dah mula cool down banyakJAniz, dia .

Sebelum tidur dia memang memberontak tak nak tidur awal sebab nak tengok tv,selalu tu bangun
pagi pun bising2..sekarang ni alhamdullilah dia menjadi anak mendengar kata..
kalau dia tak puas hati pun taklah macam dulu…saya buat lepas saya solat tahjud.
Apa pun terima kasihlah aniz…saya tak tahu nak cakap apa…hanya allah sahaja
Yg dapat membalasnya.

Testimonial 15 ( Dr Farhana ~ Beban kerjaya dan komitmen keluarga )

Tuntutan kerjaya dan melayani kerenah boss bukanlah sesuatu yang indah dalam perjalanan hidup Dr Farhana apatah lagi dalam masa yang terpaksa menguruskan 4 orang cahayamata yang dikasihi tanpa pembantu rumah. Walaupun suami turut sama berganding bahu meringankan beban tetapi ada ketikanya masalah kerjaya dan memikirkan bebelan lady bossnya amat menyesakkan fikiran Dr Farhana. Hemm ada kebenarannya dan namanya BOSS lazimnya dah berusia dan senja anak-anak pula dah pun besar belaka, bekerjaya, bekeluarga pendek kata tidak lagi menyusahkan ibubapa…dah nak bersara pun berbanding Dr Farhana yang baru berusia awal 30-an. Suka-suka hati suruh itu suruh ini…meeting dateline manjang, semput Dr Farhana dibuatnya.

Keprihatinan mengisi tuntutan keluarga dan kerjaya hampir sahaja membuat beliau sama ‘lemas’ dalam dunia pilihannya apapun itulah HIDUP…anak demam , astma dengan ibunya sekali turut sama he he he kan Allah itu ADIL perencanaan Allah sebetulnya memberikan sedikit ruang untuk Dr Farhana bernafas dan berehat seketika tanpa perlu memikirkan masalah kerjaya. Apapun this is a REAL LIFE drama kehidupan yang mungkin kita sendiri pernah lalui!!! Kami bertemu…sebetulnya Dr Farhana merupakan kenalan lama saya semasa di sekolah beliau pelajar PALING PINTAR…rupanya resmi orang GENIUS…BIJAK memang cenderung untuk banyak menganalisis , menyimpan maklumat dan mementingkan kesempurnaan dalam kehidupannya tetapi bila menginjak usia dan komitmen bertambah itulah memerlukan sedikit ruang dan masa untuk melakukan PENYESUAIAN dan inilah yang dilalui Dr Farhana…he he he itulah yang selalu MIGRANE tu.

Inilah yang berlaku kepada Dr Farhana daripada setting Dr perubatan (untuk memberi keadilan terhadap dirinya sendiri serta keluarga yang dikasihinya ~ tak larat nak melayan kerenah pesakit beliau kini beralih ke bidang kajian perubatan alternatif memang sesuatu yang disukai cuma melayan peel insan-insan sekeliling adakalanya membuatkan kesabaran berada di kemuncak). Komennya bestnya kerja macam aniz agaknya aku dulu salah pilih bidang kot…he he he …apapun syukur sekurang-kurangnya saya dapat membantu seorang lagi sahabat melupuskan segala bebanan emosi & fikiran yang dialaminya dengan EFT…one minute wonders! Simply amazing…she said tak sangka…something new for her. Satu kaedah rawatan terapeutik yang SEMULAJADI ~ tiada dadah, tiada jarum, tiada ubatan…tiada melibatkan kos and yet memberi kesan yang sangat menakjubkan rasa lapang dan lega sangat!

e) Isu : Masalah Kehamilan & Ikhtiar Zuriat

Testimonial 16 (Pn Sara & En Ikram ~ masalah SAKA, sukar hamil dan rumahtangga yang kurang harmoni)

Merupakan kenalan lama, sering mengadu kasih ada marriage & communication problem with husband…selalunya jadi pendengarlaa…ibarat kakak mendengar masalah adik. Sehinggalah baru2nie, beliau diuji dgn gangguan org ketiga…alhamduillah ‘settle’ berubat dgn abah. Yang terkini, beliau mengambil langkah pantas apabila dah ramai menyebut yg dia sukar hamil sebab ada gangguan saka dr sebelah ibu suami…Perencanaan Allah sangat hebat, bagai disusun-susun…tgh menjalani treatment kesuburan & kehamilan…nampak SANGAT JELAS & NYATA…all this while bila scan telur hanya dari rahim sebelah kanan sahaja (bukan sekali dua dah menjalani rawatan kesuburan) tetapi sekarang telur terdapat dikedua-dua belah rahim sihat-sihat pulaktu…besar-besar…Pagi berubat, petang SCAN…nak buat IUI…hopefully they’ll make it this time…Yang bestnya…siap hubby Sara bermimpi…lawan dgn hantu…dia bunuh hantu & menjerit Allahu Akbar….(haa kes mcmnie memang jelaslaa ada gangguan, jujur tak dinafikan sebahagian kes-kes yang melibatkan konflik rumahtangga memang ada unsur gangguannie tapi sendiri mahu ingatlaa…menghuru-harakan manusiatu DAH MEMANG profesion spesis bertanduknie…InsyaAllah PENAWARNYA mudahjer….DEKATKAN DENGAN ALLAH…insyaAllah yang tak baiktu akan panas sendiri…kalau rasa tak settle….tak OK gaks…ikhtiarlaa..Cuma beza kat Klinik Suksesnie…UNDER ONE ROOF…insyaAllah boleh dibantu ikut kepakaran …bidang…saya & abah…

Testimonial 17 (Dr Arlynn ~ Ikhtiar  Zuriat & Masalah Gangguan Saka

Dr Arlynn(bukan nama sebenar ) dan pasangan En Wahab merupakan pasangan yang dipilih Allah untuk melewati ujian ini. Dr Arlynn sendiri meruapa GYnae..pakar sakit puan (dapat bayangkan bagaiman emosi beliau yang mendambakan kehadiran cahayamata.. .mengendalikan pesakit tapi beliau sendiri belum diberi keizinan ketika itu utk mengandung). En Wahab pula PEGUAM terkenal…dugaan dan cobaan mata-mata yang menggoda di luar sana tak kurang ehbat…kes klien-klien yg diuruskan… ibu tunggal yang mencari kasih utk dahan berpaut ~ kalau tidak tebal iman di dada harus terperangkap. Pasangan ini mendapatkan khidmat kami.

Pelbagai usaha dilakukan Prof …kepada Dr Arlynn sendiri mengendalikan kes beliau namun hasilnya cukup mengecewakan. ..Ingat lagi setiap kali datang bulan emosinya akan terganggu… sikap panas baran, memberontak. ..menangis, semuanya serba tak kena…suami tercintalaa tempat melepaskan segala TEKANAN.

Kemewahan suami takde maknanya buat Dr Arlynn…kehidupan berumahtangga HILANG SERINYA TANPA KEHADIRAN CAHAYAMATA.. .kalau kereta mewahtu silih berganti macam ganti kasut jek…calar sket , accident..tukar. ..kalau tidak diturutkan akan…mengamuk. Mujurlaa si suami orang yang BERILMU…beliau faham bukan kemahuan dan kehendak isterinya begitu….SEBENARNYA ADA “UNSUR” LAIN YANG MENDAMPINGI DIRI…

Keadaan ini..jika ditinjau dr perspektif Islam memang ada spesis syaitan yang tugasnya berkampung di dlm rahim wanita dan memakan benih tersebut. Manakala dr perspektif budaya masyarakat Melayu khususnya ianya dikenali sbg SAKA…

Alhamdulillah dengan izin Allah …setelah unsur negatif ini disingkirkan ditambah pula kuasa doa, munajat, dzikrulah dan rawatan yang dijalani akhir Dr Arlynn dan En Wahab dikurniakan cahaya mata..kembar pulatu…

Memang jika dilihat dgn mata kasar dan ilmu yang terhad benda-benda sperti ini seakan tidak percaya…tetapi sebenarya ada dalam Islam…ILMU ALLAH SANGAT LUAS APA YG KITA KETAHUINIE HANYALAA IBARAT SATU JARI DICELUPKAN DI LAUTAN YANG LUAS…tambah pula alam ghaib…

Testimonial 18 (Ikhtiar Zuriat  ~ Gangguan Hormon & Stress)

Julia dan pasangannya sudah berkahwin hampir 3 tahun namun masih belum menimang cahayamata. Membaca coretan saya di internet  tentang kehamilan menggerakkan hati beliau utk menghubungi saya utk mendapatkan bantuan. Masalah beliau adalah gangguan hormon akibat masalah berat badan yang dihadapi dan  juga  stress. Beliau mudah moody, kurang daya tumpuan, lesu dan mudah panas baran. Alhamdulillah dengan rawatan yang dijalani serta pengambilan produk saya sendiri tidak menyangka… dalam masa sebulan beliau berjaya menyingkirkan 10kg daripada 70kg turun 60kg dan PALING MENGGEMBIRAKAN beliau akhirnya penantian beliau dan pasangannya berakhir apabila pada minggu kedua bulan kedua rawatannya Julia disahkan hamil..

Testimonial 19 (Pn Jemilah : Jantung Berdebar-debar dan berdegup kencang sejak 3 tahun lalu)

Merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata, anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Pn Jemilah telah menjalani rawatan di hospital kerajaan dan hasil pemeriksaan beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serious namun disebabkan pengaruh pendaman emosi dan tekanan yang dilalui dikenalpasti antara factor penyumbang kepada masalah jantungnya yang berdegup laju hasil ujikaji stress yang dijalankan pihak hospital.

Hampir 3 tahun Pn Jemilah bergantung kepada ubat , memang diakui Pn Jemilah kurang selesa malah beliau juga sedia maklum akan kesan langsung ubat-ubatan ini, Dan Alhamdulillah atas perkongsian rakan sejawat beliau menjalani rawatan EFT bersama saya…Rupa-rupanya ada satu isu besar yang menganggunya…kes sebegini pernah Abah kendalikan mujurlah saya dapat belajar dari situ, hasil penerokaan pendekatan HOLISTIK diketengahkan untuk membantu Pn Jemilah…Setiap kali ingin beribadah beliau sering diganggu oleh gambaran Salib, Gereja dan Paderi…rupa-rupa lebih 5 tahun sudah ‘gambaran ini’ menganggu hidupnya. Mujurlah dalam pada itu Pn Jemileh kuat dan tabah menempuhnya…dan kecekalan, kesabaran beliau untuk terus bertahan akhirnya doa beliau dijawab Allah…

Kami bertemu sebenarnya bukan sekadar kebetulan atas PENTADBIRAN KASIHNYA RAHMAN DI ATAS SANA…Alhamdulillah dengan ilmu dan hamparan yang dipinjamkanNYA dapat saya membantu seorang lagi sahabat yang selama ini berperang dengan diri sendiri…Sebetulnya tak sampaipun beberapa minit less then 5 minutes YANG LAMANYA hamper satu jam lebih adalah proses penerokaan…Nah! Lihat disitu…Allah itu Maha hebatkan…Kalau DIA izinkan …sekelip mata…Yes! Sekelip mata mampu dipulihkan…Ada juga yang bertanya selepas ini, Pn Aniz ada tak ‘masalah ini’ akan menganggu kembali…Jujur jawapan saya ini bahagian masing2 tapi mengikut pemerhatian dan pengalaman saya JARANG SEKALI ianya akan menganggu kembali…kalaupun ada hanya sekelis pandang…ianya takkan mampu menganggu hingga ke tahap kritikal paling jauh pun sekitar bacaan 2 shj (dgn skala 0 ~ tidak stress & 10 ~ paling stress dan dgn skala 2 kalaupun ada dtg menganggutu kiranya kacanglaa BISA dibereskan sendiri). Dan pastinya juga doa dan harapan saya Pn Jemilah akan menikmati kehidupan baru yang LEBIH BAHAGIA, TENANG & SEJAHTERA selepas ini lebih-lebih lagi dalam ibadah.

• Sebetulnya ramai sudah testimonial EFT yang member maklumbalas, dengan pengetahuan EFT dan rawatan juga sesi theraphy yang dijalani mereka LEBIH MENIKMATI kemanisan beribadah. Kenapa ek? Hemm..mudah shj kawan-kawan EFT nie sebenarnya ibarat PENAPIS yang menapis sebarang kotoran dan pencemaran…so RASIONALnya apabila banyak kotoran a.k.a isu-isu stress yang menganggu ~ emosi negatif spt sedih, benci, dendam, marah, kecil hati, kesal, rasa bersalah, tidak memaafkan org lain, buntu, risau, bimbang…dsbgnya dan apabila ‘unsur negatif’ ini dibereskan…maka BERSIHLAH MINDA…BERSIHLAH HATI…mudahlaa mencapai TENANG & FOKUS untuk apajua misi & tanggungjawab yang bakal dilaksanakan begitu jugalah dengan ibadah.

• EFT ~ Knowledge how to dispute/filter EMOTIONAL TOXIN…ibarat system penapis air..haa EFTnie cam ghitulaa…tahu tak kekawan emosi negatif dan segala kedarak negatif yang dimpan ini BAHAYA…bahaya macam mana …LAW OF ATTRACTION…lontaran minda, monolog diri yang negatif boleh merosakkan molekul air dan juga makanan yang kita jamah, telan. Dan disinilah nanti ianya juga boleh mengesani MEROSAKKAN kefungsian tubuh kita. Hemm…nampaktu bukan sekadar perlu berbelanja lebih nak dapatkan SISTEM PENAPIS AIR yang cangggih-canggih tapi…TAPI kekawan nak SEJAHTERA, SIHAT, AMAN & BAHAGIA dalam ertikata yang sebenar…FILTER SISTEM DALAMAN {UN PERLULAH CANGGIH untuk menapis segala unsure negatif, pencemaran yang merosakkan…inilah analogy EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE! Simple bukan??? Dan yang PALING BEST…ianya sangat-sangat mudah, PANTAS dan berkesan mudah dipelajari siapa sahaja…

Bagi yang ingin MENCARI PENAWAR DIRI…mengubat hati yang terluka, runsing, bimbang, keliru…mahupun MENIMBA ILMU PENGETAHUAN berkongsi KEINDAHAN & KEAJAIBAN hamparan Ilahi dalam kehidupan insan dengan displin ilmu berkaitan Personaliti, Tingkahlaku Manusia, Pengurusan stress, Emotional Freedom Technique, Kuasa Doa, Meditasi dan Sains Minda…temui saya dalam Klinik Sukses …

Izinkan saya mengiringi transformasi impian anda, mudah-mudahan sama-sama kita beroleh berakah dan manfaat bukan sahaja di dunia tetapi insyaAllah berkekalan hingga ke akhirat…itupun yang saya cari sebenarnya…touch every one heart with JOY & INSIGHT!…This is My BLISSFUL Journey, indeed!I LOVE!!!

Can’t wait to hear your next SUCCESS story kekawan!

May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy, and enough money to buy you gifts!!! ~ Salah satu GIFTtu….from Klinik Sukseslaa he he he… Ho ho ho…

See you in Klinik Sukses, insyaAllah!

Sebetulnya ada banyak lagi koleksi testimoni…apapun inilah WARNA-WARNI KEHIDUPAN sesungguhnya setiap yang berlaku itu HIKMAHNYA yang tersendiri dan yang paling penting …JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA AKAN RAHMAT ALLAH…Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya…Sesungguhnya Allah itu Maha Adil …DIA hadirkan UJIAN dan CABARAN…DIA juga hadirkan PENAWAR & PENYELSAIANNYA dan sebab itulah kita dipertemukan, insyaAllah!

Akhir kata salam kemakmuran & salam sukses dari saya…

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt…

Heal your LIFE!!!

May Allah grant us with a great life ahead…life full of Rahmah & Berakah!…

Ameen…InsyaAllah…

See ya!

2 Comments

  1. Salam Puan,

    Berikut adalah langkah untuk mendapatkan perkhidmatan:

    1. Lengkapkan borang – boleh download di sini https://www.dropbox.com/s/79nt6yeuleg1zhf/InventoriProfail%20KlinikSukses%202013.docx

    Pilihan Perkhidmatan :
    i) Sesi Kaunseling Secara Online : RM100 (1 jam 30 min)
    ii) Sesi Kaunseling Individu Secara bersemuka : RM120 (1 jam 30 min)
    iii) Sesi Kaunseling Perkahwinan Berpasangan : RM180 ( 2 jam )

    atau

    iv) Life Coaching Klinik Sukses Individu : RM350 (10.30pg – 3.30ptg)

    2. Buat pembayaran jumlah sewajarnya ke akaun Maybank NORANIZA BINTI ANWAR 1622 1833 7759 (sila rujuk borang utk jenis perkhidmatan)

    PS.: Sila masukkan email nurqudrah786@gmail.com jika pembayaran dilakukan melalui online transfer

    3. Sila emailkan inventori yang telah lengkap bersama bukti pembayaran (jika pembayaran dilakukan melalui ATM) ke email nurqudrah786@gmail.com

    4. Nantikan email pengesahan penerimaan dan tarikh temujanji. Sekiranya tiada maklumbalas yang diterima dalam masa 48 jam, sila sms kan nama dan jumlah RM yang telah dibank in.

    Terima kasih.

  2. Syira

    Assalamualaikum,

    I really need your help. heve been searching for a counselor for quite sometime. need advise on handling my emotion and patient thru my marriage life.

    Where is your office and how to make an appointment.

Leave a Reply