Suami Gatal Pengancam Perkahwinan

Bismillah…

Terpanggil untuk mengupas tajuk ini bilamana ada kalangan wartawan mengajukan persoalan yang sama. Ya, tidak dinafikan bilamana ada isu berlaku dalam perkahwinan ada pelbagai cara dan pendekatan yang dilakukan oleh pasangan. Ada pasangan yang mengambil pendekatatan buat tak reti, mendiamkan diri, melarikan diri dan tak kurang mencari hiburan di luar batas perkahwinan termasuklah yang kononnya suka-sukajer.

Ho ho ho…suka-suka…bila terkantoi rasanya mampu tak kau nak SUKAAAA???Ahaa…pening mahu, haru…ribut petir silap haribulan boleh jadi tsunami. So macam mana nak HINDARI semua ini dari terjadi dalam perkahwinan??? Jawapannya sangat mudah sebenarnya kembali kepada :

1) Kenalpasti dan pasakkan dalam diri dengan TEGUH apakah MATLAMAT kalian mendirikan perkahwinan? Perkahwinan itu adalah untuk menjemput keredhaan Allah swt maka JUJUR dan AMANAHLAH dengan pilihan yang dilakukan.

2) Kejujuran dan ketelusan diri untuk membangunkan bahagia maksudnya janganlah celarukan diri, serabutkan diri dan undang mudarat bilamana kau pilih berkahwin dan ingin bahagia tetapi masa yang sama kau buat perkara-perkara yang meranapkan bahagia kau dan untuk TUTUP kesalahan itu lempar salah pada pasangan @ orang lain. Belajarlah untuk mendidik diri apa yang dilintas di HATI, MINDA , LISAN dan PERBUATAN itu KONGRUEN DAN SELARI. Bilamana kita memilih bahagia HINDARILAH perbuatan yang boleh meracuni dan memusnahkan kepercayaan, kebahagian dan kasih sayang yang ingin kita bangunkan. Yes..pasangan mungkin tak nampak ketika itu apa yang dilakukan tetapi INGAT Allah Maha Melihat, Malaikat Kiri Kanan mencatat….

3) Seandainya ada konflik, isu, ketidakpuasan hati try to talk to each other. Belajar untuk mendengar, belajar untuk menyelami dan belajar memaafkan lantas jadi LEBIH BAIK. Sekiranya masih juga buntu, serabut, kelam kelibut, rimas….asyik nak bertekak sahaja…adajer isu yang mencuit dan mengocak bahagia DAPATKAN PERTOLONGAN PROFESIONAL. Stop talking and sharing dengan orang yang salah…apatah berlainan GENDER cth kekasih lama, rakan sekerja dsbgnya!! Nescaya ia boleh mengundang fitnah dan menjemput musibah tidak kena gaya.

4) Stop pointing finger to others. Berhati-hati pasangan bukanlah musuh kita…Belajarlah untuk menyantuni kehidupan ini khususnya pasangan dengan penuh kasih sayang, hormat dan bertanggungjawab serta prihatin. Perasaan dipeduli, disayangi, dihormati  dan dilindungi, rasa selamat, tenteram sangat penting untuk menjayakan sebuah perkahwinan yang bahagia. Dan “iklim keamanan dan peduli ini” pastinya menuntut komitmen dan usaha yang konsisten pasangan untuk menyuburkannya.

5) Raikanlah CINTA dalam perjalanan ini dengan membawa bersama Pemilik Cinta Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud mudah-mudahan dengan kebahagian yang dibina tidak mudah digoyah dengan tarikan tarikan yang boleh mengudangan ancaman dan mudarat. Dan dengan sendirinya iman dan taqwa yang disuburkan mampu menjadi pemelihara yang luar biasa In sha Allah.

6) Jaga ikhtilat…belajar hormat diri sendiri jika kita ingin dihormati. Pesempadanan diri letakkan ia di tempat yang adil dan bijaksana.

7) Kuasa DOA – Kita tak mampu nak jaga orang yang kita sayang 24 jam tetapi kita ada Allah swt untuk menjaga mereka. Maka janganlah kedekut, janganlah sombong untuk mohon pertolongan Allah swt

Peliharalah lintasan hati kami, minda kami, pandangan mata kami, pendengaran kami, lisan kami serta perbuatan juga tingkahlaku kami daripada perbuatan-perbuatan haram, maksiat dan mengundang kemurkaanMu Ya Allah. Jauhilah kami daripada godaan dan bisikan iblis, jin dan syaitan, kejahatan ahli sihir, kezaliman manusia yang zalim dan derhaka, fitnah Dajjal dan hari Kiamat, fitnah kehidupan dan kematian serta hari akhirat dan tidak lupa kezaliman diri kami sendiri. Bimbing kami, pimpin kami Ya Allah dengan penuh kebaikan dan kasih sayang serta rahmat Mu Yang Luas yang dapat membangunkan dunia serta akhirat kami yang lebih bahagia dan diredhai.

Jadikanlah kami pasangan suami isteri yang soleh dan solehah, jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bahagia dan saling membahagiakan antara satu sama lain”

Mudah-mudahan ketulusan dan kemurnian hati menghadiahkan pasangan dengan DOA Allah swt akan mengiringi dan menjaga kebahagian yang diimpikan bukan sekadar di dunia tetapi juga di akhirat In sha Allah. #CintaItuMilikAllah mana mungkin mengimpikan bahagia dan cinta yang menghiburkan bilamana pemilikNYA kita kesampingkan…kita remehkan dan pinggirkan…nescaya pasti akan diuji andai sahaja DIA masih sayang pada kita.

ANCAMAN VIRUS 3 A

Dan akhir sekali sebagai PENUTUP untuk menjayakan perkahwinan yang bahagia belajarlah untuk menghindari “VIRUS 3 A” paling bahaya ini iaitu  AFFAIRS, ADDICTION dan ANGER (which is excessive anger). Jika ada symptom ini dalam perkahwinan dan rumahtangga tolong jangan DIBIARKAN…tolong jangan DINAFIKAN….tolong jangan LARIKAN DIRI….Dapatkanlah pertolongan jika ingin membenarkan bahagia yang luhur kembali mengiringi perjalanan. Manafikan konflik yang hadir, buat bodoh, buat tak reti, buat tak dengar itu bukanlah cara bijak…..Be wise ! Kita bertanggungjawab dan kehidupan kita…Be brave! Jika kita benar-benar ikhlas ingin berubah kerana Allah …In sha Allah Allah pasti tolong kita.

Tidak dinafikan menangani isu suami gatal ini ada ketikanya bukan sekadar isu remeh semata apatah lagi bilamana ia sudah menjadi ADDICTION this is type of illness and of course treatmentnya juga berbeza dan menuntut keberanian, ketelusan dan tekad yang teguh untuk berubah dan kerjasama erat pasangan berdua bersama sama untuk saling membantu bergandingan dengan bantuan  profesional kaunselor mahupun therapist In sha Allah. Tiada yang mustahil….tapi syaratnya sebelum itu KITA KENA KENALPASTI DAN TAHU JELAS APA YANG KITA INGINKAN.

Kesembuhan diri…ketenangan….kebahagian dan transformasi diri hanya mampu dinikmati bilamana kita memulai membenarkan diri dan berani untuk melakukan perubahan dan bertindak. In sha Allah dengan rawatan, bimbingan dan pengisian ilmu serta kemahiran yang tepat bahagia mampu dinikmati.

* Sebarang temujanji atau pertanyaan sila whatsapp ke www.wasap.my/60123915362/temujanjikaunseling/

 

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply