Renggang Dengan Allah Vs Renggang Dalam Perkahwinan

Nota Kaunseling Perkahwinan
=====================

Bismillah…

Petang ini tertarik saya untuk berkongsi salah satu isu yang selalu diketengahkan di klinik saya iaitu isu pasangan yang lalai atau culas dalam menunaikan perintah Allah swt. Ya! Tidak dinafikan daripada pemerhatian dan pengamatan sebagai Kaunselor kebanyakan isu rumahtangga yang dilanda masalah datangnya dari pasangan yang tidak mendekati Allah swt. Lantas apa kaitannya mendekati Allah dan kebahagian serta kerukunan rumahtangga???

Jawapannya pasti YA ianya sangat berkait langsung…disini saya tidak mengatakan pasangan yang dekat dengan Allah itu tidak akan diuji tetapi In shaa Allah hubungan yang baik dengan Pemilik Cinta Isi Dunia itu mampu membuka ruang penyelesaian, penawar dan ketenangan yang membahagiakan dan lebih lancar menemukan solusi yang diperlukan In shaa Allah. Memang fitrahnya hidup untuk diuji apabila kenal Cinta Ilahi…apabila kita kenal MATLAMAT perkahwinan dan kehidupan itu sendiri In shaa Allah ia mampu menjadi “kompas” yang akan memimpin dan membimbing pasangan agar saling kuat menguatkan antara satu sama lain…agar saling membantu antara satu sama lain demi kebaikan dan keberhasilan IMPIAN yang dihajati bersama.

Terkadang jurang atau cinta dalam perkahwinan itu makin luntur sebab sikap dan pembawakan diri pasangan itu sendiri yang meminggirkan cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga. Amat mustahil untuk mengharapkan bunga yang segar rimbun mekar mempamerkan keindahannya untuk dinikmati jika ia tidak dibaja, tidak disirami dan tidak dijaga dengan sewajarnya. Begitu jugalah dalam konteks rumahtangga ianya sesuatu yang perlu “diusahakan” bersama-sama untuk mengisi dan menghidup suburkan perkahwinan itu dengan kasih sayang, cinta dan keharmonian yang mendamai saling membahagiakan antara satu sama lain dan konteks seluruhnya peranan dalam rumahtangga.

Selalu saya TEKANKAN dalam perkongsian saya isteri bukan hamba suami, suami bukan hamba isteri tetapi kalian saling sama sama adalah HAMBA ALLAH. Maka harus punya rasa BAHAGIA untuk saling membahagiakan antara satu sama lain ikhlas kerana Allah swt tanpa mengharapkan balasan. In shaa Allah niat yang ikhlas Allah swt…CINTA TANPA SYARAT akan selalu memberikan GANJARAN @ reward oleh Dia dia atas sana. Bersumberkan nawaitu dan keikhlasan hati yang jelas memburu cinta dan redha Ilahi dalam memberi bakti dan bahagia In shaa Allah kebahagian, keharmonian, ketenangan, kasih sayang akan dihadirkan Ilahi dalam perkahwinan tersebut.

Kesimpulannya untuk Menjemput Cinta..Menyuburkan Benih Kasih Sayang dalam rumahtangga itu pastinya juga harus dimulai dengan Mencintai Pemilik Cinta Itu sendiri iaitu Allah swt…mana mungkin untuk meraihnya tanpa kita terlebih dahulu jatuh cinta kepada Empunya Cintakan??…Pasti agak sukar dan mustahil “cintanya” mampu dipinjamkan kepada kita. Maka jangan sombong ya…teruskan berdoa, meminta dan BERCINTA dengan pemilikNya pasti hidup akan lebih berseri, warna warni dan indah dengan CINTA YANG MAHA SEMPURNA ini.

Dan PALING penting jangan sesekali mencuba untuk mengubah pasangan anda! Itu agak mustahil kerana yang memegang hatinya…yang memegang ilham dan petunjuknya adalah Allah swt…berdoalah penuh kasih sayang, hadir dan yakin bahawa doamu akan berbalas…Remember MIRACLES happen every minutes and don’t underestimate the greatest power of duaa!Everything is pre-written but with duaa it can be re-written…Jangan angkuh! Kita ini milik Allah…doa yang ikhlas dan tulus untuk melihat pasangan ke jalan yang lebih diredhai Allah…ingin bersama-sama dengannya di Syurga Allah semoga menjadi nadi dan INSPIRASI yang berterusan untuk menjayakan dunia yang sejahtera dan akhirat yang bahagia…Aamiin!In shaa Allah…

Panjang-panjangkan perkongsian ini siapa tahu dengan SATU klik kita mampu MEMBERIKAN SENYUMAN buat insan lain.

 

#KaunselorPerkahwinan

#KhidmatKaunseling

#MakePeaceandHeal

Facebook comments:

comments

Leave a Reply