Rahsia Minda, Lekatan Memori Silam & Pola Kehidupan

Bismillah…

Salam harmoni buat para pengunjung yg dikasihi Allah, terima kasih kerana terus setia. Alhamdulillah hari ini kita akan berkongsi tentang BAGAIMANA STRATEGI dan LANGKAH dalam menempa kejayaan dan kesejahteraan diri yang tulen. Haaa yang tulen ya akak-akak, abang-abang…adik-adik yang plastik…yang tak ori sekadar tempelan membohongi diri Nauzubillah…kita tak mahu kerana apa???Khuatir nanti lambat laun akan menjadi perangkap diri yang melemas dan menyesakkan…dan hasilnya bila dah sesak dan lemas semua benda HADIAH & ANUGERAH BEHARGA daripada Allah pun tidak akan mampu kita raih dan nikmati waimah sesi alam ini dikirimkan hati masih sakit, kecewa, sedih, kesal dan pelbagai lagi permainan emosi.

Bercerita tentang permainan emosi…AGAK MELUCUKAN sebenarnya…Kebanyakan daripada kita terperangkap di dalam MEMORI…MEMORI yang sebetulnya tidak mampu untuk memudaratkan diri kita lagi dengan syarat kita yang memegang KUNCINYA…sama ada untuk TERUS membenarkan lekatan silam kecewa, sedih, kesal, kehilangan, pengkhianatan, hinaan, kejian, kegagalan, kesilapan dan sebagainya MENGUASAI DIRI atau kita pendamkan tanpa kita uruskan “lekatan silam ini dengan sempurna”. Dengan sangkaan emosi yang terpendam itu tidak akan memberi mudarat di kemudian hari dengan KEPUTUSAN untuk meneruskan sahaja perjalanan hari ini. Haa..HATI-HATI inilah yang RISIKO sebenanrnya bila sangkaan kita emosi dan memori silam itu tiada makna , DAH SEMBUH dan sebagainya…rupa-rupanya ianya masih berkudis, luka dan menanah. Macam manatu???Mudah sahaja BAGAIMANA INGIN MENGETAHUI ANDA TELAH BENAR-BENAR SEJAHTERA DAN SEMBUH ? Apabila anda menoleh ke belakang ‘peristiwa/episod’ yang menduga tersebut tidak lagi meninggalkan emosi negatif rasa terkilan, sedih, sakit dan sebagainya sebaliknya adalah KEREDHAAN TOTAL…RASA BAHAGIA & SYUKUR yang tidak terucap lantaran ujian & cabaran yang hadir anda MENGECAPI KETENANGAN & KESEJAHTERAAN & KEBAHAGIAN yang begitu bermakna hari ini. Tiada lagi dendam, kesal, marah, terkilan dan seumpamanya yang hadir HATI yang BENAR-BENAR BAHAGIA…AJAIAB??Macam mustahil…Ahaaa! YAKIN & PERCAYALAH tiada yang mustahil di alam dunia ini dengan KEBESARAN & KEKUASAAN ALLAH!!!

Emotional Freedom Technique salah satu bentuk terapi yang HEBAT & LUAR BIASA dalam menangani isu-isu memori silam yang masih belum dibereskan dengan sempurna. Selagi hidup selagi itu ada CABARAN tetapi berbalik pada kehidupan itu sendiri ianya menuntut STRATEGI untuk berhadapan dengannya dan STRATEGI takkan mampu terbina TANPA ILMU DAN PENGALAMAN. Dengan ilmu yang namanya Emotional Freedom Technique ini insyaAllah saya YAKIN para sahabat pasti akan TERUJA akan keberhasilannya…Displin ilmu yang menggabungjalinkan bidang perubatan alternatif Chinese Akupuntur, bidang psikologi kemanusian garapan serentak applikasi minda, emosi, fizikal yang diperkemaskan dengan nilaian spritual Islam yang meletakkan kebergantungan kepada PEMILIK SEGALANYA dan juga teknologi ‘body science medicine’… HASILNYA MEMANG MENAKJUBKAN!!! Beban rasa yang tersimpan bertahun-tahun, marah, benci, dendam, kesal, terkilan , sukar memaafkan KESILAPAN & KEBODOHAN DIRI…sukar memaafkan kezaliman orang lain ke atas diri anda insyaAllah mampu DIBERESKAN DENGAN SEKELIP MATA…less then 5 minutes sometimes…Pretty UNSANGKARABLE haaa! Yup!!! Itulah sebenarnya BUKTI KESAKSIAN ALLAH para sahabat yang dikasihi Allah…Allah itu MAHA HEBATTTT!!!! Tiada yang luar biasa dengan izin dan perkenan. Sebagai therapist/kaunselor saya telah menyaksikan pelbagai KEINDAHAN KASIH SAYANG ALLAH ini…sukar untuk saya gambarkan ANUGERAH RASA yang hadir apabila melihat sendiri airmata syukur yang berkaca, senyuman melirik manis…mengakui KEHEBATAN ALLAH..hati yang benar-benar BAHAGIA mengecapi dan melihat kehidupan…tiada lagi kesakitan..tiada lagi kecacatan pandangan melainkan RASA SYUKUR yang tidak terucapkan…

Bukankan Allah itu Maha Adil…KASIH YANG CUKUP SEMPURNA melengkapi KETIDAKSEMPURNAAN yang hadir dalam kehidupan hambaNYA. Mengapa harus terus-terusan BERSEDIH & KECEWA membenarkan syaitan memperalatkan diri ~ lari daripada masalah, takut, BIMBANG, malu dan sebagainya serta PELBAGAI ALASAN diberikan untuk melindungi dan berselindung dalam zon selesa “pendaman silam/memori semalam” sedangkan HARI INI PENAWAR & SOLUSI itu telahpun ada ketahui???Ketahuilaa akan RISIKO & MUDARAT impak pendaman silam rasa kecewa yang terbeban, benci, kesal, marah, dendam sudah CUKUP untuk merosakan KESEJAHTERAAN DIRI ANDA bukan sekadar menganggu emosi, minda tetapi juga FIZIKAL tubuh. Pendaman emosi, stress, kemurungan dalam diam, dalam sembunyi cukup pantas memainkan peranan dalam pasif ia memainkan peranan menyebabkan kandungan keasidan tubuh bertambah, kefungsian tubuh terjejas…dan paling digeruni individu menjadi PELARIAN.

Bagaimana menjadi PELARIAN ~ Paling signifikan hari ini dengan kemeriahan dan kemakmuran bumi Malaysia dengan segala bentuk dan macam makanan…MAKANAN sering dijadikan escapism paling ‘sejahtera & selamat’ anggapannyalaa. Hasilnya juga ASAL STRESS SHJ MAKAN…STRESS SHJ MAKAN…akhirnya….masalah tidak selesai dan BERTAMBAH PULA SATU LAGI LIST dalam senaraian faktor yang menyebabkan individu STRESS iaitu BERAT BADAN & PENAMPILAN TUBUH. Salah satu cara yang terbaik untuk menangani masalah berat badan ini selain mengambilkira pengambilan produk serta gaya hidup yang sihat adalah dengan BERANI & YAKIN BERHADAPAN DENGAN REALITI KEHIDUPAN ITU SENDIRI…Menangani isu stress dan pendaman memori silam yang hadir…Alihkan kepada makanan mungkin tidak mengapa lagi tidak memberi KESAN kepada orang lain…tetapi TAHUKAH anda ada dikalangan kita yang memendam…yang menyimpan…dalam diam menjadikan insan-insan sekeliling sebagai tempat untuk mereka melepaskan ketegangan…kedinginan..kesakitan…dan kekecewaan silam…

Ya inilah YANG BERLAKU dalam masyarakat kita hari ini…kalau dilihat institusi perkahwinan mahupun keluarga yang rapuh, longgar, terdera dan mendera… BERPUNCA daripada PENDERAAN EMOSI, FIZIKAL & MENTAL yang dialami semasa kecil. Kekecewaan dan tekanan silam ini dibawa…mereka cuba lari dari IMEJ/WAYANG GAMBAR PENDERAAN yang dialami tetapi lebih jauh mereka lari lebih dekat dan HEBAT tekanan itu dialami…dan kesannya anak-anak, isteri dan suami menjadi MANGSA. Kalau pasangan keluarga yang bahagia menikmati halwa telinga kata-kata peransang, positif, kasih sayang tetapi bagi perkahwinan atau keluarga yang bermasalah ini pula LAIN KISAHNYA…sumpah seranah, tengking-herdik, tali pinggang, rotan menjadi ‘hiburan’ mereka setiap hari. Inilah benih racun yang akhirnya tidak dibereskan..dibersihkan akan memberi kesan mudarat kepada keturunan…bilamana anak-anak ini berkahwin mereka akan TERUS MENDUPLIKASI CORAK DAN ACUAN PEMBENTUKAN KELUARGA YANG TIDAK HARMONI INI. Hasilnya harus bagaimana kehidupan yang benar-benar BAHAGIA & HARMONI mampu dinikmati bila ketulusan kasih sayang yang murni tidak terbina dari kecil…Nescaya! Rasa permusuhan ini akan terus dibawa dan terbina di kalangan ibubapa dan anak-anak…

Anda rasa terpanggil untuk MENAMATKAN PEPERANGAN DIRI…KONFLIK SILAM “CHILDHOOD” ISSUE…PUTUS CINTA…PUTUS TUNANG…MASALAH RUMAHTANGGA…KEWANGAN YANG MENGHIMPIT…REZEKI MAHAL…KERJAYA YANG TIDAK KERUAN…HUBUNGAN YANG TIDAK KESAMPAIAN…KESIHATAN YANG MERUDUM…KESAN KESEJAHTERAAN EMOSI YANG TERGANGGU…Migrane, sinus, astma, slip disk, ketidakstabilan hormon, berat tubuh yang semakin meningkat, insomnia, tubuh lesu tidak bertenaga, hidup dirasakan ibarat patung bernyawa HILANG DERIA…hilang kemahuan untuk SENYUM & TAWA kembali…Usah biarkan KESURAMAN menyaluti perjalanan anda…

InsyaAllah bersama-sama saya TELUSURI KASIH SAYANG ALLAH dalam penerokaan murni Life Caoching Klinik Sukses. Untuk makluman lanjut PREVIEW MODULE ini sila SUBSCRIBE ~ http://kliniksukses.anizanwar.com

RAHSIA KEJAYAAN YANG LEBIH HEBAT adalah membina keharmonian dalam konteks diri sendiri, Allah, manusia dan alam itu sendiri, insyaallah bersama Life Coaching Klinik Sukses kita akan telusuri RAHSIA dan KEINDAHANNYA. Keajaiban PENAWAR EFT, Kuasa Minda, Energi Alam dsbnya.

So why wait ??? Temui saya :
Tarikh : 7hb Nov 2010
Masa : 10pg – 5.30ptg
Lokasi : NQHS, Seksyen 18, Shah Alam
Yuran : RM280 shj

Terokai RAHSIA…temui KEINDAHAN bersama Life Coacing Klinik Sukses!

Salam Inspirasi!

Facebook comments:

comments

Leave a Reply