Rahsia Air Buluh; Rx Ozone Dalam Kehidupan…

Bismillah..

Setiap yang hidup pasti akan diuji termasuklah ujian sudut KESIHATAN dan KESEJAHTERAAN DIRI. Alhamdulillah perjalanan ini dilengkapi Allah dengan ilmu penyembuhan diri bersama rangkaian produk dan terapi WWN di bawah pengasas Dato Dr Noordin Darus.  Semoga PENAWAR dan BERITA GEMBIRA bahawa KASIH ALLAH itu SANGAT AGUNG mampu dinikmati dan kita kongsikan bersama. Allah hadirkan cabaran, ujian, penyakit dan sebagainya Allah juga HADIRKAN PENAWAR dan SOLUSINYA.

Jazakallah To En Shahrul Fitri for this kind sharing …tentang PERANAN AIR DAN KESEJAHTERAAN DIRI! 🙂

37 SEBAB KENAPA PERLU ADA THE ALL NEW RXWATER SYSTEM DI SETIAP RUMAH – 2in1 SYSTEM RXWATER & RXOZONE

Apakah Air Berozon? & 37 Fungsi dan manfaat air berOzon???

Pada umumnya, ‘ Ozonated water’ atau air berOzon mempunyai 3 fungsi yang luar biasa – DETOKSIFIKASI, PENSTERILAN & PENGHAPUS BAU selain mempunyai fungsi ‘ HealingTherapy’ yang hebat (sesuai untuk rawatan pesakit2 kronik).

Secara semulajadinya, di manakah kita boleh memperolehi gas Ozon? Jawapannya ialah apabila berlakunya kilat atau petir menyambar Bumi. Pada masa itu, dalam sekitar 20 meter radius sekitar kawasan panahan petir itu didapati udara & persekitarannyanya sangat-sangat bersih dari pelbagai jenis kotoran, hama, kuman dan pencemaran. Itulah sebabnya, apabila berlaku hujan lebat berseta kilat sambar menyambar, selepas hujan, kita akan dapati udara persekitaran begitu segar sekali.

Minum air berOzon juga meningkatkan tahap oksigen ke seluruh dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Manfaat yang jelas, air berOzon adalah tambahan yang bagus untuk setiap gaya hidup sihat. Di U.S.A, ia sangat mudah untuk dicari. Ada juga beberapa laman web yang menjual ‘ozonators’ di rumah sehingga anda dapat menghasilkan air berOzon anda sendiri. Ia juga dikenali sebagai Food Sterilizer, Ozone Sterilizer atau Ozonizer. Biasanya ia berbentuk seperti sebuah ‘device’ yang disambung dengan tiub Silicone dan mempunyai batu yang mempunyai lubang2 seni di hujungnya yang dipanggil ‘bubbler’. Lihat contohnya di http://www.youtube.com/watch?v=i9w6xidqIbE atau di http://www.youtube.com/watch?v=CNEXTmI2XAw

Unit2 Ozonizer brand2 tersebut berharga sekitar US$400 ke US$600 (RM1500 ke RM2000 ++) sedangkan ia hanya mengeluarkan gas Ozon sahaja.

Akan tetapi, uniknya air berOzon atau air Rx-Ozone yang dihasilkan melalui system The All-New RxWater ialah, ia tidak disambungkan kepada batu bubbler (telah dikaji bahawa dalam kegunaan yang lama, bahan dalam batu bubbler tersebut boleh terlarut ke dalam air dan membahayakan), sebaliknya ianya terus disambungkan kepada saluran air yang bertapis (RxWater) melalui tiub silicone dan air tersebut dipadatkan dengan gas Ozon ini. Flow-nya adalah dari atas-ke-bawah (selaras dengan konsep penyucian Taharah dalam hukum Feqah). Sistem ini dipatenkan oleh Dr. Noordin dan merupakan system Ozonizer-Ozonated water system yang paling unik di Dunia.

Berikut disenaraikan 37 manfaat & fungsi Air berOzon dari system The All-New RxWater :

1. Ozon air dikemas yang 3000X lebih berkesan daripada klorin.

2. Menghapus kotoran, bahan kimia, racun (racun kulat & perosak dalam sayur & buah) serta bahan Kimia (pengawet), Hormon & Antibiotik dalam daging, ikan & ayam – Ikan yang kita beli di pasar2 awam tidak terlepas dari unsur racun seperti Mercuri (dari lautan) ataupun hablur Asid Borik yang ditaburkan pada ikan supaya ia tahan lama. Ayam & Daging tidak terlepas dari suntikan Hormon dan Antibiotik yang boleh menyebabkan Kanser jika terlalu banyak diambil oleh tubuh kita.

3. Berkesan Membunuh Bakteria, Kuman & Patogen.

4. Menghilangkan bau seafood dan pengawet pada makanan. Ia juga berkesan digunakan untuk menghilangkan bau hanyir dari ikan air tawar. Secara tradisinya kita akan gaulkan dengan garam dan asam jawa. Dengan air berOzon ini, tidak perlu lagi.

5. Kekalkan kesegaran makanan – menyimpan makanan mentah (sayur, buah, ikan, daging) yang telah direndam atau dibasuh dengan air berOzon menjadikan makanan tersebut tahan sekali ganda dari dibasuh dengan air biasa. Ia menjadikan makanan lebih segar

6. Sterilisasi botol bayi dan puting bayi (Selalunya kita menggunakan sabun & air mendidih untuk membasuh botol bayi & membunuh kuman. Tindakan ini boleh membahayakan bayi kerana pasti tetap ada sisa2 sabun pada botol yang larut ke dalam susu. Botol yang kerap kena air panas, akan mengeluarkan bahan Biosphenol-A, sejenis bi-produk dari bahan petroleum yang merbahaya dan boleh menhyebabkan Kanser).

7. Sterilisasi peralatan dapur, membersihkan jubin, tingkap, mainan kanak-kanak, membunuh bakteria & kuman di berus gigi anda (rendamkan berus gigi sekali setiap 3 hari ke dalam air Rx-Ozone utk sterilisasi), alas kaki, tandas dll (menggantikan Harpic dll)

8. Anda boleh menggunakan air Rx-Ozone untuk mandi. Hal ini dapat membantu anda untuk menyingkirkan bau badan. Ini juga baik untuk kecantikan kulit anda. Air Rx-Ozon akan memberikan anda perasaan segar dan mempunyai fungsi yang kuat untuk mengurangkan keradangan, mengurangkan rasa sakit, mengimbangkan pH kulit. Yang paling penting, Rx-Ozon Air mempunyai kesan antiseptik pada kulit yang akan racun bakteria yang disebabkan oleh jerawat. Teknologi Air berOzon banyak digunakan di Spa-spa dan juga pusat kecantikan. Bayangkan saja memiliki manfaat air ozon untuk kulit anda di rumah anda dengan selesa. Anda boleh beritahu client anda seolah-olah memiliki Spa di rumah tanpa perlu keluarkan kos yang besar

9. Air berOzon, adalah di luar murni. Penuh ozon dan oksigen, air yang berOzon digunakan juga di pusat2 rawatan alternatif sebagai alat penyembuhan dan antibakteria / ajen antifungus serta diguna pada luka bakar, luka, lebam, dalam perubatan gigi, operasi, dan banyak aplikasi lain

10. Gunakan semasa memberus gigi – Ia membunuh kuman/bakteria yang menjadi punca kepada nafas berbau & Cavities. Dengan adanya air Rx-Ozone, dah tak perlu lagi membeli ubat kumur2 seperti Listerine.

11. Semasa membasuh muka dengan pencuci muka, gunakanlah air Rx-Ozone untuk mencuci dan membilas. Kesannya lebih baik kerana air Rx-Ozone selain dapat naturalize kesan kimia dari sabun/krim pencuci muka tadi, ianya juga sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah jerawat/akne-kerana ia membunuh kuman & bakteria yang menyebabkan inflamasi. Di Spa-spa & pusat2 kecantikan menggunakan ternologi air Ber-Ozon sebagai salah satu rawatan kecantikannya (tetapi mahal & eksklusif). Kini kita mempunyai kelebihan tersebut di rumah kita tanpa perlu keluarkan banyak duit dan bersusah payah mengunjungi pusat kecantikan

12. Gunakan air Rx-Ozon untuk merawat luka, kudis buta, lecur atau kudis penyakit Kencing manis (Diabetic Gangrene).

13. Gunakan air Rx-Ozon untuk membersihkan lantai atau mengemop lantai. Ia boleh menggantikan cecair pencuci lantai seperti Ajax Fabuloso atau Kiwi Kleen Floor. Malah kesannya lebih baik kerana ia membasmi Kuman & Sterilisasi lantai

14. Air Rx-Ozone sangat sesuai digunakan untuk Istinja’ (bersuci) dari hadas selain bagus untuk kegunaan membersihkan Bayi setelah buang air besar atau kecil. Juga sangat sesuai untuk digunakan semasa memandikan Bayi. Ia mencegah jangkitan kuman pada bayi serta membantu mengelakkan masalah2 kulit seperti ruam lampin, kegatalan, jangkitan fungus pada kulit Bayi. Ia umpama kita menggunakan bahan antiseptic seperti Dettol, Cydol dll.

15. Air Rx-Ozone bagus digunakan semasa menshampoo rambut dan semasa membilasnya. Ia menghilangkan kesan bahan kimia dari Shampoo atau Conditioner yang mungkin member kesan jangka panjang ataupun boleh menyebabkan alahan kulit kepala.

16. Air Rx-Ozone boleh digunakan untuk membasuh tab mandi, akuarium & sinki

17. Air Rx-Ozone boleh diminum sebagai terapi air berOzon – Minum air berOzon (Ozonated Water) meningkat tahap tenaga serta juga memberi kelajuan oksigen tambahan ke dalam tubuh. Namun keberkesanan air berOzon tidak terhad pada minum sahaja. Mandi di air berOzon adalah terapi yang bagus untuk penyakit kulit. Hal ini boleh digunakan untuk mengubati sakit otot, kecederaan tulang belakang dan punggung dan leher kaku. Mandi air Ozon boleh dimasukkan ke dalam penyembuhan atau program kesihatan seperti yang diarahkan oleh doktor. Tingkatan kebersihan selepas mandi di air berOzon lebih baik berbanding dengan air biasa. Manfaat merangkumi makanan, juga. Mencuci makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dalam air berOzon meningkatkan kebersihan makanan. Air berOzon memiliki rasa bersih & segar. Jenis air ini telah ditunjukkan dalam beberapa kajian ilmiah untuk membunuh bakteria dan virus. Ozon menambah oksigen ke dalam aliran darah dan menghilangkan kotoran (impurities) di dalam darah. Uniknya meminum air ber-Ozon juga ialah ianya meningkatkan kadar Oksigen di otak dan meningkatkan fungsinya.Oksigen sel tunggal (O1-Ozon) ini diperkenalkan ke dalam sistem kekebalan tubuh (sistem Imun) membuat ianya lebih kuat dan lebih mampu melawan jangkitan. Minum air ozon sejuk pada waktu perut kosong secara teratur dapat mendetoksifikasi usus anda. Meminum air ber Ozon akan mengoksidakan patogen dan sisa sintetik dalam tubuh dan disingkirkan dengan lengkap melalui proses perkumuhan. Setelah ditadah di dalam bekas air (jangan gunakan bekas plastik jika nak ditadah untuk diminum) teruslah meminumnya. Lebih cepat anda meminumnya, lebih banyak Ozon yang anda dapat. Bagus untuk rawatan Kanser, penyakit Darah Tinggi, Gout, kencing manis, Ulser, gastrik dll

18. Kumur-kumur selepas makan makanan yang berbau terutamanya ulam-ulaman seperti Petai & Jering atau penghisap rokok. Ia dapat menghilangkan bau mulut dengan serta-merta. Setelah meminum air berkarbonat (Coca-Cola, Pepsi dll), makan makanan yang manis atau makanan berasid seperti jeruk & asam masin, berkumur-kumur dengan air Rx-Ozone dapat membunuh kuman dan Neutralize asid tersebut. Ia mengelakkan berlakunya pereputan enamel gigi dari tindakbalas sintesis kimia bakteria terhadap makanan tersebut yang boleh menghakis enamel gigi kita.

19. Untuk penghidap Resdung pula, letak sedikit air Rx-Ozone di telapak tangan dan hisap sedikit ke dalam hidung dan hembuskan. Buatlah 2 atau 3 kali sehari, insyaAllah akan sembuh.

20. Jika termakan racun atau makanan yang sudah basi atau yang sudah rosak, minum terus air Rx-Ozone untuk mengelakkan sakit perut

21. Jika menghidap Batuk Kering yang serius, minum air Rx-Ozone 1 mug penuh (dalam 500 ml). InsyaAllah, kesan batuk tersebut akan lekas reda dan hilang

22. Jika terkena Cirit birit, atau muntah-muntah, minum air Rx-Ozone untuk melegakan kesan tersebut.

23. Jika mabuk atau terasa nak pitam, sapu rata air RxOzone pada kepala dan minum air Rx-Ozon. Kesan mabuk akan reda.

24. Jika sakit mata kerana infeksi atau radang mata, letakkan air Rx-Ozone (seperti Eye-Mo),insyaAllah, sakit mata kita akan reda dan sembuh

25. Gunakan air Rx-Ozone untuk merendam baju kotor, stokin busuk atau pakaian dalam untuk menghilangkan bau dan sterilisasi pakaian dari kuman

26. Gunakan air Rx-Ozone untuk membasuhpeti ais kita sekali dalam setiap 2 minggu. Menurut kajian, peti ais di rumah kita adalah bagai Syurga bakteria. Ia adalah tempat yang sangat sesuai bagi pembiakan bakteria, Dengan membasuhnya dengan air Rx-Ozone, kita dapat membunuh bakteria tersebut dan Nyah-Bau- sangat berkesan (asalkan jangan malas..)

27. Gunakan air Rx-Ozone untuk merendam baju, lampin & pakaian Bayi (setelah rendam, sebaiknya bilas juga dengan air Rx-Ozone).

28. Basuh beras dengan air Rx-Ozone’ tetapi gunakan air RxWater untuk tadah air beras sebelum kita masak beras tersebut

29. Gunakan air Rx-ozon selepas bercukur untuk mengelakkan inflamasi pada kulit serta basuh alat pencukur (shaver) atau pisau cukur untuk sterilize dari kuman dan bakteria

30. Gunakan air Rx-ozone untuk memandikan haiwan peliharaan di samping untuk mencegah dari penyakit-penyakit luaran pada haiwan tersebut.

31. Beri minum air RxOzone pada haiwan peliharaan kita setiap selang sehari untuk mengelakkan pelbagai masalah penyakit (sekarang ini kos Veterina bukannya murah. Kadang2 lebih mahal dari Doktor manusia)

32. Spray di dalam kereta air Rx-Ozone untuk menghilangkan bau-bauan yang kurang enak.

33. Setelah membasuh kasut sekolah anak-anak kita, gunakan air Rx-Ozone untuk membilasnya sebelum dikeringkan. Kasut yang lembab menjadi tempat pembiakan kuman & Bakteria.

34. Gunakan air Rx-Ozone untuk membasuh dan bilas sudu, garfu, pisau, ‘cutting board’ (papan pemotong) untuk sterilize dari kuman

35. Gunakan air Rx-Ozone untuk membasuh ‘Contact lense’ tanpa perlu menggunakan chemical solution (yang biasanya menggunakan solvent) yang boleh memberi kesan jangka panjang pada mata

36. Gunakan air Rx-Ozone untuk membasuh gigi palsu dengan efektif kerana ia membunuh kuman dari sisa-sisa makanan yang terdapat pada gigi palsu tersebut

37. Apabila selesai membuat kerja-kerja mengecat, kadang-kadang kita terpaksa menggunakan ‘thinner’ untuk menghilangkan kesan-kesan cat pada tangan & kulit kita. Bahan ini adalah bersifat bes dan tidak sesuai untuk kulit serta boleh meresap ke dalam saluran darah kita. Disarankan, setelah membasuh dengan thinner ini, lekas2 rendamkan tangan kita ke dalam air Rx-Ozone untuk menghilangkan kesan2 kimia tadi

Itulah keunikan air Rx-Ozone yang tiada tolok bandingnya….

Facebook comments:

comments

Leave a Reply