Bismillah…
Hari ini saya ingin berkongsi tentang PERSONALITI…Ya keunikan personaliti yang pelbagai sememangnya menjadikan kehidupan ini lebih menarik untuk kita lewati. Ada orang sikapnya peramah, ada orang sikapnya tegas, ada orang sikapnya suka membantu, ada orang analitikal thingking tinggi, ada orang pula lebih senang untuk berdiam atau dengan lain perkataan lebih selesa dengan ciri introvert dan lebih banyak memerhati. Malah tidak kurangnya yang lebih gemar untuk berahsia dan memendamkan diri…ho ho ho nampak macam OK niatnya tak nak menyusahkan orang lain atau barangkalinya rasa lebih complicated kalau ada orang lain tahu tentang masalahnya. Emm….itulah DUNIA…
Dunia yang tidak lepas dari pelbagai rencam dan ragam. Adakala kita diuji, adakala kita dipuji moga itu semua tidak mampu membuatkan kita putus asa In shaa Allah. Tapi dalam situasi yang berbeza ada pula insan lain yang barangkali merasa sangat lelah dan lemah untuk meneruskan kehidupan…buntu dan TIDAK TAHU ke mana nak dihalakan untuk berkongsi masalah ataupun mendapatkan bantuan. Jangan dibiarkan lama PENDAMAN & KESAKITAN yang dilalui, dalam diam ianya mampu menjadi ANCAMAN dan halangan untuk hidup lebih sejahtera dan bahagia. Ketahuilah semua individu LAYAK dan BERHAK untuk hidup sukses, bahagia, gembira dan sejahtera tapi dengan SATU SYARAT kita sendiri perlu MEMILIH, MENJEMPUT dan MEMBENARKANNYA. Jika tidak apa yang akan selalu TERJADI kita akan terus-terusan mencipta alasan membina mekanisme helah bela diri.
Ketahuilah ada ketika ujian yang hadir bukanlah maksud menghukum namun sebaliknya harus dilihat sebagai CARA Allah memberi didikan dan teguran untuk kita mudah-mudahan in shaa Allah dengan cabaran mahupun ujian yang hadir kita mampu menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik, taat dan hebat. Disebalik rencana yang hadir sering diiringi HIKMAH dan PENGAJARAN yang cukup besar andai sahaja kita memilih dan membenarkan diri untuk melihat dan menilainya dengan mata hati.
Namun HARUS diingatkan disini untuk membiarkan dan membenarkan duka semalam, memori pahit yang hadir menduga RASA jangan sampai membuatkan diri merasa lemah, putus asa atau tidak berdaya terus-terusan. Setiap masalah ada solusi…Allah itu penuh kasih sayang namun kasih sayang itu sejauh mana ia mampu merawat, menyembuh dan membantu membawa individu keluar dari masalah mahupun konflik yang dihadapi ianya BERBALIK KEMBALI kepada kuasa diri individu MEMILIH dan BERTINDAK. Ini kerana Allah sendiri tidak mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tidak mengubahnya apatah saat teruji diri KELIRU dan BUNTU juga TIDAK TAHU apa yang diinginkan…selalu saya nyatakan pada klien dalam hidup kita KENA TAHU apa yang kita hendak kalau tak tahu macam mana Allah nak berikan pun hold sebab kita tengah berjerebu dan tak tahu hu hu hu…disitulah pentingnya ILMU yang menyinari!!
Peranan Kaunselor
~~~~~~~~~~~~~
Disinilah peranan seorang Kaunselor in shaa Allah dapat membantu dalam memberikan bimbingan malah lebih-lebih lagi untuk membongkar POTENSI yang sememangnya individu mampu dan berupaya menanganinya.
Please jangan biarkan diri menderita sorang-sorang…pendaman boleh membunuh dalam senyap! Membunuh potensi, percaya diri, keyakinan dan masa depan…Ketahuilah ANDA sememangnya berhak dan layak untuk bahagia, berjaya, sejahtera dan terus maju mengenggami IMPIAN dengan SATU SYARAT :
“Anda memilihnya ~ untuk sukses, untuk bahagia, untuk sejahtera untuk terus ke kehadapan…Usah sia-sia waktu dan ruang kesempatan yang hadir…Life is So Precious untuk dibazirkan dengan momokon semalam, rasa lemah dan hampa”
Salah satu PUNCA kejadian membunhuh diri, membunuh orang, isu masyarakat yang pelbagai cerita yang menggemparkan saling berkait sebenarnya dengan ISU semalam yang belum sembuh dan ditambah pula dengan cabaran yang hadir hari ini…penderaan semasa kanak-kanak, pengabaian, penganiyaan, kekecewaan, komunikasi, kegawatan ekonomi, sistem keluarga yang rapuh, kekuatan spiritual yang lemah semua ini boleh menjadi ATTRIBUTE ataupun FAKTOR kepada kekalutan yang yang hadir. Tiada siapa boleh membantu INDIVIDU itu melainkan beliau sendiri yang BANGKIT dan BERTINDAK untuk M.E.N.G.U.B.A.H Takdir Hidupnya.
#Forthingsmustchangeyouhavetochange1st
Heal Your Past, Live In Present, Dreams The Future!
Leave a Reply