Pasanganku Kaki Auta @ Assalamualaikum TV Al Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim?

Hampir seminggu sudah berlalu baru hari ini sempat saya upload dan kongsikan sebahagian REFLEKSI perkongsian saya di rancangan Assalamualaikum minggu lalu. Tersenyum sendiri bila mengingatkan detik dihubungi wartawan TV Al Hijrah yang memohon persetujuan dari saya untuk hadir sebagai tetamu jemputan bagi mengupas topik HOT ini “Pasanganku Kaki Auta”. Dalam hati apalah yang hendak saya cerita dan kongsikan…Dan seperti biasa diam diam sahaja MINTA TERUS PADA ALLAH swt…sempat juga digerakkan hati berkongsi di grup whatsapp Sahabat Klinik Sukses mana tahu idea bernas boleh juga dibawakan ketengah. Sebelum tidur buat nota sebentar menulis kembali point-point penting alhamdulillah tiba hari yang dijadualkan bercakaplah kerana Allah, alhamdulillah dipermudahkan dengan lancar dapat komen pula dari anak murid he he he…ada yang senyum sampai telinga ; syukur senyum senyum juga namun moga ada pengajaran dan HIKMAH yang mampu dikutip di situ In shaa Allah.

TAHUKAH ANDA AUTA INI JUGA MERUPAKAN SEBAHAGIAN PENGARUH LANGSUNG DNA??

Soalan : Ketika disoal Hjh agaknya bagaimana atau apakah PUNCA auta ini terjadi?

Jawapan Saya : Selain ianya dijadikan untuk menjadi pemanis bicara, propa dan sebagainya AUTA ini terjadi dengan matlamat untuk menutup kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Ia dipengaruh oleh persekitaran, pergaulan dan apa yang menariknya juga ianya juga tidak dinafikan turut dipengaruhi oleh sisi silam perjalanan kaki auta ini. Dan antara yang paling signifikan adalah gaya asuhan. Tahun ASAS pembentukan personaliti berlaku pada usia 0 hingga 18 tahun maka tidak hairanlah jika diselidiki lebih mendalam dan lebih terperinci lagi ianya ada kaitan dengan ‘situasi dan pengalaman’ yang berlaku ketika itu.

Soalan : Boleh kaki AUTA ini dirawat atau dibantu?

Jawapan Saya : Memang boleh…namun ia bukan sekadar ucapan lisan kaki auta saya INGIN BERUBAH. Kena ada teknik, skil, ilmu, kompetensi dan kemahiran untuk menyembuhkan dan merawatnya. Di klinik kaunseling saya memang ada terapi juga diagnosis untuk mengenalpasti dimana berlakunya lekatan atau fixation dalam istilah psikologi individu terperangkap dan terus menjadi kaki auta dan berbohong itu pakaiannya.

Dan menjawab persoalan, pencarian untuk mengubah personaliti yang tidak harmoni dan ingin diperbaiki namun buntu, tak tahu, keliru…BERITA GEMBIRA In shaa Allah di dalam Kelas Life Coaching akan didedahkan perkongsian dan kaedahnya. Tungguuu…akan datang April ini! Jangan bimbang dari sudut self disclose ya keunikan dan keistimewaan proses pembelajaran bersama saya sebagai PESERTA anda berhak untuk memelihara digniti dan rahsia diri untuk tidak berkongsi kisah anda. Saya juga tidak akan menyoal kecuali bagi yang LEBIH SERIOUS ingin dibantu dan hadir ke sesi personal life coaching keterbukaan adalah BONUS untuk bangkit menjemput kesembuhan dan kejayaan serta kebahagian yang lebih hidup dan memberi MAKNA In shaa Allah.

Untuk Yang Tercari-cari Mengapa AUTA terjadi?

Bagaimana untuk mengenal kaki AUTA?

Apa Kesan Auta kepada institusi perkahwinan dan anak-anak?

Bagaimana untuk merawat kecenderungan diri yang suka AUTA?

Tips untuk membantu…

 

Dengarkan video ini…

Facebook comments:

comments

Leave a Reply