Mahu Tinggalkan Najis Dadah ~ Utusan Malaysia 28.5.2011

As Salam Puan Aniz,

Saya Farid berusia 27 tahun terpanggil untuk menghubungi  Puan atas saranan ibu saya yang sangat menginginkan saya sembuh dan berubah ke pangkal jalan. Saya telah terjebak dengan masalah penagihan dadah sejak 5 tahun lalu bermula waktu di kampung  dengan alasan sekadar ingin mencuba hinggalah lebih giat lagi apabila bekerja di kota metropolitan Lembah Klang. Wang gaji saya banyak dihabiskan untuk membeli bekalan najis dadah ini. Sekiranya saya tidak mengambilnya saya akan berasa letih, lemah, tidak bersemangat dan sangat mengantuk, nak tak nak saya perlu mengambil dengan alasan perlu bekerja untuk menyara kehidupan dan keperluan diri.

Saya akui saya jauh dari Allah apatah lagi apabila berjauhan dengan ibubapa. Dan akibat prestasi kerja yang tidak menentu kesan pengambilan dadah ini juga kontrak kerja saya tidak disambung oleh majikan. Atas saranan ibu yang prihatin saya disarankan pulang ke kampung halaman, harapan ibu moga saya sembuh.

Persoalannya Puan bagaimana agaknya saya mampu berubah, kuat dan ikhlas untuk melepaskan diri dari najis dadah ini, setiap saat dalam minda asyik memikirkan najis itu. Walaupun saya tahu ianya salah tetapi saya seakan tidak berdaya dan kuat untuk menangkisnya, tolong Puan saya tidak mahu masa depan saya terus musnah apatah lagi jika saya telah bekeluarga nanti.

Farid

Kelang

Jawapan :

Terima kasih Farid atas kiriman email. Subhanallah, Farid sebenarnya sangat bertuah kerana masih punya ibu yang begitu pengasih, penyayang dan prihatin sekali untuk melihat permata hati yang dikandungnya 28 tahun lalu berubah. Mudah-mudahan keramat kasih doa ibu serta izin Allah Farid bertemu dengan kelancaran dan keberkatan serta kebahagian dalam transformasi diri yang Farid idam-idamkan. Keberanian untuk bangkit, sembuh, menikmati impian diri adalah sangat mudah, Farid. Ianya harus dimulai dengan kebenaran dari dalam diri untuk berubah. Tanpa izin dan keberanian serta penolakan dalam diri yang masih berkonflik tidak akan mampu membawa Farid  kea rah transformasi yang tulen. Ianya harus disepakati dan disertai dengan kejujuran dalam konteks diri dimana minda, emosi, spiritual yang ingin sembuh, ingin bebas dari najis dadah dan ingin berubah.

Bilamana konteks dalaman iaitu minda, emosi, spiritual yang disertai lisan disepakati dengan jujur diri ingin berubah insyaAllah langkah akan lebih harmoni dan kasih Allh pasti membantu. Menerusi kaedah terkini dalam revolusi terapuetik kaunseling sebenarnya terdapat banyak kaedah yang boleh membantu. Antaranya adalah Emotional Freedom Technique (dapatkan ebook EFT percuma dgn subscribe laman web saya, klik sini http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/ ) iaitu suatu terapi yang menggabungjalin displin akupuntur, psikologi  dan kesan interaksi tubuh dan sains iaitu system biologi individu.

Kaedah ini sebenarnya amat mudah dipraktikan dan dipelajari. Dengan mengenalpasti isu yang menganggu dan meletakkan skala tekanan yang dialami individu boleh menjalani terapi ini. Skrip diri yang ingin berubah dibacakan di titik akupuntur yang digariskan iaitu karate point, soket mata, dada dan pergelangan akhirnya disudahi dengan latihan pernafasan. Saat menarik nafas ini individu disarankan memberikan tumpuan semaksima mungkin tahap tekanan yang dilalui. Dan kemudiannya lepaskan nafas dan selalunya bagi Muslim saya disarankan diakhiri dengan ucapan-ucapan murni dan kalimah Allah.

Ebook Handbook EFT Bahasa Malaysia yang saya tulis dijual pada harga RM20. Klik sini untuk dapatkannya –

http://www.anizanwar.com/handbook-eft-versi-bahasa-malaysia-telah-siap/

Lazimnya menerusi kaedah ini individu mampu merasakan kelapangan,  ketenangan dan kesejahteraan juga kekuatan diri yang didambakan selama ini. Setelah itu jujur diri berikan bacaan bagi skala tekanan yang masih berbaki. Sekiranya masih lagi ada belum lagi mencecah skala kosong atau FREE teruskan proses ini berulangkali, insyaAllah biasanya tidak sampai pun 5 minit sekiranya individu memberi kerjasama  dan tumpuan yang baik. Selain itu juga, dalam proses penyembuhan diri ini Farid berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah, mohonlah dengan sepenuh hati bantuan dariNYA.

Saya percaya berkat kekuatan magnet dan keramat doa ibu, kesungguhan Farid untuk melakukan koreksi diri juga menjalani hidup sempurna seperti insan lain mudah-mudahan dikirimkan Allah kebahagian, ketenangan, keindahan, kekuatan dan kesembuhan sebuah transformasi hidup impian Farid. Sesungguhnya kasih Allah itu selalu ada, DIA hadirkan ujian DIA juga hadirkan solusi dan penawarnya. Saya mendoakan Farid menikmati kesembuhan yang lancar dan gemilang.

Salam Rahmat!


Facebook comments:

comments

Leave a Reply