Konflik Perkahwinan Jangan Jadikan Anak-anak Sebagai Mangsa

Bismillah…

Jarang saya mengupas tentang implikasi konflik rumahtangga, ketidakharmonian, kecurangan mahupun penceraian terhadap anak anak. Namun tidak dinafikan ia sememangnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap diri anak anak.

Perkahwinan bukannya “fairy tale” yang mengimpikan segalanya akan hadir indah kerukunan, kebahagian, kasih sayang, cinta dan keharmonian tanpa komitmen dan toleransi yang murni tidak pernah jemu.

Setiap FASA kehidupan anak-anak mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan perkembangan personaliti mereka sebenarnya. Sebab itu tolong ambil serious, jujur dan berani untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan yang hadir dalam perkahwinan. Hati-hati tidak salah untuk berkorban, melakukan kebaikan, beralah demi untuk mempertahan dan memperbaiki hubungan tetapi usaha dan tindakan itu biarlah lebih cerdik dipimpin Allah swt.

Letakkan sayang dan pengorbanan itu pada tempat yang adil bukan sekadar membuta tuli tanpa ilmu dan panduan. Allah tak suruh kita duduk dalam hubungan yang menzalimi dan dizalimi sehingga RUH ibadah terganggu, produktiviti merudum, kesihatan terganggu, semangat diri pudar bahkan ada ketika juga keyakinan dan jati diri pun hilang jadi bengap, bodoh…keliru…kusut…serabut sampai tak boleh nak fikir dan tak kenal apa yang diri patut lakukan untuk selamatkan diri dan benarkan diri bahagia. Tolong sayangggg diri takdak sape nak tolong ; kalau kita sendiri TAK MAU tolong diri kita… Pick up your self please! #sayangdiri

Dan paling sedih juga anak anak memerhatikan, melihat, mencerap dalam diam mereka juga menyimpul pendaman Yang jika dibiarkan tanpa dipimpin, dibimbing menjadi dendam yang akhirnya terzahir melalui tindakan dan perbuatannya Yang “inner rebel”. Nak disalahkan siapa??? Anak…. Mengaruttttt mak ayah yang buta hatijer nak salahkan anak… They are watching… They are listening and they are learning from the parents.

Kesimpulannya ada isu, ada masalah, ada kebimbangan, ada ketakutan, ada kesedihan, ada kekeruhan, ada kekesalan mahupun kesakitan dalam hubungan suami isteri ke hadapan dapatkan pertolongan sebelum lebih Lama ia terpendam menjadi barah Yang akhirnya mengancam “nyawa dan halatuju perkahwinan”. Don’t be afraid… Jangan takut… Jangan malu…. jangan sombong…. Pedulikan stigma masyarakat jumpa kaunselor /therapist bukan semestinya perlu nak ada masalah baru nak berjumpa tetapi juga bukakan hati dan minda berjumpa kaunselor / therapist untuk sama sama kita belajar ruang memperbaiki diri dan menjadi lebih baik kerana Allah.

Yang sakit perlu dirawat disamping itu ilmu dan kemahiran perlu dicari barulah lengkap dan cantik proses transformasi mahupun impian bahagia yang ingin dijemput. Dan kalau dah pergi balik kerja rutinnya sama setiap hari dan persekitaran pula tidak kondusif untuk menyumbang kepada penghijrahan diri menuju bahagia… Nak berubah celah mananya nak dapat insight dan keberanian ??? Agak mustahil kesedaran dan celik akal itu mampu diperolehi. Dibiarkan maka roller coasterlaa hidup jadinya, terperangkap dalam CYCLE yang sama.

Dan sekiranya anak anak sudah mula menunjukkan symptoms kebencian, penolakan dan seumpamanya terhadap konteks hubungan keluarga dan ibubapa tolong jangan ambil ringan…dapatkan rawatan agar kekecewaan ataupun konflik yang dialaminya terbimbing untuk dirawat sewajarnya.

Jangan dibiarkan beban sarat emosi terbawa menjejaskan potensi diri anak anak untuk mekar cemerlang…mereka tidak bersalah. Sebagai ibubapa dan golongan dewasa sewajarnya kita memainkan peranan untuk membimbing dan menyantuni perjalanan mereka agar tidak terpesong mahupun tenggelam dalam dunia yang penuh cabaran ini.

Sungguh sakit, terluka, kecewa, marah dan benci itu hanya Tuhan Yang tahu betapa tidak mudah untuk melihat ibu mahupun bonda yang dikasihi ditengking, dihina, disakiti, dipukul, dikhianati…andai sahaja anak anak mampu melindungi bonda tercinta itu Yang terkadang kesedihan, kehampaan tersimpul menjadi dendam dalam diam terhadap bapa. Again nak salahkan siapa jika anak biadap… Ya mereka belajar dari kamu!!…

#warnawarnidiarikaunselor
#khidmatkaunseling
#keluargadanperkahwinan

Sebarang pertanyaan dan tempahan temujanji sila www.wasap.my/60123915362/temujanjikaunseling/

Facebook comments:

comments

Leave a Reply