Bismillahirrahmanirrahim…
Sejak akhir akhir ini saya banyak menerima pertanyaan yang berkisar tentang konflik rumahtangga yang membawa kepada isu psikosis.
Situasi A
Klien : Hjh kalau isteri saya marah marah kadang hilang pertimbangan sampai ambil pisau , kalau macam nie apa yang patut saya buat ya?
Saya khuatir kalau diajak hadir ke sesi kaunseling dia tak mahu…
Dalam hati alhamdulillah walaupun mungkin sedikit terlewat sekurangnya suaminya sedar dan mengambil peranan dan tanggungjawab untuk membantu isterinya.
——–
Situasi B
Klien : Saya dah pernah dirujuk ke hospital untuk dapatkan bantuan sebab kata bekas ibu mertua saya , saya nie gila. Sebab saya suka marah marah, sensitif tak kena tempat adakalanya hilang pertimbangan.
Bini kau nie gila kau kena bawa dia dapatkan rawatan di hospital mertua saya cakap pada suami dulu. Tapi bila dapatkan rawatan yang kelakarnya Doktor diagnose isu saya marital problem…saya bukan ada mental health isu pelik pelik pun puan…
Betullah tu detik hati saya perlakuan di luar batas rasional tercetus bukan saja saja pasti ada PUNCANYA ada ketikanya disebabkan pendaman yang sarat…nak melawan itu suami…nak suarakan kecewa sedih…tak boleh…tak dilayan…salah semua…tiada hak buat isteri untuk bersuara…lama lama memanglah hilang pertimbangan kita manusia ada hati ada perasaan…bukan tunggul kayu.
———
Situasi C
Isteri saya pernah menyuarakan untuk dapatkan pertolongan pakar tapi waktu tu saya tak dengar dan ambil ringan permintaanya. Tapi alhamdulillah bila dah duduk dalam sesi dengan Hjh saya perasan dan semua ini refleks semula ada sesuatu yang tak terluah dalam diri pasangan saya. Dia mudah terusik , moodnya sukar dijangka dan saya sendiri kadang buntu, takut dan kasihan melihat dirinya. Dulu saya tak faham bila isteri buat perangai saya mengasingkan diri , saya cari hiburan saya di luar tapi saya takde niat pun nak kahwin tapi hari nie saya sedar saya tak boleh terusan sebegini…saya sayangkan isteri…sayang sangat sangat tapi saya tak tahu, kusut dan kadang memang tak tahan dengan kerenahnya.
I have to do something and how do I start Puan untuk tolongnya sebab saya memang tak tahu…tentang ini?
———————————
REFLEKSI KAUNSELOR
Setiap insan melalui pengalaman yang berbeza…ada yang sangat bertuah dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang, perhatian dan kemesraan juga didikan dan tontonan akhlak yang baik. Ada pula sebaliknya…semua ini meninggalkan kesan dam parut yang mendalam dalam membina personaliti juga nilai serta worldview mereka.
Lantaran itu juga untuk kehidupan di kemudian hari tidak dinafikan ada pengaruh yang signifikan apabila perjalanan yang diuji hari ini. Isu pengabaian, kehampaan, sedih, kecewa, dikhianati dan seumpamanya itu yang terkadang memberi REAKSI juga pemahaman yang berbeza baginya.
Selalu saya tekankan…ujian datang ada hikmahnya. Percayalah setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup kita tidak pernah sia sia. Ada sesuatu yang Allah swt ingin BELAJAR dan menghayatinya…ibarat exam di menara gading selagi tak lulus harus kena ulang “repeat paper“. Jadinya bagaimana NAK LULUS???
Yang “sakit” perlu dirawat selagi tiada intervensi rawatan dilakukan kesakitan yang tidak kelihatan inilah yang menjadi pengancam potensi keharmonian dan kebahagian dalam perjalanan ini. Usah takut …khuatir atau malu…dapatkan bantuan bukan maksud untuk membuka aib , melempar salah atau menuding jari tetapi lebih besar dari itu kita mahu menjemput kesembuhan yang total In sha Allah bukan acah acah di bibir tapi hati dan minda tidak meredhakan jalan takdir yang berlaku.
In sha allah menerusi terapeutik proses kaunseling matlamat ini mampu dicapai. Bagi yang teruji sehingga ke fasa psikosis bantuan profesional dari sudut perubatan juga klinikal psikologi juga amat disarankan.
Kemudian barulah STEP 2 …peranan ilmu, motivasi, ceramah, seminar dan seumpamanya duduk cantik manisnya dapat kita rasai bila diamalkannya. Jika tidak teramatlah mencabar untuk membenarkan istiqamah itu. Mainan minda emosi…what if aku buat baik tapi balasannya sebaliknya??? Sebab itu juga saya tekankan berubahlah kerana Allah…hanya kerana Allah jualah yang akan membantu dan mempermudahkan hasrat dan impian murni kita.
Tapi sayangggggg …ramai yang SKIP mengambil mudah menafikan HAK untuk dirawat dan merawat diri yang sakit itu…rasa kecewa, penat, putus asa, sedih…tidak disayangi, tidak dihargai memakan diri dalam diam sehingga kadang mengesani interaksi pasangan, anak anak, kerjaya, potensi diri dan seumpamanya. Jalan terus…katanya MOVE ON…move on …move on pun kena lebih cerdik ya tuan puan bukan membuta tuli tanpa ilmu …bahaya makan diri nanti.
Sayanggg diri…its OK untuk menerima ketidaksempurnaan diri dan perjalanan ini. Dapatkan rawatan sebelum parah menuju psikosis yang lebih rumit. Allah swt selalu ada…ilmu dan rahmat penawarnya teramat luas. Jangan nafikan hak diri untuk sembuh, harmoni dan lebih bahagia…
Bagi pasangan yang diuji…berbahagialah untuk menghidupkan CINTA kelas Jannah ini…cinta yang dapat membangunkan dunia dan akhirat yang lebih bahagia saling melengkapi, saling menguatkan, saling menjaga…mententeramkan dan berkasih sayang kerana Allah.
Tolong jangan perjudikan hari ini dan masa hadapan hanya masa silam yang khilaf, naif, keliru, jahil tak tahu mencorakkan hidup ini. Setiap dari kita berhak untuk lebih bahagia…you hold key! Permission from within…be wise please #sayangdiri #selfcare
Apa jadi jika kita NAFIKAN hak diri ini…sebagaimana “repeat paper” maka don’t be surprise maka perjalanan akan menjadi satu siri ULANGAN yang amat melelahkan…
Moga penjelasan ringkas dapat memberi celik akal betapa pentingnya intervensi awal diambil agar ianya tidak mengundang mudarat kepada interaksi perkahwinan, kekeluargaan, hubungan sosial , kerjaya dan produktiviti kehidupan itu sendiri. Kerjasama erat pasangan amat bermakna dalam membantu proses penyembuhan ini In sha allah. Moga dengan pemantauan, pendedahan ilmu dan kemahiran juga kesan terapuetik proses yang dilalui mampu memberi hikmah penuh makna pada impian dan perjalanan seterusnya In sha Allah
Salam Inspirasi ;
Hjh Aniz Hj Anwar
Leave a Reply