Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah Al Mutakabbir yang memberi bahagia dan kesempatan untuk saya menulis dan terus berkongsi sebahagian lagi daripada RAHSIA INDAH dalam menjemput kemanisan cinta dan kasih sayang dalam perkahwinan. Lebih 1 dekad menusuri alam rumahtangga dan masa yang sama juga turut berkongsi kegembiraan membantu para sahabat khususnya pasangan suami isteri yang keliru, buntu, dilema, trauma dan hilang kepercayaan dalam perkahwinan ; alhamdulillah dari hari ke sehari Allah Al Wahhab Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud memberikan pinjaman dan karuniaNya untuk dipanjangkan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
Tidak dinafikan sebahagian besar ISU yang hadir dalam perkahwinan sangat bersaling kait dengan cara dan bagaimana pasangan meraikan antara satu sama lain di dalam kehidupan berumahtangga itu. Terdapat beberapa PRINSIP yang boleh diteladani bagi mengekalkan keharmonian. Menurut Salvador Munichin di dalam membina atau menjayakan suatu hubungan itu perlulah mengambilkira faktor keakraban @ keintiman. Ini termasuklah konteks hubungan ibubapa, suami isteri, mertua juga anak-anak juga adik beradik serta individu yang signifikan. Konflik mahupun masalah mampu hadir sekiranya sesuatu hubungan terlalu intim dan akrab tanpa ada pesempadanan sebagai contoh kesan daripada gaya asuhan yang terlalu melindungi boleh membuka ruang campur tangan ibubapa mahupun keluarga mertua bagi pasangan yang baru berkahwin. Begitu juga dengan konteks hubungan suami isteri, ibubapa dan anak-anak yang terlalu rigid dan keras yang tidak bertempat, membuta-tuli tanpa ilmu dan hikmah dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Kesannya boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati, pendaman, dingin, dendam, keras hati dan inner rebel @ pemberontakan dalaman yang boleh mengeruhkan hubungan.
Ini baru sebahagian sahaja contoh yang diberikan MENGAPA DAN PUNCA BAGAIMANA hubungan suami isteri ataupun kehidupan berkeluarga boleh merubah menjadi individu terperangkap dalam tekanan, ketakutan, kebuntuan dan kemurungan juga isu self esteem serta trauma yang berpanjangan yang akhirnya jika tidak dirawat boleh membunuh POTENSI DIRI dan impian untuk menjalani kehidupan yang bahagia, sukses dan harmoni seluruhnya. Saya banyak menerima kes dimana pasangan masing-masing saling cenderung untuk merungut, mengungkit dan mencari kesalahan juga kelemahan diri pasangan ; sungguh amat menyedihkan bila mendengarkan NAMUN itu tidak mengapa kerana di dalam sesi kaunseling dan terapi disinilah sebenarnya sebagai Kaunselor Perkahwinan @ Marriage Coach saya akan cuba menyelami dan membantu memperbetulkan kembali “PERSEPSI” klien. Biasa sangat sudah saya mendengar khususnya di pihak isteri antaranya suami saya curang Hajjah, suami saya panas baran, suami saya egonya tinggi tiada siapa berani untuk menegurnya, suami saya terlalu sibuk dengan kerjaya, suami saya tidak ambil endah urusan dan pelajaran anak-anak apatah solat dan mengaji anak-anak, suami saya tidak menolong saya untuk kerja-kerja di rumah dan bermacam-macam lagi. Tidak kurang juga rungutan para suami, Hjh Aniz isteri saya degil, keras kepala susah saya ingin menegurnya, silap cakap boleh melenting marah-marah dan habislah disebutnya kisah-kisah kesilapan saya yang lalu, tidak cukup dengan itu kadang hal-hal keluarga saya juga dibangkitkan semula, saya letihlah Hjh itu yang kadang saya pun melenting sama, panas baran dan memilih pulang lewat ke rumah. Ada juga yang meluahkan masalah “Puan, isteri saya tidak boleh memaafkan kesilapan saya pernah menduakannya pada hakikatnya bukan maksud saya pun untuk serius sebenarnya tapi fikiran saya rungsing ketika itu namun alhamdulillah saya sedar hubungan ini tidak boleh pergi jauh kami tiada masa depan kerana wanita itu juga isteri orang”…mungkin ujian buat kami ada HIKMAH semuanya tetapi untuk saya kembali meyakinkan isteri sangat mencabar hubungan kami jadi turun naik…emosi kami menjadi tidak menentu dan ianya memberi kesan banyak sudut dalam kehidupan kami termasuklah anak-anak, kerjaya dan business kami.
KENAPA, BAGAIMANA, PUNCA semua keluhan di atas boleh terjadi dalam perkahwinan??? Ahaaa! Ada RAHSIA DAN RESEPI OHSEM akan saya kongsikan bersama PESERTA yang bakal hadir dalam KELAS DISCOVER YOUR LANGUAGE OF LOVE awal June nanti. Untuk menjayakan hubungan cinta dan kasih sayang yang harmonis pasangan seharusnya BIJAKSANA untuk berkomunikasi dengan BAHASA CINTA YANG SAMA. Bayangkan sahaja jika seorang cakap Bahasa Itik dan seorang lagi cakap Bahasa Kucing.. Bahasa Ayam dan sebagainya ermmm…memanglah parahh! Kadang komunikasi itu menjadi difahami kadang pula satu hapah tak faham impaknya jenuhlah yang seorang lagi makan hati, menjerut rasa…bukan kadang suami tidak sayang cuma BAHASA CINTANYA bukan seperti pasangan BAHASA CINTANYA dengan memberikan nafkah, menyediakan tempat tinggal, menjaga kebajikan isteri, keluarga dan anak-anak tapi dalam bab untuk memuji, memberi pengiktirafan, meraikan pasangan dengan kata-kata yang baik, memberi hadiah, romantik, loving & caring yang dituntut malah diimpikan sangat oleh isteritu….harapanlah! Ini yang terkadang isteri @ pasangan boleh menjadi keliru, bosan dan tidak merasakan dirinya dihargai dan disayangi. Begitu jugalah dengan suami, harapan dan impiannya setelah berpenat lelah keluar mencari rezeki untuk membiayai kehidupan keluarga , isteri dan anak-anak harapannya isteri mampulah menyediakan hidangan seadanya dan melayani suami dengan baik apabila pulang ke rumah bukan dengan alasan ataupun rungutan serta bebelan yang merimaskannya. Tidak salah untuk berkongsi dan meluahkan perasaan kerana itulah sememangnya tujuan perkahwinan iaitu meraikan sebuah perkongsian tetapi tengok jugalah keadaan dan situasinya. Dan IMPAKNYA apabila wujud pendaman, ketidakpuasan hati, masih belum mampu memaafkan dan menerima kelemahan pasangan juga takdir yang pernah teruji itulah yang jika dibiarkan berlanjutan tanpa intervensi @ rawatan, PENCERAHAN juga CELIK AKAL bukan maksud ingin mencederakan emosi, psikologi mahupun fizikal pasangan tetapi kerana ‘api kemarahan’ masih lagi dibiarkan tidak dipadamkan.
Ruh kesakitan, kebencian, kesedihan, ketakutan dan kekecewaan dibawa dalam perjalanan perkahwinan itu MAKANYA mana mungkin keindahan rasa, bahagia, sihat, harmoni dan segalanya mampu dinikmati penuh hadir??? Jangan jadi PEMBUNUH @ PEMBAWA VIRUS dalam perkahwinan sendiri. KENALI BAHASA CINTA ANDA??
- Kata-kata Yang Baik ~ Menjadi Satu Doa Untuk Menjayakan Perkahwinan & Hubungan Yang Sukses
- Memberi Dan Menunai Hak Serta Tanggungjawab Dalam Perkahwinan ~ Melaksanakan Amanah Dengan Adil dan Bijaksana
- Meraikan Pasangan Dan Memberi Hadiah ~ Agar Pasangan Mengerti Bahawasanya Kehadirannya Dalam Hidup Sangat Bermakna dan Disayangi
- Masa Yang Berkualiti ~ Tanpa Masa Berkualiti Bersama Walaupun Hidup Sebumbung Tapi Akan Rasa Jauh, Tidak Dipeduli dan Terpinggir serta Tersisih
- Sentuhan & Manjaan Serta Belaian Mesra ~ “Physical Touch” is very important !!Salah satu FAKTOR terbesar mengapa dan bagaimana pasangan terjerumus dalam permasalahan dan konflik dalam perkahwinan ada kaitan dengannya isu ini. Bukan sahaja hubungan intim dan seksual sahaja menjadi keutamaan tetapi juga senda gurau, manjaan dan pelukan juga ciuman boleh sahaja menjadi PENAWAR dan hadiah yang menyerikan dan menyuburkan kasih sayang.
Namun semua ini tidak akan mampu disubur dan dihidupkan dengan penuh jiwa dan bahagia sekiranya pasangan MASIH lagi dibayangi trauma, kesakitan dan kisah silam semalam. BAGAIMANA untuk mengatasinya??? Temui saya di dalam Kelas “Discover Your Language Of Love ”
=========================================================
DISCOVER YOUR LANGUAGE OF LOVE WIH HJH ANIZ HJ ANWAR
=========================================================
Tarikh : 11hb June 2016 / Sabtu
Masa : 9.30 am – 1.30 pm
Lokasi : Seksyen 7, Shah Alam
Yuran : RM100 untuk penyertaan individu / Berpasangan RM150 sahaja
BONUS PERCUMA :
- Kuiz Online Mengenalpasti Bahasa Cinta Peserta
- Nota 5 + 2 Rahsia Bahasa Cinta Eksklusif Di Dalam Bahasa Malaysia
- Handbook Menjemput Cinta Jannah Bernilai RM50
- Sesi Konsultasi Secara Online Bernilai RM150
- Ebook EFT Eksklusif Di Dalam Bahasa Malaysia Bernilai RM50
*** TEKNIK 5 BAHASA CINTA ini telah berjaya menyelamatkan jutaan pasangan di seluruh dunia…so don’t miss it! Proses pembelanjaran itu tidak semestinya perlu dihentikan kerana pasangan TIADA MASALAH ; kita tidak pernah tahu BAGAIMANA KEAJAIBAN & KEINDAHAN ILMU SERTA RAHMAT ALLAH SWT itu memberikan penyuluh, keyakinan serta kebahagian dalam perkahwinan dan perjalanan seluruhnya In sha Allah.
DAPATKAN SECARA EKSKLUSIF DENGAN TAWARAN TERHAD INI DENGAN MENGHUBUNGI ~ 012.392.5362
Inspirasi Cinta Jannah ;
Hjh Aniz Hj Anwar
Leave a Reply