Bismillahirrahmanirrahim…
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang kaunseling secara online, dah lama rasanya saya tidak membincangkan tentang kelebihan method kaunseling secara online atau dikenali juga sebagai maya. Sejak akhir-akhir ini saya banyak menerima permintaan untuk mengadakan sesi kaunseling secara online, saya kira itu satu ISYARAT yang sangat baik kerana masyarakat umum semakin sedar dan prihatin betapa pentingnya untuk mendapatkan pertolongan dan khidmat profesional dalam menangani konflik atau isu yang hadir. Faktor jarak, masa mahupun lokasi bukan lagi halangan untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan.
Kaunseling secara online ataupun maya ini memberi PILIHAN kepada pihak klien sama ada untuk memilih menjalani sesi menerusi email, modaliti chat seperti applikasi whatsapp, fb chat, hang out juga yang lain ataupun menerusi telefon ; ia tertakluk kepada keselesaan pihak yang terlibat. Sungguhpun kaunseling secara online ini turut ditawarkan tetapi ia bukanlah bermaksud untuk menggantikan method kaunseling secara BERSEMUKA yang sedia ada dalam teknik konvensional ianya lebih untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihak klien yang barangkali berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan dan intervensi segera tetapi sukar menemukan pakar di persekitaran mereka.
MENGAPA KAUNSELING SECARA ONLINE ADALAH LEBIH BAIK???
1) Memberi Kemudahan dan Keselesaan
– Sesi secara online memberi ruang untuk kemudahan dan keselesaan kepada pihak klien tanpa harus terburu untuk mengurus masa, tenaga, komitmen seharian. Khususnya bagi individu yang mungkin terikat dengan bekerja dan agak sukar mendapatkan cuti, suri rumah yang terikat dengan jadual menguruskan keluarga dan rumahtangga, tidak mahir memandu di luar daerah atau sukar untuk keluar dari rumah mahupun bergerak bebas, dikawal oleh pasangan dsbgnya ; maka antara solusi TERBAIK untuk mendapatkan pertolongan adalah menjalani sesi secara online.
2) Tidak Perlu Bersesak Di Jalan Raya
– Satu kelebihan menjalani sesi secara online juga dapat menghindari klien daripada terpaksa bersesak atau menghabiskan masa di jalan raya. Ini satu alternatif yang mudah untuk mereka yang mempunyai jadual yang sibuk dan tidak suka menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas.
3) Khidmat Kaunseling Maya Merentasi Benua
– Itu adalah sebahagian pengalaman saya sendiri mengendalikan sesi bersama klien yang berada di seluruh pelusuk dunia. Sebahagiannya adalah pelajar Doktor Falsafah yang terpaksa berjauhan dengan pasangan juga keluarga, ada juga di kalangan para isteri yang mengikuti suami bertugas di luar negara, terasa sunyi dan tidak kurang juga para pelajar Malaysia sendiri yang berjauhan dari keluarga. Sesi kaunseling secara online ini juga memberi kelebihan kepada pihak klien yang berada di mana-mana sahaja untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan kami sebagai pakar. Dengan kemudahan internet, sistem komunikasi yang terkini jarak, lokasi, lautan atau benua bukan lagi satu halangan untuk mereka mendapatkan bantuan dan perkhidmatan. Ini amat penting, apatah jika ujian dan tekanan yang dihadapi itu terpaksa di tempuh saat musafir bekerja, menuntut ilmu yang mana individu berada jauh dari lingkungan keluarga, rakan taulan yang rapat yang boleh dijadikan sandaran “support system” untuk berkongsi dan meluahkan perasaan. Menerusi kelebihan dan tindakan bijaksana untuk membenarkan untuk hidup lebih bahagia, harmoni dan sembuh sejahtera meneruskan rutin dan komitmen kehidupan seperti biasa sesi kaunseling secara online memberi alternatif terbaik buat mereka yang memerlukan.
4) Memberi Ruang Privasi Yang Lebih Selesa dan Selamat
– Method pengendalian sesi secara online yang tidak menuntut pendedahan kendiri secara visual memadai sesi hanya di whatsapp, email dan seumpamanya mampu memberikan ruang perkongsian yang sangat selesa untuk pihak klien berkongsi. Apatah lagi untuk isu-isu yang sangat sensitif seperti melakukan zina, sumbang mahram, pedofilia, mangsa penderaan, lesbian, homoseksual, menagih menagih dadah, mengedar dadah mahupun terjebak dengan isu -isu yang melibatkan jenayah dan seumpamanya. Bermakna ruang privasi klien terpelihara dan kelancaran sesi mampu diwujudkan apabila kehadiran pancaindera penglihatan secara bersemuka yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dihindari. Dan In sha Allah ini dapat menjayakan lagi keberkesanan sesi kaunseling dan terapi yang dijalankan secara online.
5) Meningkatkan Fokus Serta Perbincangan Klien Terhadap Isu Pokok Yang Utama
– Berbanding sesi bersemuka, seringkali klien yang menyimpan masalah terlalun lama dan mempunyai lekatan silam yang banyak mereka cenderung untuk bercerita SEMUA masalahnya dalam satu sesi maksudnya tiada fokus. Tetapi tidak sesi secara online, klien secara online lazimnya lebih jelas dengan ruang yang terhad menerusi medium chat atau email mahupun telefon pihak klien harus LEBIH FOKUS untuk meluah dan menceritakan isu yang membuatkan mereka merasa tertekan, sedih ,marah, benci, kecewa dan terkilan pada saat itu. Dan pastinya ini sangat menyumbang kepada kejayaan serta matlamat sesi kaunseling itu sendiri diadakan.
6) Klien Menikmati RUANG PRIVASINYA yang tersendiri
– Apabila sesi kaunseling dijalankan dalam suasana mereka yang biasa contohnya di ruang solat di rumahnya, kamar tidur, pejabat dan sebagainya ini dapat memberikan pihak klien suasana yang lebih harmonis dan selesa untuk beliau berkongsi. Pihak klien bebas untuk mengeluarkan air mata, merasa sedih, sayu, geram atau sebagainya tanpa perlu ditahan-tahan, merasa malu atau berpura-pura.
7) Sesi Kaunseling Secara Online Adalah JAWAPAN untuk mereka yang tidak tahu di mana untuk dapatkan bantuan dan perkhidmatan kaunseling.
– Bagi individu atau pihak klien yang mencari-cari, tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan rawatan atau bantuan perkhidmatan kaunseling, pastinya sesi secara online atau maya inilah adalah PILIHAN YANG TERBAIK. Sebagai contoh pasangan muda yang baru melangkah alam perkahwinan adalah menjadi kelaziman untuk tempoh 2 tahun perkahwinan melalui FASA REALITI yang agak mengejutkan. Melalui 2 dunia yang berbeza terpaksa dengan rela untuk bijaksana memberikan toleransi, kerjasama, sabar, ikhlas dan akur bukan tindakan yang mudah apatah lagi sekiranya wujud campur tangan mertua atau pihak ketiga yang ada ketikanya boleh mengeruhkan lagi keadaan ; maka tindakan yang terbaik adalah mencari pihak ketiga yang tidak bias dan profesional dalam membantu dari sudut solusi yang boleh diambil dan tindakan serta bimbingan yang wajar untuk mewujudkan hubungan kekeluargaan serta perkahwinan yang harmonis untuk kemanisan serta kebahagian hidup yang berpanjangan bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat nanti, In sha Allah.
Semoga INFO RINGKAS Kelebihan Kaunseling Secara Online ini mampu memberi PENCERAHAN buat semua yang mengikutinya. Dan ketahuilah sesungguhnya rahmat, penawar, kasih sayang Allah itu sangat luas ; bilamana ISYARAT petunjuk telah hadir di hadapan untuk bertindak, memilih, menjemput kembali bahagia yang telah pudar, keharmonian yang semakin kelam, kehidupan yang mulai lesu…berbahagialah dan adillah memilih untuk kesejahteraan dan kemenangan diri yang diredhai Allah swt. Untuk yang memerlukan bantuan sesi kaunseling, terapi serta intervensi rawatan mahupun mempunyai pertanyaan lanjut bolehlah SMS/Whatsapp terus ke nombor 012.391.5362 untuk respon yang pantas.
Khidmat Yang Ditawarkan Termasuklah :
- Kaunseling Perkahwinan
- Pengurusan Stress
- Kemurungan
- Putus Cinta
- Masalah Remaja
- Akademik
- Kerjaya
- Dilema/Konflik
- Penderaan Silam – mangsa rogol, pedofilia, pengabaian @ penderaan ibubapa, berzina ingin bertaubat dsbgnya.
” Bahagia dan kemenangan yang paling bermakna dalam hidup insan adalah berani dan mampu memilih untuk membenarkan dirinya bahagia sebelum membahagiakan orang lain. Hanya insan yang bahagia sahaja mampu membahagiakan insan lain penuh bahagia…Allah swt tidak pernah zalim seringkali kita sendiri yang memilih menzalimi diri kita dengan menyimpul resah, gelisah, benci, dendam, duka dan kesakitan hidup dalam dunia semalam. Mana mungkin CERAH HARI INI mampu diraih dan dinikmati penuh manis, indah dan bahagia jika hidup dalam semalam yang suram…fikir-fikir…renung-renungkan…
Untuk TEMPAHAN TEMUJANJI sila
whatsapp ke www.wasap.my/6012.391.5362/temujanjikaunseling/ untuk maklumat lanjut.
Sehingga bertemu lagi…
Salam Inspirasi dan Selamat Menjalani Ramadhan Al Mubarak yang penuh keberkahan dan kemuliaan!
Mohon whatssapp terus ke http://www.wasap.my/60123915362/temujanjikaunseling/
Saya ingin mendapatkan nasihat berhubung masaalah rumahtangga saya dgn isteri.