Kekalkan Tahap Kecergasan & Kesihatan Dengan Tubuh Yang Alkali

Bismillah…

Alhamdulillah di petang yang damai selepas hujan berkesempatan untuk berkongsi sebahagian lagi corat-coret perjalanan mengisi amanah tapi kali ini LEBIH MENJURUS kepada mengisi amanah Allah iaitu nikmat tubuh dan kesihatan. Ahaa…ramai antara kita yang TERLEPAS PANDANGKAN betapa besarnya RAHMAT ALLAH kepada kita dengan kondusi tubuh yang sihat, cergas, cukup sifat dan bertenaga namun situasi ini tidak selalunya berterusan, betul tak? Ada ketikanya juga kita diuji lebih-lebih lagi di saat STRESS @ TEKANAN DAN JUGA KOMITMEN DIRI memuncak, perubahan cuaca, pencemaran dan sebagainya paling tidak pun demam, sakit tekak, batuk , migrane, astma dan juga inbalance hormon.

Banyak sudah penyelidikan serta jurnal yang dihasilkan membuktikan antara lain kesan stress pada tubuh mempunyai impak kepada imunisasi tubuh. Dalam keadaaan stress individu mempunyai kecenderungan untuk TIDAK PEKA dan MENGAMBIL PEDULI persoalan kesihatan mereka ini kerana menjadi kelaziman juga mereka LARUT di dalam situasi yang menduga itu. KEPENTINGAN pengambilan air yang bersih, sihat, suci malah lebih bagus lagik BERPENAWAR seringkali tidak diambil peduli. Air merupakan AGEN PENTING untuk memastikan kefungsian tubuh dapat berperanan dengan baik. Impak STRESS juga seringkali akan mempertingkatkan KEASIDAN TUBUH manusia atau individu dan seperti kita semua sedia maklum sel kanser amat mudah untuk merebak atau bermutasi dalam suasana sebegini.

Dan alhamdulillah begitu hebat kebesaran Allah dalam saya berusaha untuk mempertingkatkan ilmu, kefahaman juga pengetahuan agar dapat berkongsi kebaikan-kebaikan tentang peri pentingnya pengetahuan PENYEMBUHAN DIRI ataupun ONE SELF HEALING ini kepada pihak klien-klien saya juga diri sendiri serta keluarga , untuk sekian kali Allah menemukan BUKTI KASIHNYA ~ PENAWAR DIRI & KESIHATAN di dalam soda bicarbonat  ~ http://www.fourwinds10.net/siterun_data/health/holistic_alternative_medicine/news.php?q=1209404469

Sebuah penemuan yang berpandukan KITAB AYURVEDA yang berusia berabad ratus tahun lamanya berjaya mengubati segelintir mereka yang diuji dengan pelbagai penyakit khususnya kanser. Penemuan hebat pernah dikritik bahkan Onlogist Dr. Tullio Simoncini dikecam gila oleh pihak media di negaranya. Namun azam yang kuat membawa BERITA GEMBIRA ini tanpa kenal putus asa akhirnya membuahkan hasil dimana lebih ramai pesakit telah berjaya disembuhkan dengan rawatan yang mudah , murah dan berkesan ini.

Ikuti kisahnya Cancer Cure Sodium Bicarbonate part 1/3

Bagi kita yang TIADA MASALAH kesihatan yang serious juga tidak menjadi halangan untuk MENGEKALKAN PH TUBUH yang alkali dengan mengamalkan 1 camca teh soda bicarbonat & 1 mug air sebelum sarapan. Bagi yang kurang selesa dengan perisa soda bicabonat ini boleh mencampurkan molases atau maple syrup. Alhamdulillah saya sendiri sudah mengamalkan RESEPI BARU ini ternyata kesannya cukup membantu tahap kecergasan dan kesegaran tubuh. Apapun PESANAN saya don’t over do it…

Semoga infomasi ini membantu…

Facebook comments:

comments

Leave a Reply