Bismillahirrahmanirrahim…
Semalam sebahagian lagi hujung minggu saya dilalui dengan penuh bermakna, alhamdulillah dengan izin Allah dapat membantu sebuah keluarga yang buntu dan almost give up dengan tingkah dan sikap anak remajanya yang hilang minat untuk belajar dan sering pula terlibat dengan masalah displin di sekolah. Banyak juga perkara yang saya sendiri belajar, dengan terapi Emotional Freedom Technique disusulkan pula Analisis Psikometriks Inventori Personaliti Sidek dan Inventori Minat Kerjaya….Subhanallah! Jawapan yang selama ini dicari ditemukan. Di sambut pula “mode kaunselor kerjaya minggu ini” sedang menjamah hidangan Nasi Ayam untuk hidangan tengahari, seorang kenalan lama saya yang juga Personal Tutor anak saya menelefon kegirangan. Betapa terujanya beliau memaklumkan idea gilanya untuk menyiapkan kertas kerja ingin membantu pelajar-pelajar SPM meningkatkan MOTIVASI mereka dengan mendedahkan mereka Analisis Psikometriks ini. Kita berikan penerangan yang terperinci sama macam yang Aniz terangkan pada akak masa analisis anak akak haritu. Akak dah nampak kalau anak-anak yang keciciran ini kita dedahkan dengan analisis ini sedikit sebanyak kita dapat boosterkan diaorang untuk lebih fokus dan yakin ; mudah-mudahan tidaklah mereka akan rasa lebih tercicir…Wow!!! Bersemangat sekali akak ini, saya pun tumpang teruja…selama ini saya rasa macam saya seorangjer yang “nampak” rupa-rupanya alhamdulillah ada juga ibu lain yang melihat dan nampak POTENSI yang sama.
Yang kelakarnya juga bersungguh-sungguh kenalan saya menceritakan PENEMUAN dirinya dengan Analisis Psikometriks beliau, patutlah huru hara hidup akak Aniz ; Kod SDS akak ACS…memang konflik patutlah selama ini kerjaya yang akak buat semuanya takde kepuasan. Tak sangka akak, rupa-rupanya di luar negara Ujian Psikometriks perkara wajib yang perlu dijalani sebagai sebahagian prosedur untuk mengambil staf sebagai pekerja. Ermmm, benar tu Kak! Kat Malaysia sahaja yang belum ada celik akal di kalangan majika ataupun organisasi dan pendedahan tentang keperluan ini. Memang special dari Analisis ini kita sendiri BOLEH TAHU calon pekerja itu seorang amanah dan jujur atau tidak, bagaimana ketahanan mentalnya, motivasi dalaman, bakat kepimpinan , kepelbagaian dan banyak lagi. Analisis memang BOLEH “SEE THRU” betullah pakej dalaman mereka kalau setakat pandai cakap, bergaya , mempersona tapi jika pakej dalaman hancus …lemau pun parah juga tak baguslah untuk kecemerlangan syarikat dan produktiviti bila terambil orang yang salah. Dengan mengetahui CIRI-CIRI DALAMAN senang sangat ; kita boleh lihat sahaja JOB DESCRIPTION atau SKOP KERJA dan bandingkanlah dengan skor-skor yang calon pekerja ini diperolehi senang sahaja kita boleh dapatkan calon yang tepat untuk tugasan dan jawatan yang diperlukan. Bila kerja yang sepatutnya ita serahkan kepada mereka yang memang BERMINAT da; n pakar In shaa Allah mereka bekerja penuh jiwa sebagai boss atau majikan bahagia hidup! Produktiviti tip top perjalanan organisasi dan perniagaan excellent In shaa Allah. Memanglah kalau nak ikutkan pepatah orang lama ‘belakang parang kalau lama-lama diasah akan tajam’ tapi akak bayangkanlah tak ke itu kerja yang kurang cerdik dan meletihkan he he he…lebih baik kerja itu diberikan kepada individu atau mereka yang dah memang cemerlang dan minat dengan kerja tersebut.
Sahabat saya ini seorang Tutor Mathematik makanya sempat juga beliau menceritakan pengalaman beliau yang berjumpa dengan para pelajar juga ibubapa, memanglah diakui Ujian Psikometriks ini ada dijalankan di sekolah-sekolah TETAPI yang sedih dan sayangnya guru tidak menjelaskan secara terperinci dan tepat apakah hubungkaitnya kesemua skor yang diperolehi anak-anak. Dan sebagai ibubapa apatah lagi tiada pendedahan dan makluman yang jelas makanya penemuan dari hasil analisis itu juga TIADALAH SIGNIFIKAN dan sumbangannya kepada pelajar dan ibubapa untuk membimbing anak-anak untuk memilih bidang pengajian yang mencorakkan perjalanan kerjaya serta kehidupan pelajar di masa hadapan sedangkan “penemuan” dari Ujian Psikometriks ini sangat berguna dan penting sekali. Hemm, itulah keluhan sahabat saya kawan-kawan akak ramai yang bagitahu anak-anak SPM, STPM keluar result tak lama lagi tapi IDEA nak isi borang UPU…keliru, buntu, tak tahu nak pilih apa???Hu hu hu…sedih memang sedih kasihan akak tengok dorang ini akak dah mengalami Aniz betapa terseksanya tercampak dalam dunia pengajian dan kerjaya yang akak TAK CINTA, terseksa rasa….memanglah akak graduate Engineering tapi bila kerja tu takde kepuasan sebenarnya….akukan kalau boleh tak nak tengok anak-anak Melayu kita nie terumbang ambing kasihan dorang cukuplah akak yang dulu nie TAK TAHU. Detik hati saya menjawab, Ya sangat benar inilah sebahagian situasi dunia realiti hari ini kesilapan memilih pengajian dan kerjaya juga memberi impak kepada kebahagian dan makna hidup insan.
Macam juga zaman-zaman kita sekolah dulu, zaman belajar adatu bila kita belajar dengan guru yang memang ada RUH PENDIDIK dalam jiwa….Wahhh! Seronok belajar memang luar biasa tiba pula belajar dengan guru yang mengajar sebab makan gaji ho ho ho lesu perasaan mengajar macam serupa anak murid belajar sendiri…tak seronok! Begitu jugalah dengan kerjaya ini…untuk menjadi cemerlang dia kena ada MINAT yang mendalam, passionate ibarat orang putih cakap barulah hasil dan kepuasan itu OHSEM! Fantastic….
Setiap individu mempunyai KEUNIKAN dan kelebihan potensi diri, minat juga personaliti yang berbeza-beza ; Subhanallah! Allahu Akbar…begitulah kehebatan dan kebesaran kasih sayang Allah swt mentadbir dan menyusun atur kehidupan hamba di dunia ini. Setiap dari kita ini seharusnya saling menguatkan antara satu sama lain, tolong menolong , lengkap melengkapi dan bekerjasama untuk menjadikan dunia dan kehidupan lebih bahagia, sejahtera dan selamat untuk didiami. Dan untuk memulai mencapai kecemerlangan di sudut kerjaya platform terbaik untuk menuju IMPIAN HATI dan CITA-CITA itu adalah SPM, tapi kalau diri sendiri pun tak kenal. apa yang diminati, apa kekuatan diri dan cita-cita , macam manakan???Tak naklah dah belajar sekerat jalan baru nak tukar pengajian, gagal , tak boleh bawa dan sebagainya …banyak pembaziran masa, tenaga, wang ringgit dan fikiran serta pengorbanan yang diberikan maka sebelum tersilap langkah, sebelum mengundang masalah maka jalanilah Ujian Psikometriks Analisis Inventori Minat Kerjaya dan Personaliti. In shaa Allah penemuan dalam dapatan ini MAMPU menjawab segala kekeliruan dan kebuntuan yang dialami.
Untuk itu JOM CHECK THIS OUT….
1.Adalah menjadi hasrat setiap insan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kelancaran, kejayaan dan kebahagian ,betul tak?
2. Selain daripada memilih calon pasangan yang bersesuaian yang dapat menemani perjalanan hidup insan penuh setia dan bahagia adalah menjadi idaman insan untuk memperolehi kerjaya yang bukan sahaja BEST tetapi juga mampu memberikan kegembiraan yang maksima iaitu kepuasan diri.
3. Ahaa! Tuan Puan yang dihormati sekalian tidak semua insan sangat bertuah memperolehi kerjaya yang diminati ; inilah yang kadang nak pergi kerja pun rasa macam nak kena masuk ZONE PENDERAAN ibaratnya terseksa jiwa raga nak bangun pagi dan nak menunggu punch card waktu balik. Opsss macam terkenajer kan ….hu hu hu…
4. Makanya sangatlah tak bestkan jika begitu jalan hidup yang terpaksa ditempuhi, betul tak? Ada di kalangan anda yang sedang MENCARI SOLUSI mahupun penawar jiwa lesu terdera dengan kerjaya yang tidak diingini. Jangan risau! Rahmat dan kasih sayang Allah swt itu sangatlah luas bersama kupasan ilmu Analisis Kerjaya dan Personaliti ada JAWAPANNYA dan Jalan Keluarnya, In shaa Allah.
5. Harap maklum sahaja , sebahagian besar MASA rakyat Malaysia dihabiskan untuk menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup dengan mencari rezeki menguruskan kerjaya makanya amatlah penting sekali PENCERAHAN dan pengetahuan memilih kerjaya yang tepat untuk diketahui.
6.In shaa Allah dengan PEMBONGKARAN Ohsem ini, mudah-mudahan cinta kerjaya yang penuh jiwa bukan sahaja mampu dinikmati bahkan produktiviti juga dapat dimaksimakan. Selain diri berupaya menikmati kemanisan kerjaya kita juga dapat menambah nilai kehidupan orang lain dengan lebih cemerlang lagi dan penuh kebahagian diri bukan hanya pendaman dan tertekan yang tak sedar diundang kerana tidak mencari ilmu dan menerokainya.
#biladahtahujanganbiarkank
7. In shaa Allah seawal Darjah 6 dan matang boleh dah kalau bersedia menjalani analisis ini.Lebih awal kita tahu POTENSI anak lebih mudah kita halakan kekuatannya. In shaa Allah maka akan lebih seronok jugalah anak belajar dan memanfaatkan POTENSI DIRInya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah selain daripada menawarkan khidmat kaunseling perkahwinan, pengurusan stress, masalah depressi, kemurungan juga Life Coaching sebahagian lagi kepakaran yang dititipkan Allah swt buat saya adalah kemahiran membantu para ibubapa juga pelajar mahupun individu yang berminat untuk mendalami POTENSI DIRI mereka dan mengetahui lebih lanjut BIDANG PENGAJIAN/KURSUS seterusnya “profesion” atau bidang kerjaya apakah paling sesuai dan sangat serasi dengan dirinya.
Perlu diingatkan betapa penting untuk memilih bidang pengajian juga kerjaya yang bertepatan dan selari dengan :
* M.I.N.A.T
* P.O.T.E.N.S.I dan
* P.E.R.S.O.N.A.L.I.T.I D.I.R.I
Setiap individu adalah insan yang sangat unik dan sungguh istimewa ; memiliki pakej yang tersendiri In shaa Allah dengan kemahiran serta CELIK AKAL yang jelas memilih bidang pengkhususan , akademik dan pengajian yang bertepatan maka tidak hairanlah individu itu tadi boleh pergi jauh dan lebih cemerlang berbanding yang lain.
Dan disinilah pentingnya juga PENCERAHAN buat para ibubapa agar lebih menghormati pilihan dan menghargai POTENSI dan menyokong kecenderungan diri anak-anak. Jangan pula menjadikan kuasa veto yang ada pada ibubapa sebagai T.I.K.E.T untuk merampas cita-cita dan impian anak-anak yang dikasihi.
#analisispsikometriks
#janganjadiperampasimpianh
#kenalimereka
#halakanmerekakepadakekuat
#doassokonganbimbingan
#tiketohsemuntukkecemerlan
~ Hjh Aniz Hj Anwar
www.anizanwar.com
=========================
Bagi para ibubapa atau individu yang BERMINAT bolehlah menghubungi dengan SMS / WHATSAPP ke 012.391.5362 untuk temujanji @ pertanyaan lanjut. Untuk yang berada di luar Lembah Klang dan sukar hadir sesi konsultasi secara bersemuka , Analisis Laporan Secara Bertulis disediakan untuk membantu para pelajar yang BERMINAT dan ingin memastikan PILIHAN anda adalah Yang Terbaik dan Tepat, In shaa Allah.
Leave a Reply