Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas kesempatan untuk terus berkongsi ilmu pengalaman dan kompetensi dalam menangani ujian dan cabaran-cabaran dalam kehidupan. Lama jugakan saya menghilangkan diri sebelum berangkat umrah awal tahun ini dan sekembali dari umrah. Lumrah kehidupan yang hadir berpasangan ada siang, ada malam…ada sihat…ada sakit dan tidak kurang juga ada sedih dan ada bahagia ; kesemua ini datang bersilih ganti menemani perjalanan setiap insan di dunia ini. Tanggal 9hb Mac 2014 Malaysia dan dunia dikejutkan dengan MISTERI kehilangan pesawat MH370 dan sehingga hari ini tanggal 13hb Mac 2014 usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. Seluruh rakyat Malaysia bahkan dunia mendoakan dan berharap usaha pencarian dan menyelamatkan dapat menemukan petanda dan kejayaan yang mampu menjawab segala persoalan selama beberapa hari ini.
Bukanlah matlamat perkongsian saya hari ini untuk menggulas tentang MH370 sebenarnya TETAPI apa yang ingin saya bawakan adalah BAGAIMANA dengan ilmu juga pendekatan yang ada di dalam dunia kaunseling In shaa Allah berupaya membantu keluarga mangsa dan mereka yang terlibat agar mampu mendepani cabaran yang pastinya mencalar rasa. Menanti sesuatu yang tidak pasti melibatkan orang tersayang tidak ubah ibarat laut yang luas adakalanya TENANG dan adakalanya GANAS…berombak dan menakutkan. Jika segelintir kaunselor di negara ini sedang sibuk menyediakan diri untuk memberi khidmat bantuan yang diperlukan kepada keluarga mangsa di lapangan terbang KLIA, izinkan kaunselor hujung jari ini menari-narikan jari jemari istimewanya untuk menyampaikan sebahagian lagi bukti Kebesaran Allah swt, KeindahanNya, Kasih SayangNya dan KeberadaanNya yang selalu ada memberikan SOLUSI, PENAWAR dan SENYUMAN.
Ya tidak dapat dinafikan UJIAN dalam kehidupan adakalanya boleh membuatkan dunia seakan terhenti sejenak. Apatah lagi bila ditimpa dengan sesuatu yang tidak pernah termimpi atau dijangka akan terjadi…trauma, tragedi, kemalangan, kematian, perpisahan, ditimpa penyakit, dihantui dengan konflik serta beban kewangan, jatuh muflis, kehilangan punca pendapatan, di fitnah, dizalimi dan banyak lagi. Pastinya PELBAGAI persoalan yang timbul, bukan?
- Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
- Apakah fasa emosi yang akan dilalui
- Bagaimana pula CARA MENGENDALIKANNYA
- Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk membawa diri KELUAR dari FASA KRISIS yang terkesan daripada INSIDEN yang berlaku
- Bagaimana saya ingin TAHU saya telah SEMBUH
- Berapa LAMAKAH masa yang perlu saya berikan untuk membantu diri saya sembuh
Adakah ini PERSOALAN yang sedang bermain di benak fikiran anda??? In shaa Allah dalam entri ini anda akan menemukan JAWAPANNYA.
Terdapat 5 PERINGKAT yang terlibat apabila seseorang individu terjebak dengan sesuatu peristiwa yang menimbulakan trauma atau kesedihan yang pahit ataupun dalam yang mana dalam istilah dunia kaunseling dinamakan ‘grieving’.
STAGE 1 :
Ada sesuatu PERISTIWA yang meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya. Antara peristiwa yang mungkin berlaku kematian, penceraian, perpisahan, penganiayaan, kemalangan, mangsa rogol, kecurian, kehilangan sumber pendapatan, jatuh muflis, tragedi dan seumpamanya. Lazimnya peristiwa ini melibatkan individu itu sendiri yang mengalaminya atau insan yang signifikan dengan mereka iaitu ahli keluarga, pasangan, teman karib dan sebagainya. Ia berlaku kerana individu mempunyai TALIAN EMOSI , KASIH SAYANG dan KEAKRABAN yang sangat rapat dan kehilangan, perpisahan atau peristiwa yang hadi turut meninggalkan IMPAK yang besar dalam rutin kehidupan individu tersebut.
Dalam keadaan KEJUTAN ini individu lazimnya akan merasai suatu FASA EMOSI yang cuba “MENAFI @ MENIDAKKAN” realiti yang hadir. Fasa ini juga cenderung membuatkan individu merasa KELIRU sama ada mereka benar-benar diduga atau sebaliknya. Bahkan tidak dinafikan juga perasaan cemas, takut, bimbang dan ‘numbness’ adakalanya hadir menyelebungi diri. Malah ada juga yang turut merasa terkilan dan menyalahkan diri sendiri di atas ujian yang hadir yang mana pada tanggapan individu atau mereka yang terlibat ini sebenarnya tragedi atau peristiwa ini boleh dielak atau diselamatkan.
* Perkataan “KALAU” sering menjadi bahasa bibir individu di fasa ini
STAGE 2 :
Berbaki dari kesan FASA 1 menyebabkan individu merasa MARAH. Ahaa! Kenapa MARAH???Satu pertanyaan yang sangat bijak! Anda bayangkan selama ini kehidupan anda ditemani dengan keriangan dan sesuatu yang sangat menyenangkan anda…dan TIBA-TIBA benda yang anda sayang itu HILANG. Dalam situasi kehilangan dan ‘mencari-cari’ itu pastinya lama-kelamaan akan menimbulkan vibrasi marah kerana ‘apa’ yang dicari tidak memungkin ditemui di fasa ini. Individu cenderung diselubungi dengan kesunyian, kehilangan, kesepian dan kerinduan yang sangat dalam saat ini. Di sinilah jika tidak awasi dan dikawal dengan bijaksana mangsa atau individu yang terlibat dalam peristiwa trauma, kehilangan atau ujian hebat ini sama ada keluarga dan sebagainya boleh mengakibatkan bercakaran, boleh tersentuh hati , sensitif, malah cenderung mengeluarkan perkataan yang kesat tanpa disedari juga tingkahlaku yang tidak rasional kerana mereka berada fasa yang sangat sulit dan tertekan. Fasa ini juga individu, mangsa atau yang terlibat sebenarnya MASIH BELUM menerima dengan penuh redha lagi ketentuan Ilahi. (Mari kita perhatikan sejenak, khususnya bagi para pembaca yang lebih berusia acapkali selepas kematian keluarga maksud saya IBU atau BAPA tunggak keluarga cenderung berlaku pertikaian, permusuhan dan ketidakharmonian dalam keluarga…boleh shj kesedihan yang berlarutan membuatkan iklim dan hubungan kekeluargaan yang menjadi suram, bercelaru, letih, tidak harmoni bilamana ada ketidakpuasan hati yang cenderung berlaku dan sebagainya).
Menjemput KEJUJURAN dan KEBENARAN bahawasanya diri telah benar-benar redha dengan kehilangan, kematian, musibah, perpisahan dan barangkali juga penganiyaan mahupun kezaliman yang hadir masih berada dalam tahap yang sangat lemah. Barangkali ucapan d bibir sahaja melafazkan “SAYA REDHA” sedang hakikat dan kejujuran yang sebenar peperangan kronik sedang berlaku di dalam diri. Ya! Sangat benar apabila permusuhan wujud di dalam diri ketenangan sukar hadir dan apabila ketenangan sukar hadir mudah juga individu atau mangsa melakukan kemudaratan yang sebenarnya turut MENAMBAH beban sarat ujian yang dijalani.
Tindakan sabotaj diri, menyalahkan orang lain, rendah diri, rasa kecewa, terkilan, malu dan sedih atas apa yang terjadi berlegar dalam gelombang diri. Jika tidak BANGKIT dan BERANI berhadapan dengan kenyataan hidup juga membiarkan syndrome ini memakan diri maka disinilah nanti boleh menjurus dan membawa kepada perihal isu yang lebih kritikal seperti cubaan membunuh diri, mengambil dadah , masalah kesihatan mental, kegagalan kefungsian tubuh, mengundang penyakit, lari daripada masalah dan sebagainya. Tapi sayangnya masalah POKOK atau “root issue” menangani permasalahan ‘dalaman diri’ tidak dipeduli…HATI-HATI!! Jika anda atau insan yang tersayang menunjukkan symptom ini bantulah mereka untuk sembuh dan pulih dengan mendapatkan bantuan profesional kaunselor atau psiaktris untuk dibantu lebih lanjut.
STAGE 3 :
Fasa yang masih MENJERAT EMOSI malah lebih hebat lagi ketika ini kerana pelbagai peristiwa telah berlaku dan ditempuhi. Memori dan kenangan berkaitan peristiwa dan individu yang terlibat meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri . Situasi ini secara tidak langsung telah mencederakan perasaan individu berkenaan. Kecenderungan pada fasa ini individu keep on REWIND..REWIND..REWIND memori yang tersimpan sakit, bahagia, senyuman dan trauma. Bayangan atau ‘intrusive thought’ tentang individu yang terlibat sering bermain di fikiran, masih terasa yang insan tersayang tersebut seolah-olah masih hidup, merasa kehilangan dan mengalami rindu yang dalam. Mereka hidup di sisi silam kehidupan bersama insan yang terbabit lantas MANA MUNGKIN jika diperhalusi individu ini berupaya dan mampu melangkah dengan bergaya, lancar dan pantas jika cenderung ‘matanya’ masih melihat “SEMALAM” dan hidup dalam “SEMALAM”. Impaknya individu akan lebih merasa TERTEKAN, HILANG SEMANGAT, LEMAH, TIDAK BERMAYA dan BUNTU. Permainan emosi yang bercampur baur disebabkan mengenang dan hidup dalam waktu silam itu juga membuatkan individu hilang deria untuk hidup gembira, hadir dan bahagia saat ini. Implikasinya boleh membawa kepada masalah depressi dan tidak kurang juga kemurungan yang dalam.
* Grieving ini menyebabkan individu hidup dalam gelombang emosi yang bercampur baur adakalanya gembira, adakalanya bersedih, adakalanya beliau sendiri tidak mengerti perasaan mereka yang dilalui.
STAGE 4 :
Pada fasa ini individu atau mangsa sudah mulai mampu dan berdaya bangkit meneruskan kehidupan walaupun masih dalam nada energy yang rendah atau sederhana. Individu sudah mulai mampu berfikir dengan lebih baik SAMPAI BILA aku harus hanyut, leka dan tenggelam dalam ‘semalam’??? Aku harus melakukan sesuatu untuk ‘reach out’ dan membawa dirinya keluar daripada KEPOMPONG yang menjerat rasa. Individu juga sudah mulai mampu untuk bercerita dengan “lebih sedar” tentang pengalaman yang dilalui. Secara kesimpulannya di fasa ini individu sudah mula mengambil tanggungjawab SAYA PERLU BERUBAH demi …barangkali anak-anak , ibubapa, kerjaya dan masa depan yang sedang menunggu. Sekiranya individu masih hanyut dalam lara atas peristiwa yang terjadi ia tidak membawa beliau ke mana-mana malah lebih menyedihkan beliau pula menjadi beban kepada keluarga atau mereka yang bertanggungjawab kepadanya.
Di fasa ini juga individu mulai MENCARI MAKNA atau HIKMAH atas peristiwa juga tragedi yang berlaku. Apakah ia memberikan kesan positif yang lebih banyak atau sebaliknya. In shaa Allah sudah mulai mampu menemui TITIK SINAR berbanding kegelapan berbanding fasa-fasa sebelumnya.
* Di fasa ini lazimnya individu sudah mempunyai keyakinan diri untuk melakukan perubahan kepada kehidupannya ke arah yang lebih positif. Antara isyarat di fasa ini individu mula mendapatkan bantuan dari profesional, mengatur kehidupannya agar lebih terurus, mampu berkongsi emosi lebih terbuka kepada rakan-rakan atau kaum keluarga terdekat dan menyayangi dirinya juga insan yang rapat dengannya.
STAGE 5 :
Subhanallah…Alhamdulillah! Allahu Akbar…bagi mereka yang Muslim tidak dinafikan usaha doa, tindakan dan keprihatinan sistem sokongan keluarga bahkan juga bantuan profesional atau barangkali juga alim ulamak , perawat yang terpanggil untuk mendapatkan rawatan dan bantuan kesan kesedaran di fasa 4 ; In shaa Allah mampu membantu penerimaan keredhaan yang total atau dalam istilah dunia kaunselingnya “TOTALLY ACCEPTANCE”. Kembali pada Islam dalam proses penyembuhan diri individu seharusnya mampu untuk menemukan makna MENGAPA MATLAMAT MANUSIA ITU DIHIDUPKAN?? Hanya dengan kefahaman untuk menyediakan diri merasa REDHA, IKHLAS dan SABAR menerima ujian yang hadir akan membuka tabir kehidupan yang lebih bahagia dan sejahtera.
Kembali kepada fitrah kehidupan dan kepercayaan kita sebagai individu Muslim tentang Qada dan Qadar Ilahi, Hari Perhitungan dan Pembalasan juga Akhirat in shaa Allah mampu menjemput senyuman yang membahagiakan. Setiap ujian itu boleh jadi pelebur dosa, setiap ujian itu juga boleh mengangkat darjat keimanan kita malah sebenarnya Allah menyiapkan ganjaran yang baik di akhirat nanti. Dan paling ISTIMEWA seringkali ujian cenderung mendekatkan kita dengan syurga Allah. Maka dengan memahami kemana akhirnya destinasi abadi kita In shaa Allah mampu menemukan ketenangan hati yang benar luhur dari hati benar-benar redha dan ikhlas serta menyedari kita ini adalah hamba Allah…milik Allah harus akur disitu. Maka untuk menikmati akhirat itu agar lebih bahagia, sejahtera harus dimulai untuk memilih dan bertindak LEBIH HIDUP, AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB dan BERANI kerana Allah swt dan mencintai syurgaNya…Wallahualam…
Salam Inspirasi Cinta Syurga 2014;
Hajjah Aniz Hj Anwar
130314
==========================================
Manusia dan ujian …Al Qur’an Inspirasi Hidup Mukmin
==========================================
Bersama-sama kita renungi…Semoga beroleh ibrah yang mampu mendekatkan lagi kita syurga dan redha Allah swt..In shaa Allah…
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Ganjaran menanti bagi yang diuji
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
Kredit kepada ~ http://www.life-verses.protajdid.com/
REFLEKSI :
Semoga dengan memahami lebih bijaksana MATLAMAT kehidupan serta ujian itu diturunkan akan membantu individu , keluarga mangsa atau siapa sahaja yang diuji agar lebih berlapang dada dan mudah menjemput redha atas ketentuan dan takdir Ilahi yang tertulis. Dan yang paling penting juga pantaskan diri untuk MEMILIH sembuh, sejahtera dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan lagi sehingga detik panggilan Ilahi menjemput diri kita pulang kembali menemuinya.
Assalammualaikum wbt..
Terima kasih atas tulisan ini.sangat membantu dan memberi semangat.sy baru kematian suami beberpa bulan yg lepas..sungguh terasa berat ujian dan mengalami trauma.syukur tulisan ini banyak membantu dan menenangkan..
terima kasih..semoga ramai org lebih mendpt manfaat drnya.smg Allah memberi ganjaran pahala.