Bismillah…
Hari ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan pemerhatian yang sering singgah dalam perjalanan kerjaya saya sebagai seorang kaunselor. Alhamdulillah dengan perkembangan teknologi kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya khidmat kaunseling dalam kehidupan semakin mendapat tempat khususnya di kalangan profesional. Walaubagaimanapun tidak dinafikan masih ada lagi segelintir yang masih ragu-ragu dan takut untuk ke hadapan mendapatkan pertolongan. Ada juga di kalangan klien yang menyuarakan saya sedar saya perlu ke hadapan mendapatkan bantuan tetapi STIGMA masyarakat kalau jumpa kaunselor ataupun psikiatris nie orang cakap ada masalah mental, Eh…kau nak bercerai ke??? Malu kalau orang tahu…Dan paling sedih juga ada di kalangan mereka di luar sana yang memandang sepi keperluan dan tuntutan untuk mendapatkan pertolongan. Contoh paling dekat anak-anak yang mengadu kepada ibubapa mereka stress, dibuli, dipulau, dimalukan ….dan mengakui sendiri I need help mom, I need to go to the counselor sehinggalah “sesuatu” yang berlaku membongkar betapa si anak sedang bergelut dengan konflik peperangan dirinya. Ada yang diuji dengan cubaan “incest”, cabul , black mail, putus asa untuk hidup, mula mencederakan diri, delusi dan seumpamanya. Sebagai ibubapa dan golongan dewasa please help them to reach out for profesional help before its too late.
Dan tidak kurang menyedihkan juga anak @ yang diuji dah semakin parah tapi gigihlah dok berulang alik berjumpa Ustaz @ pengamal perubatan. Yang sakit, yang lelah, yang kusut, yang buntu, yang perit, luluh menderitanya sudut emosi…minda..psikologi jangan ditambah parah momokan dengan gangguan jin, iblis dan syaitan, sihir, saka dan seumpamanya tanpa ada support sistem yang menyelami dan membantunya ke hadapan merawat sudut derita beban sarat yang dibawa selama ini. Please stop this nonsense. Nak sihat, bahagia sejahtera, harmoni bukan sekadar berlegar isu spritual semata mata tetapi juga harus dibangunkan, dirawat sudut minda, emosi, fizikalnya termasuklah penjagaan soal pemakanan, minum, nutrisi, riadah, rehat @ tidur yang cukup…dan ketahuilah semua ini menuntut ilmu dan kefahaman untuk dipraktikkan dalam proses menjemput kesembuhan diri.
Dan tidak dilupa apabila menyentuh tentang konflik perkahwinan bahawasanya kursus perkahwinan yang dihadiri oleh pasangan yang mahu mendirikan perkahwinan itu hanya sekadar gambaran bagaimana untuk melewati alam perkahwinan NAMUN untuk melayari perjalanan yang berbagai ragam, warna, cuaca dan suasana untuk 10 tahun akan datang…20 tahun akan datang…30 tahun akan datang sesungguhnya IA menuntut ilmu, komitmen, kesabaran, kerjasama erat pasangan mengharunginya. Maka andai hadirnya cabaran , ujian tidak kiralah kecurangan, penipuan, pengabaian, intimasi, komunikasi dan seumpamanya BIJAKSANALAH untuk ke hadapan mendapatkan pertolongan. Janji manis, kemaafan , MOVE ON yang hanya sekadar batas mainan dibibir TANPA BANTUAN PROSES TERAPEUTIK membantu kesembuhan dan keharmonian diri nyata hanya akan menjadi igauan ngeri dan usah terkejut akan hanya menjadi satu siri fasa cycle yang menanti untuk diulangi. Kenapakan isu sebegini sering terjadi???
Syarat untuk membantu proses kesembuhan, keharmonian menjemput kebahagian seharusnya dimulai dengan proses RAWATAN….tak jalani rawatan kesakitan dipendam, kecewa, sedih, pilu dibenam maka jangan terkejut perhubungan akan hanya diwarnai proses ungkit mengungkit yang amat menyakitkan juga melemaskan lantas mengeruhkan lagi keadaan dan impian untuk menikmati erti bahagia. Langkah paling mudah untuk lari daripada semua ini adalah menamatkan hubungan…mulai dengan kehidupan baru tetapi ketahuilah ianya tidak semudah seperti yang disangka andai kesakitan dan trauma silam dibawa bersama. Inilah yang selalu saya akan highlightkan…RAWAT, ILMU & KEMAHIRAN diriringi keberanian, kejujuran dan komitmen pasangan untuk kembali bahagia In sha Allah silam yang teruji mampu menjadi pengalaman beharga membentuk dan membangun bahagia yang lebih bermakna. Nasihat saya jangan sesekali cuba menafi atau melarikan diri jika hubungan diancam dengan ketidakharmonian…ke hadapan dapatkan bantuan sebelum terlewat perasaan menjadi hambar, dingin , membenci dan kusut. Perkahwinan hanya diatas kertas sedang pengisian dan warna warni kasih sayang, ketenangan , komitmen dan senyuman hilang dari radar.
Tentunya seakan sukar dan hampir mustahil untuk mengimpikan bahagia hadir kembali jika pasangan hanya melulu tanpa ilmu dan rawatan sebab itu jugalah janganlah malu, sombong atau takut untuk mendapatkan bantuan profesional.
There is no greater agony than bearing an untold story inside you…infact YOU CAN HEAL IF YOU WANT TOO…
Don’t let mental blocks control you. Set yourself free. Confront your fear and turn the mental blocks into building blocks…
BE HAPPY AND START COUNSELING ….
Sesungguhnya ilmu dan rahmat penawar Ilahi teramatlah luasnya…ianya tidak akan meluncur laju andai sahaja kita tidak berani memilih dan membenarkannya. So be wise!…
Leave a Reply