Bismillah…
Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama saya menyepikan diri dari menulis di laman web ini…hu hu hu kalau rumahnie dah naik bersawang dah…sibuk dengan temujanji untuk sesi kaunseling dan Life Coaching Klinik Sukses. Untuk para sahabat yang mungkin barangkali ternanti-nanti perkongsian daripada dijemput untuk mengikuti TIPS-TIPS dan perkongsian di Fan Page Aniz Hj Anwar ya…mudah-mudahan ianya memberi manfaat dan keberkatan In Shaa Allah.
Sebenarnya dah lama saya berhasrat untuk menulis tentang ini…dari hari ke hari asyik bertangguh akhirnya hari ini saya harus akur SIGNAL yang dilhamkan Ilahi , didoakan semoga ianya memberi INSIGHT In Shaa Allah…
Emm…bagaimana harus saya mulakan ya isu yang agak berat ini…masalah saka dan gangguan sihir. Secara jujur kini masuk tahun ke enam saya mengendalikan klinik kaunseling dan tidak dapat dinafikan dari segi statistik kes-kes yang hadir menunjukkan antara 40% hingga 80% kes kaunseling yang hadir ada hubungkaitnya dengan masalah ini. Ianya tidak mengira latarbelakang dan ada ketikanya juga golongan yang diuji ini juga merupakan insan-insan yang TERPILIH ini, penuh dengan POTENSI DIRI untuk menjadi insan yang hebat, bahagia dan sukses sebenarnya. Namun ujian Allah membuatkan kehidupan seketika menjadi lelah, buntu, tidak berdaya, marah, letih, putus asa dan hilang arah. Semua nilai-nilaian POSITIF yang terbina di dalam diri hilang ghaib entah ke mana. Yang sering BERMAIN di minda dan emosi perasaan meluap-luap marah, sakit hati, benci, geram, buruk sangka dan sukar memaafkan. Lebih terkesan lagi akibat ujian hidup yang ditempuhi ini juga ‘gigih’ berikhtiar ke sana dan ke sini…dengar A cakap lain, B cakap lain, C cakap lain…mendengarkan “CAKAP-CAKAP” orang itu tadi sehingga TERLUPA kepada AYAT-AYAT ALLAH YANG MAHA BENAR!!! Sehingga terpudar keyakinan dan kebergantungan seluruh yang sepatutnya disandarkan pada Allah swt…
Saya menulis berdasarkan pengalaman diri, university kehidupan dan pemerhatian lebih 30 tahun dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlibat dalam perubatan Islam … Ya kita percaya ada syurga dan adanya neraka. Dan kita juga MEMILIH syurga untuk istirehat namun satu perkara yang kita sering terlupa juga adalah pendekatan ANALISIS Allah swt untuk menempatkan kita di mana selayaknya kita. Mana mungkin untuk mengharapkan syurga Allah tapi tidak rasa bahagia untuk menjalani ujianNya…hu hu hu…adalah sesuatu yang mustahil untuk manusia selemah kita akan menghargai dan mensyukuri sesuatu sekiranya ianya dapat diperolehi dengan mudah. Sering juga yang mengadu pada saya …saat ingin kembali mencari Allah dan damai yang jujur hidup lebih terasa teruji…Emm, disitulah sebenarnya Allah sedang MENGUJI ketulusan, keikhlasan dan ketulenan hamba YANG MEMILIH untuk redhaNya maka mengapa mesti harus bersedih, berduka mahupun kecewa…Lepaskan sahaja semuanya pada Allah swt…serahkan dirimu untuk rencana YANG TERBAIK di sisiNya In shaa Allah hati yang redha menjalani rencanaNya mudah-mudahan mampu menjadi ‘penambat’ untuk menikmati kehidupan lebih bahagia dan sejahtera.
Di sini suka saya kongsikan sedikit TIPS PENTING untuk para sahabat di luar sana yang mungkin sedang teruji dalam sarat lelah rencana Allah swt…masih-masih tercari-cari HIKMAH di sebaliknya…SINAR BAHAGIA belum menampakkan KECERAHANNYA memberikan senyuman. Ikutilah tips ini semoga ianya membantu :
1) Selalu pastikan diri sentiasa berhubung dengan Allah swt, hidup ruh dengan zikrullah dan pastinya tidak lupa pelihara YANG WAJIB dan tingkatkan amalan sunnah. Mudah-mudahan gangguan-gangguan negatif itu tadi tidak mampu melepasi diri hu hu hu kalau terlepas juga macam mana??? Haa..soalan YANG SANGAT BISTARI!!…
2) Selalu SEMAK status hati kita…monolog diri atau self talk kita!! Pastikan ia selalu dalam gelombang POSITIF dan sesuatu yang Allah redha ya kerana apa…setiap lintasan minda kita, hati kita, tutur kata kita adalah DOA.
3) Sedarkah ANDA para sahabat yang dikasihi Allah swt…hampir 70% kondisi tubuh kita komposisinya adalah AIR!! Apa perana AIR? Air peranannya merakam, menyimpan dan memindahkan MAKLUMAT yang diterima. Apakah MAKLUMAT YANG DITERIMA paling kuat dan mustajab????Ahaa…pastinya SELF TALK atau MONOLOG DIRI kitalah!
~ Maka tiada PENYEMBUH, PENAWAR dan SOLUSI paling terindah, percuma dan terbaik selain dari selalu MENGUSAHAKAN memperbaiki ‘bahasa diri kita’ kerana apa yang kita melodikan adalah DOA untuk diri kita sendiri…hu hu hu…tak pernah perasankan??
4) Usahakan diri untuk di kelilingi para sahabat atau insan-insan yang LEBIH POSITIF untuk membantu proses penyembuhan, kesejahteraan dan keyakinan diri. Dan ada situasinya tidak dinafikan BERHIJRAH jika bersesuaian boleh diusahakan , mudah-mudahan ianya mampu memberikan gelombang yang lebih positif dan mantap untuk transformasi diri. Namun perlu diingatkan “kekuatan dalaman” adalah yang terpenting dan keadaan ini hanya dapat dicapai dengan selalu-selalu BERCAKAP-CAKAP…BERMANJA-MANJA ~ MEDITASI dengan Allah swt!
5) Selalu yang sering TERLUPA , sering terpedaya adalah PERI PENTINGNYA pengambilan air yang betul , mempunyai ciri PENAWAR dan SUCI. Meminum air yang telah masak bukan suatu tindakan yang bijaksana apatah yang diambil direct daripada tap atau sinki…hu hu hu kandungan pencemaran yang tinggi, kehadiran klorin jika diambil dalam jangkamasa panjang boleh memberi kesan negatif kepada tubuh dan menjadi medan MAGNET menjemput penyakit-penyakit kronik mudah hadir. Tambah pula dengan amalan gaya hidup, pemakanan, komitmen kehidupan dan tekanan boleh memberi sumbangan yang signifikan tanpa disedari…Nauzubillahminzalik!
6) Dan antara kaedah PALING PANTAS untuk menjemput sejahtera, bahagia dan transformasi yang diidamkan??? Jeng Jeng Jeng…REDHA! R.E.D.H.A…Yesss! Redha…having totally acceptance.
“Sungguhpun aku diuji dengan ujian beratMu ini Ya Allah tetapi aku sangat sayangkan diriku…Aku menerima segalanya Ya Allah dengan penuh keredhaan. Hari ini aku MEMILIH untuk melupuskan segala beban sarat, tekanan dan pendaman yang menyesakkan hidupku. Hari ini juga aku memilih untuk MEMBENARKAN sinar rahmat, kekuasaan dan kesaksianMu Ilahi merawat, menyembuh, memberi senyuman, menemukan HIKMAH dan memimpin diriku penuh bahagia mencapai redha dan syurgaMu yang bahagia”…
Ya selalu-selalulah bacakan skrip ini…In Shaa Allah semoga pantas merasa relief !
7) Dan jangan lupa…SENYUM ! Ya senyummmm saya selalu ingatkan anak-anak dan diri saya sendiri…”You bayangkan diri you yang muka kelatnie haa…bawa sangat muka kelat, hati kelattu Allah memang KELATlah dengan you tapi you bayangkan wajah you yang tersenyum, jiwa penuh dengan keharmonian, kasih sayang, baik sangka, baik hati, timbang rasa, kemaafan In shaa Allah you juga yang ‘nikmati semula’ keindahan dan gelombang POSITIF yang you bawa dan pancarkan dari dalam diri!!”…Emm tak percaya???Apa kata anda praktikkan dan NIKMATI sendiri KEAJAIABAN yang PERCUMA ini!!
Sehingga bertemu lagi…Selamat Terhibur dan Bahagia!
Salam Inspirasi!
Hajjah Aniz Hj Anwar
Leave a Reply