Bismillah…
“Anak-anak yang dibesarkan di dalam lingkungan keluarga dan perkahwinan yang bahagia mempunyai kecenderungan miliki keluarga dan kehidupan yang lebih bahagia”...
Menarik sekali statement ini untuk dikupas bersama. Kebetulan kelmarin saya menyelak-nyelak nota kuliah yang lama untuk melihat kembali jurnal dan tips-tips yang barangkali saya boleh HIGHLIGHTkan kepada klien kaunseling perkahwinan yang hadir.
? Subhanallah! Saya ditemukan dengan kajian longitud ini. Sungguhpun kajian ini dilakukan di luar negara namun saya kira ada kebenarannya apatah lagi bila saya hubungkan dengan Module Life Coaching yang saya bawakan. Sebahagian daripada pengalaman dunia realiti yang kita NIKMATI hari ini bersaling kait dengan proses pengalaman dan cerapan yang yang kita lalui sepanjang kehidupan kita.
?Faktor pengalaman, sejarah, pemerhatian, lekatan silam semua itu tidak dinafikan menjadi sebahagian elemen yang membentuk NILAI dan kepercayaan diri kita. Maka terhasillah formula sekiranya anak yang dibesarkan melihat kecurangan , pengkhianatan, pengabaian dan kezaliman atau apa jua salah laku yang tidak seharusnya disuburkan dalam perkahwinan
?MAKA itu jugalah yang terpendam dan secara tidak langsung menjadi sebahagian ekspetasi @ magnet yang tertanam di dalam diri TANPA disedari.
? Implikasinya 15 tahun kemudian…20 tahun kemudian…30 tahun kemudian apabila merkea berumahtangga jangan terkejut…MAGNET pengabaian, pengkhianatan, kecurangan, penderaan dan seumpamanya akan menjadi satu mantra @ sumpahan yang tidak terduga terundang hadir. Biar betul????
???? Ya itulah sebahagian PENEMUAN saya sepanjang lebih 13 tahun ini mengendalikan klinik kaunseling , secara purata kebanyakkan yang hadir mendapatkan kaunseling perkahwinan ada kepincangan yang berlaku tidak kira sama ada dalam perjalanan silam klien ataupun pasangannya.
?Itulah sebahagian daripada ilmu sains minda Barat mengatakan The Law Of Attraction. Tapi bagi yang Muslim mengapa terkejut…bukankah Allah juga ada menyebut dalam Hadis Qudsi Riwayat Tirmidzi :
“Aku itu sepertimana sangkaan hambaKu….”
?Maka BERTITIK TOLAK daripada kebimbangan, ketakutan juga kerisauan inilah yang menuntut untuk kita kembali kepada Allah swt dengan memohon doa sesungguhnya agar perkahwinan yang dimeterai dipelihara perjalanan agar bahagia berkekalan di dunia dan akhirat.
?Namun untuk MEWUJUDKAN dan MENGHIDUPKAN suasana yang harmonis itu pastinya bukanlah suatu usaha yang semudah ABC…ia perlu didasari kebenaran diri untuk menjaga dan menghidupkan bahagia ini dan seterusnya ILMU, SKIL dan KEMAHIRAN.
? Dan penting juga kita REDHA , ikhlas dan memaafkan sebenarnya kesilapan atau kelemahan ibu bapa kita dalam membesarkan mereka. Perlu difahami dengan jelas itu ujian perjalanan syurga mereka…sebagai anak kita tidak seharusnya menyimpul marah, kesal, terkilan dan dendam.
? Kejahilan, tipu muslihat dan kelemahan lebih lagi menghukum bukanlah tugas kita…maafkan mereka dengan hati yang luhur, doakan mereka dengan penuh ruh kasih sayang mudah-mudahan doa yang tulus itu juga akan membawa kita semua bertamu kembali di syurga Allah di akhirat nanti.
?Sungguh benar displin psikologi perkahwinan itu teramat luas…interaksi perkahwinan , fasa perkahwinan dalam memahami cabaran yang bakal dilalui termasuklah konteks hubungan kekeluargaan mertua, ibubapa, adik beradik dan ipar duai dan seumpamanya. Dan tidak kurang juga perihal pentingnya ILMU KEIBUBAPAAN iti sendiri…tugas mendidik dan mengasuh anak anak tidka sewajarnya menjadi tanggungjawab sebelah pihak sahaja walaupun si isteri itu seorang suri rumah…peranan ayah sebagai pemimpin dan ketua keluarga perlu hadir sama.
?Kelebihan karisma seorang ayah yang hebat, displin, tegas , penyayang dan adil juga amanah dalam menjaga INTEGRITI bukan sahaja di mata manusia tetapi juga kaca mata Ilahi sangat-sangat penting. Jika tidak maka terhasillah kecelaruan, ketidakharmonian ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Inilah yang menimbulkan konflik, pemberontakan dalaman dan seumpamanya berlarutan.
????Jadinya fikir-fikir….renung-renung kembali buat ingatan kasih sayang kita bersama…ke manakah HALATUJU kehidupan dan perjalanan ini ingin kita bawa? Jika ingin bahagia di dunia dan akhirat maka waspadalah…berhati-hati jangan sampai tutur kata, tingkah laku dan setiap tindak tanduk kita menyukarkan lagi menyulitkan perjalanan bahagia itu.
????Usah sombong dengan Allah…hadirkan Allah…jemput Allah dalam setiap langkah dan denyut nadi perjalanan ini mudah-mudahan hati yang lelah akan terhibur…fikiran yang kusut akan terlerai dengan cara yang bahagia tidak terduga! Allah itu Maha Berkuasa….usah meratapi mengharap kepada makhluk…diuji sarat lagi melainkan letakkan pergantungan dan bahagia itu untuk Allah mudah-mudahan segalanya akan menjadi lebih mudah dan bahagia In sha allah.
???? Dan yang paling PENTING juga carilah ilmu, jangan malu untuk belajar…mendapatkan khidmat profesional bukan perlu DINANTI sehingga hubungan perkahwinan sudah menjadi nazak…tenat…dingin…hambar ….tidak harmoni. Ambillah langkah yang bijak dan adil untuk kebahagian yang lebih manis dan bermakna In sha allah. Jangan sabotaj diri sendiri dengan menafikan dan menghindari konflik yang hadir…itu tidak bagus untuk jangkamasa yang panjang malah boleh mengundang mudarat yang unsangkarable!
#silaSHAREnotakaunselingini #takperlumintaizin
Hjh Aniz Hj Anwar
www.anizanwar.com
Leave a Reply