Inspirasi Rahsia EFT, Kuasa Minda & Seni Berdoa

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam kasih sayang dan harmoni buat pengunjung yang terus setia mengikuti perkongsian catatan perjalanan, ilmu, pengalaman dan inspirasi di laman web ini. Alhamdulillah pantas masa meninggalkan kita kini sudah masuk bulan kedua kita berada di tahun 2012 pastinya masing-masing masih terus bersemangat insyaAllah dengan impian dan resolusi tahun baru yang ingin dicapai. Bercerita tentang IMPIAN , CITA-CITA terkadang tidak dinafikan bukan mudah untuk kita mengekalkan MOMENTUM untuk sentiasa bersemangat setiap masa, betulkan? Ada ketika kita yang bergelar manusia biasa pasti akan teruji dan sesungguhnya itulah juga yang saya alami di awal tahun ini…rasa macam NO DRIVE maksudnya tiba-tiba macam rasa tak de POWERRR yg umphhh untuk memberi energi kepada amanah & rutin khususnya bab kerjaya sayalah. Rasa de-motivated mat salih cakapkan.  Memegang amanah sebagai usahawan , internetprenuer , kaunselor , ibu juga isteri dan masa yang sama  ingin memastikan 2 BIDANG UTAMA KERJAYA yang saya bawakan iaitu  misi kesejahteraan kesihatan dan sudut psikologi individu sememangn menuntut kecekalan, keyakinan dan usaha yang pastinya tidak mengenal lelah…hu hu hu walaupun hakikatnya terkadang lelah juga AKAN TETAPI HEBAT TAK HEBAT lazimnya bagi saya apabila diuji dengan terasa lelah pastu sakit badan macam rasa demam tak demam dan tekak dah mula rasa lain macam berpasirnya dan  itulah juga MASA YANG SANGAT-SANGAT BESTTTTT…kerana di waktu ini jugalah lazimnya sales akan meningkat dengan cara yang sangat menakjubkan. MasyaAllah hebat sungguh kasih Allah menghadirkan penawar untuk terus bangkit dan pantas sembuh untuk terus MEMBERI kpd kehidupan ini. Jadinya memang takde canlaa nak memanjakan diri perlu pantas sihat, cergas dan KERJA…ramai di luar sana yang menantikan anda Aniz untuk dibantu jadi cepat sembuh ya! Disitu saya menikmati PENGAJARAN YANG CUKUP LUAR BIASA dimana saat diuji dengan cabaran, masalah kesihatan atau sebagainya saya selalu TERAPKAN DI DALAM HATI & MINDA saya…ALLAH ADA HADIAH , SURPRISE BEST UNTUK AKU TAPI DENGAN SYARAT  MENERIMA DENGAN PENUH REDHA UJIAN YANG DIALAMI. BERSANGKA BAIK PADA ALLAH…Nyata resepi ini hampir 2 tahun saya amalkan sangat menjadi-jadi hasilnya Subhanallah…Allahuakbar rezeki rasa macam datang bergolek-golek jer…hebat sungguh kasih Allah ganjaran untuk hambaNYA yang YAKIN akan janjinya,  sabar dan ikhlas melewati rencanaNYA. Alhamdulillah juga impian untuk mengerjakan umrah makin hampir dimakbulkan Allah dan tak lupa juga mudah-mudahan undangan Hajipula yang akan menyusul nanti. Syukurrr dapat dah surat untuk menghadirkan diri Kursus Haji selama 17 Siri…para sahabat tolong DOAKAN saya ya mudah-mudahan JIHAD MEMBAWA KHABAR GEMBIRA, BAHAGIA & KESEMBUHAN ini Allah permudahkan urusan saya memburu keredhaanNYA dan tak lupa dapat mengerjakan Haji tahun ini juga. Sememangnya CUKUP MENARIK …When Allah Is Your Reason To Live  You Will Have NO REASON To Quit…indeed it is TRUE my dear friends brothers and sisters out there! HAVE FAITH ON HIM…

Itu jugalah RESEPI  yang selalu saya pesankan pada para sahabat, klien, peserta Life Coaching Klinik Sukses saya ; hidup ini sememangnya UNTUK DIUJI maka berbahagia dan terhiburlah melewati UJIAN ALLAH sebabnya dimana ada ujian disitu jugalah PAHALA ALLAH TERBENTANG LUAS UTK DIKUTIP DAN DIRAIH. So why be worry nak susah-susahkan hati melampau-lampau, sikit2 cukuplah rugikkk nanti buat kementerian bertanduk-tanduktu jer yang joli sakan suker hati dema tengok manusia nie berkeluh-kesah, putus asa, kecewa, pra sangka dan sebagainya.YAKINLAH DENGAN JANJI-JANJI ALLAH  insyaallah mudah-mudahan pantas kita akan perolehi YANG TERBAIK dariNYA. InsyaAllah bilamana kita REDHA, BERSANGKA BAIK, BERSYUKUR pastinya ganjaran , pahala dan HADIAH daripada Allah swt akan dihadirkan kepada kita dengan cara yang terkadang kita sendiri tidak menyangka. Inilah sebenarnya RAHSIA ENERGI POSITIF dan BERSANGKA BAIK kepada Allah.

Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.” Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah r.a 

Nah! Pastinya kalau kita sangka Allah itu PENGASIH insyaAllah kita akan perolehi kasih sayang yang sungguh menakjubkan di sekeliling kita, kalau kita sangka Allah itu PENYEMBUH insyaAllah kita juga akan pantas disembuhkannya, kalau kita sangka Allah itu MAHA KAYA insyaAllah pasti kita akan perolehi secebis atau mungkin bercebis-cebis kekayaan yang dihamparkan ke dunia ini. Kalau kita YAKIN ALLAH ITU JUGA HEBAT & MENDENGAR insyaAllah pastinya kita juga akan dipinjamkan kehebatan dan dijawab permintaan kita itu. Ahaa! Nak tahu cara bagaimana untuk MEMBELI SEMUA IMPIAN-IMPIAN dan SEGALA HARAPAN-HARAPAN KITA selain daripada BERSANGKA BAIK pada Allah???Ada cara yang cukup mudah, pantas dan paling simple…PERCUMA TERUS KEPADA PEMILIKNYA iaitu dengan CARA BERDOA. Namun PERLU DIINGATKAN CARA BERDOA YANG TERBAIK ADALAH MENGHADIRKAN DIRI, PENUH RUH DAN SUNGGUH-SUNGGUH MEMINTA & MERAYU PENUH HAMBA PADA PEMILIK DUNIA DAN ISI ALAM INI. Ada rahsia dan kaedah dimana menggunakan peranan otak kiri dan otak kanan. Kehidupan kita dikelilingi GELOMBANG maka jika GELOMBANG INI HARMONI dimana di dalam diri kita harmoni, kita JELAS apa yang ingin CAPAI & INGINKAN dan KITA PERSEMBAHKAN KEHARMONIAN YANG ADA DI DALAM DIRI , MEMINTA & BERMOHON KEPADA ALLAH SWT DENGAN MENGGUNAKAN SERTA MEMANFAATKAN GELOMBANG /ENERGI ALAM DENGAN MEMANFAATKAN WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA…M.A.S.Y.A.A.L.L.A.H!!!Impaknya pasti luar biasa…

InsyaAllah dengan memilki ILMU ini saya percaya apa juga IMPIAN, CITA-CITA dan HARAPAN mudah-mudahan lebih pantas, lancar dan mudah kita kecapi tetapi kenalaa KERJA SMART & KOMITED memburu dan menawan perhatian Allah…Mana chee kan nak yang BEST-BEST persembahkan yang BEST-BEST…liat pula pada Allah! Sendiri juga mau ingtakan…Ini tidak adil…tidak adil  [ikut tune lagu Penakut by Yuna he he he ]…Sesungguhnya HATI SAYA BERBUNGA BAHAGIA apabila mendengar berita-berita dan khabar-khabar gembira apabila ILMU YANG SAYA BAWA & KONGSIKAN DI DALAM LIFE COACHING KHUSUSNYA TENTANG EFT &  RAHSIA SENI BERDOA YANG DIKUPAS DARI SUDUT SAINS & ISLAM ini membenarkan ramai di kalangan para sahabat kita di luar sana MENIKMATI IMPIAN MEREKA…Syukur yang seorang kini dah berdua, jodoh sudah sampai serunya padahal Ya Tuhan punyaaaalaaa FENINNNN ayaq mata, ayaq idung semua kluaqlaa…dok bercinta..bercintun bagai nak rak…putuih…jumpa hak len…pastu putuih lagi…last punya last rupa-rupanya Allah NAK UJI …Dia mahu kasi HADIAH YANG LEBIH BEST!!! BALIK SUJUD DAN PATAH SEMULA PADA-NYA…Usah sombong, angkuh dan berlagakkkk tak bawa ke mana lagik derita mau. Alhamdulillah DIA Yang Mendengar kami ditemukan..Jeng Jeng Jeng dah makan nasi minyak mereka ini bahkan menyusul-nyusul pula undangan merai cinta mereka ini. Ada pula yang hati terguris bak sembilu , bagai kaca menghiris-hiris adeiiii meleleh-lelehlaa darah kalau boleh scan tengok apabila dikhianati, dicurangi…Syukur rumahtangga yg retak bertaut kembali, kasih yang pudar BERSERI-SERI kembali malah LEBIH ADVANCE lagik dari masa bercinta dan awal perkahwinan dulu lebih daring dan romantika diamore….tak larattt ! He He He ayat sms punya BEST GILERRR bila pasangan baca senyum sampai telinga itulah HADIAH untuk hambaNYA yang tidak kenal putus asa dan MEMAAFKAN. Ada pula yang benci dan dendam pada ibubapa lantaran tekanan hidup serta mulut ibu atau ayah yang tidak insurans suka-suka hati perleceh anak, tengking herdik mahupun hina macam anaktu kayu takde perasaan mana tak gerammm anak tadinie…Alhamdulillah dengan kuasa minda, seni berdoa yang digabungkan dgn Emotional Freedom Technique…Subhanallah! Kesannya sangat-sangat OHSEM…

InsyaAllah semua ilmu tentang rahsia minda, kuasa doa, EFT iaitu teknologi akupuntur Cina yang tidak menggunakan jarum NO MORE Ngeriss jarum hanya ketuk-ketuk manja diiringi dengan SKRIP yang tersusun alhamdulillah ingin mengecapi hidup yang bahagia tidaklah sesukar yang disangka IANYA ADA DI DALAM DIRI kita. Untuk MENIKMATI KEINDAHAN & RASA BAHAGIA ini pastinya memerlukan ILMU. Untuk menuntut ILMU memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit juga iltizam yang mantap dan harmoni serta ADIL untuk kehidupan dan kebajikan diri yang sangat beharga. Saya sendiri jujur melewati perjalanan yang cukup hebat untuk menggubal sebuah MODULE yang realistik dan rasional serta applicable untuk dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat yang ingin bangkit, bahagia, sembuh dan seterusnya menempa kesejahteraan dan gemilang diri yang harum , manis dan indah. Dan hasilnya syukurr insyaAllah apabila ILMU yang kita pelajari diamalkan dan dipanjangkan Subhanallah akan terpancar KENIKMATAN DAN KEBERKATAN di dalam perjalanan ini. Hadiah demi hadiah yang manis dan indah terus diterima dari Ilahi di sebalik keindahan ukhwah yang terbina…Sungguh MasyaAllah…hebat syukur alhamdulillah!Bahagia dan hebat sekali perjalanan ini…

 

Bagi para sahabat yang mungkin masih tercari-cari RESEPI mengapa agaknya kehidupan ini seolahnya terhenguk-henguk dan tersangkut-sangkut segala yang diusahakan TIDAK MENJADI-JADI antaranya perniagaan tidak berhasil, rumahtangga tidak harmoni, hubungan interpersonal tidak harmoni adajer masalah dengan insan sekeliling ,  isu berat jodoh (aisey badan dahler berat elok pula dok dapatkan konsultasi hak nombor2nie nak plak ambil terus tangkap dalam yang konsult katanya awak nie jodohnya berat aduhhhh lagikkkkk bertambah berat langsunglaa kalau tak kuat iman TERCERAP hasilnya termudaratlaa hidup empunya diri…so janganlah hendaknya sesuka hati mengambil peduli setiap butir perkataan mereka yg mengkonsult anda para sahabat yg dikasihi sekalian) Allahkan seperti yang kamu sangka…haa dah sangka kamu pada Allah dah jodohnya berat maka beratlaa ia…PADAN MUKA!!! Tulaaa kedekut, malas, penakut…cerdik tak pergi belajar kan dah…takper takyah nak sombong ilmu Allahnie luas hang Dr kaa,  Prof kaa, hang driver kaa, storekeeper kaa, beautician kaa, surirumah, ibu tunggal, bapa tunggal mahupun jutawan yang bankrup sekalipun takper sama-sama KITA NIKMATI KASIH ALLAH dengan berbagi ilmu dan penawar yang dihamparkan ke dunia ini. Ini hari anda esok lusa kita tak tahu hari siapa makanya sama-sama KITA MELENGKAPI di dalam perjalanan yang singkat ini…anda belajar dari saya , saya belajar daripada anda…kan Hebattu!

 

UNTUK ITU BAGI ANDA YANG  SUDAH BERSEDIA UNTUK MENIKMATI IMPIAN ANDA MENJADI REALITI INDAH YANG JUJUR MENGHIBURKAN ~ SELAMAT MENGHADIAHKAN DIRI ANDA ILMU /PENYULUH/ SENJATA TERHEBAT YANG ADA DI DALAM DIRI ANDA DENGAN MENGHADIRKAN DIRI KE  PROGRAM :

 

LIFE COACHING KLINIK SUKSES

Tarikh : 11hb Feb 2012

Masa : 9.30pagi – 2.30ptg

Yuran : RM280

Lokasi : Shah Alam

Sila buat pembayaran ke Maybank A/C : 162218337759 (Noraniza Anwar) dan emailkan BUKTI TRANSAKSI beserta NAMA PENUH, IC, ALAMAT & NO HP ke nurqudrah786@gmail.com

Untuk informasi lanjut tentang module dan pelbagai  HADIAH BONUS HEBAT & MENARIK sila layari ~ http://kliniksukses.anizanwar.com

 

P/S : DIMAKLUMKAN DGN TEGAS di sini self disclosure tidak diperlukan untuk peserta yang hadir maksudnya ketika anda berada di dalam kelas @ Life Coaching Klinik Sukses ini masalah anda tidak perlu diceritakan kepada umum untuk memelihara rasa selamat & digniti para peserta KECUALI para peserta tersebut bersedia..ianya dialu-alukan insyaAllah mudah-mudahan menjadi INSPIRASI & IKHTIBAR untuk mereka yang diuji.

 

Sehingga bertemu lagi…Jangan lupa jumpa temujanji Life Coaching Klinik Sukses 11hb Feb 2012…insyaallah!

 

Salam Inspirasi!

 

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply