Inspirasi Kehidupan: EFT, Sinus, Migrane, Obesiti, Cyst & Kematian

Bismillah…

Lama saya tidak menarikan jari jemari menghalusi KEINDAHAN RAHMAT anugerah Ilahi di dalam perjalanan ini. Alhamdulillah, sebagaimana yg dijanjikan GRATITUDE JURNAL membawakan sebuah kisah warna-warni KISAH BENAR. Kisah benar yang menemukan PELBAGAI warna-warni juga melodi tersendiri. Dan apabila direnungkan kembali…SUNGGUH INDAH & HEBAT sekali perencanaan Allah.

Harus saya akui dgn luhur dan JUJUR hati bergelar insan biasa dan makhluk Allah saya juga diuji. Cuma sedikit istimewa PERENCANAAN perjalanan saya Allah berikan ILMU kemudian baru DIUJI. Berbanding sebahagian dari kita DIUJI kemudian memperolehi ILMU dan PENGAJARAN serta PENGALAMAN.

Suatu ketika lalu menceburi bidang kaunseling, saban hari ditemukan dengan tugasan-tugasan yang mencabar melibatkan kesedihan, stress, depressi kehilangan insan tersayang putus cinta, perpisahan, penceraian, kematian, trauma, dizalimi, keliru, buntu mengenang NASIB DIRI seakannya satu rutin biasa-biasa shj. Sekadar memberikan tanggujawab harian yang harus digalas bergelar pelajar SARJANA yang menjalani praktikum. Menyelami beban rasa itu tidak “sedalam” hari ini kerana lewat 3 tahun dahulu saya tidak melalui “kepedihan + kesakitan” sendu, lara, sedih…sunyi…rindu “KEHILANGAN”.

1hb Ogos 2007 bersamaan 17 Rejab hari yang cukup bersejarah dalam kamus hidup saya. Kehilangan teman bicara, pendengar setia, curahan kasih seorang insan mulia bergelar ibu. Al-Fatihah buat bonda tercinta Almarhummah Hajjah Halimah Binti Fatimah…Semoga RUHMU tenang di persemadian abadi. Semangat cinta kasih, luhur budi membantu insan-insan memerlukan…pendamping setia abah Ustaz Anwar dalam menabur bakti memberi HAK tuntutan farhu kifayah merawat insan-insan yang memerlukan memberikan SUNTIKAN SEMANGAT untuk meneruskan perjuangan ini. Setiap tetamu yang hadir ke teratak indah pasti terubat dengan keikhlasan ibu…merai tetamu…memberikan kata-kata semangat, perangsang dan nasihat sudah menjadi rutinnya walaupun tidak bergelar kaunselor hebat memiliki Ijazah yang tinggi melangit.

Hari ini hampir 3 tahun sudah berlalu SEMANGAT BONDA…luhur budi menabur bakti aku teruskan…Masih segar dalam ingatan bagaimana diri ini bergelut dengan KESEDIHAN YANG DALAM selepas kehilangan arwah ibu. Kesedihan yang dalam aku ALIHKAN pada makanan, menyendiri dan kesannya…keasidan tubuhku bertambah…berat badanku naik bagai dipam-pam dari berat normalku 57kg terus mendadak 70kg hanya dalam tempoh 6 bulan ~ hu hu hu hebat tak hebat penangan FOOD ku jadikan THERAPHY (hu hu hu theraphy ker benda…nak cepat padam adalaa OBESITI, KEGEMUKAN menjadi MEDAN MAGNET PENYAKIT KRONIK BERKAMPUNG). Dan akhirnya dalam usaha untuk menambah ahli keluarga, aku terpaksa AKUR…SESUATU PERLU DILAKUKAN untuk memastikan KESEJAHTERAAN DIRIKU + MISI MEMILIKI ZURIATKU dimakbulkan. Tahap kesihatan yang merudum…grieving phase yg aku lalui telah menyebabkan aku mengidapi SINUS yang kronik…mata ku bengkak , kepalaku sakit…migrane sering datang bertandang dan mataku kembali RABUN kesan terlalu banyak menangis. Menagis bukan TIDAK REDHA akan ketentuan Allah tetapi SUNYI…SEPI…KOSONG dan RINDUUUU…Ya…yang dalammmm hanya insan yang pernah melewatinya sahaja akan lebih mengerti “kepedihan + kesedihan” ini.

Akhirnya berita yang agak mengerikan kesan stress + grieving yg dialami telah memberi IMPAK kepada sistem biologyku…Kefungsian tubuh terkesan…tubuh lesu…tidak bersemangat untuk meneruskan HIDUP. Kehidupan bagaikan dipaksa sebenarnya…semata-mata untuk ANAK-ANAK dan suami yang dikasihi. Perjalanan haid yang tidak teratur kesan inbalance hormon menyebabkan cyst ku alami. Sesuatu yg MENGERIKAN apabila unsur-unsur ini diberitakan Gynae pdku almaklumlaa sejarah CA telah ada…kanser dalam keluarga. Inilah turning point detik mula mengutip semula kekuatan untuk bangkit dan sembuh…

Alhamdulillah dalam KEPAYAHAN mengutip sisa kekuatan yang berbaki…akhirnya tidak disangka sebenarnya berbekalkan ILMU, PENGALAMAN + KEPAKARAN catatan peribadi terbaik berjaya aku catatkan!!! Penggunaan KUASA MINDA, MEDITASI, PENGAMBILAN PRODUK, AKTIVITI RIADAH + PEMBAKARAN KALORI + DIET dalam masa SATU MINGGU aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg. Bayangkan daripada berat 70kg dalam masa seminggu aku berjaya mencapai 62.7kg…Namun masuk minggu kedua..ketiga BERATKU tidak berganjak…agak sedih dan TERTANYA-TANYA apa salah…dimana silapnya semua SKILL dah apply! Subhanallah! Alhamdulillah RAHMAT Allah menjawab. Ingat lagi selepas tahajud setelah lewat 3 minggu periodku tidak kunjung tiba aku jalani sendiri UPT…akhirnya hampir setahun juga BERHARAP akhirnya Allah menjawab penantian itu. Patutlah kg tak berganjak …rupa-rupanya dah ada nyawa dalam rahimku…Subhanallah!

Melalui saat kehamilan dan proses PENYEMBUHAN sememang agak sulit namun SULIT inilah yg merupakan HIKMAH utk aku terus sujud dan tersungkur mengadap Ilahi hampir setiap malam sepanjang kehamilanku. Kerana aku SANGAT KHUATIR takut-takut kehamilanku terjejas gara-gara kesedihan yang tidak dapat ku bendung sebenarnya..Lebih-lebih lagi apabila diberitakan aku mengalami ANEMIA kurang sel darah merah…Risikonya bayi boleh menjadi cacat, buta…ibu boleh tumpah darah dan boleh mengundang KEMATIAN ~ Semuanya berlegar di kepala kebimbangan. Mimpikan arwah ibu…membawaku berjalan-jalan bersiar-siar, pergi ke saloon…potong rambut…dan macam-macam menjadi “mainan” dan HIBURANKU setiap hari sebagai UBAT KERINDUANKU. Setiap malam aku lihat suami ku begitu gigih tanpa banyak bicara kadang melayani “kesedihanku” sebaliknya munajat, mengaji…mendoakan KESEJAHTERAAN diriku. Ku kira itu sahaja yang mampu dilakukan untuk isteri yang tercinta…tak tahu macam mana dah untuk hilangkan kesedihan…dan KERINDUAN…

Dari segi KERJAYA impaknya sangat JELAS  aku tiada nafsu…tiada hati untuk meneruskan kerjayaku sama ada ONLINE BISNES dan rangkaian NETWORK yang telahpun ku bina hasil kegigihan + pengorbananku ~ I’m GIVING EXCUSES to myself membiarkan kejayaan yang ku bina terus musnah sebenarnya dengan alasan untuk memberi FOKUS pada klinikku “CREATE BRANDING” semula. Hakikatnya tidaklaa sebegitu umumnya pengikutku, penggemarku bukan tidak tahu sejak aku berniaga ONLINE lagik aku telah berkongsi ilmu dan kepakaranku dalam kaunseling pastinya TIADA KONFLIK sebenarnya ~ Yang menyebabkan ianya kelihatan seperti ada KONFLIK sebab diri aku sendiri “BERKONFLIK” Kesannya KLINIK KAUNSELINGKU yang baru lahir seakan segan juga untuk hidup sesegan TUAN PUNYA yang kurang sejahtera dan harmoni.

Namun Allah Maha Mendengar impianku…DOAKU akhirnya…15hb Januari 2009 saat yang dinanti telahpun tiba tepat JAM 1.13 pm Muiz Hakiem dilahirkan..Dengan wajah putih bersih…berseri…mata sepet COMEL ~ TERSENYUM bayi suci ini lahir melihat DUNIA membawa SENYUMAN dan PENAWAR ALLAH khusus buat ibunya dan  kami seisi keluarga!!! Keceriaan yang hilang…seri indah yang pudar kelam warnya akhirnya BERSERI dan BERWARNA-WARNI dengan kehadiran khalifah cilik ini. Sememangnya WAJAH SUCI inilah yang memberikan kekuatan…keberanian dan KEYAKINAN untuk terus melangkah lebih berani…PANTAS meninggalkan WARNA hari semalam yang suram.

Keajaiban KUASA PENAWAR EFT yang diterokai aku manfaatkan untuk MERAWAT DIRIKU. Subhanallah!!!! KehebatanNYA jelas aku terasa dan NIKMATI…beban rasa , sarat kecewa, sendu…sedih…RINDU Lepassss pergi begitu sahaja! Masyaallah!!! Dan alhamdulillah empirikal SAINS…Pengetahuan dan KEPENTINGAN teknologi dalaman yang harus dimiliki dan dimanfaatkan setiap individu di dunia ini,  syukur dapat aku KUASAI dengan sesungguhnya dengan begitu MUDAH sekali! Dan lebih menggembirakan setelah 6 bulan “BERCUTI” dari profesion Kaunselor dan kembali BERTUGAS dengan “teknologi baru”….Wallah! Perkongsian yang dibawakan kepada KLIEN memberikan IMPAK yang sungguh MENAKJUBKAN & MENGUJAKAN!!!itu sahaja yang mampu diucapkan kerana KEINDAHAN, KEJAYAAN + KEPANTASAN merawat diri dengan EFT sungguh HEBATTTT berbanding teknik atau terapi konvensional di dalam displin kaunseling itu sendiri.

Benar sekali kata pujangga…”PENGALAMAN ITU GURU YANG TIDAK BERKATA-KATA TETAPI CUKUP MENGAJARKAN”. Alhamdulillah dan insyaallah hari-hari seterusnya perjuangan ini yang akan aku TERUSKAN membawa kepada DUNIA bahawasanya KESAKSIAN ALLAH ITU BENAR!!! KASIH SAYANGNYA CUKUP HEBAT & LUAR BIASAAAAA!!! Jangan sesekali kalian berputus asa akan RAHMATNYA. Jika dihalusi perkongsian lebih setahun EFT telah dipraktikkan di dalam Klinik Kaunseling serta Life Coaching yang ku tawarkan…Subhanallah! Syukur banyak sudah diri ini menjadi SAKSI AIR MATA JERNIH  BERKACA mengiringi KEINDAHAN, KESYUKURAN dan KETAKJUBAN yang pelik…AJAIB dan HEBAT!!!Kerana “beban rasa”, lekatan, memori silam yang menghantui…yang meracuni diri dengan sendirinya HILANG dan pergi begitu sahaja ….SEKELIP MATA!!! Ya sekelip mata!!! Jujur…ikut REZEKI masing-masing ada yang tidak sampai pun 3 minit pun sebenarnya…..

Rasa bahagia, gembira, tenang, sejahtera yag dicari akhirnya ditemukan Ilahi. Ingin menikmati sendiri KEINDAHAN KASIH SAYANG ILAHI ini???? Temui RAHSIA saya di dalam Life Coaching Klinik Sukses :

Tarikh : 7hb Nov 2010
Masa : 10pg – 5.30ptg
Lokasi : NQHS, Seksyen 18, Shah Alam
Yuran : RM280

Info lanjut sila layari dan mendaftar di http://kliniksukses.anizanwar.com

Hari ini setelah melalui TRANSFORMASI …Syukur “REVOLUSI DIRI” mengambil tempat DIRIKU YANG HILANG AKU TEMUI ~ seorang yang berani, tangkas, tajam fikiran, pengasih, penyayang, prihatin, bahagia & ceria telah ku nikmati kembali!!! Alhamdulillah dan kini bersama pengalaman, kepakaran, pengetahuan aku MENIKMATI KESEJAHTERAAN DIRI ~ minda, emosi, spritual dan fizikal tubuh yang MAGNIFICIENT!!! Life is “AWASOME” now…I’M ALIVE…Syukurrr! Atas rahmat Allah, terima kasih untuk SOKONGAN, DOA dan KEYAKINAN semua membantu diri ini SEMBUH!!! Insyaallah semoga nanti jika jodoh & pertemuan bersama Klinik Sukses mudah-mudahan ianya juga akan membuka LEMBARAN RAHMAT dan KEINDAHAN dalam perjalanan hidup anda!

My Life…My Message…My Passion ~ Make Peace & Heal and Discovering Human Potential!

Salam Inspirasi!.

Facebook comments:

comments

1 Comment

  1. intan

    salam,
    syukur pd Allah kerana dpt ditemukan dengan akak…sedikit sebanyak apa yg saya rs sekarang dapat meringankan masalah saya…apa2pun saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada akak kerana banyakmembantu saya dlm memberi nasihat, sokongan dan EFT.syukur..alhamdulilah saya dapat rasa perbezaannya cuma saya perlu kuat dan yakin utk bertindak…ALLAH MAHA MENGETAHUI segala2nya

    thanks kak……
    terima kasih padaMU ALLAH….

Leave a Reply