Bismillah…
Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita menjengah ke tahun baru 2016 , doa saya untuk para pembaca yang budiman semua semoga terus dilimpahi dengan kebahagian dan kebaikan yang luas dalam membantu urusan dunia dan akhirat kita …Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Untuk 2016 ini alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk berkongsi kepakaran dan ilmu dalam bidang kaunseling perkahwinan bersama Majalah PA&MA. Untuk bulan Januari ini saya mengupas tips menangani isu post-natal blues, diakui tidak semua pengalaman melahirkan anak itu satu pengalaman yang bahagia untuk dikenang ada di kalangan para sahabat kita yang diuji dengan cabaran dan pelbagai lagi isu yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam. Dibayangi bimbang, trauma, takut dan serik boleh sahaja menganggu keharmonian dalam rumahtangga jika dibiarkan tanpa dirawat. Apatah lagi dengan cabaran ekonomi, tuntutan kerjaya dan pembahagian tugasan rumahtangga boleh sahaja membuatkan iklim perkahwinan terganggu lebih-lebih lagi dalam menerima perkhabaran berita kehamilan yang tidak diduga.
In sha Allah ‘isu’ ini boleh dirawat dan dibantu dengan bantuan pakar. Dapatkan TIPS dan PANDUAN lanjut menangani isu post-natal blues bersama saya di dalam PA&MA Keluaran Januari 2016.
Sehingga Jumpa Lagi!
Salam Inspirasi ;
Hjh Aniz Hj Anwar
Leave a Reply