Bismillah…
Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi KEBENARAN sebahagian liku-liku perjalanan hidup dan HIBURAN Allah yang telah membawa saya ke sini hari ini. Hidup dan Mati seseorang itu adalah ketentuan Allah yang tiada siapa tahu…pertemuan dan perpisahan semua INSAN Pasti akan melaluinya…kehilangan insan tersayang disebabkan kematian, perpisahan , penceraian dsbgnya. Mungkin bagi segelintir individu keperitan, rawan hati kehilangan, kesunyian, kerinduan insan yang tersayang hanya ujian biasa yang sedikit pun tidak memberi kesan pada dirinya ( hu hu hu mungkin lain pula ujian Allah baginya masalah hutang @ beban kewangan laa pula, masalah kerja, masalah takde kerja – haa cam mana tu…he he he , masalah tiada jodoh, tiada zuriat dan pelbagai lagi). Tetapi utk segelintir individu kematian dan kehilangan sangat DIRASAI dan secara jujur saya salah seoarang daripada hambaNYA yang bertuah itu.
Mengimbas kembali HIBURAN Allah ini menemukan saya dengan PELBAGAI KEINDAHAN sebenarnya. Memang diakui hampir 2 tahun saya melalui proses penyembuhan diri kesan kesedihan, kerinduan yang dalam, sepi, kehilangan arwah ibu ; pelbagai penyakit hadir dalam tempoh 2 tahun itu – bermula dengan kritikal sinus, migrane, masalah cyst, peningkatan berat badan yang melampau, krisis diri dan halatuju kehidupan, astma, anemia , bengkak kelenjar susu yg menakutkan dan lemau jer badannie nak cakap tak sihat nampak macam SIHAT tapi hakikatnya KURANG SIHAT. Mengapa keadaan sebegini terjadi???
Jawapannya kerana kita tidak “let go” meaning we’re still keep holdin on dan sering dikuasai dengan mengapa??? Kalau….dan seumpamanya yang mana KEBENARANNYA belum sepenuhnya 100% menerima dengan BERLAPANG DADA dan PENUH KEREDHAAN atas ujian yang hadir. Hidup pastinya tidak mampu utk diteruskan mana mungkin halatuju dan perjalanan kehidupan akan LANCAR bilamana SEHARIAN diisi dengan MENOLEH KE BELAKANG – hidup di dalam mainan MEMORI SEMALAM – tidak kira semalam yg terlalu indah mahupun menyakitkan hakikatnya ia adalah SEMALAM YG DITINGGALKAN. Bila kita hidup dengan “SEMALAM” pastinya “HARI INI” yang Allah hadiahkan tidak akan mampu kita NIKMATI KEINDAHAN itu dengan penuh makna – semua akan kelihatan suram, lesu, tidak berdaya dan longlai…maka insan longlai di suruh HIDUP pastinya tidak mampu HIDUP kerana dalam dirinya berlegar ada ketikanya memilih mati…lebih baik mati…tiada maknanya hidup…HIDUP RASA SANGAT MELELAHKAN – LETIH – GIVE UP ; haa gitulaa antara suasana FASA KRISIS.
Kesannya MINDA akan memberikan arahan kepada sistem tubuh secara perlahan-lahan untuk melemahkan sistem biologi A.N.D.A bukan sahaja fizikal tubuh tetapi POTENSI…Ya benar..KEKUATAN dan POTENSI YG DIMILIKI akan pudar sedikit demi sedikit – HILANG KEPERCAYAAN DIRI, KEYAKINAN dan KONSEP KENDIRI mulai lemah. Tanpa disedari ianya pasti akan mengesani kehidupan insan-insan di sekeling ANDA. Teringat saya satu kisah teman yang pernah hadir ianya bermula dengan tragedi yg sangat simple – kehilangan arwah nenek ; individu berada di dlm severe depresi membawa ke tahun mengesani IKLIM & KEHARMONIAN rumahtangga dah kalau kurang sihat macam mana nak jadi ibu nak jadi isteri – rumah bersepah, mood down suami nengok idak berselera, rasa macam nak makan orangjer nak plak kalau orangtu tak paham hu hu hu masalah kecil dibiarkan akhirnya boleh mengundang masalah YG LEBIH BESAR…kasih suami beralih arah…boleh membawa kepada zina….Nauzubillahminzalik! Nahhh! Tengok ini permainan syaitan…ini antara warna-warni kehidupan…Suami ingin BERTAUBAT…isteri pula tawarrr hati…Hati-hati!!!
Pengajarannya …krisis diri yang kecil jangan dibiarkan tanpa dibereskan dengan SEMPURNA natijah tanpa kekuatan iman, bimbingan, sokongan, CELIK AKAL harus sahaja membawa kepada konflik yang lebih besar. Bidang perubatan hanya melihat kepada perubahan chemical yang berlaku di dalam tubuh tetapi DASAR KETIDAKSEIMBANGAN SUDUT FIZIKAL yang hadir lazimnya ada isu di sebaliknya. Itulah yang SERING BERLAKU pergi check ke Doktor everything OK tapi tubuh masih rasa kurang sihat…kehidupan rasa tidak sejahtera maka jangan dibiarkan berpanjangan…Usah mengalah…carilah PENAWAR dan Sesungguhnya hari ini saya juga belajar antara kuasa penyembuhan YANG TERBAIK itu adalah khazanah Allah di dalam diri kita antaranya Emotional Freedom Technique, hamparan RAHMAT Khazanah alam dsbgnya. Proses terapeutic yang holistik mampu menjayakan PENYEMBUHAN YG LEBIH PANTASSSS! Ya sangattt pantas…insyaallah nak pula berkaitlangsung dengan masalah JIWA KACAUnie…EFT, RX 17 – Terapi MiFiRo, Rx Young…Kuasa Minda & Seni Berdoa…insyaallah teknologi TERBAIK ditawarkan di bawah satu bumbung!!! Hanya Emosi, Minda, Fizikal dan Ruhani yang S.E.J.A.H.T.E.R.A sahaja mampu menjadi PEMACU KEJAYAAN DIRI yang gemilang tanpanya kejayaan mungkin hadir tetapi dengan pelbagai halangan dan rintangan …
Ur MIND Creates Ur REALITY…be mind ya! Allah itu seperti Yang Kamu Sangka…Setiap monolog diri, sebutan, mainan minda adalah suntikan @ undangan kepada REALITI yang bakal hadir…Allah itu tidak pernah zalim seringkali manusia itu YANG ZALIM kerena memilih untuk terus menzalimi dirinya…membenarkan keadaan memudaratkan dirinya…BE WISE! Usah teruskan syaitan menjadikan DIRI lapangan permainan mereka…Heal Life…LIVE Life! Di dalam diri individu tersimpan PENAWAR YG PALING MUJARAB…KEBENARAN UNTUK MEMILIH TERUS HIDUP, SEMBUH, BAHAGIA dan SEJAHTERA. Discover more in Klinik Sukses ~ info lanjut sila layari ~ http://tinyurl.com/previewks/
Jumpa Lagi!
Leave a Reply