Formula Transformasi Penyembuhan Diri

Bismillah…

Bertemu lagi, hari ini menyambung TIPS dan bicara bagaimana untuk mencipta transformasi diri yang lebih mantap dan berkesan. Selalu saya nyatakan bersama-sama klien dalam usaha menjayakan penyembuhan diri adalah AMAT PENTING untuk merencanakan STRATEGI. Bercerita tentang STRATEGI pula ianya menuntut kepada kefahaman dan ILMU agar ianya mampu dijayakan dengan cemerlang. Selain daripada usahan penyembuhan dan pemantapan aspek emosi, minda dan spritual penekanan aspek fizikal nyata berupa tindakan dan latihan mampu mengoptimakan kesan langsung STRATEGI yang dijalankan. Nak tahu RAHSIANYA???

Gratitude Journal

Catatan yang menceritakan tentang PENGALAMAN yang dilewati setiap hari cuma bezanya catatan ini adalah ianya LEBIH MEMFOKUSKAN RASA SYUKUR, BAHAGIA dan GEMBIRA atas setiap inci ANUGERAH ILAHI. Ianya boleh sahaja bermula dengan perkara yang kecil sahaja jika berpuasa tiba-tiba terlintas di hati teringin nak makan soto tup-tup balik rumah sudah terhidang soto. Semalam sebelum tidur kepala berat terkena serangan migrane alhamdulillah pagi ini rasa segar dan bertenaga sekali. Alhamdulillah pagi ini perjalanan pergi ke pejabat berjalan lancar semua traffic light yang dilalui HIJAU lampunya. Bagi yang bergelar pelajar pula , jika kelmarin masih lagi rasa tidak puas hati tidak berapa jelas lagi dengan topik yang dipelajari alhamdulillah pagi ini hasil ulangkaji dan tunjuk ajar rakan kuliah Subhanallah! Senang sahaja rupanya…

Gratutude journal atau catatan kesyukuran ini boleh berkisar apa sahaja cuma TUMPUANNYA adalah lebih fokus kepada ucapan TERIMA KASIH TUHAN..TERIMA KASIH YA ALLAH atas keindahan perjalanan yang Engkau anugerahkan buat diriku. Kasih sayang suami, isteri, anak-anak…keharmonian dalam rumahtangga, kelancaran rezeki juga kewangan walau mungkin diuji Allah tetapi Subhanallah! Ada sahaja jalan keluar dan solusi serta rezeki yang tidak disangka-sangka yang hadir, nikmat tubuh dan kesihatan yang semakin hari menunjukkan perubahan yang positif, kejayaan dan peningkatan prestasi akademik anak-anak, bertemu kembali dengan sahabat lama yang telah berpuluh tahun terputus hubungan dan pelbagai lagi. Catatan RASA SYUKUR ini insyaAllah berupaya untuk melatih diri individu untuk memupuk nilaian murni…yang selama ini acapkali cenderung berfikiran negatif yang mempersoalkan  KENAPA AKU DIUJI???Kenapa kehidupan aku tidak macam si polan, kenapa suami aku tak macam si polan, kenapa isteri aku tidak macam isteri si polan…hidup bergelumang dengan nada sedih, sendu, keliru, buntu, terkilan, marah dan benci…PENTINGKAN DIRI SENDIRI, ego…menurut kehendak nafsu dan syaitan laknatullah.

Dengan menulis catatan sebegini mampu menerbitkan KEINSAFAN, CELIK AKAL dan melahirkan komitmen diri untuk memperbaiki serta memperkemaskan diri ke arah transformasi yang lebih gemilang dan diredhai Allah, insyaAllah. Kerana itu yang LEBIH UTAMA..BERANI melakukan koreksi diri kerana Allah…memburu pengiktarafan Ilahi dan bukan sebaliknya manusia. InsyaAllah beserta TEKAD ingin menjadi manusia yang lebih baik dari semalam, ingin bangkit dan sembuh dengan penuh bergaya mudah-mudahan komitmen diri menulis serta muhasabah diri menerusi catatan kesyukuran @ GRATITUDE JOURNAL ini menjadi platform yang bakal menyingkap KEINDAHAN betapa kasih sayang Allah itu sangat hebattttt dan luar biasa. DIA hadirkan UJIAN dan DIA juga hadirkan PENAWAR serta SOLUSI cuma dalam memilih YANG TERBAIK dalam proses penyembuhan @ transformasi itu lagi sekali mohonlah agar diketemukan INSAN YANG TEPAT & BENAR, insyaAllah semoga perjalanan akan lebih lancar dan diberkati. Amin Ya Rabbal Alamin…

Berita gembira juga ingin disampaikan BAGI YANG INGIN MENEROKA KEINDAHAN POTENSI DIRI DALAM MENJAYAKAN PENYEMBUHAN DIRI KHUSUSNYA BAGI “KESAKITAN YANG TIDAK KELIHATAN” ~ pendaman silam, benci, dendam , marah pada ibubapa atas penderaan emosi yang dilalui semasa kecil, mangsa penceraian, putus tunangm putus cinta, kecundang dalam pelajaran, dianiayai @ dizalimi mangsa ‘incest’, rogol dan sebagainya…hidup dirasakan terhimpit…terbeban dengan cabaran demi cabaran hinggakan tidak berdaya, izinkan saya membantu mengiringi PENJEJALAHAN INDAH saudara-saudari yang dikasihi Allah.  Buat mereka yang KOMITED, ingin bangkit dan sembuh secara TOTAL & HOLISTIK ???

Temui saya di dalam Life Coaching Program Klinik Sukses :

Tarikh : 9hb Oct 2010

Masa : 10.00pg – 5.30ptg

Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solution, Seksyen 18, Shah Alam

Yuran : Hanya Rm280 shj. (Module lengkap diberikan, Percuma Ukuran Aura, Terapi Air Kesejahteraan & Makanan disediakan)

Tempat adalah TERHAD utk 6 org shj. (Sila SAHKAN kedatangan anda dengan melayari ~ http://kliniksukses.anizanwar.com dan ikuti PROSEDUR yang telah ditetapkan)

Semoga PERTEMUAN kita nanti bakal menjadi pertemuan RAHMAT yang akan membuka lembaran keindahan dalam perjalanan hidup kita semua dan menjadi BUKTI …KESAKSIAN KASIH SAYANG & KEBERADAAN ALLAH ITU BENARRR sekali!!!

Jumpa lagi!

Salam Inspirasi…

Facebook comments:

comments

Leave a Reply