Bismillah…
Usai solat zuhur Allah gerakkan hati untuk berkongsi sebahagian lagi warna-warni kehidupan bergelar Kaunselor yang juga turut mempraktikkan EFT sebagai agen penyembuhan. Sebagai manusia biasa saya juga tidak lepas dari kelemahan dan kekurangan namun itu bukanlah alasan untuk saya berpeluk tubuh atau menyerah diri pada cabaran dan ujian yang hadir. Ada ketika kita juga perlu menyendiri, berdiam dan muhasabah untuk membetulkan diri kita…untuk memperkemaskan diri kita…untuk memperhebatkan diri kita agar dapat berbakti kembali untuk Allah swt itulah yang selalu saya lakukan lebih-lebih selepas mengendalikan sesi…he he he sebelum pun selalu juga munajat memohon agar usaha pertolongan yang diberikan diberikan kejayaan dan keberkahan di sisi Allah swt…(klien bawa hajat yang besar ingin merawat hidupnya yang teruji maka kerja saya adalah merayu pd Allah moga dipinjamkan kebahagian, kebijaksanaan dan Nur juga pimpinan agar dapat menjalankan amanah ini penuh “excellent” ! (^_^) <<< Siapalah hamba tanpa sentuhan Mu Ya Rabb>>
Mungkin ramai yang tidak mengerti atau menyedari…Tidak dinafikan terkadang ujian yang hadir bukan bermakna Allah menghukum kita tetapi sebenarnya Allah sangat kasihkan akan kita hambaNya. Tidak kiralah penyakit, musibah, kekecewaan, kesedihan, kepayahan atau apa sahaja…dan tidak dinafikan juga segelintir cobaan-cobaan hidup ini berpunca daripada gangguan dari sudut perubatan Islamnya yang berupa gangguan sihir, saka, jin, iblis, syaitan dan sespesis dengannya….he he he macam serammmjerkan? Takdelah seram mana pun sebabnya kalau diperhati dan diperhalusi acapkali juga kita yang membenar dan menjemputnya…kepercayaan dan kelemahan kita yang kurang hadir untuk bangkit dan sembuh meyakini kekuasaaan dan kehebatan Allah swt.
Ahaa! Macam manatu?…Salah satunya juga puncanya kelemahan kita sendiri yang menjauhi Allah swt…hubungan dengan Allah rapuh tak kurang juga sekadar “touch and go” saja. Adakalanya pula kita sendiri SYOKKK BANGET gitu menyemai ciri-ciri ahli neraka…cthnya menyimpan marah, dendam, kesal, lemah, terkilan, putus asa dsbnya. Kolam hati kotor…ingin ke syurga Allah tapi masih longlai membenarkan diri dipermainkan syaitan laknatullah ini. Sebab itu juga EFT ini sangat bagus kalau dapat diusahakan setiap hari untuk clearkan energi-energi negatif terkini mahupun semalam yang hadir.
*Sebabtu tak molek simpan benci, marah, sedih, dendam, takut, keliru dsbgnya lagi penyakit hati rosak hati…rosak tubuh lambat laun hu hu hu tidak mustahil punah ranap kehidupan…Hidup tetapi “tak hidup…tak bahagia…tak bersyukur…tak teruja…tak seronok…mandommm mendunggg selalu..Nauzubillahminzalik!
Dan bercerita tentang pengalaman diri sebagai Kaunselor pula jujur saya tidak nafikan klien-klien yang hadir adakalanya bukan saja-saja mereka terjebak dalam masalah ataupun kebuntuan ; ada ketikanya memang ada gangguan dari sudut metafizik. Saya memang jarang memfokus perbincangan kepada isu ini kerana tidak mahu klien merasa lemah dan mengalah semua itupun makhluk Allah juga sebaliknya apa yang saya selalu HIGHLIGHTKAN adalah untuk kita sama-sama MEMPERHEBATKAN ALLAH SWT dan mencintai syurgaNya!! In shaa Allah hanya dengan jalan mencintai Allah swt lebih dari segala hati akan lebih berlapang dada dan redha juga ikhlas menempuhi suka duka cabaran menjejaki Jannah…(dah apa kelasss nak ke syurga Allah tetapi tidak rela diuji itu namanya “pening lalat”laanie eloklaa post diri ke klinik saya dapatkan bantuan Pakar sebelum parahhhh hiksss matlamat hidup pun keliru…Jahanam hidup dibiarkan lama nanti…Nauzubillahminzalik).
Baru-baru ini saya diuji dengan kondisi tubuh yang agak kurang selesa bukan apapun cuma tahap gangguan batuk kronik yang kurang menyenangkan, rasanya nak masuk bulan kedua dah. Maka untuk menjemput sihat dan sejahtera langkah yang pertama saya lakukan pergi mendapatkan bantuan pakar perubatan setelah lebih 3 minggu batuk tidak reda-reda. Alhamdulillah redalah sedikit tetapi hu hu hu tidak sepenuhnya ada masa lagi teruk rasanya nak bercakap mengendalikan sessi pun rasa sangat terganggu…(malu pun ada…dan gerammm pun ada bukan geramm apa “geramm pd batuk yang mengganggu ini mesti kerja spesis “S” and the kroni jeleslaatukan saya ingin menyelamatkan hamba-hamba Allah yang terpilih untuk menemui kembali Kasih dan Kebahagian di sisi Allah)…Tapi takper Allah itu penuh kasih sayang…Maha Mendengar…Maha Berkuasa dan Maha Menyembuh…its about time untuk saya pula fokus menyembuhkan diri saya…
Lebih kurang 3 hari berturut mempertingkatkan hubungan dengan Allah…munajat…EFT..minum air kelapa muda, back to Sunnah food, sedekah…Subhanallah! As usual Allah berikan isyarat dan alamat…1)Selesai solat hajat Allah gerakkan saya buka Al Quran Allahu Akbar …surah yang dibuka berkisar tentang sihir…detik hati saya ini nampaknya signal Allah untuk batuk saya yang lain macamnie. Seterusnya gerakan pemulihan difokuskan lagi…dan diperhebatkan atas sejadah…Alhamdulillah malam tadi diberikan alamat dalam mimpi lagi…Jeng Jeng Jeng…
Patutlah lain macam kalinie batuk saya ha ha ha ada 3 ekor ular hitam berbisa dok menginap dalam rumah (yang pasti bukan rumah saya tapi macam rumah kampung seolahnya lokasi saya pergi bercuti menziarah keluarga)…Rasional juga bila dihubungkan dengan perjalanan cerita saya “menziarah” dan membersihkan rumah lama adalah amanah jika dilihat dalam ruang kerjaya saya. Peringatan untuk diri saya untuk selalu upgrade dan update dengan Allah swt…mudah-mudahan akan lebih kalis tempias dalam mengendalikan kes-kes yang “istimewa” selepas ini. Ikhlas…redha…kasih Allah akan selalu menemani menyembuhkan dan menjaga! Alwaysss…
Allah Itu Penuh Kasih Sayang…Allah Itu Sangat Sarat dengan Kehebatan dan Kekuasaan Yang Maha Luas…all we need to do is ask from Him! Allah sebenarnya tahu dah apa yang kita nak tetapi Allah saja buat begitu untuk mendengar luahan dan suara kasih hambaNya Yang Meminta …Memohon Penuh Pengharapan Penuh Pergantungan dan Penyerahan Diri semata-mata untuk Menjemput HADIAH yang diimpi dan diidam-idamkan. In shaa Allah mudah-mudahan titipan “indah, bahagia dan manisnya nikmat berbicara dan bermanja juga bermohon pada Allah swt” akan menjadi LEBIH BERMAKNA…Oh My Allah so suweettttkan!! Itulah sebahagian keindahan yang saya nikmati alhamdulillah batuk dah banyak lega…kemaruk lemau badan yang tidak tahu puncanya sudah dikenalpasti so apalagi LEBIH JATUH CINTALAHHH…I love You Allah !!! Alhamdulillah…maka bersiap sedia untuk memberi lebih dari biasa…”Selamat Datang Tetamu Allah Ke Klinik saya…In shaa Allah sama-sama kita telusuri keindahan rasa, kebahagian dan HIKMAH sebuah rencana Ilahi…dalam jejak bahagia mengejar syurga Allah swt!
Skrip EFT saya untuk masalah batuk dan cabaran kerjaya tempias gangguan sihir.
“Sungguhpun aku diuji dengan masalah batuk yang kronik dan berpanjangan tetapi aku sayangkan diriku. Aku menerima segala ujian dan cabaran kerjayaku ini dengan penuh keredhaan…
Hari ini dengan penuh rasa amanah, tanggungjawab aku memilih untuk membersih segala mendapan gangguan serta energi negatif yang hadir dalam diriku juga persekitaranku…”
Tap all the way EFT point and suprisingly…makin sembuh dan PALING BEST juga bila energi negatif dah clear duduk lama-lama atas sejadah lebih ohsem, bahagia, seronok & fokus @ hadir! Solat…zikir…mengaji eksplorasi Kalam Allah…sangat bahagia (^_^). Dan kurang juga idea dan ilham dari Allah swt mencurah-curah…Subhanallah! Allahu Akbar…
#Passion…Make Peace & Harmony
# Hands Together To Jannah
#Jemput Kesembuhan Dengan Teknologi Dalaman
# EFT Rawat Batuk
# EFT Rawat Sihir
# Pakar Terapi Emotional Freedom Technique
Salam Inspirasi & Kebahagian
6 Rejab 1435 Hijrah
Leave a Reply