Bertemu C.I.N.T.A Bagai Cahaya


BERTEMU CINTA

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga

Jarak cinta cuma di depan mata
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

Meniti bait-bait kata di dalam lirik OST Nur Kasih The Movie cukup menyentuh hati. Lakonan mantap Tizz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz  dengan peranan mereka sebagai Nur Aminah, Adam dan Aidil merupakan plot kehidupan yang dekat dengan kehidupan kita. Realiti kehidupan diwarnai dengan pelbagai rencam dan ANUGERAH RASA andai sahaja kita mengerti dan menghargai. KASIH SUCI dan SEJATI hanya mampu dinikmati apabila DIUJI begitulah fitrah kehidupan. HADIAH untuk sebuah perjalanan yang disulami dengan kesabaran, keikhlasan dan kejujuran dan keberanian mengenal CINTA SEJATI yang berlandaskan pimpinan dan cinta AGUNG ALLAH sebagai pemilikNYA. Berhadapan saban hari dengan kisah-kisah kehidupan, mengendalikan kes-kes kaunseling,  perkahwinan, stress dan depressi secara tidak langsung mendidik hati ini agar menginsafi KEAGUNGAN dan KEINDAHAN Pentadbiran Agung Ilahi. Di sebalik perjalanan yang menduga RASA, mencalar emosi, menduga iman dan kesabaran, menyentak benak fikiran sebenarnya tersimpul KEINDAHAN yang bakal Allah hadiahkan kemudian hari. Ianya HARUS dimulai dengan mengenali MATLAMAT HIDUP kita di dunia ini. Seringkali Allah menguji sebab Allah KASIHKAN KITA..kita merupakan kalangan hambaNYA yang terpilih menikmati PERHATIAN dan KASIHNYA. Boleh sahaja ianya satu INGATAN KASIH untuk kita LEBIH HAMPIR dan DEKAT padaNYA. Boleh jadi juga ianya SUATU PROSES untuk mendidik NAFSU yang leka dan lalai dengan pesona dunia dan mainan syaitan yang penuh licik tipu dan daya.

KEKUATAN DOA & KASIH ALLAH

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

Kekuatan DOA merupakan SENJATA penting dalam menangani setiap permasalah hidup. KEINDAHAN dihiburkan dengan utaian kasih Allah yang bertali arus dihadirkan teman yang mendengar, ahli keluarga yang membantu, para sahabat juga saudara Muslim yang direncana Allah untuk membantu…SUBHANALLAH!!! Bukankah ini BUKTI NYATA KASIH ALLAH itu cukup agung…malah cukup LUAR BIASA lebih-lebih lagi bila diri kerdil ini diberi kesempatan Ilahi  meneroka sebahagian ILMUNYA ~ teknologi terkini dalam bidang psikologi dan penyembuhan diri ~ Emotional Freedom Technique yang diperkemaskan dengan mengadaptasi nilaian MURNI Islam ke dalam teknik ini. Masha Allah KESANNYA cukup luar biasa less then 5 minutes, 10 minutes BEBAN EMOSI terubat….lapang…reda dan SEMBUH…SYUKUR hadir sekelip mata. Bagi yang belum pernah melaluinya mungkin mempunyai tanggapan ianya sesuatu yang agak mustahil untuk berlaku namun bagi siapa yang telah menerokanya, menikmatinya dan  yang telah melaluinya sahaja MENGERTI KEINDAHAN KESAKSIAN ALLAH merawat, menyembuh dan melupuskan kedukaan, kesedihan, kekecewaan, kesakitan dan api marah, terkilan , benci mahupun marah itu cukup hebat masakan tidak  bukankah DIA PEMILIK AGUNG ISI LANGIT dan BUMI….sehelai daun gugur ke bumi DIA TAHU. Hanya rasa syukur dipanjatkan apabila amanah ini diberi izin Ilahi digalas dengan sempurna…Sesungguhnya dalam perjalanan insan kita dihadirkan untuk lengkap-melengkapi dan sesungguhnya itulah juga keindahan ukhwah andai sahaja kita mengerti.  Saya sendiri memegang amanah sebagai khalifah memakmurkan bumi Allah menabur bakti sebagai  Kaunselor dan juga Life Coach merangkap juga Wellness Therapist (bagi yang ingin dibantu sudut kesembuhan FIZIKAL TUBUH & KESIHATAN secara holistik) berasa CUKUP KAGUM, TAKJUB dan BERSYUKUR setiap kali mengendalikan kes-kes yang hadir. Apa yang menyebabkan manusia seringkali TERPERANGKAP dengan permainan EMOSI, KEDUKAAN dan BEBANAN MEMORI SILAM adalah kerana mereka sendiri TIDAK MEMBENARKAN DIRI MEREKA UNTUK BANGKIT DAN SEMBUH. Ini semua adalah permainan syaitan laknatullah untuk memperdayakan manusia agar terus terpedaya lemah, putus asa dan tidak yakin atas KEAGUNGAN TUHAN…Rabbul Izzati…

RAHSIA KESEMBUHAN DIRI & PERGANTUNGAN DIRI KPD ALLAH

Sesungguhnya bagaimana harus KESEMBUHAN DIRI itu mampu kamu dinikmati???Andai kamu sendiri tidak yakin…tidak percaya malah TIDAK MEMBENARKAN DIRI kamu untuk bangkit dan sembuh…The HEALING BLESSING…RAHMAT from Allah tidak akan MELUNCUR LAJU andai dalam diri insan masih lagi hadir konflik, keliru dan wujud PENOLAKAN….lebih-lebih lagi PRA SANGKA BURUK juga NEGATIF THINKING YG MENEBAL yang bisa membunuh ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan hidup insan. Itu yang kadang LEBIH TERPERANGKAP memohon bantuan, meletakkan pergantungan kepada unsur lain selain Allah (macam dalam cerita Mantero Anjasmoro tak silap saya)…Nauzubillah. RAHSIA KEBAHAGIAN, KETENANGAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN, KEMURNIAN dan KEINDAHAN ITU ADA DI DALAM DIRI INSAN ANDAI SAHAJA MEREKA MAMPU MELIHATNYA…Subhanallah!

Tips daripada Allah CUKUP HEBAT andai sahaja kita MENGERTI ~ Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik.

Pesanan Allah ini cukup MENGINGATKAN bahawasanya ~ salah satu KUNCI mahupun RESIPI untuk menikmati hidup yang INDAH, BAHAGIA dan SEMPURNA (dimana hadir kasih sayang Allah melengkapi kekurangan diri) adalah kembali BERMOHON KEPADA PEMILIK KEBAHAGIAN, PEMILIK KEJAYAAN, PEMILIK KASIH SAYANG, PEMILIK KEKAYAAN dan DIA YANG MAHA PENGASIH…MAHA PENYAYANG…MAHA PENGAMPUN dan MAHA MENGASIHANI. Jangan sampai tingkah kita begitu ANGKUH, BODOH dan SOMBONG dengan PEMILIK itu. Bilamana kita angkuh, sombong, alpa dan leka…KUFUR NIKMATNYA…Jangan sengaja dipinggirkan INGATAN KASIH ~ ujian mahupun musibah yang hadir untuk mengingatkan kita. Takut-takut INGATAN KASIH ALLAH itu AKAN BERTUKAR menjadi M.U.R.K.A lantas dibiarkan hambaNYA dalam kekufuran yang berpanjangan. Huru-hara di dunia…HARU-BIRU di akhirat…Nauzubillahminzalik.

Nikmatilah SETIAP INCI PERJALANAN kehidupan ini dengan penuh kasih sayang, cinta yang luhur, murni berpaksikan KASIH ILAHI, waimah apa sahaja yang kita kasihkan anak kita, suami kita, isteri kita, kerjaya kita, keluarga kita, saudara Muslim kita kerana Allah insyaAllah bila paksinya ILAHI pasti perjalanan akan dihiasi dengan KEINDAHAN dan KEMURNIAN KASIH YANG CUKUP LUAR BIASA…insyaAllah!!!

Begitulah INDAH KEHIDUPAN dengan KASIH SAYANG…dan iringilah KESYUKURAN itu untuk sama-sama kita menjadi hambaNYA yang lebih baik…pasangan yang lebih baik, ibu yang lebih baik, ayah yang lebih baik, opah yang lebih baik, tuk wan yang lebih baik, pekerja yang lebih baik, majikan yang lebih baik…sahabat yang lebih baik dengan penuh harmoni, bijaksana dan ADIL dalam memberikan HAK-HAK yang dituntut dalam perjalanan kita…Moga CINTA menjadi ANUGERAH yang membahagiakan di akhirat kampung halaman yang abadi…Amiin, insyaAllah!

Sehingga Bertemu Lagi…

Salam Kasih Sayang…

Facebook comments:

comments

2 Comments

  1. Aku belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
    aku belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
    aku belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
    aku belajar MENGALAH dari satu KEEGOISAN,
    aku Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
    aku belajar TAQWA dari KEKUFURAN,
    aku belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
    aku belajar REDHA dari satu KETENTUAN

    Moga INSPIRASI yang dibawakan menjadi LAGU HATI yang menghiburkan…

  2. Hanya padaMu ku sembah dan padaMu ku meminta.. ampunilah daku hambaMu yg lemah ini.. bimbinglah & tunjukkanlah jalan yg Kau redhai.. ya Hayyu ya Qayyum, lapangkanlah hati kami, suburkanlah rasa cinta padaMu.. sembuhkanlah apa yg terluka, gantikanlah apa yg hilang, sihatkanlah apa yg sakit, lindungilah kami dari segala marabahaya mendatang, sesungguhnya Engkaulah sebaik² pelindung kami.. Amin ya Rabbal Alamin..

Leave a Reply