Bismillahirrahmanirrahim…
Sudah beberapa ketika saya tidak menulis lantaran jadual yang penuh menyantuni para sahabat yang hadir mendapatkan konsultasi dan terapi bersama saya. In sha Allah hari ini akan saya bawakan sebahagian daripada titipan BAGAIMANA sebuah perkahwinan itu mampu diselamatkan. Semoga bermanfaat ; sebarluaskan untuk pedoman dan manfaat bersama (tidak perlu minta izin).
Sebuah perkahwinan adalah ikatan suci untuk mencapai keredhaan di sisi Ilahi dan harus diingat juga tiada satupun jalanan hidup yang ditakdirkan Allah swt , tidak baik melainkan ada ISYARAT di dalamnya. Setiap yang berlaku ada sisi hikmah, peringatan dan teguran Ilahi yang ingin disampaikan untuk mencantikkan lagi dan memperteguhkan peribadi kita di samping mendekatkan lagi syurga kita di sisi Allah swt, In shaa Allah. Tetapi dengan SATU SYARAT kesemua sisi hikmah, kebaikan serta kebesaran Allah menyusun dan mentadbirkan sesuatu hanya mampu terlihat BESAR dan HEBAT bilamana hati kita memilih dan membenarkannya.
Mampukah Perkahwinan Kami Diselamatkan?? Jawapan saya….
“Ya…bila pasangan memilih dan membenarkannya!!…
Dengan mengikuti langkah-langkah ini semoga kejernihan dan kebahagian yang pudar akan kembali indah dan berseri…Aamiin!
==============================
S.E.B.A.R.K.A.N V.I.R.U.S B.A.H.A.G.I.A
==============================
1. Pasangan berani dan ikhlas menerima dan mengakui kelemahan dan kekurangan diri dan pasangan masing-masing.
2. Pasangan juga tekad, jujur dan ikhlas berubah semata-mata kerana Allah swt.
3. Mengakui dengan kerendahan hati hidup di dunia bukanlah selamanya akhirat dan syurga adalah impian dan “ultimate goal” lantas memilih kerana Lillah…memaafkan dari hati yang luhur ketidaksempurnaan diri dan pasangan.
4. Melepaskan segala pendaman dan ingauan ngeri, sulit, pahit, menyedihkan dan mengecewakan kisah serta memori semalam.
5. Tidak sesekali membenarkan “kenangan @ kesakitan @kesilapan semalam” terus meracuni dan merampas POTENSI DIRI dan KEBAHAGIAN hari ini dan akan datang…perjalanan dunia dan akhirat pasangan.
6. Berani, ikhlas dan komited untuk menjadi hamba Allah, pasangan yang jauh lebih baik.
7. Tidak mengungkit jauh lagi menyebut kesilapan dan kejahilan semalam sedang ikrar pasangan ingin berubah dan mencapai bahagia.
8. Perbaiki hati…perbaiki lisan dan lintasan minda juga monolog diri.
9. Jauhi dari pra-sangka buruk dan kepercayaan negatif ; inilah yang sebenarnya jika tidak dibereskan dengan sempurna dengan menjalani terapi dan rawatan yang akan menjadi “duri dalam daging” yang akan memakan diri dan membunuh ruh kebahagian dan keharmonian dalam rumahtangga.
Dapatkan BANTUAN PROFESIONAL , sebelum keadaan menjadi lebih parah.
* Untuk pasangan yang masih teruji dan bergelut dengan konflik diri , kesakitan, kebencian dan harapan usah bertangguh untuk mendapatkan bantuan profesional.
10. Elakkan daripada menjaja perihal kisah rumahtangga kepada golongan mahupun individu yang tidak sewajarnya sebagai contoh rakan sekerja, gender yang berlainan dan seumpamanya. Ini bagi mengelakkan kemudaratan, fitnah yang akan menyulitkan lagi keadaan dan bias yang tidak sewajarnya.
11. Hindari campurtangan pihak ketiga yang barangkali di kebanyakan waktu mempunyai kecenderungan untuk berlaku bias contohnya keluarga sendiri mahupun keluarga mertua mahupun kaum keluarga dan kenalan terapat.
12. Banyak muhasabah diri, solat taubat , solat hajat dan memohon kebaikan dan petunjuk daripada Pemilik Cinta itu sendiri Allah swt In sha Allah mudah-mudahan Allah swt akan menjawab doa, harapan dan solusi yang terbaik menurut kamusNya.
13. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau sulit atau tegang bagaimanapun rumahtangga.
14. Ingat…musuh sebenar kita adalah syaitan laknatullah yang cuba menghuru-harakan hidup insan bukannya pasangan kita. Maka berfikiran waras dan bertindak wajarlah untuk dunia dan akhirat yang lebih diredhai dan bahagia In sha Allah.
15. Belajarlah berdoa dengan penuh hadir, kasih sayang, pengharapan dan keyakinan juga pergantungan seluruhnya kepada Allah swt mudah-mudahan hati yang ikhlas , penuh santun dan mencintai kerana Allah swt …Allah Yang Kuasa…Maha Mulia Lagi Maha Bijaksana dan Memakbulkan akan menjawab doa kita. Semuanya untuk dikembalikan untuk menjadi hamba yang lebih taat dan hebat lagi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dunia.
Untuk pasangan di luar sana yang barangkali sedang teruji sulit saat ini ; doa dan harapan saya semoga kalian terpimpin hati dan tindakan menjemput kebahagian kembali dalam perkahwinan dan kehidupan anda. Dan semoga segala kebaikan, kasih sayang dan ketenteraman jiwa yang menyuluh perjalanan akan menemani semua…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!
Salam ikhlas;
Hjh. Aniz Hj. Anwar
Kaunselor dan Life Coach
www.anizanwar.com
0123915362
Leave a Reply