Aura, Wudhu dan Terapi Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah Sabtu lalu saya telah diundang oleh warga Puspanita Hospital Kuala Lumpur untuk sama-sama berkongsi tentang AURA, WARNA & PERSONALITI. Nyata undangan ceramah kali ini menyingkap seribu HIKMAH yang terpendam ; dah lama pun saya tidak berkongsi tentang aura kerana tiada permintaan apapun yang pasti PESONA DIRI, PANCARAN QALBU, GETARAN ELEKTROMAGNET yang mengelilingi tubuh manusia ini mempunyai KISAH ISTIMEWA di sebaliknya. Sesuatu yang begitu hampir sehinggakan terkadang TANPA ILMU kita tidak sedar akan sumbangannya yang SIGNIFIKAN terhadap proses kehidupan itu sendiri.

Di dalam tubuh manusia terdapat lebih 53 triilon sel hidup yang bergetar membawa bersama pulse yang juga oksigen , nutrisi, arahan daripada MINDA hinggalah kepada sel-sel yang halus di dalam tubuh manusia.  Dan NYATANYA untuk membolehkan SEL-SEL ini terus HIDUP dan melaksanakan KEFUNGSIANNYA ia memerlukan AIR YANG SIHAT, BERSIH dan BERAURA juga!!! Hanya air yang memiliki AURA memiliki RUH dan mampu merakam doa mahupun hajat kita dengan lebih baik. Untuk mengenal jenis air ini juga pastinya KITA MEMERLUKAN KETERBUKAAN MINDA dan HATI untuk mempelajarinya, insyaAllah KASIH ALLAH itu sentiasa mendengar bagi yang INGIN TAHU lebih lanjut dialu-alukan singgah ke laman web berikut ~ http://rxwater.net

Pengalaman merupakan GURU yang sangat mengajarkan pelbagai episod mencabar yang dilalui diri juga insan tersayang menyuntik CELIK AKAL untuk terus mencari dan mengkaji hubungan dan SIGNIFIKAN air dalam kehidupan. TAK RAMAI YANG SEDAR …70% komposisi tubuh badan manusia adalah berasaskan AIR seandainya tubuh ini diperah @ squeeze makanya yang akan terkeluar adalah PATI AIRNYA. Nah!! Maka secara RASIONALnya INGIN TUBUH YANG BUKAN SAHAJA SIHAT TETAPI CERGAS dan SEGAR maka sumber yang PALING SEMULAJADI dan mudah untuk memperolehinya adalah mengambilkira faktor dan CIRI-CIRI yang bukan sahaja BERPENAWAR,  BERSIH tetapi SUCI (Ahaa! Sedar atau tidak umat Islam merupakan golongan yang PALING BANYAK menggunakan AIR dalam kehidupan seharian selain makan, minum, kebersihan diri, wudhu, solat 5 waktu infact saat mahu “dihantar pulang” juga perlukan air untuk dibersihkan…memandikan jenazah..maka KESEDARAN tentang kepentingan elemen HALAL & AIR YANG SUCI dan memiliki RUH @ AURA ini amat penting , insyaAllah mudah-mudahan HATI AKAN LEBIH TENANG dalam hal-hal ibadah juga kehidupan seharian kita dan mudah-mudahan juga amalan kita diterima Allah penuh lancar hendaknya) . Malah bukan itu sahaja TEKNOLOGI yang ada air itu sendiri harus diterokai dan didalami dari segi PHnya, klusternya dan lain-lain mudah-mudahan dengan ILMU kita dapat memberi dan memiliki YANG TERBAIK untuk diri kita dan keluarga yang dicintai, insyaAllah.

Ahaa…kembali semula tentang KEPENTINGAN AIR lazimnya kita selalu mendengar orang berkata JAGA MAKAN…JAGA MAKAN! Tetapi jarang-jarang benar KITA DIPERINGATKAN tentang PENJAGAAN AIR…ambilkira air yang diminum, jumlahnya begitu juga yang digunakan setiap hari sedangkan kita TELAH DIDEDAHKAN 70% komposisi tubuh adalah air dan UNTUK SEL-SEL kita terus hidup, sihat dan cergas serta mampu melakukan KEFUNGSIANNYA dengan cemerlang bukan sahaja sel-sel ini memerlukan NUTRISI, PEMAKANAN yang sihat tetapi juga AGEN YANG TERBAIK untuk mengangkut dan mempermudahkan kerjanya iaitu air. Ahaa…yelaaa! Betultu..AIR merupakan KAEDAH RAWATAN yang pertama diberikan di hospital ; air juga sering dijadikan penawar untuk merawat pesakit malah bagi yang Islam setiap malam Jumaat bacaan Yassin sering disediakan air untuk diambil keberkahannya.

Sememangnya air dan fungsi PENAWARNYA tidak jauh dari kita dan LEBIH ISTIMEWA lagi SYARIAT WUDHU yang sedia ada di dalam Islam hari ini terungkap dan dibuktikan dengan penemuan sains. Menurut kajian pada anggota badan yang terkena AIR  semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima rangsangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan) yang mana di dalamnya terdapat bertrillion sel-sel hidup yang bekerja.

Nah, ini faktanya ~ Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)…:

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125

Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat 493 titik penerima rangsangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!! Syariat yg terdapat di dalam wudhu secara tidak langsung sebenarnya telah MENGUNGKAP RAHSIA TERAPI yang cukup indah dan HEBAT apatah lagi disertai dengan hati yang HADIR mempersiapkan diri untuk mengadap Ilahi tatkala berwudhu ; bukan sahaja ETIKA WUDHU ITU MEMBERSIH FIZIKAL SHJ TETAPI RUHANINYA juga, insyaAllah. Hebatkan Allah kita menjaga kita…insyaAllah mudah-mudahan dengan ILMU kita lebih YAKIN, BERSEMANGAT dan HADIR dalam menyiapkan diri dengan wudhu yang sempurna dan seterusnya solat yang kusyuk, insyaAllah.

Dari Abi Hurairah RA, ia berkata bahawa ia dengar mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu yang sempurna. Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhunya) .

Jelaskan disitu…inilah sebahagian wajah yang bersih, berseri, tenang dan mendamaikan milik PANCARAN NUR dan keindahan yang tersendiri. Dapat pula disusuli dengan solat sunat wudhu Subhanallah! Lagiiii cantik. InsyaAllah mudah-mudahan kesan wudhu yang sempurna bukan sahaja menyembuhkan, menyihatkan, MENYERIKAN WAJAH dan memantapkan AURA dan KARISMA DIRI tetapi juga semua ini untuk dikembalikan untuk mencapai redha Ilahi, InsyaAllah bukan sahaja untuk dunia tetapi juga untuk perjalanan akhirat yang abadi.

Untuk para sahabat yang dikasihi semua…SELAMAT BERWUDHU DENGAN SEMPURNA juga BERSOLAT DENGAN KUSYUK dan HADIR! Mudah-mudahan kehidupan akan LEBIH AWESOME dengan menjaga hubungan dan perintahNYA!

 

Sehingga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi!

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply