Apa Adanya Dengan Gaya Asuhan, Cerapan Minda , Personaliti Dan Pola Kehidupan?

Bismillahirrahmanirrahim….

 

Di petang Jumaat yang damai ini terpanggil saya untuk mengupas SATU TAJUK yang sangat menarik. Menjadi kelaziman juga soalan-soalan CEPU EMAS ini ditanyakan kepada saya…

 

Klien A : Hjh, suami saya dahulu ayahnya kahwin banyak ada kemungkinankah dia juga akan buat begitu?

Klien B : Puan saya dan suami datang daripada keluarga yang berpisah, mungkinkah perkara yang sama juga akan terjadi kepada kami?

Klien C : Kak Aniz, ibu dan ayah suami saya sehingga sekarang masih hidup bersama tapi masing-masing dengan cara hidup mereka sendiri, tidur asing-asing tak sama…komunikasi memanglah break-down tapi ibu saya dah lali dan boleh terima dengan redha katanya. Dan saya lihat suami saya ada kecenderungan itu, kami sukar berkomunikasi dan kalau cakap pun hanya yang perlu takde nak manja-manja atau bercerita macam pasangan lain. Tidur pun asing , saya BUNTU…

Klien D : Isteri saya nie, saya tak tahulah apa masalah dia sebenarnya. Ada ketika kalau kami bergaduh tindakan dia di luar rasional kalau tengah jalan dalam kereta nak terjun keluar dari kereta, pukul , sepak terajang…saya dah tak tahu nak buat apa…saya sayangkan rumahtangga kami, anak-anak  tapi saya sendiri buntu…sikapnya adakalanya memprovokasi saya tu yang kadang saya tak sabartu…

~~~~~~~~~~~~~~

1. Di sisi kisah yang dikongsikan ini semua ada sejarah yang melatari setiap tindakan, ketakutan, kebimbangan dan kepercayaan diri. Ingin tahu BAGAIMANA Life Coaching boleh membantu??? Bagaimana ingin menguruskan kebimbangan, ketakutan dan ketidakharmonian serta kepercayaan diri yang negatif @ irrational belief bahawa sejarah akan berulang…kalau anak mangsa penceraian perkahwinan mereka juga akan menempuh penceraian juga.

2. Setiap manusia dilahirkan mempunyai keunikan , keistimewaan juga kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Tidak perlu pergi jauh lihat sahaja anak-anak kita, ahli keluarga juga adik beradik kita masing-masing ada KEISTIMEWAAN mereka yang tersendiri.

3. Namun yang hebat dan luar biasa INDAHNYA pentadbiran Allah ini ; apabila ditelusuri kelemahan itu sebenarnya Allah telah cukupkan dengan kelebihan yang ada di dalam diri. Khususnya dalam membantu individu berhadapan dengan cabaran mahupun rencana hidup yang dijalani. (Nak “J.U.M.P.A” keindahan ini bolehlah request untuk Analisis Personaliti ; In shaa Allah menerusi analisis kita sama-sama dapat melihat lebih mendalam lagi betapa ohsemnya kasih sayang dan kehebatan Allah swt, tidak lain dan tidak bukan cintaNya jualah yang membuatkan hidup ini sempurna. Tapi dengan SATU SYARAT kita sendiri memilih,mencari dan membenarkannya kalau tak hu hu hu harus jugalah ‘tak nampak”)

3. Di sekeliling kita diperhatikan ada insan memiliki personaliti yang cukup kental, penyabar, peramah, tekun, teliti dan perfectionist.

2. Tidak kurang juga ada yang periang, tidak suka memendam , rajin, baik hati, suka menolong, pemalu, panas baran, mudah mengalah dan low self esteem, pasti ada tertanya-tanya dari mana kita memperolehi “pakej dalaman yang UNIK” ini semua??

3. Salah satu MISTERI dan TANDA TANYA yang akan dijawab di dalam program Life Coaching.

4. Menerusi pengalaman hidup manusia belajar cara berinteraksi, cara hidup dan membentuk personaliti dirinya.

5. Selain daripada pengaruh gaya asuhan, persekitaran, pengaruh media dan masyarakat juga turut memainkan peranan membentuk personaliti.

6. Setiap FASA dari lahir hinggalah dewasa ALKISAHNYA ada PERANAN dan ada KISAH yang tersendiri dalam membentuk personaliti individu.

7. Sebab itulah sangat penting sebenarnya bagi ibubapa dan pasangan suami isteri berusaha memastikan dari sudut keharmonian rumahtangga, peranan yang dimainkan, kasih sayang , bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat serta teguran diletakkan dan digunakan pada tempat yang BETUL.

8. Jika tidak itu yang nanti BAKAL di belakang hari boleh menyebabkan kecelaruan, lari daripada masalah, kurang bertanggungjawab, mudah mengalah, panas baran, keras hati, ego yang tinggi, pentingkan diri sendiri, kurang teliti dan seumpamanya di ambil kembali sebagai CARA PENYELESAIAN apabila berhadapan dengan masalah.

9. Dari mana ia dipelajari ???Ahaa…dari ROLE MODEL yang berada di sekelilingnya dan yang paling signifikan adalah ibubapalah atau penjaganya.(Isu ini pernah saya sentuh di dalam kupasan rancangan Assalamualaikum , boleh rujuk (minit 10.42 saat) :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk yang berani, benar ikhlas dan jujur ingin :

i) Menjemput Senyuman, Kebahagian, Kejayaan dan Menikmati Impian Yang Makbul
ii) Ingin menemunkan Makna Kehidupan Yang Lebih Indah
iii) Berubah Menjadi Insan Yang Lebih Baik Dari Semalam
iv) Mendambakan Motivasi Hidup Yang Menyuburkan Bahagia dan Semangat Berkekalan

Penyertaan dan kehadiran menyertai Life Coaching Berkumpulan adalah dialu-alukan. Untuk MENDAPATKAN HARGA PROMOSI sila hubungi SMS/Whatsapp ke 013-3915362 dengan segera!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Life Coaching Secara Berkumpulan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh : 4hb April 2015 (Sabtu)
Masa : 9.30pagi – 5.30ptg
Tempat : Baiti Rizqi Hjh Aniz Klinik Sukses Seksyen 7, Shah Alam.

Life Coaching Inspire Change ~ http://www.anizanwar.com/life-coaching-secara-berkumpulan-…/

?#?mintapadaAllah? ?#?beripadamanusia? ?#?samamenghidupkanINSPIRASI? ?#?kejayaandiduniadanakhirat?

~ Salam Inspirasi,
Hjh Aniz Hj Anwar

?

Facebook comments:

comments

Leave a Reply