The-Chioice-Is-Ours[1]

Why It Takes You So Long To Seek Help From Counselor??

Bismillah…

Hampir setiap hari saya berhadapan dengan pelbagai rencam dan warna warni kehidupan. Ada yang ditipu, ada yang dianiayai, ada yang diperkosa, ada yang menjadi mangsa keadaan, ada pula yang ditindas dan ada pula yang keliru dan buntu menjalani hidup alhamdulillah rahmat kasih Allah swt kami ditemu?an. Dalam diam dunia mendengar saya, sebenarnya saya mengagumi kecekalan, semangat dan kegigihan mereka MEMILIH untuk terus hidup dan BERANI untuk berhadapan dengan kemelut dan konflik yang dialami. Bukan calang-calang individu mampu bertindak jujur, luhur dan berani untuk berubah ; ada insan berpuluh tahun membenarkan hidupñya berlegar dalam suasana dan kesuraman yang tidak berpenghujung. Ada yang terus-terusan melempar salah pada orang lain, ada yang terus menyemai kebencian dan dendam yang tidak pernah padam natijahnya mana mungkin hidup mampu menikmati kedamaian , ketenangan dan keharmonian luhur yang menghidupkan makna kehidupan yang dijalani.

Sesungguhnya setiap kali selesai sesi kaunseling mahupun Life Coaching …apabila klien mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan TERIMA KASIH pada Hajjah Aniz/Pn Aniz/Kak Aniz ~ ucapan ini sangat-sangat bermakna buat saya. Bukan maksud penghargaan yang saya cari disini tetapi lebih kepada kebahagian dapat menemukan mereka kembali kepada Kasih Agung Allah swt yang tidak bertepi. Selalu setia menemani dan menjaga….

Hingga kadang sempat jua saya berjenaka…”Why it takes you so long 4 years to see me ?? ” Kenapa ambil masa 2 tahun ? Kenapa tidak datang awal awal lagi?…kan indah…kan bahagia kalau lebih awal konflik mahupun isu dapat dikawal, dirawat atau diatasi???

Tapi itulah dianya PENYUSUNAN Allah swt..selalu Yang Terbaik! Untuk kita lebih menikmati…lebih mensyukuri dan lebih menghayati dan menghargai apa yang “dianugerahkan” kini.

Setiap ujian dan tribulasi yang dijalani sedang tersedia INDAH menanti di hadapan. Apa yang berlaku adalah cara Allah untuk membentuk dan mendidik kita untuk menjadi apa yang DIA inginkan. Mengenang kembali sejarah diri siapa sangka saya juga satu ketika insan yang terperusuk hebat tersungkur….lemah tidak bermaya untuk meneruskan hidup tetapi hari ini bila mengenangnya Allahu Akbar! Itulah cara Allah menyiapkan saya untuk menjadi Kaunselor/Life Coach yang digemari ramai hi hi hi….Subhanallah! Nyata guru yang belajar dari pengalaman “hatinya” lebih menusuk ke kalbu bila menyampaikan ilmu…Semoga ilmu dan pengalaman hati ini mampu menyoroti jejak Jannah yang disyukuri dan paling mengujakan ramai-ramai kita berjemaah…”Hands Together To Jannah” (^_^)

Hidup terus hidup…melangkah penuh bahagia menjejaki Jannah yang istirehat in shaa Allah!

# Anda Berhak Bahagia…Anda Berhak Sejahtera…Anda Berhak Berjaya Dengan SYARAT Anda Berani dan Jujur Memilihnya & B.E.R.T.I.N.D.A.K!

Facebook comments:

comments

Marriage Box
Make You Strong

Leave a Reply