murah-rezeki

Ubat Pening GST

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini masuk minggu kedua GST dikuatkuasakan, pelbagai rungutan dan komentar yang didengari khususnya dari kalangan peniaga , usahawan tidak kurang juga rakyat marhaen. Pelbagai juga singkatan yang kadang buat diri tersenyum Geng Songkok Tinggi, Geng Songlap Terancang, Go Solat Tahajud…begitulah kaedahnya rakyat menghiburkan hati yang sedikit tercedera dengan beban kewangan. Memang tidak boleh disangkal sana sini nampak kelam kelibut, bertambahlah lagi beban kerja kementerian juga badan terlibat. Dalam pada itu sayu juga hati bila melihatkan keadaan sekeliling membayangkan bagaimana pula agaknya para sahabat atau saudara mara yang kurang bernasib baik pastinya kehadiran GST ini akan lebih membebani mereka.Dalam hati berbisik…”Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas, penuh keberkahan dan kebaikan di dalamnya agar kami dapat melunaskan hutang piutang kami, menghindari riba’ , berbakti kepada orang tua kami, keluarga kami juga memperhebatkanMu dan membantu mereka yang memerlukan”…Aamiin Ya Rabbal Alamin!

Untuk mengupas isu lebih mendalam dari sudut ekonomi dan sebagainya saya bukanlah orang yang layak namun atas keprihatinan memenuhi harapan para sahabat , anak murid yang meminta…”Pn Hjh tulislah something untuk memberikan kami inspirasi dan kata-kata semangat berkaitan GST ini”. In shaa Allah hari ini saya cuba penuhi..

Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada KEBAIKAN dan HIKMAH yang cukup besar sebenarnya lebih-lebih lagi untuk menampakkan yang salah dan membetulkan yang salah. Wrong choices lead us to the right place…(PRU akan datang buatlah pilihan yang lebih bijaksana ya #notetomyself ) Ada perkara dalam kehidupan ini yang sudah tergaris dalam lakaran kehidupan ini dan ia perlu kita tempuh. GST or Without GST mohonlah solusi, penawar dan petunjuk jalan keluar dari Allah swt ; PEMILIK KEKAYAAN dan segala isi dunia ini. Pada saat diuji dengan tekanan hidup tidak kiralah beban kewangan, kesakitan, kegagalan , keperitan atau apa sahaja letakkanlah pergantungan yang hebat kepada Allah swt. Jika kita benar-benar mengakui penuh hadir , yakin , berusaha dan berdoa In shaa Allah ia pastinya tidak akan sia-sia. Akan hadir nanti rezeki , senyuman juga penawar daripada Allah swt mencukupkan segala keperluan dan membahagiakan kita.

Kaya yang sebenar-benar itu di HATI…hati yang berasa aman, cukup dan bersyukur itulah yang lebih bahagia sebenarnya. Apapun mohonlah dengan kerendahan hati agar dianugerahkan rezeki yang luas, penuh keberkatan, kekayaan yang mendekatkan lagi diri pada Allah swt, keharmonian, kasih sayang, keselamatan (penting juga nie sebab bila tekanan hidup membebani manusia kadang boleh hilang ingatan sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup ; mudah-mudahan kita semua terhindar daripada tindakan manusia-manusia yang zalim) dan kebahagian yang berkekalan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ia juga menjadi satu ASPIRASI HEBAT untuk kita bawakan KESAKSIAN Agung Kebenaran Janji-janji Allah swt.

“ dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang- orang mukmin. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka bahkan aku tidak menghendaki agar mereka memberi rezeki  kepada-Ku. Sesungguhnya Allah , Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.”

(Al-Quran, Surah Adz Dzaariyaat Ayat 55 – 58)

Terlanjur mengupas isu ini saya kongsikan bersama UBAT PENINGNYA GST ini , mudah-mudahan meluncur laju rezeki yang luar biasa untuk semua.

1. Jaga Hati ~ Penuhi ia dengan kasih sayang, keharmonian dan kebahagian untuk membahagiakan juga memberi SENYUMAN untuk insan lain. Tapi perlu diingat diri sendirilah dulu kena bahagia kalau tidak ; tidak kata bahagia kadang rezeki juga menjadi sukar untuk bertamu. Apatah hidup pula akan rasa huru hara konsekuennya bertimpa-timpa masalah…

2. Jauhi daripada merungut, memberi fokus atau membicarakan perkara-perkara yang tidak berfaedah juga membangunkan POTENSI DIRI, sebaliknya FOKUS kepada penyelesaian.

3. Setiap cabaran pasti ada solusi…berdoa, berusaha dan bertawakallah.

4. Rezeki Allah swt Maha Luas…bahagiakanlah diri dengan kerendahan hati meletakkan pergantungan, keyakinan dan pengharapan rezeki kita jaminan Allah bukan makhluknya, In shaa Allah akan tersingkap laluan dan cahayaNya menyinari dan melengkapi perjalanan.

5. Dan yang paling penting juga bahagiakanlah hati menjemput rezeki bukan sahaja untuk kepentingan diri tetapi lebih utama dari itu untuk dikembalikan HADIAH Allah swt untuk kemakmuran ummah dan menolong agama Allah.

6. Menghidupkan malam, solat dhuha, mengamalkan Surah Al Waqiah dan Ayat 1000 Dinar.

Tambahan :

murah-rezeki

Semoga bermanfaat…In shaa Allah

Facebook comments:

comments

Beauty Get Attention
better individual

Leave a Reply