Tips Menjemput Kedamaian dan Keharmonian Hidup

Bismillahirrahmanirrahim…

Kelmarin saya oleh dihubungi Puan A yang juga merupakan  salah seorang pesakit Dr Yen, seorang Doktor Perubatan yang begitu prihatin akan kesejahteraan dan kesembuhan pesakitnya. Sejak beberapa waktu Dr Yen mengendalikan kes beliau yang sering tidak sihat dan mengadu tentang ketakutan, ketidakharmonian diri Dr Yen mengambil inisiatif mendapatkan maklumat Pengamal Emotional Freedom Technique di Malaysia untuk membantu Puan A. Dan hasilnya Dr Yen bertemu laman web saya.

Semoga kisah yang dipaparkan ini menjadi ikhtibar dan pedoman In sha Allah. Seusai solat dhuha hp saya berbunyi menerima mesej dari whatsapp yang meluahkan harapan untuk mendapat bimbingan dan bantuan. Subhanallah…inilah antara saat yang paling dinanti, seronok rasanya jika dapat membantu. Puan A meluahkan ketidaktenteraman hati, menurut Doktor beliau mengalami Panik Attack, dibayangi takut, resah, tidak tenteram, celaru dan selalu rasa tidak selamat. Dalam tertib dan adab saya menyusun bait perkataan sebaiknya agar perkataan dan ayat yang ditulis dapat menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan. Saya katakan untuk sementara waktu sebelum dapat memilih tarikh dan waktu yang sesuai untuk hadir ke sesi kaunseling dan life coaching usahakanlah diri untuk lebih dekat dengan Allah swt, menjaga solat, luangkan waktu lebih baik lagi dengan mendekati Al Qur’an, membaca terjemahan, berzikir , baik sangka dan istiqamah In shaa Allah mudah-mudahan rahmat kasih sayang Allah akan menjaga dan memberikan rasa aman, selamat dan tenteram yang dirindui.

Secara spontan Puan A mengakui yang beliau telah lama tidak menunaikan solat, kalaupun ada culas selalu.  Jujur sebagai saudara Muslim saya merasa sedih, kasihan apabila mendengarnya…

Saya : Sakit bukan tiket kita untuk layak meninggalkan Allah Puan…malah untuk lebih hampir lagi padaNya. Jika berlanjutan dibiarkan ini dah semacam JEMPUT @ TERNAK syaitan nie Puan sebab itulah juga hati pun menjadi resah, gelisah , tidak tenteram.

Puan A : tak tahulah Puan A tapi saya memang rasa tak boleh solat

Tanpa lebih panjang mengatur ayat ; saya kongsikan untuk beliau satu KLIP VIDEO yang sangat menarik yang mampu memberi jawapan dan mudah-mudahan mampu menjadi PENAWAR , PETUNJUK yang bahagia buat beliau. Allah tak pernah jauh…Dia tak pernah meninggalkan kita…kasih sayangNya sangat hebat dan luar biasa. Detik hati terus mendoakan semoga Puan A mampu membina kekuatan dan keyakinan untuk kembali menghubungkan diri dengan Allah swt dan beroleh HIKMAH atas ujian dan takdir yang berlaku.

“Allah Ya Allah! Yang Maha Mendengar setiap rintihan dan impian hati tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan kemenangan dan kejayaan yang dapat mendekatkan kami pada syurgaMu Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang bahagia mentaatiMu, menjagaMu, mensyukuri pemberianMu serta menjauhi segala laranganMu. Sesungguhnya kami lemah Ya Allah, tidak berdaya tanpa bantuan dan kekuatan dariMu…Aamiin Ya Rabbal Alamin!”

 

Tips Menjemput Ketenangan

1. Membaca Yassin dan Al Qur’an

Saya masih ingat lagi saat-saat sulit dan mencabar inilah salah satu sumber ketenangan, kekuatan dan kebahagian serta keyakinan saya menusuri takdir dan rencana Allah swt. Alhamdulillah keindahan dan keajaiban rasa itu sungguh menenangkan. Hilang, tenggelam, lari, bersepai semua rasa kalut-kalut, takut, sedih, suspen yang hadir. Subhanallah…Allahu Akbar…sungguh benar ujian Allah itu membuatkan saya lebih jatuh cinta dengan Ayat-ayat Cinta yang sungguh menakjubkan ini.

Miracle!…Hebat sungguh…sakit tak sembuh sembuh walau ke Pakar saya cabar diri saya baca Al Qur’an tingkatkan dose…tak sampai 3 hari sakit yang selama beberapa bulan menganggu hilang pergi sekelip mata.   Hati resah anak dalam kelas exam…lagi sekali Bacaan Yassin dan Al Qur’an membawa khabar bahagia…Alhamdulillah, balik sekolah sengih-sengih anak-anak balik sekolah.

Ibu : How’s your exam, kakak?

Kakak : Ok ibu, soalan yang akak study last minute semala sebijik keluar nasib baiklah kakak study banyak soalan dari buku kuningtu. (phewww lega syukur ibu mendengarnya)

Dan si abang pula

Ibu : How’s your exam, abang?

Abang : Ok ibu, senang Erman boleh jawab. (sambil mempamerkan wajah ceria dan happynya)

 

2) Tahajud

Usahakanlah diri untuk menghidupkan malam. Disinilah gerbang keampunan …gerbang impian yang telah Allah khabarkan mengapa masih memilih angkuh, bertangguh dan nanti.

Sebagaimana Nabi Muhammad saw bersabda: “Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun (ke langit dunia) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” (HR Bukhari dan Muslim).

Ya, tidak dinafi terkadang hati terleka, alpa dan lalai untuk menikmati manis dan bahagianya mentaati Allah namun jangan biar terus mohonlah dengan kerendahan hati supaya dalam perhatian dan pilihan Allah swt untuk kita selalu menjadi hambaNya yang taat. Kemampuan melakukan ibadah juga satu rahmat maka jemputlah ia dengan rasa bahagia dan menginginkannya dari hati, In shaa Allah semoga Allah memakbulkan hasrat hati.

Itu jugalah pengalaman saya…ketika menginap di HDU untuk masalah hyphocalemia…hu hu hu setiap hari pagi, petang kena sedekah darah untuk ikuti perkembangan bacaan potasium alhamdulillah UBAT SPECIALnya Al Qur’an dan tahajudlah apa lagi. Semuanya dengan izinNya…

 

3. Baik Sangka dan Akur Dengan Rencana Allah swt

Bermakna apabila hati teruji bimbang, resah, takut, sedih…relax..tarik nafas dalam-dalam dahului tindakan dengan mencapai Allah swt dahulu. Baik sangka…semua yang Allah telah atur dan siapkan ada HIKMAHNYA, didiklah hati untuk selalu baik sangka. Di sebalik ujian yang hadir ada banyak kemanisan hidup dan kebahagian yang sedang menanti sebenarnya. Lepaskan semua rasa-rasa emosi negatif, tidak keruan, bisikan syaitan yang memperdaya dengan mendekati Allah dan menyerahkan diri padaNya. Why must worry…let Allah yang paling Ohsem dan Terhebat mengatur dan menyelesaikannya. In sha Allah MAGIK  setiap langkah disusun indah , rapi , cantiknya dan tahu-tahu selesai masalah. Lebih pantas kembali dan kuat meletakkan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah swt lebih pantas keindahan dan keajaiban akan ditemukan.

 

4. Jaga Hati…Jaga Lisan…Jaga Fikiran.

Ya tidak dinafikan bila jiwa kacau mulalah bisikan-bisikan halus hadir bukan main aktif macam superhighway …membisik marah, kesal, geram, benci, sedih, terkilan, semua orang salah diri sendiri tak salah, serabut, keliru, runsing semua pun ada. Masa inilah perlu berhati-hati untuk individu yang bijaksana, memilih dan membenarkan bahagia sekiranya usaha dan komitmen serta strategi diri sendiri tidak menjadi dan mebuahkan hasil maka penyelesaian terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan pakar. Sebelum kesakitan yang dialami, kekalutan dan kerunsingan yang menguasai melumpuhkan ruh kehidupan dapatkanlah rawatan sewajarnya. Bukan apa takut-takut kegagalan mengawal emosi, segala rasa pedih, luka, marah, benci dan dendam dilepaskan kepada insan atau individu yang tidak sepatutnya lazimnya yang menjadi mangsa orang yang paling disayangi dan dekat dengan individu tersebutlah sama ada pasangan, ibubapa, anak-anak, adik beradik. Buli, kata nista, kritik, menghina, menyinggung, mencederakan emosi orang lain lagilah nanti dibiarkan lebih lama itu yang tanpa disedari orang lain makin menjauhkan diri dan lantak kaulah…nak ditolong dibantu degil, keras kepala, hati batu, sombong memang Allah sahajalah boleh menolong itupun Allah dan sebut…

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” ~ Surah Ar-Ra’d Ayat 11

 

5. Konflik Di Antara Menerima Kenyataan Realiti Yang Berlaku dan Permainan Emosi juga Fikiran

Ya, tidak dinafikan sebagai manusia yang memiliki hati dan perasaan tidak salah untuk kita merasa sedih, marah, terkilan itu NORMAL malah dari sudut psikologi untuk menjemput kesembuhan yang tulen perasaan sedih itu perlu dirasakan bukan sekadar melarikan diri jauh sekali menafikannya. Apa yang berlaku tanpa ilmu, pendedahan, kemahiran dan bantuan pakar sering sahaja berlaku kelemahan dan kesilapan dalam mengharungi FASA-FASA KRISIS ini. Ramai yang terperangkap tanpa disedari apabila untuk menjadi lebih bahagia, meneruskan kelangsungan hidup kesakitan, penderitaan dan kedukaan semalam dibenamkan dan dicampak jauh-jauh. Dan konsekuen yang lebih parah hanya akan membongkar luka lama yang belum sembuh bila ada isu hari ini terjadi. Ini yang terkadang tindakan dan kawalan emosi menjadi tidak terkawal…segala tingkah laku, perasaan negatif dan ketidakharmonian lalu MUNCUL meragut, merampas dan mengkucar-kacirkan kestabilan kebahagian hari ini.

Conflicts between the mind, and the reality and our failure to accept the reality (i.e. the phase of denial). It is the lack of the inner peace due to our internal conflicts which leads to the external disturbances in our behavior and affects our health.

6. Kesihatan , Kesejahteraan Diri Bersaling Kait Dengan Keharmonian Diri
Tidak dinafikan gaya hidup, amalan pemakanan, riadah , cara kita mengendalikan kehidupan, cabaran dan stress itu sendiri mempunyai korelasi yang sangat menarik dengan kebahagian, kesejahteraan dan tahap kesihatan kita. Salah satu resepi untuk kekal sihat adalah menjalani kehidupan yang bahagia. Walaupun faktor usia barangkali, tidak terlepas diuji dengan penyakit namun In sha Allah hati tidak akan memilih meratap sendu, sedih, menangis dan kecewa sebabnya kita mengerti hidup ini satu ujian, dan diri ini sendiri MILIK Allah swt. Penyerahan diri dan kebahagian hati menjalani hidup akan membuat hati bahagia, harmoni dan ceria selalu. Satu kesyukuran diberi kesempatan untuk terus menikmati hari dan mempersiapkan menuju perjalanan yang abadi.
Sehingga bertemu lagi…Semoga entri ini membantu menjalani kehidupan yang harmoni dan lebih bahagia, namun jika hati masih gelisah dirundung sedih, kelam, kelabu, jerebu, sendu …tidak menentu jangan terus berduka In sha Allah jika hati memilih dan membenarkan bahagia menghadirkan diri jemputlah hubungi saya email ke nurqudrah786@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan sesi temujanji.

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

 

Salam Inspirasi Bahagia!
Hjh Aniz Hj Anwar

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply