Master

Tips Menggapai Impian ~ SPM Perjalanan Masih Jauh

Nota Inspirasi : SPM Perjalanan Masih Jauh
=====================================

Bismillah…

Semalam keputusan SPM yang dinantikan para pelajar dan ibu bapa telahpun diumumkan pastinya merakam berbagai warna emosi ada yang gembira tersenyum puas atas penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Tidak kurang juga pastinya ada tersenyum hambar atau menangis melihatkan keputusan yang diterima.

Dan sejujurnya sejak kebelakangan ini juga saya sendiri banyak menerima whatsapp dan email dari anak anak ini yang berdebar dihambat kebuntuan juga kebimbangan akan respon ibubapa dan tidak kurang juga keliru mencari HALATUJU masa depan mereka.

Disini saya titipkan sedikit nota insprasi ini moga menjadi penguat azam dan semangat untuk terus melakar kejayaan impian anak anak semua. SPM saya duduki tahun 1992 waktu itu masih lagi mengekalkan agreget alhamdulillah untuk keputusan yang saya kira sederhana 17 agreget pangkat 1 SPM berjaya melayakkan diri ke IPTA di selatan tanah air. Nak pilih kursus pun ketika ini masih blur blur ; ayah yang pilihkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengu?usan Hartanah dan Penilaian…sah-sah memang satu dunia pengajian yang asing dan tak glemer ketika itu. Banyak yang diterokai sebenarnya daripada pengajian ini ; dunia undang-undang pemilikan tanah (masak akak 4 tahun mengadap Law tapi redhajerlaakan B+ laa pencapaian terhebat), pembangunan tanah sehinggalah perancangan market study untuk melihat “viablity” atau potensi pasaran , penetapan harga juga kepada penjualan menjadi estate agent dan pelaburan.

Memang awesomelah kalau cita-cita nak kaya dan mewah menjadi Agen Hartanah yang berjaya. Bagi saya secara peribadi ia suatu bidang yang sangat menarik cuma untuk meneruskan ke peringkat yang lebih serius di situ seakan kurang jiwa (tapi satu yang membuat hati melekat pada dunia hartanah ini saya suka tentang nilai estetik juga hiasan dalaman memang menjadi terapilah mencantik dan menghias kediaman nie bagi saya).

Nak dijadikan cerita saya tamat pengajian waktu itu ekonomi sedang merudum agak mencabar untuk mendapat pekerjaan ; selepas berkahwin dan melahirkan anak pertama saya bekerja sebagai receptionist di salah sebuah kilang elektronik di Shah Alam dengan gaji RM1100. Dan disinilah tekanan bermula yang menolak saya menemukan KEKUATAN dan POTENSI JIWA saya yang sebenar.

Saya tekad tidak mahu tersekat di tahap sebegitu…dengan kebenaran dan restu suami dan ibubapa saya memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang psikologi di UPM. Dalam waktu yang sama bekerja , menguruskan keluarga juga waktu itu berjinak-jinak dengan dunia business secara online nyata ia bukan suatu tugas yang mudah tetapi syukur alhamdulillah dengan komitmen dan dorongan semangat keluarga saya mampu mendepani segalanya dengan baik.

Bila dikenang memang boleh tersenyum sendiri ; dengan anak kecil berusia 3 tahun dan 3 bulan memang happening. Adakalanya kekalutan pakai kasut pergi ke pasar sebelah lain sebelah lain pun boleh tak perasan patutlah mata-mata peniaga yang memandang senyumjer dalam hati baiknya hati semua orang…hari nie ramai orang senyum kat aku ( senyum ke hapa Aniz oit dorang sengih tengok ko pakai selipar sebelah lain sebelah lain dah rupa orang MINUS 1 dah tak empuk ). Itu tidak cerita lagi dengan cabaran tak cukup tidur, menyiapkan assignment , menahan sakit kepala migren dan lain-lainnya apapun cuma satu yang menguatkan saya…”lakukan kerana Allah…minta tolong Allah alhamdulillah kuasa tahajud , zikir dan doa restu insan tersayang suami, ibu bapa dan rakan-rakan itulah yang ibarat “tangan Allah” yang menyertai setiap langkah ini.

Maka untuk anak-anak dan para ibubapa yang barangkali diuji dengan sedikit kecewa saat ini USAH sedih berlebih-lebihan…Yes kita manusia normal punya hati dan perasaan kita berhak untuk rasa terkilan, hampa, sedih dan buntu tetapi memadai berikan “ruang seketika yang ADIL” selepas itu BANGKIT kembali , mohon petunjuk dan pertolongan Allah dapatkan bantuan profesional, guru kaunselor di sekolah untuk membantu halatuju bidang yang bertepatan dan terbaik dalam ruang potensi, MINAT dan kelebihan serta jiwa anak-anak.

Tips Pemilihan Bidang Pengajian

Yang paling penting pemilihan bidang itu biarlah bersesuaian dengan 1.Minat 2.Potensi dan 3.Personaliti. Ada Analisis Psikometriks yang khusus pun untuk mengenalpasti bidang pengajian dan kerjaya yang paling tepat In sha Allah. Jangan bazirkan masa untuk memenuhi permintaan ataupun tekanan sekeliling dalam memilih kursus ataupun kerjaya RISIKO bila belajar atau bekerja nanti kurang jiwa…tak best…takde soul…NO PASSIONATE dan bila no passionate boleh menjemput stress bila stress hidup tak happy senang sakit (memacamlah sakitnyakan sakit hati / sakit mata / sakit fizikal hu hu hu …senang pula nanti tanpa sedar menstresskan orang lain maki hamun, tengking herdik, panas baran sesedap rasa, mendera tak sengaja ho ho ho Jangan buat hal ! #makayah please be nice to your kids and let them choose their own happiness nak nak dalam pengajian dan kerjaya ini.

Harap maklum di masa akan datang secara rasionalnya 8 jam paling minima mereka perlu mengadap bidang yang dipilihnya hari ini kalau bidang membuatkan mereka gembira alhamdulillah kita juga boleh tumpang gembira dengan kemajuan dan kecemerlangan serta kebahagian mereka. Jika sebaliknya ermmm bolehlaa bayangkan sendiri …

Ingat anak-anak, adik adik semua perjalanan masih jauh…sekali gagal atau teruji bukan beerti kita harus akur memilih mengalah melainkan BERANILAH untuk memburu dan menggenggam IMPIAN DIRI. Redha Allah setiap langkah , restu ibu dan ayah juga keazaman, komitmen dan kebenaran diri untuk melakar kejayaan itulah TIKET yang harus dibenarkan menyertai mengiringi setiap langkah perjalanan ini. Allah swt tak pernah zalim…KUNCI kejayaan dan kebahagian hidup kita bukan orang lain yang boleh menentukannya melainkan diri kita sendiri.

“Don’t ever let somebody tell you can’t do something NOT even me. If you have a dream…you gotta protect it. People can’t do something themselves ; they wanna tell you you can”t do it…If you want something GO GET IT. PERIOD ~ The Pursuit Of Happiness

#andbythewayDONTAFRAIDtobedifrrentfromothers #findyourownpath #findyourhappiness #mayAllahbewithyou
#Mozac8892 #hostellife

Hjh Aniz Hj Anwar
Kaunselor / Life Coach
www.anizanwar.com

Facebook comments:

comments

Healing 2
sweet talk

Leave a Reply