Tips Menangani Ujian Kehidupan @ Stress

==================================
Tips menghadapi ujian dalam kehidupan @ Stress
==================================

Bismillah…

Ramai yang hadir menjalani kaunseling membawa ujian sarat yang mencalar rasa…dengan pelbagai isu dan konflik ada ketika diakui sangat melelahkan. Kitaran ketidakharmonian, benci, sakit hati, sayang, rindu, cinta, terkilan, hampa dan kecewa sememang diakui akan membuatkan individu merasa lemah…pudar kepercayaan diri, keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup. Malah tidak kurang juga terkadang amanah, rasa cinta dan sayang mampu bertukar menjadi beban yang melemas dan merimaskan khususnya dalam melayari bahtera rumahtangga. Emmm macam mana nak buattu???

===> Tidak lain dan tidak bukan pastinya dengan MEMPERHEBATKAN ALLAH SWT…Dia pemilik segala…mohonlah dengan kerendahan hati agar diberikan solusi, penawar dan petunjuk yang dapat memimpin diri mengatasi ujian yang hadir. Setiap yang berlaku tidak sia-sia pasti ada HIKMAH untuk dipelajari.

===> Mengakui kehambaan diri dan “surrender to Him”. Akan ada ketika memang kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa…nothing works! Disitulah Allah swt ingin menyampaikan Isyarat dan Sentuhan Kasihnya…perlu akur dengan takdirKU untukmu hambaKU! Carilah Allah…tanpa sedar juga seringkali ujian jugalah yang mampu menarik dan membawa kita kembali kepada Allah kerana sifat kita cenderung mudah lupa…adakalanya kita angkuh, sombong, riak dan meninggi diri lebih lebih lagi dengan Allah…dengan segala anugerah titipan Ilahi kita lupa kita hanya hamba…hamba yang sememangnya tidak punya daya dan apa-apa melainkan semuanya pinjaman sementara dariNya.

====> Besarkan Cinta Akhirat dan Syurga Allah. Hanya dengan jalan mencintai kehidupan yang kekal abadi ini mampu menjadi sinergi yang akan menghadiah ANDA kekuatan, keyakinan dan kebahagian untuk menghadapi cabaran dan meneruskan kehidupan. Namun untuk sampai ke tahap ini ia agak sukar untuk dicapai jika sekadar berjalan tanpa ILMU…ilmu untuk menyembuhkan diri…ilmu untuk menjemput impian in shaa Allah dengan berguru dan displin serta keberanian juga kejujuran untuk bahagia, sejahtera, sukses mudah-mudahan perjalanan akan lebih pantas dan mudah.

=====> Terima Kasih Untuk Semalam…Guru Tanpa Suara Tetapi Sangat Mengajarkan. Ucap syukur atas kesedihan, ucap syukur atas penderitaan , ucap syukur atas penganiayaan, ucap syukur atas kegagalan…Mana mungkin kita akan mampu menikmati Senyuman hari ini jika kita tidak pernah bersedih, menangis, sayu…mana mungkin kitabakan lebih menghargai kejayaan dan kemenangan andai kita tidak pernah kecewa atau gagal. Ketahui semua TAKDIR dan TADBIR Allah swt adalah YANg TERBAIK kerana lantaran ini semualah yang MENYIAPKAN diri kita untuk hari ini dan akan datang yang lebih gemilang. Dengan satu syarat kita sendiri memilih dan membenarkan kebahagian itu, kejayaan itu, kemenangan dan IMPIAN itu hadir dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, kejujuran dan RUH untuk menikmatinya dengan kuasa TINDAKAN serta POTENSI yang dimiliki.

Dan akhir sekali SELAMAT TINGGAL SEMALAM DAN SELAMAT DATANG HARI YANG BARU…Penuh senyuman…penuh kesyukuran!

Facebook comments:

comments

Leave a Reply