Tragedi Susu Ibu

Tips Menangani Trauma Post Natal Depression

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kelahiran zuriat begitulah Puan Maya (bukan nama sebenar) ; anak merupakan penyeri rumahtangga memberi keceriaan dan kebahagian buat kedua orang tuanya. Alhamdulillah 10 tahun mendirikan perkahwinan kini Puan Maya hamil anak keempat namun berita kehamilannya kali ini bukanlah sesuatu perkara yang menggembirakannya. Dengan cabaran ekonomi suami yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, beban tugas kerjaya , tugasan rumahtangga dan kebajikan anak-anak semuanya berlegar menghantui diri Puan Maya. Segala pengalaman silam melalui post natal depression anak ketiga 4 tahun tiba-tiba terasa segar dan kuat dalam ingatan beliau. Rasa takut, bimbang, trauma untuk melalui segala penat lelah menjaga bayi, menguruskan rumahtangga dan menjaga kebajikan keluarga juga kerjaya semuanya bagai satu kejutan yang amat berat untuk ditangani saat ini ; sehingga beliau terfikir untuk menggugurkan sahaja kandungannya itu namun beliau sedar ia satu tindakan yang salah di sisi agama lantas mengenepikan sahaja solusi itu.

Dan hari ini pula kita dikejutkan dengan berita di akhbar seorang ibu yang baru melahirkan tekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 26 kerana gagal menyusui bayinya. Isu yang barangkali sangat remeh untuk segelintir daripada kita tetapi tidak bagi yang lain, ujian Allah swt itu berbeza-beza mudah-mudahan TIPS ringkas ini mampu membantu pasangan khususnya para isteri juga ibu berhadapan dengan cabaran post natal depression. Apakah symptomnya dan apakah TIPS mengatasinya , semoga entri petang ini dapat membantu.

Kenali Symptom Post Natal Depression :

1. Merasa tertekan dengan emosi yang tidak menentu dan tidak kurang juga kerap menangis.

2. Rasa marah, sedih, keliru dan kecewa terhadap diri sendiri yang tidak pantas menguruskan diri dan bayi yang baru dilahirkan.

3. Tubuh merasa letih, tidak bermaya dan lesu tidak bersemangat.

4. Sukar untuk berfikir, memberi tumpuan dan membuat keputusan.

5. Menghadapi masalah insomnia ataupun sebaliknya terlalu kerap tidur.

6. Mempunyai pemikiran yang tidak rasional untuk mencederakan diri dan juga bayi.

7. Sensitif dan marah yang bersangatan dengan suasana dan juga keadaan sekeliling.

8. Dibayangi rasa bimbang, takut dan celaru yang keterlaluan.

9. Khuatir dan bimbang dilabel sebagai ibu yang tidak baik.

10. Dan untuk peringkat kemurungan yang lebih serius pemikiran mahupun ide tentang kematian dan membunuh diri sering berlegar-legar dan bermain di minda.

 

Tips dan Panduan Menangani Post Natal Depression :

1. Dapatkan bantuan dan sokongan pasangan, keluarga dalam berhadapan cabaran baru khususnya penjagaan diri, proses berpantang dan penjagaan bayi.

2. Perbincangan berkaitan pembahagian tugasan rumahtangga, meringankan beban isteri sama ada mendapatkan bantuan keluarga terdekat mahupun pembantu mudah-mudahan dapat menyediakan ruang keyakinan kepada ibu untuk berhadapan dengan suasana baru.

3. Dapatkan istirehat yang cukup bagi memastikan tahap kecergasan berada di dalam keadaan baik untuk menjaga bayi.

4. Pastikan pengamalan makanan serta nutrisi yang sihat bagi membantu proses penyembuhan diri.

5. Merujuk mereka yang lebih berpangalaman, rakan , support grup dalam membantu sebarang kemusyikilan dan pertanyaan yang mungkin hadir khususnya dalam menangani ragam bayi yang mungkin berbeza daripada kelahiran yang sebelum ini.

6. Sediakan ruang diri khususnya bersama pasangan untuk meluahkan emosi yang barangkali mungkin terganggu khususnya dalam fasa awal penyesuaian kehadiran ahli baru. Sokongan moral berupa kata-kata nasihat, perangsang, kerjasama, prihatin, mengambil berat, ringan tulang menolong ibu dan juga isteri dapat membantu meredakan keadaan dan membantu penyembuhan ibu-ibu yang diuji dengan isu post natal depression ini.

7. Suasana yang harmonis, support sistem yang erat dari insan sekeliling berupaya membantu para ibu yang teruji dengan cabaran post natal depression ini.

8. Kelahiran merupakan suatu pengalaman baru bagi pasangan juga ahli keluarga yang lain maka kerjasama dan toleransi akan menjadi suatu pengalaman yang amat beharga khususnya buat para ibu yang dalam proses pembelajaran.

9.  Sebagai ibu kesihatan yang baik amat perlu untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan. Hindari daripada memaksa diri untuk melakukan perkara yang tidak perlu kerana secara tidak langsung ia boleh memberi tekanan kepada fizikal yang masih lemah dan memerlukan masa untuk proses penyembuhan.

10. Malah tidak salah sebenarnya untuk si ibu menangis tetapi janganlah sampai ia bersangatan sehingga menganggu produktiviti harian. Menurut Dr. Kimberley Zittel, Assoc iate Professor di SUNY Buffalo yang juga merupakan penulis Postpartum Mood Disorders: A Guide for Medical, Mental Health and Other Support Providers menyatakan saat para ibu mengandung berlaku perubahan horman yang amat ketara dengan menangis ibu dapat membantumengeluar dan mengimbangi kembali horman yang berlebihan agar ianya dapat berperanan kembali normal seperti sediakala.

Sekiranya symptom-symptom dan gejala post natal depression ini berlanjutan sila dapatkan rawatan dan rujukan pakar, mengambil remeh dan membiarkan gejala negatif pemikiran juga emosi yang tidak rasional berlanjutan boleh mengakibatkan implikasi yang serius. Menurut kajian yang dilakukan , ibu yang terlibat di dalam isu post natal depression mempunyai kecenderungan untuk tidak berupaya mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dan jalinan kasih sayang yang baik dengan si anak. Bantuan pakar dan sesi terapi diharap dapat membantu si ibu juga keluarga menangani cabaran ini dengan lebih sistematik dan terpelihara daripada terjebak dengan gejala kemurungan yang kronik dan mencemaskan.

Kupasan dan tips ringkas ini diharap dapat membantu In sha Allah!

Sehingga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi & Kasih Sayang ;

Hjh Aniz Hj Anwar

————————–

Untuk temujanji dan respon yang pantas sila whatsapp/telegram ke 012.391.5362

 

 

Facebook comments:

comments

breaking inside
Find Allah

Leave a Reply