Healing 2

Tips Bangkit Menjemput Kesembuhan

The Journey Of Recovery…
========================

Bismillah…

Lebih 10 tahun mengendalikan klinik kaunseling pelbagai warna dan kisah yang ditemukan. Ada yang ditakdirkan Ilahi melalui PROSES kesembuhan yang sangat mudah dan ada pula yang melalui proses penyembuhan yang sedikit mencabar. Pasti ada tertanya APAKAH ciri yang membezakan kelancaran dan kejayaan kesembuhan dan kesejahteraan diri yang amazing ?

Disini saya kongsikan TIPS & INSPIRASI untuk menjemput kesembuhan yang total atau istilah psikolgi “self acceptance” :

1. Kenalpasti ISU yang hadir & apakah yang sering membayangi serta menghantui individu daripada beroleh ketenangan diri??

2. Apakah PUNCA yang sering menjadi “trigger” emosi atau pemikiran negatif yang hadir?

3. Adakah ia BERKAITAN bersaling kait dengan pengalaman / trauma / memori silam yang mengganggu?

4. Kenalpasti halatuju dan IMPIAN diri? Apakah yang sering “menghambat” atau menarik individu dari terus melangkah dan menggapai impiannya.

5. Apakah ANDA benar-benar dalam keadaan bersedia untuk membenarkan diri anda bahagia atau sebaliknya?

* Kebenaran diri dan TIKET ini sangat-sangat penting tanpa kebenaran “permission from within” ini nescaya perjalanan kesembuhan akan menjadi sukar dan melelahkan. Maka jangan terkejut individu akan mudah terperangkap dalam “pattern” permasalahan dan kesakitan yang sama.

6. Kebenaran dan KOMITMEN individu untuk kembali menikmati ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan dirinya adalah titik mula penerokaan khazanah dirinya yang lebih jauh beharga dan bermakna.

Jangan benarkan peperangan diri dan konflik terus berlegar dan memudaratkan impian bahagia yang diidamkan.

Sesungguhnya MUSUH yang paling ganas itu bukannya orang lain melainkan DIRI KITA sendiri….itulah pesanan guru saya kebijaksanaan dan kemampuan kita memenangi dan menguasainya itulah HADIAH yang terindah buat diri kita.

STOP Blaming Others !!! And take responsiblity…bertanggungjawab dan AMANAH dengan kehidupan kita mudah-mudahan kejujuran dan keberanian akan mengiringi untuk menamatkan peperangan dan konflik yang dialami.

7.Orang lain TAK BOLEH nak tolong kita…jika kita sendiri tak nak cuba dan benarkan diri kita tolong diri kita.

In sha Allah jika semua ini MAMPU dijawab dengan baik…maka usahakanlah membawa diri menjemput bahagia…dapatkan rawatan dan pertolongan usah berseorangan…keharmonian…kesembuhan dan kebahagian mampu menjadi milik kita ANDAI kita memilih dan membenarkannya.

Usah terus-terusan berperang dengan takdir Allah…kasihani diri…sayangi diri.

Remember we always have a choice…be wise untuk dunia dan akhirat yang lebih bahagia dan diredhai In sha Allah.

Akur hidup ini untuk diuji…akur sebagai hamba Allah kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan.

Belajar MEMAAFKAN kesilapan diri

Belajar MEMAAFKAN insan yang ditakdirkan menduga perjalanan kita semata-mata kerana Allah dan syurga impian.

Serahkan sahaja kesaksian dan keadilan Allah swt menguruskan segala. Mudah-mudahan untuk kembali terhibur dengan segala nikmat dan pinjaman Allah akan terasa lebih bermakna lagi kemanisan dan keindahannya.

Sesungguhnya dunia bukan tempat kita…usah berlebih-lebihan membenarkan diri dukacita kerananya.

Salam Inspirasi ;

Hjh Aniz Hj Anwar
www.anizanwar.com

Facebook comments:

comments

Komitmen
Master

Leave a Reply