Testimoni : Jemput Rezeki Dengan Ikhlas dan Redha

Bismillah…

Hujung minggu yang lalu saya sempat bertemu dengan salah seorang klien saya Pn Nani, beliau bertemu dengan saya atas saranan sepupu beliau yang terpanggil untuk melihat Pn Nani kembali bangkit, ceria dan bahagia setelah pemergian arwah suaminya. Alhamdulillah bermula dengan menghadiri program Life Coaching berkumpulan disusuli 2 sesi secara personal…Subhanallah! Allahu Akbar…menerima khabar terkini dari beliau saya tumpang bahagia dan tersenyum.

Kisah ini beliau mohon saya panjangkan mudah-mudahan mampu menjadi INSPIRASI sesungguhnya kasih sayang Allah swt sangat luas…dalam setiap langkah ada DIA yang setia selalu menemani dan mengiringi. Diakui bukan mudah untuk melepaskan pergi insan tersayang yang pernah menjadi penghibur, penguat semangat dan teman yang sangat setia menemani perjalanan. Pemergian suami menyahut panggilan Ilahi dalam suasana yang tidak pernah terduga hanya mengadu tak selesa badan…resah…berat nafasnya sememangnya amat mendukacita Pn Nani.

Separuh nyawanya pergi…namun mujurlah arwah telah mempersiapkan bekalan yang terbaik untuk waris yang ditinggalkan seolahnya dia telah tahu yang dia akan pergi jauh dan tidak akan kembali. Hampir setahun lebih Pn Nani berjuang mengubat diri, mencari penawar dan terus menerus berdoa. Tahun lalu beliau menunaikan umrah ditemani mertua juga 2 orang cahaya cintanya yang comel, sedikit sebanyak keajaiban dan kesaksian kasih sayang Allah serta penawar ditemukan. Bagai disusun rapi pentadbiran Allah Yang Maha Hebat…saat mengerjakan umrah menyorong stroller untuk anaknya yang berumur 3 tahun sambil memimpin si kakak yang 6 tahun si adik pasti akan tertidur saat memulakan tawaf dan automatis saat Saie terjaga semula….Subhanallah! Allahu Akbar…

Sekembali umrah doa yang termakbul …kasih Allah menjawab permintaan hatinya yang tercari-cari sumber kekuatan dan penawar diri alhamdulillah kami dipertemukan. Hampir 3 bulan lebih saya membimbing dan menusuri pengalaman hati Pn Nani dan hari ini sebagai guru dan saudara Muslim saya merasa bersyukur, alhamdulillah segala ilmu, kemahiran dan pengetahuan dimanfaatkan.

Ganjaran ikhlas, redha dan berlapang dada ; siapa sangka khabar terkini rezeki sebagai seorang Pakar dalam industri Food Technologist beliau berjaya mendapat kontrak yang memberi senyuman di hatinya. Gerak hati intuisi ilmu istiharah yang diajarkan sebelum memutuskan diri untuk berhenti makan gaji awal tahun ini demi kebajikan anak-anak yang dikasihi tidak sia sia.

Saya : Benarkan pesanan kak aniz, ganjaran ikhlas, redha…Allahu Akbar! Tengok siapa sangka…rezeki yang datang mencari kita…bukan sikit pula tu belasan ribu…sambil bahagia tengok anak membesar di depan mata…hebatkan Allah?

Pn Nani : Senyuman yang menguntum bahagia…mengiyakan TANDA SETUJU…betul kak aniz rezeki kalinie saya tak cari pun sebenarnya orang yang recommend cari saya sebab nak formulatekan produk baru mereka. Ustaz femes nak buat produk untuk companynya.

Saya : Alhamdulillah…syukur Nani, rezeki anak-anak…

Sekali lagi…Wahhh! Subhanallah…segala puji bagi Allah Pemilik segalaNya…apabila hati setulus percaya dan berserah, ikhlas …tidak pernah jemu ditemani ilmu yang percaya…mudah tak susah sebenarnya menjalani takdir Allah…semua Allah dah siapkan! Hebatttt…Ohsem sungguh Allah kitakan…(dalam hati turut berbunga keriangan melihat wajah yang sugul kini berseri, ceria dan bercahaya…Sekali lagi TERIMA KASIH Ya Rabb atas anugerah perjalanan ini..hamba bersyukur sesungguhnya! )

~~~~~~~~~
” Bukankah Kami ( Allah ) telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami (Allah) telah menghilangkan daripadamu bebanmu Dan yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggalkan bagimu sebutan Namamu. Maka sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan. Maka apabila telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah sungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada TuhanMu-lah hendaknya kamu berharap ” ~ Surah Insyirah

????Saya Hjh Aniz Hj Anwar seorang kaunselor juga Life Coach yang membawa pengalaman hati , tips dan bimbingan resepi kehidupan untuk menemukan kebahagian, keindahan , kesyukuran dan kesaksian kasih sayang Allah…Rahmat Allah tidak akan meluncur laju bilamana kita sendiri menolaknya…apabila hati terpimpin, disuntik untuk memilih dan menjemput bahagia maka sambutlah ISYARAT Allah itu tanpa berbelah bahagi ; benarkanlah rahmat dan kasih sayang hadir menyembuh sepenuh jiwa…In sha Allah kebahagian dan kemanisan hidup pasti mampu ditemukan.????

=====================
Untuk sebarang makluman, pertanyaan dan temujanji sila sms/whatsapp terus ke 012.391.5362 untuk respon yang pantas.

Facebook comments:

comments

Leave a Reply