Bismillah…
Wahh! Rindu rasanya lebih 3 minggu menyepi diri alhamdulillah kini kembali menarikan bicara tanpa suara. Pasang surut, suka duka , debar , bahagia dan teruja itulah sebahagian warna-warni kehidupan. Kesibukan melayari kehidupan berumahtangga, mengurus kerjaya dan perniagaan tup-tup Allah kasi ” istirehat” sebentar…he he he sib baik sebentar ya! Ingatkan tenang sejahtera sudahhh al maklum suspen juga kali kedua selepas 6 tahun diuji dengan serangan denggi nak pulak denggi berdarah hanya Allah yang tahu monolog diri yang berkisar saat diuji ini. Bagaimana nanti ayah, anak-anak dan suami hu hu hu wasiat pun tak sempat buat lagi…
Subhanallah! Rupa-rupanya di sebalik ujian dan “hiburan” yang hadir satu persatu Allah kirimkan HADIAH dan antara yg sangat BEHARGA adalah ilmu penyembuhan diri yang dipelajari bersama Dato Dr Noordin Darus dan EFT yang diterokai. Hanya kesyukuran dipanjatkan atas ANUGERAH ini! Plalet darah saya jatuh agak teruk kalinie hingga ke paras 20 berbanding paras normal 100 dan ke atas. Banyak sekali ilmu yang dipelajari jika dahulu saya hanya tahu kesan serangan denggi berdarah boleh mengakibatkan leukumia dan kematian kali ini kesan ujian yang saya sendiri alami iaitu bengkak hati. Patutlah saat demam teruk saya lihat mata sayanie apa pasal warnanya kuning dan keruh dan apabila baring ingin mengiring ke kiri dan ke kanan sangat tidak selesa rupa-rupanya kesan virus denggi juga boleh mengakibatkan kerosakan organ dalaman yang teruk.
Terima kasih kepada Dr Rashidi dari DEMC penerangan dan pemantauan yang diberikan sangat memuaskan hati sebagai Dr pakar beliau sendiri mengakui salah satu elemen PALING PENTING dalam penyembuhan adalah semangat, motivasi dalaman untuk bangkit dan sembuh. Perubatan moden yang disulami dengan “dadah berlesen” bukanlah satu pilihan yang bijak he he he kata Dr Rashidi macam ambil tepung gandum shj baik tak perlu dan alhamdulillah sepanjang di DEMC hanya air garam yang berpuluhan botol dimasukkan untuk mengelakkan masalah dehidrasi walaupun batuk dan selsema teman setia ~ macam faham-faham pula Dr Rashidi kalau tak betul-betul sakit sangatlah TIDAK SUKA saya menelan “dadah berlesen”. Mengikut pandangan pakar kesan denggi yang dialami memerlukan 4 minggu hingga 6 minggu untuk tubuh kembali berada pada paras stabil dan NORMAL namun syukur ke hadrat Ilahi dengan mengamalkan terapi MiFiRo, zikir, munajat dan EFT saya pun terkejut sebenarnya apatah lagi Dr yang merawat dalam tempoh 2 minggu tubuh mula menunjukkan KESAN POSITIF dan pemulihan yang pantas.
Kenangan Denggi April 2006
Jika lewat 6 tahun lalu plalet terendah saya 70 waktu itu mengambilmasa lebih kurang 4 bulan untuk kembali stabil hingga secara jujur harus saya akui salah satu punca saya meletak jawatan selain faktor meneruskan INTERNSHIP KAUNSELING sebenarnya adalah kondisi kesihatan saya yang tidak stabil. Selama sebulan selepas ujian denggi saya mudah penat,on and off MC, mudah rasa macam nak pitam dan sehingga berjalan turun naik tangga kediaman saya pun saya terasa sangat-sangat melelahkan. Ingat lagi selepas 4 bulan pun kesan denggi masih menghantui saya, saat melapor diri untuk internship berjalan tidaklaa sampai 200 meter dari parking lot ke pejabat internship saya boleh rasa tak berdaya sangat dan duduk sebentar di atas kerusi sebelum meneruskan perjalanan. Betul-betul rasa macam dah “kertu” ya ampun rasa malu pada diri sendiri dan arwah ibu juga ayah yang jauh lebih berumur yang jauh lebih bertenaga dan sihat dari kita yang kononnya masih muda. Rupa-rupanya perencanaan Allah Maha Hebat saat inilah Allah kasi can buat detik-detik terakhir saya ingin menikmati kasih sayang arwah ibu sebelum saya pula menggalas tanggungjawab membelainya dengan penuh kasih sayang bila tahun yang sama di penghujungnya arwah ibu pula sah diagnosed kanser paru-paru peringkat advance…is a terminal desease! Masa tak lama hanya 2 hingga 4 bulan tempoh diberi mengikut Dr yang merawatnya namun alhamdulillah RAHMAT Allah mengatasi segalanya hampir setahun kami melaluinya KEINDAHAN bersama-sama sebelum arwah ibu dijemput pulang.
Seperkara lagi YANG TURUT saya belajar dari pengalaman denggi berdarah kali ini rupa-rupanya ~ nyamuk aedesnie pun PANDAI MENJEJAK KASIH alkisahnya nyamuk aedes ini mempunyai KECENDERUNGAN untuk menyerang individu yang TELAH ADA HISTORY DENGGI…Emm ~ sejauhmana KENYATAAN ini saya tidak pasti tetapi mengikut pengalaman rakan-rakan ayah yang anaknya mempunyai sejarah denggi TURUT memperakui KEBENARAN ini…hu hu hu kurang asam punya nyamuk suka-suka ati ko JEJAK KASIH ya…rasa macam nak tercabut nyawa HILANG DERIA jadi mamoon sebentar dunia dibuatnya gara-gara JEJAK KASIHMU…
Hikmah Ujian Yang Hadir…
Alhamdulillah AGAIN ilmu tanpa diuji TAK REAL laa…macam pergi mengaji tapi tak hadir exam mana nak tahu TAHAP dan “KEINDAHAN PERJUANGAN” dan syukur nyata hebat perencanaan Allah “ILMU SELF HEALING” yang diterokai sangat membantu…To My Wellness Guru Dato Dr Noordin tqvm! Pada abah yang bertungkus-lumus mendoakan kesembuhan anakanda, memasakkan sup ketam + kurma merah, membekalkan segala juice + nutrisi untuk kesembuhan dan menjaga cucu-cucu atok ~ Subhanallah! Jutaan Terima Kasih Yg Tidak Terhingga Abah – rasa sedih plak bila abah yang jaga kita besar harapan & DOA dapat berikan YANG TERBAIK juga utk kebajikan abah semoga Allah memakbulkan impian ini almaklum anak tunggal cam ghinilaa “budaya yg diterapkan” GIVING OUR VERY BEST in everyway that we can to deliver and show OUR LOVED & CARES, insyaallah! Pada suami yang setia menjaga diri ini dan mengurus anak khususnya Little Prof. Muiz Hakiem TERIMA KASIH Sayangku ucap padaMu!!! 🙂 He He He tak sangka plak our anniversary Yang Ke 12 sempena Maulidur Rasul disambut together-gether receiving HADIAH BEST from Allah bermula percutian to KK hinggalah DEMC….Insyaallah LEBIH HEBAT HADIAH-HADIAH yang menanti selepas ini, Amin Ya Rabb!
Akhir sekali tak lupa buat para sahabat yang dikasihi TERIMA KASIH atas kiriman sms bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan saya. Sesungguhnya KALIANLAH INSPIRASI saya untuk terus bangkit dan sembuh dengan lebih pantas…
Anugerah dan perjalanan yang SANGAT MENGHIBURKAN…Terima kasih Allah! Kasih SayangMu Cukup LUAR BIASA….Love Life…LIVE Life!! Magnificient Continue… 🙂
Salam Rahmat!
Leave a Reply