Alhamdulillah…
Jumpa lagi, insyaAllah hari ini saya akan berkongsi tentang SEBAHAGIAN lagi ilmu terapi diri aka self healing yang cukup mudah. Malah bukan sahaja terapi diri tetapi juga terapi kehidupan itu sendiri dimana sebahagian KUNCI untuk menjemput lebih banyak keindahan dan kebahagiaan dalam kehidupan, insyaAllah.
Apa Itu Serotonin?
Sebut tentang hormon serotonin mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang kurang tahu, sebelum saya membawa kisah selanjutnya izinkan saya menerangkan APA ITU SEROTONIN?? Serotonin adalah sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan pemikiran yang tidak rasional.Secara tidak langsung keperluan kepada hormon serotonin ini MAMPU membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu tetapi jika kekurangan serotonin, seseorang itu akan menjadi kemurungan, sentiasa bersedih, mudah tersinggung dan selalu marah-marah. Haa…kekawan yang membaca artikel ini ada yang MARAH-MARAH ker??? Ohhh jangan gitu ya cepat marah, mudah tersinggung dan tersentap tak molek…hu hu hu nanti kehidupan harus juga tersentap dan terhenti TAK HAPPENING…kan kurang besttu…mandom…suram…sebu (macam perut sebu gastrik…haa niepun salah satu SIGNAL stress ; kehidupan yang terbeban menyebabkan tubuh menjadi asidic )…emosi sakit, minda sakit akhirnya boleh terjelma menerusi fizikal tubuh. Makanya semua ini ada kaitannya…
Nah! Nampak tak…bila emosi sakit, minda berekecaramuk…hormon serotonin merosot namun jeng jeng jeng…ADA BERITA GEMBIRA selain mendapatkan ANTI DEPRESSI yang mengandungi hormon serotonin dan preskripsi Doktor mahupun Pakar Psiaktris ada KAEDAH YANG LEBIH PERCUMA dan PANTAS…iaitu dengan MAKAN. He He He…sudah menjadi kelazimankan dan budaya asal stress individu CENDERUNG untuk mengalihkan kesedihan, tekanan, geram, marah, tak puas hati, terkilan, kecewa dan sebagainya dengan mencari MAKANAN. Terdapat beberapa jenis makanan sebenarnya yang dikenalpasti mampu meningkatkan kandungan ataupun paras hormon serotonin di dalam tubuh antaranya karbohidrat, cili @ makanan yang pedas, makanan yang manis seperti ais krim, kek, coklat, pisang dan sebagaina. Apapun HARUS DIINGAT para sahabat BIJAKSANA dalam mengalihkan kesedihan mahupun tekanan yang anda alami kepada makanan JANGAN SAMPAI PULA terlupa diri mengundang SATU LAGI masalah dalam perjalanan iaitu masalah obesiti , kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, kolesterol , ketidakseimbangan hormon dan sebagainya gara-gara punya syokkk merawat diri dengan terapi makanan he he he…JUJUR, BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB sekiranya dirasakan perlu mendapatkan bantuan pakar untuk menguruskan masalah dalaman mahupun tekanan yang dialami makanya JANGAN MALU-MALU ataupun BERTANGGUH ya takut-takut macam komentar para klien saya “Puan Aniz tahu, masalah berat badan saya nie SAMA NAIK dengan BERAT BADAN saya apatidaknya saya stress, saya belajar buat kek lepastu saya masak dan selepas itu SAYA MAKAN…so sekarang saya DAH SEDAR saya stop sekejap sebab itulah saya datang berjumpa Puan”…~ itulah sebahagian warna-warni kehidupan yang seringkali juga membuatkan saya terhibur.
The Miracles Of Giving
Ada lagi satu RAHSIA yang cukup mudah, pantas dan LEBIH SELAMAT untuk meningkatkan hormon serotonin ini ; saya juga tidak pernah menduga tetapi begitulah HEBATNYA KASIH ALLAH membantu perjalanan hambaNYA yang ikhlas memberi dan membantu insan lain yang memerlukan. Tahukah para sahabat dengan berbuat kebaikan, membantu juga membahagiakan insan lain anda mampu menjadi LEBIH SIHAT & BAHAGIA???
Kajian sains telah membuktikan dengan melakukan kebaikan, memiliki hati yang murni, bersih dan ikhlas untuk saling bergandingan , membantu juga meringankan beban insan lain bukan sahaja MAMPU meningkatkan hormon serotonin ataupun hormon KEGEMBIRAAN di dalam tubuh insan yang dibantu tetapi juga hormon serotonin kita juga. Terapi hormon yang PERCUMA dihadiahkan dari Ilahi bilamana kita menghubungkan siratulrahim dan berbuat kebaikan. Ianya bukan sahaja mampu menjadi TERAPI TERBAIK untuk kehidupan yang bahagia tetapi insyaAllah untuk kehidupan LEBIH SIHAT, SEJAHTERA & GEMILANG. Apatidaknya HANYA dengan memiliki kehidupan yang sihat, segar, bahagia, ceria, bersemangat dan positif kita insyaAllah mampu MENGUNDANG LEBIH BANYAK LAGI energi-energi positif dan hebat di sekeliling kita.
Makanya para sahabat AWAS ya!!! Jangan benarkan diri lama-lama terbenam dalam emosi negatif yang melelahkan juga beban yang sarat. Berlaku ADILLAH dengan diri anda…usah menzalimi dan mensia-siakan NIKMAT & ANUGERAH yang Allah kirimkan di dalam perjalanan ini. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat tolong diri kita sekiranya kita sendiri TIDAK TEGUH HATI, BERANI , YAKIN dan ISTIQAMAH untuk merubah wajah kehidupan diri kita. Besar harapan saya dengan secebis titipan ilmu yang dikongsikan dengan TERAPI HORMON & KEAJAIBAN MEMBERI ini mampu menjadi INSPIRASI untuk kita saling melengkapi di dalam perjalanan ini. Sebar-sebarkan KEBAIKAN & HIKMAH TERAPI HORMON YANG PERCUMA ini ya…siapa tahu dapat mengukir senyum dan bahagia buat yang membacanya…<3 <3 Hands Together-gether Kita Ke Jannah <3 <3
Ingin BERJAYA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BERJAYA…Ingin BAHAGIA dalam hidup? Bantulah insan lain untuk LEBIH BAHAGIA…Ingin KAYA dalam hidup? Bantulah insan untuk LEBIH KAYA dan akhir sekali INGIN MENIKMATI IMPIAN DIRI? Bantulah insan lain untuk MEMBINA IMPIAN mereka, insyaAllah mudah-mudahan dengan murni kasih dan keindahan ukhwah yang dipanjangkan Allah juga akan mempermudahkan perjalanan kita menikmati IMPIAN yang diidam-idamkan.Janji Allah yang pasti…infaqkanlah masa, tenaga, wang ringgit, doa, buah fikiran, sokongan dalam perjalanan insyaAllah INDAH, HARUM & MANIS pasti akan menanti!Yang pasti HARUS YAKIN dengan JANJI ALLAH…when U believe insyaAllah you will RECEIVED! 🙂
Sehingga bertemu lagi…
Salam Kasih Sayang & Inspirasi daripada saya!
Leave a Reply