Bismillahirrahmanirrahim
Bertemu lagi di entri kali ini untuk mengupas sebahagian lagi RAHSIA PENYEMBUHAN DIRI yang sangat DEKAT dengan kehidupan kita iaitu AIR. Semalam saya berkesempatan untuk melihat secara sepintas lalu rencana tentang air di mana kajian telah dilakukan oleh seorang ilmuwan di Munich yang kagum tentang KEUNIKAN dan keistimewaan air zam zam. Beliau telah mengkaji 2 sampel air iaitu air bersih yang bebas kimia di Munich dan air zam zam. Menerusi sampel ini beliau telah melihat ini KEUNIKAN air zam zam memperlihatkan hadirnya jalur-jalur tenaga. Tahukan para sahabat yang dikasihi Allah dari manakah datangnya jalur-jalur tenaga itu? Ya, ianya datang dari JENIS AIR YANG HIDUP apatah lagi ianya didoakan setiap saat oleh jutaan jemaah haji, umrah yang berkunjung ke Tanah Suci.
Sememangnya air yang hidup memiliki unsur RUH yang boleh merakam, menghafal dan memindahkan untuk itu jugalah ianya seringkali dijadikan medium untuk tujuan-tujuan rawatan dan penyembuhan NAMUN lebih pantas, baik dan berkesan lagi sekiranya air tersebut adalah yang bersih, suci dan berpenawar ; BERPENAWAR disini termasuklah air mempunyai ciri-ciri AURA yang kuat. Hebat sungguh dan teliti penciptaan Allah ; lebih banyak yang kita kaji lebih KAGUM kita akan kekuasaanNYA Yang Maha Agung.
Pengalaman saya sebagai kaunselor dan juga therapist banyak mendedahkan saya dengan kisah-kisah kehidupan termasuklah stress, kemurungan dan sebagainya. Maka tidak dinafikan juga klien-klien yang hadir ini juga terkadang turut menceritakan detik-detik tertekan mereka di mana kesihatan merudum ; mengalami masalah migrane, darah tinggi, demam diiringi dengan batuk dan selsema , masalah gastrik , stiffneck dan sebagainya. Kenapa keadaan ini TERJADI? Menurut kajian stress boleh dilihat dari sudut positif sekiranya IANYA menjadi DAYA TOLAKAN untuk invidividu melakukan yang TERBAIK dalam mencapai apa yang diidam-idamkannya. Tetapi BILAMANA keadaan mulai terasa lelah, tidak bersemangat mahupun hilang fokus maka TIBA MASANYA untuk “melihat ke dalam diri” agar kebajikan diri terpelihara dan berikan hak sewajarnya penuh adil, bijaksana dan jujur tanpa mengenepi HAK DIRI INDIVIDU juga sekelilingnya.
Sekiranya diteruskan juga maka HASILNYA itulah yang terkadang tiba saat terasa sangat melelahkan, tidak berdaya , lemah dan buntu lebih-lebih lagi sekiranya keseorangan tiada insan yang mengerti atau memahami dan juga dipercayai untuk berkongsi masalah. Sekiranya ada di kalangan pembaca yang berada di dalam FASA KRISIS ini dapatkan bantuan profesional sebelum lebih banyak perjalanan mahupun kehidupan seharian anda terjejas tidak kira sama ada hubungan interpersonal dengan pasangan, anak-anak, ibubapa mahupun rakan sekerja ataupun KERJAYA anda. Dengan kecanggihan teknologi mendapatkan khidmat kaunselor tidaklah sesukar yang disangka insyaallah dimana ada KEMAHUAN disitu ada JALAN! Allah pasti bersama-sama memberikan PETUNJUKNYA….
Berbalik kepada perkongisan dan KEUNIKAN AIR sebagai agen penyembuhan ; saya juga sangat tertarik untuk mengkaji. Daripada kajian rambang yang saya lakukan juga pengalaman peribadi seringkali apabila di dalam keadaan konflik, stress dan sebagainya kita JARANG sekali mengambil peduli tentang perihal kebajikan diri termasuklah pemakanan juga INTAKE AIR yang kita minum seharian. Seringkali akan kurang daripada 2.5liter yang seharusnya kita ambil setiap hari. Apatah lagi di dalam keadaan stress ; peredaran oksigen di dalam darah juga turut terjejas kerana tubuh menjadi lebih asidic. MEDIUM terpantas untuk memberi kelegaan dan kesegaran pada tubuh yang lesu dan tidak bermaya ini adalah AIR. Lebih cantik jika sumber air itu menepati syarat-syarat dan CIRI-CIRI yang saya sebutkan iaitu suci, bersih, berkesan/berpenawar memiliki elemen jalur tenaga yang mampu untuk merakam doa dan juga HARAPAN PENYEMBUHAN, KESEGARAN dan KESEJAHTERAAN yang diimpikan. Boleh sahaja dijadikan minuman mahupun dibuat mandian atau rendaman kaki ; lebih molek juga sekiranya disertakan dengan garam bukit dan ketulan-ketulan ais. Yang mana garam mampu berperanan memerangkap dan memecahkan energi-energi negatif yang hadir manakala air sejuk pula mampu merangsang kembali sel-sel di dalam tubuh agar kembali aktif dan bertenaga.
Sedikit TITIPAN ILMU turut saya kongsikan disini bagaimana pengaruh air, mental illness, stress, back fighting di dalam kehidupan. Mudah-mudahan menjadi IKHTIBAR dan PENGAJARAN yang mana insyaallah dengan ILMU kita mampu BERTANGGUNGJAWAB dan MENJAGA KEBAJIKAN serta KESEJAHTERAAN DIRI KITA.
Sehingga bertemu lagi…
Salam Inspirasi !
Leave a Reply