Suami Malas Bekerja

Sindrom Suami Malas Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim

1. Hari ini tanggal 3hb Februari 2015, sepatutnya seawal jam 8.40 pagi saya perlu berada di Wisma TV, RTM untuk siaran langsung rancangan FEMININ di TV1 namun kelmarin atas saranan Doktor saya disarankan untuk memaklumkan kepada penerbit yang saya direhatkan seketika atas faktor kesihatan.

2. Alhamdulillah semua aturan Allah itu adalah yang TERBAIK, tak sangka juga berkat rehat yang cukup di HDU, DEMC bagi tujuan untuk memantau bacaan potasium level saya ; pagi-pagi lagi Doktor dah tiba melawat dan membawa khabar gembira bacaan potasium sudah kembali normal…syukurrr! Hadza Min Fadli Rabbi…semuanya MILIK ALLAH alhamdulillah.

3. Makanya sementara menunggu proses billing, ubat dan sebagainya sempat juga saya menonton kupasan para panel jemputan pagi ini iaitu Tuan Hj Husim , Pakar Kaunseling Keluarga & Perkahwinan yang tidak asing lagi dan juga Ketua Pengarang Majalan Mingguan Wanita Tuan Rashdan Rashid. Kupasan yang sangat menarik dikongsikan para panel berdua.

4. Antara yang dikongsikan apabila berhadapan dengan sindrom suami malas ini para isteri adakalanya memilih untuk makan hati kerana tidak mahu bergelar status ibu tunggal, manakala tidak kurang juga berpunca daripada proses didikan dan gaya asuhan ibubapa khususnya anak lelaki yang terlalu dimanjakan. Sememangnya diakui memegang amanah sebagai seorang suami/ayah yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan segala wang, perbelanjaan, makan minum, utiliti , persekolahan, tempat tinggal adalah satu KEWAJIPAN.

5. Bagi seorang ayah yang memilih untuk bersenang lenang dan membiarkan si isteri bekerja keras untuk menyediakan keperluan rumah dan keluarga akan memberikan CERMINAN yang negatif bagi imej seorang suami juga ayah kepada anak-anak. Dan implikasinya untuk jangkamasa panjang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada iklim rumahtangga itu sendiri.Hilangnya rasa hormat, kedinginan dalam hubungan seksual apabila keperluan zahir tidak ada usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk memperbaikinya, menjejaskan komunikasi juga keharmonian rumahtangga. Itu antara kupasan yang berjaya disentuh dan dikupas para panel dalam masa yang sangat singkat.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya KENAPAKAN FAKTOR ATAU SINDROM SUAMI MALAS INI BOLEH TERJADI???

Ada beberapa faktor sebenarnya yang boleh menjadi PENYEBAB kepada situasi sebegini , di antaranya :

1. Ada PERISTIWA yang berlaku dalam fasa hidup si suami tadi yang menyebabkan berlakunya ‘fixation’ atau lekatan yang mengekang POTENSI DIRINYA untuk membangun dan memajukan diri.

2. Wujudnya konflik dalaman yang tidak selesai dalam ruang perjalanan si suami. Saya percaya si suami juga mempunyai hasrat dan keinginan untuk berubah tetapi apakan daya disebabkan kurangnya ilmu, pendedahan, kesedaran dan kemahiran ataupun skil untuk mengubah nasibnya maka hasrat dan cita-cita hanya tinggal angan-angan kosong.

3. Tiada kekuatan ~ Si suami tersebut tidak mempunyai kekuatan untuk menerima kelemahan dan kekurangan diri apatah lagi untuk membangunkan POTENSI DIRINYA.

4. Tidak Holistik ~ Kejujuran dan keberanian yang tulen untuk berubah dan bangkit mencakupi aspek mental, ruhani, lisan dan kuasa tindakan yang dizahirkan secara fizikal tidak jelas, kabur dan lesu. Wujud pergolakkan dan bisikan-bisikan negatif yang akhirnya membuatkan individu atau si suami tadi mudah mengaku kalah.

5. Kurang ilmu ~ Kurangnya ilmu serta pengetahuan tentang HAK dan AMANAH sebagai seorang suami yang perlu diisi.

6. Matlamat perkahwinan yang tidak jelas ~ Perkahwinan itu suatu ikatan yang suci untuk membangunkan kehidupan yang lebih harmoni, sejahtera, bahagia, sukses dalam keredhaan Allah swt di dunia dan akhirat tetapi bilamana MATLAMAT untuk membangunkan dunia dan mencapai syurga Allah swt itu tidak dimengerti dengan jelas penuh sedar maka akan terhasillah institusi perkahwinan yang pincang sebegini.

7. Sayangi Diri Kunci Kebangkitan Diri ~ Sebagai individu yang bermaruah, ketua keluarga dan hamba Allah , selalu saya TEGASKAN pada para klien-klien yang hadir ke klinik saya…Mulai dengan anda menyayangi diri ANDA, maksud yang sangat mendalam sebenarnya. Sebagai individu yang tidak lepas dari ujian dan cabaran kehidupan kita sayangkan diri kita , dimana kita sama sekali memilih TIDAK REDHA ujian dan cabaran yang hadir merampas kebahagian kita hari ini, kejayaan diri kita hari ini…dunia dan akhirat kita. Jauh lebih hebat lagi rasa sayang ini kita memilih untuk lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan berani kerana Allah swt untuk melepaskan segala bebanan silam, kekecewaan, kegagalan, kesakitan, kemarahan, lemah, tidka berdaya, putus asa dan memilih bangkit untuk dunia yang lebih hidup dan akhirat yang istirehat In shaa Allah kerana apa sebagai hambanya kita punya TANGGUNGJAWAB. Di dunia kena TANGGUNG di akhirat kena JAWAB.

Bagaimana INGIN MERAWAT Sindrom Suami Malas Bekerja Ini???

1. Khidmat Kaunselor Profesional ~ Selain daripada ikhtiar, usaha dan keyakinan yang tidak pernah putus asa mendoakan pasangan ; disarankan dapatkanlah khidmat profesional khususnya mereka yang arif dan pakar dalam bidang kaunseling perkahwinan untuk membantu penyembuhan juga kesedaran dan kebangkitan diri pasangan yang diserang dengan sindrom malas ini.

2. Isteri Perlu Lebih Adil, Asertif dan Bijaksana ~  Dan perlu diingatkan juga sebagai isteri jadilah isteri yang lebih asertif, bijaksana dan adil untuk memberikan HAK anda dalam perkahwinan.

3. Hati-hati dengan kebaikan yang melulu tiada batasan. Untuk kelangsungan rumahtangga yang bahagia, sukses dan harmoni perlu ada pensempadanan ; jangan sembarangan memberi pertolongan sudi mendapatkan pinjaman peribadi untuk menolong suami melangsaikan hutang kad kreditnya, memohon pinjaman bank untuk suami memulakan perniagaannya dan seumpamanya. Kebaikan yang melulu tidak membantu untuk menyuntik sifat amanah, tanggungjawab dan keprihatinan suami LEBIH RISIKO untuk jangkamasa panjang boleh membuka lorong-lorong pengabaian, penganiayaan, kezaliman , maksiat dan kemurkaan Allah.

4. Hidupkanlah madrasah ilmu dalam kehidupan berumahtangga. Semangat cintakan ilmu, memperuntukkan masa libur yang bukan sahaja beriadah tetapi melangkah ke masjid , majlis-majlis ilmu dan kebaikan mudah-mudahan akan MEMBUKA MINDA pasangan yang terkongkong dikuasai oleh ‘comfort zone’ yang boleh memudaratkan dunia dan akhiratnya…Nauzubillahminzalik.

5. Beri sokongan dan kepercayaan serta doa untuk melihat perubahan suami. Bila suami bersedia untuk BERUBAH, berikan dokongan, doa dan kepercayaan kerana itu juga satu sumber motivasi yang hebat. Usah diremehkan usaha yang dilakukan dikhuatiri kritikan, cemuhan juga meremehkan boleh merencatkan suami yang bersedia ingin berubah.

6. Let By gone Be By Gone ~ Jangan diungkitkan kisah yang lalu , belajar dari kesilapan semalam dan kelemahan diri.

7. Tiada yang mustahil dengan syarat sebagai individu kita BERANI MEMILIH untuk bangkit penuh luhur dan jujur dan dizahirkan kepada kuasa tindakan. Mimpi indah tidak akan menjadi kenyataan tanpa keberanian diri.

8. STOP THINKING Apa Orang Lain Kata…Musuh paling ganas di dunia ini bukan orang lain tetapi DIRI SENDIRI!

9. Kenali Diri, Kenali POTENSI…Dengan keberanian, jalan ilmu dan kuasa tindakan tiada yang mustahil.

10. Percayalah Setiap Yang Berusaha Allah Pasti Akan Menolong…bahkan ayat-ayat Allah, zikirullah, solat dhuha, sedekah dan banyak lagi kunci-kunci pembuka rezeki boleh sahaja diamalkan untuk Menjemput Rezeki Yang Halal, In shaa Allah….Man Jadda Wa Jadda..

11. Berubah, Ingin Menjadi Lebih Baik Kerana Allah ~ Untuk pasangan , suami atau isteri berani memilih untuk berubah bukan kerana manusia melainkan kerana Allah swt, kerana APA???In shaa Allah nawaitu yang dimotivasikan oleh EMPUNYA MILIK DUNIA DAN AKHIRAT ini lebih berkekalan dan menakjubkan.

12. Dalam aturcara kehidupan ini didiklah diri untuk mendahulukan Allah …Makes Allah First In shaa Allah You Won’t Be Last!

13. Fear Allah…didik hati untuk takut akan balasan Allah mudah-mudahan untuk dunia dan akhirat yang lebih bahagia…kerana Allah…takutkan Allah mampu menjadi INSPIRASI yang hebat untuk memangkin kebangkitan serta hidup yang lebih sukses, bahagia dan gemilang.

 

Sehingga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi dan Kebangkitan ;

Hjh Aniz Hj Anwar

#kaunselorperkahwinan

#lifecoach

PS : Untuk TIPS dan INSPIRASI jangan lupa SUBSCRIBE ~ http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/

 

Facebook comments:

comments

Love Is Sweet
Jangan Putus Asa Akan Rahmat Allah

Leave a Reply