Salam Harmoni …Salam Kasih Sayang Buat Para Pengunjung Yg Dihormati…
Terima kasih krn MASIH SETIA mengunjungi platform kasih saya yang membawa MISI KEMAKMURAN & KESEJAHTERAAN buat insan yg memerlukan. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sebahagian CATATAN berkaitan SELF RESPECT. Emm bukan seorang dua yang pernah hadir dan meluahkan isi hati berkaitan KETIDAKPUASAN DIRI apabila kehidupan @ perjalanan tidak dihargai, tidak dihormati tidak kira dalam konteks kehidupan berumahtangga, keluarga, kerjaya mahupun hubungan interpersonal yang lain. Seringkali PENCEROBOHAN HAK & PESEMPADAN HAK terjadi apabila individu kurang prihatin untuk LEBIH BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DIRINYA.
Sebagai contoh dalam konteks suami isteri ; sering isteri mengeluh dan mengadu kebaikan yang diberikan TIDAK DIHARGAI malah kini menjadi perangkap diri yang melelahkan. Kebaikan dan kemurniaan si isteri membantu menggalas komitmen kewangan keluarga membuka laluan sang suami LEPAS TANGAN. Tidak kurang juga dalam konteks KERJAYA ~ sikap menuruti tanpa bantahan, takut, rendah diri menyebabkan boss mengambil kesempatan akibatnya seringkali lembu punya susu sapi yang mendapat nama. Malah bagi individu yang mungkin baru berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan tidak kira sama ada ONLINE mahupun OFFLINE pastinya ada yang melalui HALWA TELINGA yang sebegini ~ “Tengokkan sahaja Neeratu setakat mana dia boleh pergi hangat-hangat tahi ayam , tak ke mana percayalah cakap aku” sesama rakan menganyam ketupat yang kurang bermotivasi untuk memajukan diri siap pula KURANG SENANG HATI melihat kejayaan orang lain…he he he macam biasajer dengarkan kisah-kisah sebegini.
Dan YANG TERKINI masih HANGAT diperkatakan KEJAYAAN TEAM BOLA SEPAK MALAYSIA HARIMAU MUDA MALAYA…Suntikan semangat kata2 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee kepada pemain-pemain Malaysia semasa perlawanan final kelmarin :
“MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia(kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia..”“Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya”
Ya SAKSIKAN sendiri BAGAIMANA SEBENARNYA “ANCAMAN PENGHINAAN” mampu kita UBAH menjadi “PEMBAKAR SEMANGAT YANG CUKUP HEBAT & LUAR BIASA”!!! Nah, itu jugalah sebahagian CATATAN JIHAD saya…Ingat masa mula-mula saya sambung belajar sekitar tahun 2003 ; sememangnya dengan rutin bergelar pekerja, ibu, isteri dan masa yang sama mengendalikan perniagaan secara ONLINE bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas dengan serentak ~ Sindiran rakan sekerja yang seolahnya gembira mendengar BERITA CGPA SEMESTER 1 Sarjana saya tidaklah berapa cantik sekadar 3.02 …komennya emm itulah memang susah kalau dah kahwin nak belajar, nak jaga anak lagi, bekerja…komentarnya saya genggam jadi PERANGSANG! Bukan berdendam tapi PENGUAT SEMANGAT bahawa dalam kehidupan bergelar KHALIFAH KITA HARUS BERUSAHA SETIAP DETIK SETIAP SAAT UNTUK MENJADI YANG TERBAIK agar dengan ILMU , PENGALAMAN dan JUGA KEPAKARAN yang dicari dan dibina mampu kita SUMBANGKAN kembali untuk kebangkitan dan kemakmuran ummah sebagai PENZAHIRAN & KESYUKURAN atas HADIAH yang Allah kirimkan.
Kini hampir 8 tahun sudah berlalu…KENANGAN & INSPIRASI di sebalik sindiran, kritikan dan kata-kata PEMUDAR SEMANGAT membuatkan saya LEBIH LALI , TEGUH HATI & FOKUS dalam MISI & JUGA MATLAMAT yang ingin saya isi di dalam perjalanan ini. Syukurrr ke hadrat Ilahi atas perjalanan YG CUKUP INDAH & HEBAT ini…tanpa sangsi, pemudar semangat yang diluahkan mungkin sahaja saya menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja cita-citanya…kehidupan sekadar berlegar MENGISI perut keluarga tidak mampu untuk keluar PENUH BERTENAGA untuk merubah ummah dan menyampaikan BERITA GEMBIRA. Syukur penuh bahagia atas ANUGERAH yang diberikan ILAHI…simpati dan penuh kasih mendoakan moga-moga insan di luar sana yang CENDERUNG untuk memainkan PERANAN “TUKANG PUDAR”…MERENDAHKAN KEMAMPUAN DIRI INSAN LAIN ~ sudah-sudahlaa adalah LEBIH BAIK masa yang terluang untuk melihat ke dalam diri dan memperbaikinya agar POTENSI DIRI dapat dibangunkan untuk kesejahteraan dan kejayaan kehidupan diri bukannya menyibukkan diri dengan urusan orang lain.
Memetik inspirasi ~
“ALL YOU NEED IN LIFE IS IGNORANCE AND CONFIDENCE, AND THEN SUCCESS WILL BE YOURS ~ Mark Twain.
If you want to be respected by others the great thing is to respect yourself. Only by that, only by self-respect will you compel others to respect you…walaubagaimanapun adalah LEBIH MANTAP lagi sekiranya PENGIKTIRAFAN ALLAH itu dijadikan MATLAMAT itu KUNCI RAHSIA yang lebih berkesan dalam memburu apa juga cita-cita murni dalam kehidupan ini. InsyaAllah dengan memburu pengiktirafan Allah dengan sendiri DIRI akan terpelihara dari hasutan & tipu muslihat syaitan laknatullah. Dan YANG PALING PENTING hati akan selalu sahaja BAHAGIA, TENANG & BERSYUKUR walau dalam apapun keadaan, cabaran dan “hiburan”yang dihadirkan. Mudah-mudahan KITA akan selalu menjadi hambaNYA yang selalu BERTAUBAT…
Buat semua yang PUNYA CITA-CITA…teruskan memburu IMPIAN ! Jangan pernah takut, ragu atau sangsi akan KEMAMPUAN DIRI…YAKIN ALLAH selalu bersama hambaNYA yang berusaha…Semoga IMPIAN menjadi REALITI INDAH yang menghiburkan!
Just Remember ~ LIVE is B.E.A.U.T.I.F.U.L ; LOVE is W.O.N.D.E.R.F.U.L ; GIVING is P.O.W.E.R.F.U.L!!! Semua yang dipinjamkan Ilahi ada HAK insan lain di dalamnya maka BERBAGILAH PENUH BAHAGIA…hanya dengan jalan kita membantu INSAN LAIN membina impian mereka , insyaAllah impian kita juga akan DIPERKENANKAN Allah!
“Barangsiapa bersandar pada harta, ia akan miskin. Barangsiapa bersandar pada harga diri, ia akan hina. Barangsiapa bersandar pada akalnya, ia akan tersesat. Namun barangsiapa bersandar pada Allah, sesungguhnya ia tak pernah miskin, hina dan sesat.“( Ali bin Abi Thalib RA).”
Salam Inspirasi…
Leave a Reply