Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah 1433H kepada para sahabat & semua pengunjung www.anizanwar.com juga seluruh semua umat Islam disegenap pelusuk dunia. Mudah-mudahan bermulanya TAHUN BARU maka bermulalah semangat dan iltizam baru untuk PENGHIJRAHAN yang lebih baik khasnya dalam memburu keredhaan Allah.

Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat istimewa kepada kita sebagai umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam di mana pada tarikh inilah baginda Nabi Muhammad telah berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah iaitu pada tahun 622 Masihi. Sempena menyambut Maal Hijrah ini marilah kita bersama-sama mengatur STRATEGI ke arah usaha memantapkan lagi kehidupan yang dijalani agar terus menjadi khalifah yang hebat dalam konteks diri sendiri, keluarga dan masyarakat, insyaAllah. Mudah-mudahan KITA AKAN LEBIH HIDUP agar dapar terus MEMBERI & MENGISI KEHIDUPAN ini penuh hadir, bahagia dan BERSYUKUR dan YANG PASTI agar akhirannya KEMATIAN bakal menjadi KEMUNCAK AGUNG yang indah dan menghiburkan! Diraikan dan dialu-alukan oleh penduduk langit…insyaAllah!

Marilah kita sama-sama membaca dan mengaminkan Doa ini pada masa dan ketika nya nanti (Sabtu 26/11/11)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ameen Ya Rabbil Aalamin

Facebook comments:

comments

Leave a Reply