Mutiara NQ ~Wanita, Ibu, Kerjaya, Pelajar, SAKA & Rumahtangga…
Lama rasanya saya tidak menarikan pena keyboardnie…lantaran kesibukan dgn tugasan harian. Alhamdulillah suatu ketika dahulu saya mengidamkan kerjaya dari rumah, dapat meluangkan masa dengan ibu, ayah, suami dan anak-anak…namun takdir Ilahi…ibu pergi dahulu mengadapNYA. Melewati waktu dan usia perkahwinan yang hampir menjengah usia 9 tahun…hari demi hari saya belajar tentang erti pengorbanan, kasih sayang dan tanggungjawab…tambahan pula kisah-kisah kehidupan yang singgah ke Nur Qudrah…memberikan saya keinsfan, peringatan dan ikhtibar.Sesungguhnya bukan mudah melayari bahtera rumahtangga dalam era dunia akhir zaman…godaan dan pesona dunia lebih meriah dan rancak….tipis iman di dada…kurang ilmu…alpa & leka sedetik tidak mustahil…tergelicik dalam nikmat yang sementara.
Tuntutan Kewangan…
Baru semalam saya berbual dengan Kak Nasiha (bukan nama sebenar)…jujur saya mengagumi keazaman, kecekalan dan kesungguhan beliau…kerjaya di Jabatan Kerajaan dengan pendapatan sederhana sbg kerani, hidup di bandar besar…dengan anak-anak yang masih bersekolah sememangnya tak cukup jika hanya dengan makan gaji. Beliau yang aktif dgn perniagaan jualan langsung, mengambil upah menjahit, aktif dengan kegiatan sosial untuk mencari jaringan dan menambah pendapat keluarga. Tanpa kehadiran pembantu rumah…terkejar menguruskan rumahtangga, menghantar anak dan mengambil anak dr sekolah…terkadang tampak keletihan di wajah beliau namun demi kasih dan sayang untuk keluarga tercinta digagahi perjalanan ini demi kelangsungan hidup.
Rumahtangga & Kerjaya Dari RumahRefleksi pengalaman sebagai ibu berkerjaya dari rumahnie…jujur seronok memang seronok al-maklum kerja sendiri cuma kadang letih juga…al-maklumlah ketiadaan pembantu rumah saatnie…sambil berkejar mengemas rumah, memasak dan melayan kerenah anak-anak…Allah Shj Yang Lebih Mengetahui…mujurlah ada ILMU & PENGALAMAN untuk synergizekan energy tambah pula kelebihan produk yang dibawa dimanfaatkan….bila terasa letih ingatkan kembali ganjaran Allah…ingatkan arwah ibu sambil melayan tugasan rumahtangga titipkan zikir & hadiah buat bonda (Al-Fatihah buat bonda Al-Marhummah Hajjah Halimah Binti Fatimah…pantas waktu berlalu kini 100 hari sudah pemergian bonda) …alhamdulillah itu juga sebahagian penawar AJAIB sebenarnya…agak-agak drain out maklum shj tanggungjawab sbg kaunselor merangkap perawat menuntut analitik thinking yang tinggi dan pertahanan aura yang kuat…rasa lain sket buat mandian ais + aromatheraphy + garam kristal…
Belah malam pulak…mohon pada Allah sebelum tidur…digerakkan utk qiamulail ~ nak amik booster @ energy dari from Allah…Selalu saya mohon pada Allah agar diberi kekuatan jasmani, ruhani, fizikal dan mental agar mudah beribadat kepadaNYA seterusnya dapat memertabarkan syiar Islam menerusi medium dan displin yang saya lewati.
Isteri & Ibu Bergelar Student…
Bukan ingin menakutkan tapi segelintir kisah kehidupan yang saya temui…tanpa pengertian, sokongan, timbang rasa dan kesabaran yang tinggi dari suami tercinta tidak mustahil bakal mengundang GOYAH dlm melayari bahtera rumahtangga…Jujur pengalaman saya sendiri suatu ketika dahulu menguruskan kerjaya, perniagaan, rumahtangga dan pengajian…bagi saya sendiri…UJIAN FIZIKAL paling ketara dengan komitmen yang ada…dan energy level yang terhad kerap saya kurang sihat batuk dan selsema yg berpanjangan…tidur pun kurang, banyak guna minda, tenaga…bila dah meneroka ilmunie semua….ngupa-ngupanya itulah sebahagian symptom stress. Mujurlah kepercayaan, sokongan , pengertian dan kesabaran pendamping setia suami tercinta (hee love ya bebeh!)serta doa arwah ibu dan ayahanda yang dikasihi serta rakan-rakan memberi suntikan semangat. Adakalanya keletihan, adakalanya terpaksa berhempas pulas menyiapkan tugasan, mengulangkaji pelajaran…dengan kehadiran cahayamata…tahujerlaa masih menyusu dan memakai pampers…memang menduga.
Mujurlaa ibunya sendiri menuntut ilmu kaunseling rumahtangga dan keluarga maka adalah ILMU DAN STRATEGY menangani situasi dengan lebih bijak…kalau tidak harus gitu…tak tahulaa macam mana…Itu soal anak yang kurang kasih sayang dan perhatian apabila bila ibu sibuk dengan tugasan pelajar BELUM LAGI SI SUAMI @ AYAHNYA….haanie yang BAHAYANYER!!! Kadang mulutjer cakap ok memberi keizinan tapi dalam hati….(siapa tahu…???Jeng…jeng…jeng..)Kurang perhatian dan kasih sayang isteri tercinta suami mencari kasih dan perhatian di luar rumah…Ingat-ingattu!!!Itu belum masuk bab ’entertain baby” night dutynya…cuba bayangkan kalau dah ”ENERGY” isteri ke sana- ke sini berkejar…ke kampus, kerja, rumahtangga…mahap di sinilaakan…manalah agaknya nak mari ’energy’ dan ’nikmatnya ’ bersama pasangan…(nie kalau kurang ilmu strategylaaa). Tapi kalau yang ada ILMU…masa bersama suaminielaa…antara masa beharga…nak ”MEREWARD” diri…synergizekan kembali energy yang dah lemautu…
Babnie janganlaa TERLEPAS PANDANG PULA…Allah sediakan pelbagai penawar dan produkkan di pasaran…dah tahu consume energytu…lebih dr orang lain…terbuka dan berusahalah memelihara dan memulihara tubuh dan organ-organ agar dapat berfungsi dgn lebih baik lagi….HATI-HATI!!! Maklum shj sekarang ZAMAN STRESS…PENCEMARAN SANA SINI…tak macam dahulu kala…setiap hari kita terdedah pada radiasi dan pencemaran itu belum tekanan, tuntutan, komitmen & godaan hidup…kerjaya, rumahtanga, ipar duai, mak ayah, keluarga mertua, sedara mara, masyarakat, pelajar dsbnya…harap maklum…Terkejar sana..terkejar sini…macam lipas kudung @ ROBOT yang tiada perasaan & deria!!! Makna hidup dan kehidupan pun pudar seri dan warna tahu-tahulaa….alamakkk!!! TOLONGGGG!!!!Suami I dah ada pompuan lain (Nauzubillahminzalik, banyakkan BERDOA…titip doa mohon pd Allah selalu agar dipelihara tautan kasih sayang suami isteri berkekalan hingga ke akhirat)…I rasa letihh sangattt! Tak berdaya!!! Lemah….Putus asa…buntu…sedih, pilu, bosan….panas baran, sensitif…rasa macam nak bunuh diri…kalau boleh jangan sampai ke peringkat macam gitu…REACH OUTTT!!!
Setiap ujian yang berlaku ada RAHSIA & HIKMAHNYA…Jangan mudah menuding kesalahan pada orang lain…KITA CARI SILAP & KELEMAHAN KITA…BERANI & JUJUR DLM MELAKUKAN KOREKSI DIRI KERANA ALLAH SWT…kerana Allah diberi keutamaan…seterusnya barulah untuk diri kita, suami, keluarga tercinta dsbgnya…InsyaAllah Allah bersama-sama kita…MOHONLAA!!! MUNAJATLAA PADANYA!!!…Doa itu senjata mukmin…
SAKA & KEHARMONIAN RUMAHTANGGA…
Isu seringkali singgah kpd kami…emm!!Kebetulan semalam Pn Aina (bukan nama sebenar) mempunyai 6 orang adik-beradik…5 drpd mereka bercerai..mahligai rumhatangga tak mampu bertahan lama, paling lama beliau sendiri 10 thn dan bercerai…pergi berubat katanya gangguan SAKA. Beginilaa jujurnya semua orang ada saka Cuma kesilapan tafsiran budaya kita saka nie sering dikaitkan dengan benda yang negatif (memanglaa zaman dulu mana ada jentera berat nak meneroka tanah, nak menjaga premis, kedai, anak isteri dsbnya…mana ada teknologi zamantu…tu yg kadang tuk nenek bersahabat dgn jin dsbgnya…kesannya andai anak cucu tak kuat amal ibadat…tak tahu membentengi diri…itu yg kadang terganggu dengan kehadiran ini). ADA RAHSIA & TERTIB sebenarnya…untuk mengeluarkan dan menghindari gangguan ini semua…MUDAH SAHAJA…Berbaik sangkalah pada Allah!!! Semua yang Allah jadikan semuanya baik…kelemahan dan kesilapan kita shj yang memudaratkan keadaan…Allah sendiri tidak menzalimi kita…kita sendiri yang terkadang menzalimi diri kita dgn jalan yang dipilih…BETUL TAK???Renungkan kembali…KEJADIAN SYAITAN memang kerjaya tetapnya untuk menghuru-harakan manusia sehingga hari kiamat!!! Dan JADI MANUSIA YANG DIBERI NIKMAT IMAN, AKAL JUGA AL-QURAN & SUNNAH yang ditinggalkan…apsal nak JUGAK ikut telunjuk syaitan….meninggalkan solat, busuk hati, dengki, panas baran, dendam, putus asa, malas, sombong, bongkak, tertutup, berfikiran negatif, malu tak bertempat, takut dsbgnya….LANTAS TERPERANGKAP DLM KEPOMPONG DIRI!!!Nak salahkan SIAPA???Bukankah YOU YANG MEMILIH JALAN ITU???Nak berubah….lakukan TRANSFORMASI…???Tak berdaya??? Reach outtt!!! Tapi janganlah pula menjaja cerita gitu-gini satu pejabat , sedara-mara dsbnya(cth bab rumahtangga ~ ditarik Allah keberkatannya nanti kecuali utk tujuan perubatan) atau pergi berjumpa tok bomoh yang pun sama ternak @ bela syaitan…jampi-mentera yang pelik2….haa!!! hati-hati silap aribulan menambah pening nanti…dari ke hulu-hilir tak tahu hujung pangkal baiklaa simpan ENERGY…tido awal selepas solat Isyak pastu niatkan bangun qiamulail tengah malam …MUNAJAT PADA ALLAH….ada baik & banyak faedahnya….ini kadang habis masa, wang ringgit dan tenaga…bergolok-bergadai…masalah tak selesai…HATI-HATI!!!…Pastu fikiran bertambah TERSUMBAT dengan komen-komen…kena sihirlaa, SAKA, orgtu buat…orgnie dengki….emm memanglaa STRESS terperangkap kat gelombang beta…macam mana nak makbul DOA…tak caya???Reflekskan pengalaman peribadi dan sekitar anda…
Salam,
Terima kasih atas komen Qasih, memang diakui melalui ujianNYA tidak semudah yg disangka insyaAllah dgn niat murni ingin memperbaiki diri saling bantu-membantu moga-moga transformasi impian dimakbulkan. Mungkin ada segelintir beranggapan membawa kisah-kisah paparan kehidupan ini seolah-olah TABOO @ membuka pekung di dada tetapi ketahuilah ianya semua utk tujuan IKHTIBAR malah jujur saya kira ianya bukannya mengumpat kerana kisah-kisah ini dipaparkan sebahagian drpd penerokaan saya, hasil kajian dan jika pun ada dikalangan klien (HANYA DGN IZIN MEREKA SHJ DITEGASKAN SEKALI LAGI HANYA DGN IZIN KLIEN SHJ!!!! itupun memadai dgn nama samaran)…Ramai dikalangan pembaca memberi RESPON YG POSITIF malah meminta saya meneruskan pendekatan ini(penulisan) krn dari sini mereka belajar & sedar mereka tidak keseorangan berjuang…ada lagi hebat ujiannya di luar sana bukan itu shj tips-tips yg dibawakan banyak membantu mereka menangani ujian & cabaran.
Andai mereka bertemu hikmah @ insight dgn membaca, saya turut gembira & bersyukur.(ini juga saham akhirat saya…ilmu yg memberi manfaat)Sesungguhnya 'bibliotheraphy' sebhgn kaedah menangani stress/krisis.Namun seandainya mereka merasakan diri perlu dibantu insyaAllah saya sedia membantu…Mungkin sejarah silam Qasih kebetulan disentuh dlm penulisan saya…Mohon maaf andai ianya, membuatkan Qasih cukup terganggu & terasa…(andai Qasih masih lagi rasa tidak selamat bila menoleh sejarah silam…nampaknya 'isu tersebut' belum resolve…perlukan intervensi sebaiknya utk meneruskan kehidupan dgn SEJAHTERANYA)…
RAHSIA TRANSFORMASI YG TULEN & UNGGUL kita takkan rasa "terancam" apabila menoleh ke belakang…
Apapan sesungguhnya yang baik itu datangnya dr Allah dan yg buruk itu datangnya dr kejahilan saya…
Maaf sekali lagi andai saya "tersentuh" emosi anda!!!
Salam kemakmuran,
Pn Aniz
hmm… sometimes memberi komen memang mudah, tapi melaluinya tak semudah yang disangka… di antara kami ramai yang jahil, tapi alhamdulillah bila diberi ilmu dan diamal, menjadi pegangan. Tapi janganlah pulak perlakuan sewaktu jahil disebut dan diulang tayang pada orang yang tak memahami. Memang kerjaya syaitan mengganggu, tapi ujian Allah pun tiada tepian nya… kekuatan manusia menerima berbeda, yang gagal jangan dicaci, yang jaya jangan dipuji hidup kita sendiri tak tahu lagi di mana penghujungnya. Wanita mudah sangat dimanipulasi syaitan untuk mengumpat… walaupun dalam bentuk konsultasi… masih menyebut keburukan orang lain, tetap tidak sihat dan mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
wassalam.