Remaja Bersama Aniz ; Trauma hampir dicabul sepupu UM 20/7/11

Pn Aniz,

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Puan Aniz kerana sudi meluangkan masa membaca dan menjawab email saya ini.Saya Siti Mazidah (bukan nama sebenar)saya ada masalah berkaitan hubungan sosial dan komunikasi antara rakan sekuliah dan kolej terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Keadaan ini membuatkan saya rasa rendah diri, tak normal dan kadang-kadang rasa menyusahkan diri saya sendiri.

Membaca artikel Puan Aniz berkaitan personaliti dan lekatan silam di laman web saya rasa benar ianya ada pengaruh dengan krisis yang saya alami kini. Saya sebenarnya pernah mengalami sendiri peristiwa hitam sewaktu sekolah menengah dahulu, saya hamipr dicabuli oleh abang sepupu saya. Peristiwa hitam ini tidak dinafikan sering menghantui saya walaupun kini telah hampir 4 tahun ianya berlalu ada ketikanya membuatkan saya hilang semangat dan benci kepada diri saya kerana kenaifan saya peristiwa itu boleh terjadi.

Tolong Puan Aniz saya tidak mahu masalah ini terus membebankan hidup saya dan mengundang mudarat dalam interaksi kehidupan saya bergelar pelajar dan bekerjaya suatu hari nanti.

Siti Mazidah

Muar

Jawapan,

Terima kasih Siti kerana menghantar email kepada saya,  insyaAllah saya cuba membantu menurut ilmu dan pengalaman saya.

Ya benartu Siti, dalam sedar atau pun lekatan silam mempunya kesan langsung terhadap personality individu. Kadang kala situasi mahupun krisis diri ini terjadi bukan maksud diri untuk melarikan diri daripada masalah tetapi “melindungi” pesempadanan diri serta kepercayaan yang dikhianati.Maksudnya disini keakraban hubungan siratulrahim sesame saudara mara yang juga berpangkat abang sepupu rupanya mengundang padah walaupun ianya bukan isu rogol atau sebagainya tetapi ia tetap tragedy dan pengalaman yang sangat asing gadis seusia Siti waktu itu.

Cara terbaik untuk memperbaiki keadaan ini ada dengan menerima segala ujian yang pernah hadir ini dengan penuh rasa redha. Ianya satu peristiwa yang bertahun telah berlalu Siti dan sesungguhnya abang sepupu Siti tidak boleh lagi menganggu atau memberi mudarat kepada diri Siti tanpa izin dan kebenaran diri Siti. Tiada sebab untuk Siti terus hidup dalam memori silam ini.

Sama ada Siti sedar atau tidak , sistem kepercayaan diri dan sikap yang Siti bawa ini tidak akan mengundang mudarat sekiranya Siti sendiri tidak membenarkannya. Maksudnya Siti mampu untuk menikmati bahagia, sejahtera, lancar dan harmoni dalam hubungan sosial, komunikasi bersama rakan sebaya khususnya rakan sekuliah dalam gerak kerja berkumpulan.

Semua krisis diri hanya mampu berlaku dengan kebenaran dari dalam diri Siti tanpa izin Siti saya percaya peristiwa yang telah 4 tahun lalu berlalu itu tidak sedikitpun mengesani malah ianya satu pengajaran dan ilmiu yang cukup beharga untuk lebih berwaspada dan berhati di dalam setiap tutur bicara, tingkah laku dan layanan kepada rakan-rakan khususnya mereka yang berlainan gender. Namun sikap hati-hati tidaklah sampai mengundang abnormal yang menyukarkan perjalanan hidup Siti.

Ada beberapa teknik yang boleh lakukan dalam mengatasi masalah ini antara lain cuba melihat hikmah dan pengajaran yang boleh Siti jadikan ikhtibar dan sempadan di sebalik kejadian tersebut. Maafkan kealpaan dan kenaifan diri yang terlalu mudah mempercayai orang lain. Dan pastinya tidak lupa Siti juga harus mulai belajar memaafkan tindakan abang sepupu Siti itu. Hanya dengan kemaafan insyaAllah mampu memberikan HADIAH buat Siti, hadiah yang mana selama ini Siti damba-dambakan iaitu sebuah keharmonian, ketenangan, keyakinan dan keberanian untuk terus melangkah mengejar impian bergelar graduan, insyaAllah.

Dan jangan lupa berbaik sangka dengan Allah dan berbaik sangka jugalaa dengan insan-insan sekeliling Siti kerana apa yang Siti lontarkan itu ibarat anak panah yang akan kembali ke dalam hidup Siti. Dan pastinya tidak lupa juga doa agar terus dipelihara dan dilindungi daripada kejahatan manusia-manusia yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini.

Semoga tip tersebut mampu membantu Siti membina kekuatan dan keberanian untuk bangkit sembuh dan transform menuju impian diri yang Siti impi-impikan, insyaAllah.

Ikuti tips dan inspirasi kehidupan bersama saya dengan menjadi subscriber saya di http://kliniksukses.anizanwar.com dan terima cenderahati ebook dari saya.

Selepas maklumbalas hebat dari rakan-rakan peserta KLINIK SUKSES, nantikan program KLINIK SUKSES yang akan datang dalam versi Ramadhan. Tema kali ini Santai Ramadhan, lebih ringkas dan yang pasti lebih MAMPU!

Nantikannya Ya!

Salam SUKSES,

Aniz Hj. Anwar

Life Coach & Therapist

Facebook comments:

comments

Leave a Reply