Tertekan Masalah Jerawat

Remaja Bersama Aniz ; Tertekan Masalah Jerawat UM 9/7/11

Puan,

Saya Siti Aminah berusia awal 20-an, masalah saya ini mungkin agak biasa bagi orang lain tetapi bagi saya sendiri yang melaluinya memang tertekan sebenarnya. Sudah hampir 5 tahun saya berhadapan dengan masalah jerawat ini. Tak dinafikan sedikit sebanyak ianya sangat menganggu keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan orang ramai mahupun dalam hubungan dengan orang lain.

Bila jerawat naik merah saya akan lebih tertekan kerana berasa sakit dan masa yang sama saya rasa seolah-olah orang lain akan merasa geli dan tak selesa berkawan dengan saya. Emosi marah, benci, geram dan kecewa bermain di minda , pelbagai jenama terkenal sudah saya cuba tetapi masih belum bertemu dengan solusi yang benar-benar berkesan. Walaupun Puan bukanlah pakar kulit tetapi saya tahu melalui pembacaan saya jerawat ini ada kaitan dengan pergolakan emosi, mudah-mudahan kepakaran Puan dapat membantu saya berhadapan dengan ujian ini.

Siti Aminah

Puchong

Jawapan ;

Terima kasih Siti Aminah atas kiriman email ini. Ya saya akui tidak insan bertuah memiliki kulit wajah yang bersih, licin dan berseri secara semulajadi apatah lagi pengaruh hormon, faktor usia, pengaruh genetik, gaya hidup dan juga pemakanan terkadang kita terlepas pandang.

Saya juga akui ramai sebenarnya individu di luar sana yang juga mengalami tekanan yang tidak kurang hebat gara-gara masalah kulit wajah ini. Kata-kata kritikan, sindiran alah bisa tegal biasa namun ada ketikanya kita yang manusia terkadang terguris juga, betul tak Siti? Inikan pula jika teguran itu berbaur cemuhan bukannya sokongan mahupun tanda keprihatinan akan lebih terasa sensitivitinya.

Beginilah Siti, cuba Siti renung dan lihat sekeliling Siti selain ujian memiliki kulit wajah yang berjerawat dengan kesan parut yang tidak cantik di pandang mata apakah kelebihan Siti? Apakah lagi ANUGERAH Ilahi yang Siti tetap terus menikmatinya, penglihatan, deria bau, selera makan, kesihatan, minda yang sihat dan cergas untuk meneroka ilmu, deria pendengaran yang masih boleh terus mendengar???

Banyak sekali nikmat dan rahmat Siti raihkan? Ini belum lagi POTENSI atau KELEBIHAN yang Siti miliki berbanding insan lain. Seringkali bila kita diuji Tuhan kita cenderung untuk melihat sesuatu masalah itu TERLALU BESAR sehingga menenggelam KEINDAHAN DIRI untuk terus mengecapi nikmat dan rahmat yang Tuhan berikan.

Setiap rencana Allah hikmahNYA mungkin hari Siti tidak nampak tetapi insyaallah di kemudian hari Siti akan nampak betapa besar rahmat Allah di sebalik ujian masalah kulit berjerawat ini. Saya sendiri pernah mendengar kisah seorang sahabat yang melahirkan rasa syukur akibat masalah jerawat yang kronik beliau alami beliau sangat-sangat bersyukur kerana di sebalik rahmat Allah ini membuatkan beliau memencilkan diri kerana berasa malu, kurang keyakinan untuk berhadapan dengan persekitaran baru apatah belajar di negara Barat yang cukup terdedah di maksiat. Rupa-rupanya Allah kasih akan insan bertuah ini untuk melindungi beliau dari dosa, maksiat dan  zina yang menjadi budaya sebahagian pelajar yang berada jauh di perantauan tanpa pengawasan dan penjagaan ibubapa.

Nah! Siti itu satu contoh RAHMAT Allah yang sangat mudah. Apa yang mungkin Siti lakukan adalah terus berusaha dan meminta pada empunya penawar dan alam ini agar Siti ditemukan dengan solusi yang benar-benar efektif dan jangan lupa juga yang paling penting selamat. Hindari stress kerana tidak dinafikan pengaruh stress ada hubunngannya dengan kestabilan hormon, perbanyakkan minum air kosong, amalkan pemakanan yang sihat dan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga buah-buahan. Kandungan mineral, vitamin di dalam pemakanan ini mampu untuk membersihkan usus, darah dan insyaallah membantu penyingkiran toksin juga mendapan merbahaya yang menyumbang kepada permasalah kulit berjerawat.

Petua-petua lama yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang di panas boleh sahaja Siti amalkan seperti membasuh muka dengan air kelapa yang sebenarnya kaya dengan oksigen dan pembunuh kuman, sagu rumbia, pucuk jambu batu dan sebagainya. Bukan itu sahaja produk-produk yang berasaskan kolagen sebaiknya marin kolagen, gluthation, resvertoral bagus Siti teliti apabila membeli , ianya bukan sahaja mampu memperbaiki sel tetapi juga mampu meremajakan lukit wajah Siti.Siti juga boleh mengamalkan pemakanan yang kaya dengan antioksida yang lazimnya terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran antaranya dilema, keledek, ubi merah, bayam, betik, anggur dan lain-lain lagi.

Apapun semoga siti tidak terus tertekan insyaallah dengan ujian jerawat sebenarnya banyak yang siti telah belajar, sedang belajar dan akan belajar tentang kehidupan ini. Semoga siti terus sejahtera dan bahagia menempuh fasa-fasa dalam kehidupan yang sungguh bermakna ini.

Selamat meneroka khazanah diri dan selamat bertemu solusi yang dicari.

Jangan lupa daftar segera untuk Program KLINIK SUKSES versi Mini – Edisi Santai Ramadhan

Tarikh:Sabtu, 6 Ogos 2011

Masa:9.00 – 1.30 tgh

Tempat; Shah Alam

Bayaran: RM120 sehingga 20 Julai sahaja (selepas itu yuran kembali ke harga asal RM180)

Cepat daftar segera! Info lanjut di http://kliniksukses.anizanwar.com

Salam Rahmat!

Facebook comments:

comments

Trauma cabul
takut spm

Leave a Reply